My sweet story...

My sweet story...
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, January 12, 2015

Bila Humaira batuk2

Al kisah Humaira yang batuk dah hampir sebulan. Setiap kali bila dia kena attack dengan batuk mummy memang risau. Sekali kena attack memang lambat nak baik. Doc kata dia ada mild asma. Kawan2 mummy...Ada petua tak nak hilangkan batuk dan asma? So far memang konsisten dengan ubat, madu dan juga vitamin c. Ada juga pakai inhaler. Sesekali mummy letakkan kunyit hidup kat bahagian dada, hidung dan ubun2..Nafas dia memang ada bunyi wheez terutama waktu malam. 


Hari Sabtu lepas kena ambil neb

Mummy tak pernah share kat blog cerita Humaira kena admit. Dah lama sebenarnya. Bulan July lepas.  Time tu lagi 4 hari nak raya. Masa specialist kata kena admit..mummy dah sebak. Tunggu masa je air mata nak gugur. Ikutkan perancangan keesokan nak balik kampung untuk beraya tapi bila anak dah sakit terpaksa redha, dah bersedia untuk beraya di hospital. Yang penting masa tu kesihatan Humaira baik. Dari bulan May hingga July batuk dia on off. Masa tempoh tu juga dia akan demam on off. Dah bawa klinik biasa, pakar kanak2 tapi tak ok juga. last2 kena admit disebabkan pneumonia. 

Nak admit pun satu hal juga. Humaira memang tak boleh berenggan dengan mummy. Adik dia masih fully breastfeed masa tu. Terpaksa cari bilik seorang. Bila call semua hospital area Shah Alam yang ada cover insurance, semua full. Kelana Jaya Medical Centre je ada kekosongan untuk bilik seorang. Time kena admit, bilik seorang ada promosi RM120 semalam, Kira oklah masih lagi dalam insurance cover.


Setiap 4 jam kena neb, 6 jam sekali masuk antibiotik
Bermalamlah kami anak beranak di hospital
Time discharge..Muka dah ceria. Ingat lagi... kita akan sambut raya hari Isnin, Humaira dicharge hari Ahad pukul 6 ptg baru sampai rumah. Kawasan rumah masa tu dah sunyi, semua orang balik kampung. Kiteorang pagi raya baru gerak balik kampung...

Thursday, January 8, 2015

mood pinky

Peminat pink!!hihi..Suka2 buat baju dengan wording daddy, mummy, kakak dan adik. Tapi dalam gambar ni tak nampak lah pulak words tu.

My family selfie...



hero kecik, Firaas
Ramai yang kata muka fotostat..yaker??

Monday, May 26, 2014

Selamat Pengantin Baru buat adik saya..Hanif dan Teh Khodijah

Selamat Pengantin Baru buat Anip dan isteri. Semoga berbahagia dan gembira melayari alam perkahwinan hingga ke akhir hayat. Anip ni adik kedua saya. Majlis akad nikah pada 23 May Jumaat pukul 9.00 pagi. Tak sempat nak attend sebab kakak Humaira masih sekolah. Majlis sebelah perempuan pada 24 May dan majlis sebelah lelaki pada 25 May. Pasangan anip pun rumah dekat2 situ juga.

Majlis dari pihak pengantin lelaki berlangsung di Dewan Kemas Gopeng, manakala pasangan Anip buat di rumah mereka di Kg Tualang Tujuh. Layan gambar2 sekitar majlis perkahwinan. Belah lelaki tema merah hitam manakala belah perempuan biru purple

Majlis akad nikah cilok dari fb Hanif

Pelamin bertemakan hitam merah putih




Anak bujang saya sepanjang majlis nak berdukung je.

Adik first saya, masih bujang trang tang tang. heheh

Family potrait, Kakak saya tgh preggy. Insyaallah bulan Oct ni Firaas ada geng boboy.

Sekitar majlis sebelah perempuan pula..
Perantin lelaki baru sampai...



My family

Hubby kecik mummy..kekeke

Tuesday, April 16, 2013

Humaira dan sepupu Khaira

Sabtu lepas balik Ipoh sekejap. Balik hari je, husband nak pergi kenduri di Grik. Saya tak join pun. Minta husband drop kat rumah kakak saya. Gerak dari Shah Alam lepas Subuh. Budak dua orang angkut masuk kereta tak mandi. Sampai rumah Mak Long nanti baru mandi.
 
Humaira excited nak jumpa Khaira. Bila tanya kenapa? Banyak mainan jawabnya.. . Dah pandai sekarang ni, kalau tengok youtube mesti nak review mainan.

Sampai Ipoh dalam pukul 9.00 pagi. Inilah 2 orang bodak yang tak mandi.

Sepupu Humaira, Khaira. Halus je orangnya. Dah 2 tahun berat baru 8 kilo lebih. Firaas yang 6 bulan pun hampir 8 kg. Haha. Humaira melayan Khaira makan jelly. Mula2 Khaira makan tumpah, itu yang dia pegang jelly. Bagus Humaira. Dia memang boleh harap tengok2kan adik dia kalau mummy buat kerja.

Humaira suap Khaira jelly.

Saturday, February 11, 2012

Hadiah birthday untuk anak buah

Baru aje rasanya Mak Ngah tulis entry tentang menanti kelahiran anak buah, tup2 dah setahun usia Khaira pada 10 Feb lepas. Dah start berjalan walaupun atuknya cakap jalan macam orang mabuk. Hehe. Semoga Khaira membesar dengan sihat dan bijak. Nak hadiah datang Shah Alam ye, Mak Ngah tak pasti bila nak balik Ipoh  lagi. Ajak mama Khaira datang Shah Alam, boleh jumpa dengan Humaira. Buat masa ini Khaira satu2nya sepupu Humaira.


Wednesday, February 1, 2012

Bekalan dari emak mertua

Lepas balik Ipoh sempena CNY tempohari, kiteorang gerak balik Muar pula. Tak plan nak balik Muar tapi bila dapat tau bapa saudara husband sakit terus balik sana. Sempat jugalah hubby settle kan urusan tanah.

Setiap kali nak balik Shah Alam pasti MIL akan bekalkan makanan. Selalunya MILakan bekalkan lauk pauk tapi kali ni tak sempat dia nak masak. Siang tu kiteorang pergi jalan2 di Tangkak. Petang tu sempat lagi emak buatkan roti jala sebelum balik. Banyak betul bekalan untuk kami.. Jom tengok apa yang emak bekalkan..

Jeli kelapa, Humaira paling suka. Yang ni mummy jadi tukang masak. Bahan2 semua emak yang sediakan. Cucu kesayanganlah katakan... sanggup Embahnya pergi kebun cari kelapa muda.

Roti jala. Saya belajar menjala roti dari MIL. Sekarang ni dah terror menjala hokey..

Belacan ni kawan emak mertua bagi. Home made tau. Saya suka sebab langsung takde bau busuk. Selalunya kalau belacan beli mesti ada bau

Kuah rojak, kacang tabur dan bijan. Yang ni emak buat. Sedappp. masih banyak lagi dalam fridge.  Tukang makan saya sorang je

Roti canai pun buat sendiri. Sama macam kedai punya. Termasuk kuah Dhal dan sambal bilis.

Apa nama kuih ni??kuih simpul ek..Yang ni pun bekalan dari emak. 


Bilalah saya nak jadi serajin emak. Bak kata ayah mertua saya, emak ko ni mmg minat masak. Cakap aje apa nak makan mesti dia masakkan. Ayah saya kata hobi emak saya pertama berkebun, kedua memasak, ketiga menjahit. Kadang2 bila tengok emak berkebun saya yang penat. Sebab tu walaupun dah umur 60  an alhamdulillah masih sihat dan cergas. Serba serbi pandai, menantu dia aje kayu. Huhu...

Thursday, November 24, 2011

Menyambut mertua di KLIA

Malam tadi kami gerak dari rumah pukul 12.50 pagi, sampai ke KLIA dalam pukul 1.30 pagi. Humaira tengah nyenyak tidur, angkut je masuk dalam kereta. Sampai KLIA penerbangan ayah dan emak dah sampai cuma jemaah haji masih belum nampak lagi. Maybe proses pengambilan barang memakan masa. Dalam setengah jam menungggu barulah nampak jemaah haji keluar.

Humaira macam biasalah, nak berdukung. Bad mood kacau tidur dia. See...ramaikan saudara mara menunggu ketibaan jemaah haji


Bersama family Cik Cham (adik emak).


Sudah nampak jemaah haji mula keluar...


Hanya sempat ambil gambar emak di parking lot aje. Ayah dah jalan laju ke depan. Suka betul Humaira, macam2 Embah dia beli ole2 untuk dia.


Emak dengan ayah bermalam di rumah Cik Cham di PJ. Pagi tadi dalam pukul 7.30 pagi mereka dah gerak balik Muar. Tak sabar2 nak tengok rumah katanya. Kami sampai rumah lebih kurang pukul 3.00 pagi.

Pagi tadi husband ada present untuk topik PHD dia. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Risau juga sebab malam tadi husband tak cukup tidur, dia pun nampak nervous masa nak pergi present tadi. Panel tu kata clear topic, almost perfect, and panel tu wish dekat supervisor husband...tahniah juga untuk supervisor u for doing a good job. For husband, congrates..ini baru permulaan..Banyak lagi cabaran, orang kata PHD ni Permanent Head Damage. Harap2 tidaklah sampai macam tu.. Hehe..

Kejap lagi kami akan balik Muar. Malam ni ayah dengan emak nak buat kenduri doa selamat sikit. Bagi husband rest sekejap sebelum gerak balik kampung..

Tuesday, November 22, 2011

Kiriman ketiga dari tanah suci

Kiriman ketiga dari mertua di Mekah. Satu kotak besar berupa kain, dan cenderamata. Kiriman pertama dulu satu kotak besar buah kurma, kemudian sebelum raya Haji lepas 3 botol besar air zam zam.

Dijangka mertua akan sampai Malaysia malam esok (24 Nov) jam 2 pagi. Insyaallah husband dan sepupu dia akan ambil di KLIA. Semoga mereka selamat pulang ke tanah air. Mummy dengan Humaira masih berbelah bahagi nak turut serta atau tidak ke KLIA. Pukul 2 pagi Humaira tengah tidur, kalau bawa stroller nanti tak muat pula beg ayah dengan emak nak letak dalam bonet. Masih samar2 sama ada ayah dan emak akan tidur rumah kami atau rumah adik emak di PJ. Pagi tu husband ada hal yang sangat penting yang tak dapat dielakkan. Dia kena present proposal di IPSIS. So awal2 pagi dah kena gerak ke main campus. Pagi Khamis tu ayah dengan emak memang nak balik Muar, so terpaksa minta tolong sepupu husband hantar balik Muar. . Mummy belum pasti dapat balik Muar atau tidak, bergantung kepada daddy sama ada boleh habis awal atau tidak presenatation tu. Malam tu emak dengan ayah nak buat doa selamat sikit, panggil orang surau je dalam 30 orang.

Isnin lepas sampai..macam2 ada


Terselit juga mainan untuk cucu kesayangan, Unta...Bila on punyalah Humaira takut. Berlari dekat daddy bila unta tu berjalan.


Unta yang berjalan..Humaira penakuttt

Tuesday, October 11, 2011

Varsity boat race 2011 di Putrajaya

Tajuk macam pergi je tengok Varsity Boat Race ni..Owh TIDAK..hanya layan di TV je. Astro ARENA ada buat siaran langsung Ahad lepas. Bukanlah peminiat acara kayak dan rowing tapi adik saya ada join acara ni. Tahun lepas saya ada menyaksikan varsity boat race di Tasik Putrajaya di SINI.

Fizi ni memang suka sangat sukan air. Dari UTM Jalan Semarak lagi dia dah aktif rowing. So bila dia sambung study di UTM Skudai aktif kayak. Emak saya dah mula bising bila dia extend master study. Bukannya tak boleh buat, tapi terlampau taksub dengan sukan inilah padahnya...So Fizi, lepas ni cukup2lah, fokus untuk habiskan study pula.

Pagi Ahad tu adik saya ada call bagitau dia akan masuk final petang ni tapi awal2 dah bagitau confirm kalah. Semua pasukan hebat lebih2 lagi lawan dengan University dari negara ASEAN. Masa layan TV petang tu, tiba2 husband kata...eh yang nama Fizi adalah kat astro ni..Terus capture..Heheh

Adik saya masuk acara MK1 (1000m)..Nama dia no 6..Memang confirm kalah..Tahun lepas tak silap saya ada juga dia dapat pingat


Johan keseluruhan adalah milik Indonesia, Universitas Pendidikan Indonesia (UPI). Acara MK1 ni pun juara UPI. Buat fizi cuba lagi..hehe


Kenangan gambar tahun lepas varsity boat race 2010...Panas terik masa ni

Hantar mertua ke Tabung Haji Kelana Jaya

Penerbangan emak dengan ayah pada hari Ahad, check in pukul 1.30 pagi. Sampai Kelana Jaya petang Jumaat, mereka memang decide nak bermalam di Tabung Haji supaya senang saudara mara nak datang menziarah.

Banyak sangat dugaan mereka untuk pergi haji tahun ni tapi alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Ini kali ketiga ayah dan emak pergi menunaikan fardu haji.

Malam pertama ayah di Tabung haji Humaira dapat belon Upin Ipin...Kat rumah ni dah penuh dengan benda alah ni


Ini pula hari kedua di Tabung Haji, dapat belon Mickey Mouse pula. Nasiblah malam kedua ayah dengan mak nak berlepas ke Madinah dah..hehe


Melepak di cafe tabung haji. Hujan lebat sangat malam tu. Emak ayah saya pun turut serta malam tu


Beg dari pihak tabung haji. Jemaah haji banyak dapat sumbangan. Macam2 ada, dari penjagaan diri sampailah ke prepaid masa di Mekah nanti


Ramai umat manusia menghantar saudara mara

Monday, July 18, 2011

Jumpa Spiderman

Masa jalan2 dekat shopping mall minggu lepas dari jauh daddy kata EH NABIL Rajalawak lah..sambil sengih2..Rupa-rupanya patung spiderman. Huhu...

Mummy nak tangkap gambar spiderman dengan Humaira tapi si tecik ni penakut. So mummy Humaira yang over terpaksa berposing dengan spiderman.

Tuesday, June 7, 2011

Selamat pengantin baru Jazli dan Shafizarina

Musim cuti sekolah banyaklah undangan perkahwinan. Sabtu lepas saya pergi kenduri kahwin sepupu di Dewan Bankuasi, Bangunan Menara Getah Asli. Memang lokasi sangat strategik, betul2 berhadapan dengan KLCC. Lepas pergi kenduri boleh window shopping di KLCC.

Selamat pengantin baru buat sepupu saya, Jazli dan pasangannya Syifarul Shafizarina. Semoga gembira melayari hidup berumahtangga dan berkekalan hingga akhir hayat. Amin..

Boleh pula lupa nak bawa SLR, so gambar ni ambil dari facebook sepupu saya, Abang Izhar

Pengantin bersama saudara-mara sebelah abah saya.

Emak dua dari kiri, abah saya baju batik biru

Bersama sanak saudara. Mana satu acik nieda ni???hehe



Gambar bawah ni ambil guna kamera hp. Seisi bergambar dengan adik beradik saya.

Humaira dan sepupunya, baby Kaira.


Mak Long dan Achue Humaira..


Anip dan Kaira


Humaira dengan adik saya aka pakcik Humaira


cantiknya...macam poskad. Saya ambil dari surau tingkat 10 Menara Getah Asli.


Lepas habis kenduri kahwin, kami menapak ke KLCC. Opah Humaira teringin nak jalan2 kt situ. Siap belikan gaun untuk Humaira sempena birthdaynya pada 10 Mei lepas. Later2 nanti kasi upload gaun itu.

Jalan2 di taman KLCC


Masa ni Opah Humaira tengah shopping kt KLCC, kami lepak kt taman. Penat nak jalan, Humaira asyik nak minta dukung je.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails