My sweet story...

My sweet story...

Monday, January 31, 2011

Kuching - Day 1

Sampai di Airport Kuching lebih kurang dalam pukul 2.00 petang. Sebenarnya daddy booking seat kami depan sekali, bila check dekat internet ada passenger sebelah kami. Memandangkan flight tak berapa penuh masa beli tiket di kaunter daddy minta tukar seat belakang sekali. Privacy sikit untuk breastfeed Humaira. Balik pun kami tukar seat. Sampai di Kuching Pakcik Humaira dah tunggu di airport, terus bawa kami ke hotel 360. Rehat2 sekejap kemudian jalan2 di shopping mall bersebelahan hotel 360 sementara menunggu waktu Magrib. Kalau dari hotel, level 3 boleh menghubungkan ke shopping mall.

Sebelum ke Kuching memang saya dan search internet tempat menarik di Kuching. Memandangkan ini pertama kali saya ke Kuching, jadinya memang perlu untuk tahu serba sedikit tempat yang ingin di tuju di Kuching. Kata maklumat di hujung jari. Hehe..

Malamnya aktiviti makan seafood. Based on review kt internet ramai yang rekomen di Top spot. Memang hari biasa pun ramai orang makan kt sini. Banyak gerai, sampai je kat sana ramai peniaga akan pelawa makan dekat kedai mereka. pandai2lah korang nak pilih. Tempat yang kami tuju mestilah ABC corner, ramai yang rekomen makanan kt sini sedap.

Kami order lobster masak pedas. Daddy Humaira memang dah aim nak makan lobster. Seekor rm40. Ikan kerisi masak 3 rasa, butter prawn, sayur campur dan nasi empat orang makan. Semua masakan memang sedap, style masakan macam chinese. Servis memang tip top. Sekejap je semua hidangan dah sampai. Total harga makanan rm105 dan air buah dalam rm10.

Selepas makan, ambil angin dekat waterfront. Cantik pemandangan waktu malam. Sungai dekat waterfront tu memang meriah dengan aktiviti air. Kalau nak ke seberang sana naik sampan 50sen seorang, tapi daddy awal2 lagi dah bagitau takkan naik. Mati hidup semula pun belum tentu dia naik. wakaka..Dia sangatlah penakut dan gayat, takkanlah saya nak naik seorang diri. Katanya dahle takde life jacket, buatnya terbalik mati katak. Masing-masing tak pandai berenang.

Dalam pukul 10 kami balik ke hotel. Puas hati dapat makan lobster. to be continue day 2 di Kuching..

Humaira yang takde perasaan naik flight


View dalam flight. bahagian seat belakang tak ramai pun passenger


Dah selamat beradu. Penatttt


di awan biru..


di Top spot, kedai ABC yang marvelles


Nilah lobster tapi dah siap potong


Jalan2 di waterfront waktu malam




** owh ada yang suruh saya review flight firefly ke Kuching. Frankly speaking ini adalah kali pertama saya naik flight nak review lebih2 pun tak boleh. FIrefly satu company dengan MAS. Bagi saya ok, takdelah bising macam firefly yang pergi destinasi ke semenanjung. Firefly Sabah/ Sarawak guna Boeing 737, sama dgn Air Asia yg guna Airbus.


Yang ini hubby saya komen.
Firefly ke Sabah Sarawak guna Boeing 737, sama dgn Air Asia yg guna Airbus. Tahap kebisingan sama dengan Boeing 747 ke London. Firefly dalam semenanjung guna kapalterbang lain, rasanya Fokker. Bunyinya lagi bising.
Lagi satu, Firefly Sabah/Sarawak guna enjin jet macam Air Asia and rest of other big airlines, Firefly dalam Semenanjung guna enjin turboprop (kipas besar). Enjin turboprop ni lebih rasa melambung kalau kena angin kuat sebab enjin turboprop kelajuannya lebih perlahan dari enjin jet.

For the record, 2 kes MAS terhempas dan menyebabkan kematian ialah pada tahun 1977 di Johor Boeing 737 (lebih kurang sama jenis dgn Firefly Sabah Sarawak) menyebabkan 100 orang mati. Terhempas sebab dirampas oleh pengganas.

Kes kedua, Fokker MAS (yang diguna oleh Firefly utk penerbangan semenanjung) terhempas di Tawau tahun 1995, 34 orang terbunuh. Terhempas sebab angin lintang rasanya.

Airbus 300 (yang macam air asia guna) pernah terhempas juga di Subang Airport tahun 1983 masa nak landing dalam hujan lebat, tiada kematian.

Not bad for MAS, almost 1.8 million flights (until end of 2004) dan cuma 2 je terhempas dengan kematian.

Humaira @ KLIA

Gambar Humaira sekitar di KLIA. Kami naik Firefly. Flight ni antara penerbangan terawal ke Kuching. Untuk penerbangan ke Sabah dan Sarawak naik firefly di KLIA. Flight kami sepatutnya pukul 11.45 pagi delay setengah jam, 12.15 tghari. Kami sampai KLIA dalam pukul 10.00 pagi. Sementara nak menunggu waktu check in bawa Humaira jalan2 sekitar KLIA. Mula2 kita isi tank dulu dekat KFC. Dekat KFC ada playground, suka lah si kecil ni.

Playground @ KLIA


Drumstick idaman Humaira selalu


Kes tak larat nak jalan.


Menunggu ketibaan flight. Humaira dah start bosan dan mengantuk waktu ini. Kerjanya nak buka sandle jer


Inilah flight kami. Masuk jer dalam flight terus si kecil ni tido. Penattt.

Friday, January 28, 2011

Hangin...

Saya tengah hot dengan mamat buat kitchen kabinet. Dah seminggu lebih dapur saya lintang pukang. Kata esok nak pasang table top pastu delay hari isnin depan plak. Leceh nak masak bila sinki dapur takde. Mula2 kiteorang nak pasang table top guna material solid surface, boleh plak mamat tu kata lepas raya cina baru boleh pasang. Sape tak hangin!!

Mamat ni pasang kitchen kabinet Jumaat lepas, janjinya sabtu lepas nak pasang solid surface. Sampai hari ni nan hado.. Takkan nak tunggu lepas raya cina baru nak pasang, lama sangat la bro. Lastly kiteorang decide pakai wood top. Mamat tu kata wood tu boleh pasang cepat tapi apsal nak tunggu hari ISNIN!!! Kalau dah janji sendiri mau ingatla.

*Motip: Tuan punya blog tengah EMO

Bila dah mengamuk, mamat ni letak alas kayu buat sementara waktu sementara nk tunggu table top TAPI sinki nan hado


Ekzos fan pun belum berfungsi lagi


Kabinet tak pasang pintu..Orang perak kata tak semengah


Yang penting boleh masak mamat tu kata..Banyakla ko punya masak



Husband saya memang bengang tahap gaban dah. Dia memang panas baran. Dapur lintang pukang, alamatnya esok balik kampung mengubat emosi yang tak stabil. Hehe mau balik muo...Jom makan mee bandung.

Hotel 360 Kuching

Kami baru balik dari bercuti di Kuching Sarawak dari 24 Jan - 27 Jan 2011. TQ daddy for the nice trip. Banyak gambar nak dikongsi dalam blog ini untuk tatapan di kemudian hari. Tapi hari ni just nak review hotel penginapan kami dulu di Kuching.

Kami menginap di 360 hotel. Cuti kali ni 4 hari 3 malam, plan asal nak tukar2 hotel tapi bila memikirkan masalah logistik kami menginap di 360 hotel je. Daddy booking secara online di SINI atau join facebook mereka di SINI. Bilik sangat besar, masa sampai je dekat bilik Humaira lah manusia paling sibuk sekali. Excited dia. 3 malam kami di sini hargaRM405.00.

Lokasi hotel ni jauh sikit dari kawasan waterfront. Kalau nak menginap di hotel ini better ada transport atau sewa kereta. Macam kiteorang ada uncle Humaira yang bawa kami jalan2 kt bandar Kuching. Kalau naik teksi dari hotel ke watefront dalam rm13-14 ringgit. Perjalanan lebih kurang 5 minit je.

Bersebelahan hotel ini ada shopping mall (Hock Lee Centre), dekat level 3. Tetapi shopping mall ni biasa2 jer, nothing special. Dekat ground floor ada jual waffle dan jagung. Kalau nak beli barang2 keperluan ada mini market SMART kt level bawah sekali. Kami memang beli maggi sebab kt kawasan hotel ni susah nak cari halal food. Ada satu kedai baby kt bawah tu, Cutie Kids sempat juga grab kasut dan beg mickey mouse untuk Humaira. Lagi satu 360 hotel takde cafe yang kita boleh order food bila2 masa. Cuma breakfast disediakan. Itupun, rasanya mereka tak masak kt situ.

Swimming pool di tingkat 3, ada pool untuk dewasa dan kanak2. Bawa Humaira mandi masa hari ketiga, tak masuk pun pool untuk dewasa. Kedalaman 1.5 meter, tak pasal2 nanti lemas. So better teman Humaira je sebab children punya pool hanya 0.5 meter. Takde life guard. Mummy teman Humaira mandi sebab utama ada facility washing machine dan dryer. Self service dan tentunya FOC. Kalau takde facility ni memang takkan mandi pool punya, tak kuasa nak hangkut baju basah balik semenanjung. Cuma washing machine ni hanya ada dekat selected floor je. Best, tak perlu bawa balik baju kotor.

Gymnasium di tingkat 4, banyak juga peralatan untuk exercise. Cafe di tingkat 18, breakfast je ada food. So far food ok. Security memang superb, nak naik lif kena ada access card baru boleh tekan nak ke level berapa. Access card hotel ini sangat intelligence. Selalunya kat hotel lain guna apa2 card pun elektrik boleh ON tapi tidak di 360 hotel.

Yang giler internet memang sesuai lah menginap dekat sini. Boleh ONLINE free dan memang disediakan wayar internet. Setiap bilik memang ada iron dan hair dryer. Bathroom pun ok, walaupun kecil sedikit. Kiteorang punya bilik takde bathtub.

View hotel, kalau tak silap ada 20 level


Pool


Bilik kami, Humaira paling sibuk. Dia dah grab telefon hotel dulu


ada dua partition antara bilik tidur dan tempat simpan pakaian.


View dari luar, kami menginap di tingkat 16


Dalam lift, security memang tight

Tuesday, January 25, 2011

Tuan blog bercuti

Minggu ni tuan blog cuti2 mesia dari Isnin hingga Khamis. Blog ini pun akan bercuti. Malas nak angkut netbook dan broadband...

Monday, January 24, 2011

Mee bandung Muar

Masa MAHA tahun lepas, makan mee bandung Muar terus jatuh cinta. Sebelum ni saya tak berapa minat dengan mee bandung, mungkin belum jumpa yang sesedap mee bandung selera Muar. Pernah beli perencah mee bandung Adami tapi tekak saya kata x umpphh. Walaupun mertua orang Muar, setiap kali balik kampung jarang sangat makan luar.

Yelah, MIL dengar je anak, menantu dan cucu dia nak balik, semua masakan kegemaran kami bertiga MIL akan masak. Memang tak pandanglah makanan kat luar. 2 minggu lepas MIL datang Shah Alam, saya kirim perencah mee bandung selera Muar. Pemiliknya adalah En Abu Bakar Hanipah. Ada dua buah restoren milik beliau di Muar yang terletak di Jalan Abdullah dan Tanjung Emas. Sepaket RM10 boleh makan dalam 8 orang. Bagi saya sedaplah, terasa udang kering dan kuah pun pekat. Website DISINI. Lepas ni wajib cuba masakan Muo seperti soto, nasi beriani dan murtabak.

Inilah perencah mee bandung selera Muar. RM10


Inilah hasilnya...Jemput makan


Humaira pun nak inteprem juga. Sopannya anak dara mummy duduk.

Friday, January 21, 2011

Ikea lagi, kali ni dating dgn bestfriend pula

Last week punya cerita, pergi Ikea dengan kawan mummy, Yanie. Teman Yanie shopping barang untuk pindah rumah baru. Sesekali shopping dengan kawan seronok juga. Awal2 pagi Yanie hantar husband dia ke office then pick up mummy dan Humaira di rumah. Yanie cuma bawa seorang je anak dia, Insyirah. Yang kecil sebaya Humaira hantar di Taska.

Tak sabar nak tengok Yani deco rumah baru. Paling teruja nak tengok TV LED yang husband dia baru beli. Samsung 55 inch ko, 3D pulak tu. Pasni Yanie, u tak payah pergi pawagam dah, TV u dah cukup canggih. Hehe..

Ada
kisah buat mummy malu besar dekat Ikea. Kalau korang perasan, ada pintu kecemasan dekat Ikea. Walaupun ada halangan NO ENTRY tapi setakat budak baya Humaira dan Insyirah tu senang aje nak lolos. Boleh pulak dorang ni tolak pintu tu, apa lagi alarm terus berbunyi. Aduh, nasib baiklah staff kat situ cepat2 tutup balik. Nak marah pun, bukannya Humaira faham. Muka langsung tak rasa bersalah, Insyirah nampak juga panik maybe sebab dia dah besar.

Humaira sibuk nak tolak troli


Baru separuh shopping, budak kecil dua orang nak makan pula. So layan mereka makan dulu termasuk emak budak sekali. Humaira dengan Insyirah ambil menu kids, nugget dan fries.


Inilah bodak lapar, sian dia. Pagi tu mummy tak sempat sediakan breakfast

Wednesday, January 19, 2011

Klinik pakar kanak-kanak Meghana

Bawa Humaira jumpa paed di Klinik pakar kanak-kanak Meghana yang terletak di TTDI Shah Alam Isnin lepas. Humaira demam lagi, masuk hari ini dah 3 hari. Baru je demam awal bulan lepas. So daddy decide nak bawa jumpa pakar kanak2. Yelah risau juga sebab bulan ni dah 2 kali Humaira demam. Sebelum ni dia jarang sangat demam.

Before this Dr Meghana di UMRA Medical Centre, now dah buka klinik sendiri. Dekat sikit dengan rumah. Humaira pernah jumpa 2-3 kali paed ni di UMRA. So far mummy memang puas hati dengan doctor ni, explanation and treatment bagus dan price pun reasonable.

So Paed kata tak perlu risau, semua normal. Kanak2 memang mudah demam. Dalam setahun sekurang2nya 9 kali mereka akan demam, depends on ketahanan sistem imun. Malam tadi suhu Humaira naik hampir mencecah 40' C, so mummy masuk ubat ikut vontot. Hampir pukul 3.00 pagi baru dia boleh tidur dengan lena.

Mummy bawa Humaira dalam pukul 8.00 malam. For those yang nak pergi klinik pakar kanak-kanak Meghana ni terletak sederet dengan Bangi Kopitiam. Operation hour Mon - Fri 9.00 am - 1.00 pm and 6pm - 9 pm. Saturday 9.00 am - 1.00pm. Sunday and public holiday close.

Dari dalam kereta Humaira dah jerit mouse. Her favorite carton


Ini mainan kesukaan Humaira, gelongsor. Sampai klinik terus hilang demam. Dapat main


Budak yang macam tak demam


Ajak balik, mengamuk. Klinik ni penuh dengan mainan. Sukalah Humaira



*Malam tadi punya cerita, dalam pukul 1.05 pagi mummy dengar bunyi 5-6 ekor anjing menyalak2 macam kejar something. Mula2 ingatkan ada pencuri, daddy dah stand by kalau kecoh2 kt luar memang nak buka pintu. Masa anjing tengah menyalak dengar bunyi budak perempuan macam menangis sayup2 je. Ngeri tau, daddy nak tengok memang mummy tak bagi. Yelah, Humaira tengah merengek demam panas. Tak taulah anjing tu menyalak sebab apa, first time dengar.

Monday, January 17, 2011

Kedai Ramly burger

Masa pergi Giant di Meru Klang ternampak kedai Ramly burger. Kat rumah stok burger memang selalu ada. Kalau time malas masak, burger lah penyelamatnya. Kalau beli burger tu dah tentu brand Ramly selalu mummy beli. Sorry to say lah, brand lain tu agak kureng unless yang jenis mahal tu lain ceritalah.

Macam2 ada dekat kedai Ramly ni. Selain dari produk Ramly, barang kelengkapan nak buat burger semuanya ada seperti roti, sos, sayur dll. Lepas ni kalau mummy nak buat chicken chop bolehla beli kt sini. Semua portion ayam ada. Selain dari itu, ada disediakan restoren. Semuanya berasaskan produk Ramly.

Staff kedai tu bagitau harga burger Ramly lagi murah dari pasaran. Kalau kt pasaran daging burger cuma ada yang 70 gram shj, kt kedai ni yang 60 gram pun ada.

Inilah kedainya

Saturday, January 15, 2011

Jadilah pengasuh yang bertanggungjawab

Minggu ini isu pengasuh memang menarik perhatian mummy. Rata2 blogger ramai yang menulis isu ini. Tentang TASKA KURANG AJAR dan mummy jumpa dalam facebook INI. Astagfirullah, mengurut panjang mummy.

* sob sob *

Apa motif sebenar pengasuh ni? Kasihan sungguh melihat anak2 yang ditutup dengan kain atau bantal semasa tidur. Tak terfikir ke pengasuh tersebut akan risiko yang bakal berlaku? Jagalah amanah mak bapak anak2 ini dengan sebaik mungkin. Bukannya jaga free tau, semuanya RM.

Mummy sengaja google tentang taska ini, dan terjumpa satu blog yang anaknya juga ditutup dengan kain ketika sedang tidur DI SINI. Lepas ini memang wajar setiap ibu bapa buat spot check dekat taska untuk mengelakkan insiden begini berlaku.

Ya Allah, jauhkan anak2 kami dari malapetaka.

Friday, January 14, 2011

Mari menabung

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Peribahasa yang membawa maksud sekiranya kita berjimat cermat menyimpan wang dari awal,wang kita akan bertambah banyak.

Tabung Humaira sudah penuh. Tapi mummy belum sempat lagi mengira duit Humaira. Untung Humaira, daddy tak suka simpan duit syiling, so kalau ada duit syiling terus masuk dalam tabung Humaira. Tabung ni pemberian dari lembaga haji semasa Humaira membuka akaun. Dah penuh dengan duit syiling, nanti kita masuk dalam akaun didik. Harapan mummy, bila Humaira dah besar nanti, rajin2 lah menyimpan duit.

Tak habis lagi mengira duit Humaira, budak ni sibuk juga nak tolong. Bila dia dah mula masuk duit syiling dalam mulut terpaksa CANCEL aktiviti mengira.

Tayang drumstick KFC...sedap ni kalau goreng : )


Sibuknya nak mengira

Tuesday, January 11, 2011

Now everyone can't fly???

Air Asia terbabas semasa landing di Airport Kuching malam tadi lebih kurang pukul 10 malam. Difahamkan 4 penumpang cedera dari pesawat AK5218 yang tiba dari Kuala Lumpur itu digegaskan ke Hospital Umum Sarawak, dipercayai mengalami cedera ringan. Sehingga kini Airport Kuching masih ditutup sehingga diberitahu. Untuk maklumat lanjut berkaitan insiden ini boleh baca blog INI.

Terkejut juga dapat berita ini dari blog husband. Penumpang dinasihatkan untuk menghubungi airline's offices to enquire about their flight status.

AirAsia flights affected for today are:

1. AK6036 departure to Kota Kinabalu at 6.10am
2. AK5203 departure to Kuala Lumpur at 6.15am
3. AK6562 departure to Bintulu at 6.20am
4. AK6526 departure to Bintulu at 8.35am
5. AK5201 departure to Kuala Lumpur at 9.35am
6. AK6673 departure to Singapore at 9.50am
7. AK5843 departure to Johor Bharu at 10.30am
8. AK6546 departure to Miri at 11.10am
9. AK5205 departure to Kuala Lumpur at 11.55am
10. AK6505 departure to Penang at 12.20pm
11. AK5207 departure to Kuala Lumpur at 1.55pm

sumber dari http://www.theborneopost.com/?p=86202







* Kami sebenarnya plan untuk bercuti ke Kuching hujung bulan ini menggunakan pesawat fireflyz..

Aktiviti Humaira dengan Atuk dan Nenek Muar

Petang Sabtu Atuk dengan Nenek Muar datang rumah. Sudah tentu ada ole2 untuk Humaira. Kali ni neneknya bawa cereal. Memang favorite food Humaira. Bertambah excited lah dia. Malam tu macam biasa Humaira mesti tidur lewat, nak main dengan atuk dan neneknya. Hampir pukul 12.00 tengah malam baru tidur. Kesian Atuk Humaira, penat drive ditambah dengan kereta breakdown dekat Seremban. Hampir sejam menunggu baru settle. Sampai rumah kena layan cucu pula.

Hari Ahad Nenek Humaira nak pergi rumah adiknya di PJ, mummy malas nak join. Apa lagi, menangis lah nak ikut atuk dan nenek dia. Langsung taknak turun dari dukungan atuknya. Sudahnya, mummy terpaksa dalam rela ikut juga pergi PJ.

Sampai je dekat PJ, kebetulan rumah nenek saudara Humaira tu berhadapan dengan playground. Tak senang duduk dibuatnya, asyik ajak pergi playground. Mummy malas nak layan. Yang jadi mangsa, atuk Humaira lah. Si kecil ni tarik tangan ajak pergi playground.

Mummy snap dari rumah. Playground ini buat Humaira tak senang duduk


Mulalah aktiviti Atuk mengejar cucu


Layan main


Main lagi...


Dalam kereta, berkepit dengan nenek dia pula. Hanya akan cari mummy bila nak menyusu sajork..


Awal pagi Isnin dalam pukul 7.40 pagi Atuk dgn Nenek dia dah balik sebelum Humaira terjaga dari tidur. Selalunya kalau mereka balik Humaira pasti menangis nak ikut. So terpaksalah mereka balik awal.



*Hurmmm, nenek nak aje jaga cucu. Tapi mummy tak sanggup lah nak ulang alik ke Muar. Jauh tu. Tak sanggup rasanya nak berpisah lama2...

Monday, January 10, 2011

Jalan-jalan di IKEA

Mummy suka jalan2 di IKEA. Cuci2 mata tengok design yang menarik. Mission utama nak tengok aksesori dapur. Survey2 dulu dengan daddy dan pengurus kecik mummy, Humaira.This week maybe nak terjah sana lagi dengan my best friend. Jalan dengan orang perempuan ni best sikit, mcm2 idea ada. Kalau dengan daddy, semuanya membazir. Hik...

Kalau bab makan pula, daya penarik IKEA ni adalah meatball. Daddy memang suka giler makan meatball kt sini. Mummy pula suka karipap IKEA. Tapi this time tak beli karipap sebab kekenyangan. Mulanya nak order ayam seekor share dengan daddy, tapi kena tunggu sebab tak masak lagi. Sudahnya daddy order meatball. Tak lama lepas tu, daddy order lagi ayam seekor dalam RM13++.. takdelah besar sgt tapi memang tak habis, gila ko nak makan seekor. Huhu.. Balik tu beli kek coklat, rasa dia biasa je. Coklat dia aje yg sedap. Rasanya kek DAIM lagi sedap.

Humaira dah landing dekat katil. Nak order ke yang???


Ok mummy, kita order katil ni yer??hehe.. Habis kena conteng


Meatball...


Ayam seekor yang terkangkang..haha.

Saturday, January 8, 2011

aktiviti hujung minggu

Hujung minggu ni duduk rumah diam2..daddy ada kelas Sabtu dan Ahad sampai petang.

Apa nak buat??? KEMAS RUMAH. Petang ni atuk dan nenek Humaira nak datang. Dengar je cucu kesayangan demam, sanggup datang ke Shah Alam. Hari ni nak mop lantai. Sekarang ni senang sikit nak mop, Humaira takkan kacau. Dia dah fobia kalau mummy mop lantai.. Duduk diam2 jer , sebab dah pernah jatuh sampai benjol kepala dia.

Friday, January 7, 2011

: - )

Headband kawan mummy bagi kt Humaira. Tengoklah tu tangan si kecil ni nak cabut. Sekarang ni lagi ramai yang ingat Humaira boy, adusss..




Ubuntu 10.10

Gara2 serangan virus yang dah 2 kali attack lappy saya, husband install Ubuntu 10.10. Mula2 macam pelik je, apa bendanya Ubuntu ni? Setelah baca serba sedikit info Ubuntu 10.10 dari blog husband barulah saya tahu ianya lebih kurang OS.


quoted from http://ubuntu.com.my/

Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka. Hebat bukan?

Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal,namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini.

Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau LTS, Long Term Support) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan.

Dengan Aplikasi Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih kurang 25 minit sahaja untuk memasang Ubuntu pada komputer anda.

Lappy saya ada dual OS, saya masih menggunakan windows. Ubuntu ni back up sahaja. Saya perlukan masa untuk explore Ubuntu. Mula-mula guna BUNTU juga, ambil masa untuk mahir. Yang penting buat masa ini, bebas dari serangan virus.

Ada sesiapa yagn sudah guna Ubuntu??

Thursday, January 6, 2011

Main dan main

Jadi budak kecik seronok aje. Masa mereka dipenuhi dengan aktiviti bermain. Kadang2 tu sanggup lawan mata semata2 nak main. Agaknya dalam fikiran mereka, kalau tidur tak cukup masa nanti nak main. Itulah yang terjadi kt Humaira. Susahnya nak tidur kan dia. Nampak playground memang suka betul. Kalau kt kawasan perumahan ni, nak bawa Humaira keluar memang daddy takkan drive ikut jalan playground. Kalau dia nampak mesti menangis.

Yang ini dia nampak playground kt Giant. Wajiblah singgah sebelum dia mengamuk


Yang ini dekat kawasan perumahan. Main gelongsor kaki dahulu turun. Gayat ikut daddy..hehe



* Humaira dah sihat sepenuhnya daripada demam.. Alhamdulillah

nuffnang

Related Posts with Thumbnails