My sweet story...

My sweet story...

Thursday, March 31, 2011

bila Humaira berkaca mata

Inilah jadihya bila Humaira berkaca mata...Sibuk sangat nak pakai. Actually ni cermin mata 3D



Tuesday, March 29, 2011

7 keajaiban wanita

Alkisah, Allah memerlukan waktu yang cukup untuk menciptakan wanita. Padahal boleh saja Allah mengatakan “Kun, Fayakun”. Jadilah, maka jadi. Tetapi Allah Maha bijaksana, memberikan pelajaran dan pengajaran kepada manusia bahawa apapun yang hendak dibuat harus tersedia waktu yang cukup dan perlu proses.

Malaikat menghadap Allah dan bertanya: “Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan makhluk yang bernama wanita ini?”

Allah menjawab: “Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki 200 organ yang selalu bergerak agar mampu menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangankan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang dapat menyembuhkan sakit. Dia harus mampu melakukan segala sesuatu dengan kedua tangannya".

Malaikat terkejut dan berkata: “Hanya dengan dua tangan? Ini adalah hal yang mustahil!”

Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. Lalu kepada Malaikat , Allah berfirman:“Tunggulah sampai esok, Aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar! Ciptaan ini akan segera selesai, Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia mampu menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia mampu bekerja sepanjang hari dan malam.”


Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah: “Tuhan, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!”

Allah menjawab: “Ya, Sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak mampu menggambarkan sampai mana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar.”

Malaikat bertanya: “Apakah dia bisa berfikir?”

Allah menjawab: “Tidak hanya berfikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia pandai berdialog dan juga berdebat.”

Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah:“Tuhan mengapa pipinya ranum berkilau?”

Allah menjawab: “Itu bukan semata-mata ranum dan berkilau. Disitu tersimpan airmata, dan disitu terletak banyak beban berat.”

Malaikat bertanya: “Mengapa mengalirkan airmata?”

Allah menjawab: “Airmata adalah satu-satunya cara untuk melepaskan beban. Mengalirnya airmata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagiaan, dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya”.

Subhanallah..!! wanita adalah Maha Karya Allah yang Maha Agung. Wanita adalah karya besar Allah yang maha indah dan menawan. Wanita adalah keajaiban dunia. Lebih ajaib dari keajaiban dunia yang anda kenal. Wanita satu bentuk, beribu keajauban yang menyertainya. Semua orang tahu wanita, tetapi tidak semua orang mengerti wanita.

© Wanita adalah sebaik-baik keindahan dunia. Tidak ada lebih berharga di dunia ini selain seorang wanita.

© Air mata wanita lebih dahsyat daripada undang2. titah Raja sekalipun dapat dibatalkan oleh air mata wanita.

© Bidadari syurga kalah cantik dengan wanita dunia. Wanita solehah di dunia lebih mulia dari bidadari syurga.

© Kecerdasan wanita lebih hebat dari lelaki. Wanita dapat berfikir bermacam-macam dalam satu waktu, sementara lelaki tidak dapat.

© Semua orang tahu wanita, tetapi tidak semua mengerti wanita.

© Wanita dicipta oleh Allah dengan fizikal yang lemah gemalai, tetapi kekuatan lelaki dapat dihancurkan berkeping-keping olehnya.

© Wanita dicipta dari tulang rusuk. Wanita pertama adalah Hawa. Dia dicipta tidak sama seperti Adam.

© Senjatanya. Tangisan adalah senjata wanita. Air mata adalah kekuatan wanita sekaligus kelemahannya. Bila wanita sudah mengalirkan air mata, maka kekuatan lelaki akan hancur. Bila seorang ibu sudah menitiskan air mata untuk anaknya, maka singgahsana Tuhan tergoncang.

Wanita dicipta Allah tidak sekali jadi. Ada proses disana. Bulatan yang ada dalam fizikalnya diambil dari rembulan, pancaran sinarnya diambil dari matahari, kilaunya diambil dari bintang2 diangkasa, air matanya diambil dari awan, semerbak wanginya diambil dari bunga-bunga, warna kulitnya diambil dari bunga2 mawar, kelembutannya diambil dari desiran angin sepoi2, keceriaannya diambil dari tumbuh-tumbuhan segar, getarannya diambil dari tumbuh2an, keluasannya diambil dari samudera, kehangatannya diambil dari api, dinginnya diambil dari salju, kelazatannya diambil dari madu, sengatannya diambil dari kalajengking, cerewetnya diambil dari burung, kelembapannya diambil dari embun pagi, senyumannya diambil dari musim bunga, sentuhan tangannya diambil dari zakharif (intan permata).


Semoga bermanfaat..
Diambil dari sebuah buku "7 Keajaiban Wanita"
credit to:

ummu

Cubaan membuat cupcakes

Dalam minggu lepas husband belikan mixer. Teruja okey, dah lama aim nak mixer. 2 bulan lepas survey di houtz depot harga dalam rm180. Minggu lepas harga dah turun dalam rm130 shj, tanpa fikir panjang haruslah grab. Saya suka mangkuk kek stainless steel compare dengan plastik.

Hari Jumaat lepas mulalah aktiviti baking kek. Kebetulan kawan saya ada buat kenduri house warming weekend lepas, so bagi dekat dia cupcakes tu. Toping saya guna chocolate ganache. Sampai sekarang saya masih fail lagi deco cakes guna buttercream icing. Takpe, kena practice, practice and practice. Practice makes perfect.

Taraa...boleh dapat dalam 100 cupcakes


Resepi coklat ganache:
  • 400 gram coklat masakan (dipotong kecil).
  • 300 gram whiping cream
  • 1 sudu butter
Didihkan whipping cream dengan api perlahan, kemudian masukkan coklat masakan terus tutup api. Masukkan butter dan kacau sehingga sebati.


* Lamanya tak update blog, mood malas sebenarnya..

Friday, March 25, 2011

kenduri kahwin makan western food

Ahad lepas kami menghadiri majlis perkahwinan Harief dan Hana di Taman Nirwana, Ampang. Walaupun kenduri buat di rumah sahaja tetapi cukup grand. Mana tidaknya, tetamu dihidangkan dengan makanan barat seperti chicken chop, lamb chop, beef steak, garlic bread, mushroom soup, blackpepper sauce, fries dan kuih memang gempaklah. Sebenarnya ayah Harief merupakan tauke western food, ada kedai makan sendiri di Ampang. Tema pengantin warna silver, cantik..

Malangnya tak sempat nak tengok pengantin bersanding, cuaca mendung sangat nak hujan. Sampai je dekat kereta terus hujan turun selebat-lebatnya.

Saya punya...hehe. Ini namanya mencekik, pagi tak breakfast, amik ko penuh pinggan


Ini daddy punya


Kambing golek, ada tiga tempat untuk memanggang. Untuk kenduri ni shj 6 ekor kambing dibakar.Semua masak di situ, so memang fresh dan masih panas


Ada tiga tempat untuk ambil makanan,salah satunya hidangan nasi bersama lauk pauk. Ada sotong goreng tepung


Daddy dan Humaira menunggu pengantin bersanding, tapi tak sempat nak tengok


Pelamin yang indah buat di luar rumah


ANtara tetamu yang hadir


Saje snap tempat parking kereta, RELA yang jaga.


Gift dari pengantin


Selamat pengantin baru buat kedua mempelai, Harief dan Hana. Semoga gembira melayari hidup berumahtangga dan berbahagia ke akhir hayat....

Free big breakfast MC D sehingga 31 march

Tengok blog Ana tentang free big breakfast terus ajak husband ke MC Donald. Jom ramai-ramai kita terjah ke Mc Donald. Dengan kupon kita dapat 2 big breakfast dengan hanya berbelanja Rm5 ke atas. Boleh beli apa2 di MC D, yang penting berharga rm5 ke atas. So kiteorang ambil 2 hot coffee RM6.25 dapat percuma 2 big breakfast. Boleh print kupon di facebook MC D DI SINI. Saya print black and white je, fotostat tidak diterima. musykil mcmane mereka identify print black &white dan fotostat

pic taken by mr google

Tuesday, March 22, 2011

Aktiviti masak hujung minggu

Balik kampung Muar tempoh hari MIL bagi cili blend, gula melaka, santan dan kelapa parut...Kebetulan pula kawan baik saya baru balik dari Sabah ada bagi ikan bilis dari Sabah. Apa lagi jom masak...

Aktiviti pagi Sabtu masak nasi lemak. Jarang betul masak heavy breakfast pagi. Nasi lemak ni bagi saya sedapnya terletak pada sambal. Kadang2 sambal bilis saya buat sedap, kadang2 tak sedap. Saya pun google mencari tips menyedapkan sambal. Antaranya guna hommade cili, bawang dan sedikit bilis dikisar dan yang paling penting masak sambal guna api yang perlahan. Dan kali ni memang sedap sambal tu..Hehe...

Mood tengah rajin, bungkus dengan daun pisang..Terbaik..


Humaira lagi suka makan anggur dari nasi...Memang sentiasa ada stok anggur dalam fridge. Sengaja buat muka macam tu, tau mummynya nak snap pic



Petang tu pula mahu menziarahi my best friend yang baru pindah rumah. So buatkan buah melaka. Semua bahan memang dah ada dekat rumah. Gula melaka yang MIL bagi memang sedap, asli diambil dari nira kelapa. Ada lebihan daun pisang, so bungkus je dengan daun pisang.



*Ahad pula gantung kuali, ada jemputan kahwin di Ampang. Memang grand wedding ni, nanti i story

Monday, March 21, 2011

Dino Alive di Pusat Sains Negara

Baru-baru ni pergi Pusat Sains Negara, Bukit Kiara. Mahu tengok Dinosaur. Tiket masuk untuk dewasa RM10, kanak-kanak RM5. Bawah 4 tahun masuk percuma. Pasti mengujakan si cilik, ada yang berani tengok dinosaur dan ada juga yang takut. Yelah, dengan saiz besar, bentuk dino macam real, sistem audio ala-ala mengaum dan juga si dino bergerak-gerak, paling tak tahan sekali bila dinosaur tu buka mulut mengaum ramai kanak-kanak bertempiaran lari. comelll...Pameran dinosaur berlangsung sehingga May 2011, so ada banyak masa lagi, jangan lepaskan peluang k...


Sebelum masuk ada akurium boleh sentuh, favorite Humaira lah ni..Basah baju my darling..Kalau bolen nak berendam terus dalam akurium..pengsan mummy..


Paling teruja si kecil ni tengok fish berjalan atas kepala dia....akurium seperti terowong macam akuria


Tu dia....terujanya si kecil ni mendongak tengok fish. Macam2 ikan ada


Aleya dan Humaira...Mummya pergi bersama bestfriend daddy, so adalah Humaira geng


Di ruang legar terdapat 2 ekor Dinosaur...Dekat sini dah start nak berdukung, penat hokeyy...
SI DIA dah mula mengaum, ramailah kanak-kanak bertempiaran lari. Maklumla, masa pergi tengah cuti sekolah


Si dino....



Dekat level 1 ada pameran dinosaur. Masuk dalam bilik ni Humaira nak berdukung je. Banyak si Dino dalam ni, ditambah pula keadaan bilik yang agak suram, SI DINO bergerak2 dengan bunyi-bunyiannya lagi..Memanglah Humaira takut, so tak dapekla bergambar dgn Dino


Dino dan mangsa


Mummy pun tak melepaskan peluang mencuba menghasilkan tenaga..


3 of us....


Kemudian masuk ke bahagian Kids discovery centre. Barulah Humaira nak bebas bergerak. Macam2 dia boleh explore. Dan banyak juga Humaira cuba peralatan sains dekat situ.

Geramnye tengok..


Dapat main sini taknak balik. Bagus juga permainan di sini. Next time kita datang lagi ye..

Saturday, March 19, 2011

Family potrait

Gambar raya 2010, baru dapat soft copy dari Opah Humaira. Haruslah abadikan dalam blog kesayangan mummy...


Friday, March 18, 2011

Food for love: homemade nugget ayam

Aktiviti dengan anakanda Humaira minggu lepas, buat nugget ayam. Humaira tolong mummy kemas dapur je, cantik sangat bab si kecil ni mengemas. Penat mummy cari mana tepung, rupa2nya Humaira dah sorok bawah kabinet. Esoknya baru jumpa tu...ishk ishk

Bahan utama isi ayam (bhg dada), breadcrumb, sedikit tepung dan telur


Ayam blend kering sehingga hancur, letak tepung sedikit, garam dan lada sulah


Sukahati nak buat bentuk apa, mummy takde acuan so buat bentuk bulat leper je


Goreng sehingga kuning keemasan. dan boleh makan...

Thursday, March 17, 2011

Makan steamboat di Restoren tupai-tupai Shah Alam

Isnin malam selasa nieda & co makan steamboat di Restoren tupai-tupai. Restoren ni terletak di Seksyen 13, belakang servis apartment Acapella. Dah lama teringin nak makan steamboat, baru terlaksana minggu ini. Humaira pun mood baik, bagi kerjasama dgn mummy dan daddy. Makan steamboat ni ambil masa sedikit, nak ambil makanan, masak dan makan. Makan steamboat kena feeling2 sikit..Huhu...

Menghidangkan steamboat secara buffet. Memang puas hati, banyak pilihan. Harga RM25 seorang untuk dewasa dan RM15 untuk kanak2. Boleh makan sampai pengsannnn... Selain dari steamboat, makanan berat ada nasi goreng cina, bihun goreng, kuewtiaw goreng dan spagethi. Untuk dessert ada ais krim, tapai, mushroom soup dan bubur nasi. Air pun banyak pilihan masa mummy datang tempohari, ada air fresh orange, lime juice, sirap, teh dan kopi semuanya include RM25. Sup untuk steamboat boleh pilih 2 jenis, mummy ambil sup sayur dan tomyam kelapa. First time cuba tomyam kelapa, sedap. Actually pelayan tu yang rekomen, tomyam tu dari air kelapa.

Layan gambar, just snap guna kamera hp. Malu i nak snap guna kamera. Ramai orang, majority yang datang untuk makan steamboat. Cuma ada waktu malam je

Pembaziran makanan dikenakan bayaran RM10 untuk 100g. So berpada2lah ketika ambil makanan. That why mummy just ambil sikit2, kalau rasa nak lagi baru top up.Membazir amalan syaitonnn.



First round mummy makan udang dan sotong...fresh


Seafood, banyak pilihan...sotong, udang, lala, ikan, pepahat, kepah dll..Ayam pun ada



Fish ball, crabstik, semua ada....


Bahagian sayur...semuanya fresh


Ada macam2 jenis cendawan dan 5 pilihan sos


Periuk steamboat meja kami...Humaira bukanlah peminat steamboat. Daddy yang tukang habiskan sup sayur, mummy dah tentu tomyam..


Humaira makan ais krim je.


Ais krim idaman Humaira selalu....



Daya tarikan untuk Humaira, Tupai.. Suka sangat tengok tupai.


Sesiapa yang suka makan steamboat memang rekomen pergi sini. Restoren ni ada 3 cawangan di KL berhampiran dgn DBP, Shah Alam dan Bangi.

Wednesday, March 16, 2011

Dia kepenatan...

Balik dari kenduri kahwin di Seremban, terus balik Muar. Humaira paling excited dapat jumpa Embah dan Opah. Opah Humaira pun join ke Muar dan bermalam di sana. Bila siang Humaira happy sangat, malam mulalah buat perangai. Pukul 3 pagi dah bangun, menangis dan meragam. Sampailah ke Subuh langsung tak tidur. Dalam pukul 7.15 pagi mummy bawa Humaira pergi pasar tani. Apa jadi....


*




*




*




*




*




*




*




Budak kepenatan, terlentuk di bahu Embah

Selamat pengantin baru Siti Khadijah dan Khairil

Sabtu lepas, 12 Mac 2011 saya sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan saudara di Seremban. Tema untuk majlis perkahwinan warna biru lembut, sejuk mata memandang. Selamat pengantin baru buat SK dan Khairil, semoga berbahagia melayari hidup berumah tangga.

Bila tengok hasil gambar guna nikon coolplix rasa menyesal tak bawa si gedang D60. Gambar kurang memuaskan. Layan ajela gambar yang ada...

Pasangan pengantin sory, gambar blur



Yang ini ok sikit


Pelamin nan indah


Mummy dan Humaira sedondon



Sempat berjumpa dengan dua orang blogger yang selama ini hanya kenal di alam maya je. Pertama, jumpa dengan Liz . Memang dah tau akan jumpa Liz di majlis perkahwinan SK.

Bila dua orang Humaira berjumpa..... Nur Alisha Humaira dan Humaira Batrisyia

Keduanya, jumpa fatih mama Athirah. Sweet Athirah, rambut panjang. Athirah sebaya dengan Humaira. Tak sempat nak ambil pic Athirah.


Tuesday, March 15, 2011

Photoshoot budak kecil

Gambar di ambil petang semalam ketika hujan lebat dan ribut petir. Takde aktiviti boleh buat, ambil gambar Humaira lah. Lepas hujan try on TV, tak boleh, astro pun sama. Daddy syak kena petir. Bila try off dan on balik extension wire, ada letupan kecil. Rupa-rupanya extension wire dah rosak.

Layan gambar pengarang jantung mummy...





Awek muka ketat


Susah sangat si kecik ni nak senyum, mummy kata mana gigi....
inilah hasilnya..


Bila mummy kata posing baring....
inilah jadinya


BIla mummy kata mana tangan...
Inilah hasilnya

nuffnang

Related Posts with Thumbnails