My sweet story...

My sweet story...

Thursday, July 1, 2010

Pengalaman breastfeed buah hati, Humaira

Mummy menulis pengalaman menyusukan Humaira sekadar coretan untuk kenang-kenangan dan juga berkongsi pengalaman dgn kawan-kawan. Maybe satu hari nanti Humaira boleh baca coretan mummy ni..

Mummy mula mencari maklumat tentang penyusuan susu ibu di Internet sewaktu mengandungkan Humaira. Rupa-rupanya banyak khasiat susu ibu yang tiada tandingan dengan susu lain di dunia ini. Sejak hari itu mummy nekad untuk menyusukan Humaira dgn SUSU IBU shj. Setiap hari mummy mencari dan terus mencari tanpa jemu apa2 maklumat tentang SUSU IBU sehinggalah mummy terjumpa satu blog yang akan mengadakan KELAS ASAS PENYUSUAN BAGI IBU MENGANDUNG.Mummy minta sokongan daddy dan atas kesedaran itu kami telah mengikuti kelas tersebut di SARAKIDS. Entry kelas tersebut klik SINI.

Mummy banyak membaca blog yang menceritakan pengalaman menyusukan anak dan secara jujurnya sangat tertarik dan bangga dgn ibu2 yg BF anak mereka. Sehinggalah wujudnya blog ini untuk berkongsi pengalaman yg sama menyusukan anak di samping berkongsi cerita perihal anak-anak. Sokongan dari kawan-kawan semua menyebakan saya berjaya BF Humaira sehingga kini. Masih belum berjaya lagi ya, ada lagi 10 bulan untuk menjayakan misi ini.

Bila Humaira dilahirkan, sayang sekali susu pertama yang masuk ke tekak dia adalah susu formula. Sorry my dear..mummy lahirkan humaira secara caesar. Selepas sahaja humaira dilahirkan, mummy hanya sempat kiss Humaira dan seterusnya nurse terus bawa Humaira ke NICU setelah Humaira berak dalam perut. Doc nak monitor Humaira.Mummy di bawa ke ward dan disebabkan jarak yg jauh ditambah pula keadaan mummy yg tidak mengizinkan, Humaira tidak dapat cecair yg sangat berharga itu pada hari pertama dilahirkan. Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.(sumber: internet).

Mummy sangat gelisah bila tak dapat menyusukan Humaira mlm itu. Sebabnya mummy sangat-sangat ingin menyusukan Humaira dengan cecair emas yg sangat berharga itu sebelum susu matang keluar. Kolustrum hanya hadir sekali dalam setiap kelahiran. Bila daddy datang melawat mummy keesokkan harinya, barulah berkesempatan untuk melawat Humaira di NICU. Waktu itu baru mummy berpeluang menyusukan Humaira. Bukan mudah untuk pertama kalinya menyusukan anak. Berkat tunjuk ajar dari nurse Hospital Sg Buloh mummy berjaya susukan Humaira. Hospital Sg Buloh merupakan hospital rakan bayi. Masa mengandungkan Humaira, mummy selalu usap perut mummy bgtau mummy akan berusaha untuk bf Humaira, mungkin sebab itu kot dia tetap tunggu susu mummy. Nurse bgtau bila bg Humaira susu formula, mulalah dia main2,taknak hisap betul2..

Hari kedua mummy dah dibenarkan keluar dari hospital tetapi Humaira masih ditahan di NICU. Jadi mummy request untuk jaga Humaira. Malam itu dia hanya ingin melekap di breast mummy, rindu yer sayang??..memang kolustrum sedikit jer, dalam hati risau takut Humaira tak cukup susu. Ditambah pula semua ibu-ibu di NICU beri anak mereka dgn susu formula menyebabkan mummy berbelah bahagi. Ibu-ibu itu memberitahu susu mereka tak keluar lagi, sama mcm mummy. Dalam hati terfikir, cukup ke susu aku ni, Humaira pula asyik menangis?? Lantas mummy teringat masa join kelas di SARAKIDS, farah ada bgtau..jgn risau baby hanya perlukan sedikit shj susu sewaktu awal kelahiran. Perut bayi masih kecil dia hanya perlukan sedikit shj susu. Yang penting kena kerap bagi baby susu sekurang-kurangnya 2jam sekali. Bayi menangis disebabkan persekitaran yang baru, beri bayi masa untuk menyesuaikan diri. Bayi yg cukup susu akan buang air besar dan kecil dgn kerap. Itu shj kata-kata yg menguatkan semangat mummy sebab Humaira tiada masalah untuk buang air

Hari keempat Humaira dibenarkan keluar wad. Best dan senang untuk menyusukan Humaira sebab daddy ada untuk membantu. Daddy mmg dh stand by susu formula takut mummy tak larat nak bf Humaira. Ada jugalah Humaira teguk susu formula bila mummy tak larat untuk bangun..Sakit wei luka caeser ni, alasan... (hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih betul tak???) . Masa tu mummy tak tau pun kewujudan pillow untuk membantu ibu caesar menyusukan anak mereka. Bila susu matang dah keluar mummy semangat untuk bf Humaira ditambah pula breast semakin membengkak. Conclusionnya, kalau betul2 nak bf anak, tak payah beli susu formula, tangan gatai nak bancuh juga susu formula takut anak tak cukup susu.

Bila susu matang sudah keluar memang mummy 100% menyusukan Humaira dgn susu ibu. Asyik direct breastfeed, mummy terlupa untuk train Humaira guna botol. Sehingga bila nak masuk kerja setelah habis cuti berpantang, terhegeh-hegeh nak train Humaira guna botol. Sudahnya mmg dia reject ok. Bab beli botol dan puting jgn cakaplah, mcm2 dari yang mahal sehingga yang murah semua dia reject.Ya sehingga sekarang mummy GAGAL train Humaira guna botol. Tak apalah itulah pengajaran paling bermakna dalam hidup. Esok2 kalau ada rezeki for 2nd junior , Insyaallah mummy belajar dari kesilapan.Tapi Humaira terror minum guna cawan kecil dan straw.


Mummy banyak melabur beli botol susu dan puting. Dari yang mahal sampailah yang murah semua Humaira reject..


Beg ini mummy usung kehulu hilir untuk pump susu. Banyak jasa beg ini pada mummy. Mummy guna pump spectra 3



Dalam beg ini semua lengkap, pump, botol, cooler bag, ice pack. Jadinya tak ada masalah kalau takde peti ais, sebab cooler bag boleh tahan sehingga 12 jam. Memang susu sejuk. Yang penting ice pack kena betul-betul keras. Mummy letak gambar Humaira. Bila kita pandang sesuatu yang menyejukkan minda secara tidak langsung apabila pump, susu akan keluar dgn banyak.

Antara stok susu mummy yang mencecah 100 paket lebih. Rezeki Humaira, alhamdulillah.. Untuk ibu-ibu yang nak bf baby, mummy nasihatkan kumpul stok masa dalam pantang. Sebab masa tu susu sangat meriah.

Mummy percaya semua ibu mahu menyusukan anak masing-masing tetapi atas faktor persekitaran menyebabkan GAGAL seperti kurangnya ilmu BF, tiada sokongan dari keluarga dll. Untuk BF anak, yg paling utama semangat kena kuat, pekakkan shj telinga bila org sekeliling berkata. Itulah kunci kejayaan. Breastpump sekarang canggih, walaupun mahal tetapi berbaloi. Bg mummy itu pelaburan jangka panjang..Buat ibu-ibu di luar sana, kita mampu menyusukan anak kita dgn susu ibu.

Nak masuk 14 bulan dah dia minum susu mummy, moga ada rezeki Humaira sehingga dua tahun nak..Amin..


* Saya menulis atas permintaan seorang rakan, LIN. Semoga berjaya BF baby yang bakal lahir ok.Sekadar berkongsi pengalaman, tidak ada niat nak menyakiti hati sesiapa. Kalau ada coretan ini mengguris perasaan kalian, saya minta maaf.

15 comments:

Unknown said...

alhamdulillah nieda moga kita sama2 dpt susukan our baby todd tu smpi umur 2 yrs :)

Ibu Ayra said...

tahniah nieda...dah 14 bulan berjaya susukan humaira... semoga tercapai cita-cita untuk bf humaira sampai 2 tahun...

☆ lieya latif ☆ said...

lieya sokong bab BF nie..selagi boelh teruskan BF...teruskan..... anak sihat..jarang demam...tu kebaikannya....lieya pun berkobar2 nak BF baby kalo preggy lagi sekali nieh......

Softtouch [Hanim] said...

thanx nieda kongsi pengalaman..mmg rase aman n xtau nk ckp bila kita bf anak ni walaupun muza x fully BF...muza paling suka direct BF..nak2 masa kita sama2 landing ngan anak n bila muza kuar punyalah ssh nk bf darissa sbb dia xnak duduk agaknya nak sama2 baring ngan dia...:)

~ana~ said...

tahniah nieda dah berjaya selama 14bln..teruskan lagi usaha...:)

gud luck nieda..

p!nkerton said...

alhmdulillah. perasaan semasa menyusukan tu sendiri pun sgt indah kan :)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Tahniah masih dpt menyusukan humairah..
teruskan usaha.. :)

r|nA @ ja|j|na said...

salam perkenalan..tahniah ye dapat fully BF humaira smpi sekrang..saya hnye dapat bf anak saye sampi 7bulan jek, pastu susu kering..

saya pon pakai spectra 3, dok usung beg tu wala pegi mane pon..skang ni rindu nak ngepam pulak..

smoga berjaya untuk bf sampai humaira 2thaun..

yatie chomeyl said...

meh kita sama2 berusaah utk BF buah hati ...gambatte

Mag said...

saya pon nak bf jugak nanti buat la entry ape yang orang pregnant kene buat supaya susu banyak.hehe

Farah said...

banyak btul stok susu nieda..
kite dulu dapat dalam 50 peket hihi..

Unknown said...

tahniah.. terus kan sehingga 2 tahun @ sehingga humaira reject..
aiya dah nak masuk 2 tahun, masih BF.. kakyong belum agi cari tips nak waening off.. sayang lah pulak.. sbb dah biasa dia bergantung dgn ibu kan.... heheh...

Fiza Hasan said...

alhamdulillah..tahniah nieda..fiza tgh train Hadif Irsyad guna botol sbb nak keja..hehe..2minggu lahir terpaksa bagi FM' sedeh sgt susu tak keluar..skrg Alhamduillah dah meriah susu..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

bagus nieda...dah 14 bulan yer...semangat kena kuat,kan? semoga nieda berjaya menyusukan humaira sampai 2 tahun.

ezan said...

tahniah nieda.. ezan tumpang bangga ngan pencapaian nieda.. :)

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails