Majlis berlangsung sempena cuti Chinese New Year, 10 Feb lepas. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Sayangnya tak banyak gambar dapat ambil masa majlis berlangsung. Masing-masing sibuk, si kenit ni pun mood tak berapa ok, meragam sikit. Penat dan mengantuk.
Cukur rambut telah dilakukan masa Firaas dalam pantang. Lebih afdal kalau dilakukan Akikah pada hari ketujuh selepas kelahiran.
Hukum Aqiqah dalam islam
AQIQAH UNTUK ANAK
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara
pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang
disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang
telah disyariatkan oleh Allah s.w.t.
sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w.
dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir
itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh
(daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu
Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Hukum Aqiqah
Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu
Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi
wajib.
Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya
seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada
Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan
para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang
umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).
Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan
Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
Daging Aqiqah
Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam
keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit
rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik)
terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang
diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada
fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau
dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih
afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir
miskin.
Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan
sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana
aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana
wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah
tersebut sama keadaannya dengan korban.
Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan
dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya
mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis
daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:
Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing
yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong
anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."
(Hadis riwayat al-Hakim)
Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik)
terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak
pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.
Waktu Aqiqah
Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan
berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling
rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada
walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam
melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.
Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang,
tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari
kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha
katanya maksudnya :
"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama
dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala
(mencukur rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Hakim)
Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan.
Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari
itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka
malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh
hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah
setelah terbit matahari.
Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran
Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu
dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran
adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan
ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu
dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan
ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja.
Syarat Sah
Aqiqah
Syarat sah
aqiqah ialah:
- Berniat aqiqah
ketika menyembelih.
- Binatang ternakan
berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
- Memenuhi
syarat-syarat sembelihan.
- Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
- Disembelih pada waktunya iaitu hari
ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak
tersebut baligh
- Binatang yang
hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban
adalah seperti berikut:
Binatang
|
Umur
|
Biri-biri/
|
1 tahun atau lebih
|
Kambing
|
2 tahun atau lebih
|
Lembu/kenbau
|
2 tahun atau lebih
|
Unta
|
5 tahun atau lebih
|
Sunat-sunat Aqiqah ialah:
- Dilakukan pada hari ke tujuh
kelahiran
- Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
- Mencukur
rambut bayi selepas penyembelihan
- Memberi
nama yang baik kepada bayi
- Berdoa
ketika hendak menyembelih
- Daging dimasak manis.
- Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
- Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau
kenduri
Hikmah Aqiqah
- Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
- Menggalakkan amalan sedekah.
- melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
- Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
- Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
- Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak
dalam diri.
- Memulakan
kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
- membiasakan berkorban bagi orang tua
Buat majlis akikah di kampung mertua. Terima kasih pada semua yang menjayakan majlis terutama pada emak mertua dan adik beradik MIL yang banyak membantu. Saya ada buat goodies bag seperti dalam entry lepas
DI SINI. Berjaya juga siapkan coklat bar dan kerepek untuk diisi dalam goodies bag. Untuk kanak2 saya buat coklat lolihoc. Ada blogger yang minta saya tunjukkan step by step nak buat coklat. Nantilah, kalau ada masa saya upkan entry buat coklat. Sebenarnya saya dah pernah tulis entry coklat
Di SINI. Emak mertua saya pun ada buat goodies bag untuk diberi pada tetamu. Bak kata orang jawa banyak dapat bontrot. Hahaha..
Layan gambar ajelah ye.
 |
| Paper bag warna maroon tu dari MIL. Sebenarnya paper bag ni masa majlis kawin saya 6 tahun yang lepas sebab tu ada nama kami. Masih banyak lagi paper bag ni, kot2 dapat anak ketiga nanti boleh guna lagi. Hehe. Dalam paper bag maroon ada limau mandarin dan kek dalam botol |
 |
haaaa... kek ni letak dalam paper bag.Bertungkus lumus MIL dan Cik Cham menyiapkan kek. Lepas kukus letak topping coklat ganache,kemudian hias dengan doily paper. Sangat comel.
Coklat oh coklat...Sangat teruja bila ada coklat fountain. Malangnya angin sangat kuat tiup, coklat dip bersepah2 terpaksa off mesin fountain ni.
 |
| Mashmallow dan buah-buahan.. |
|
|
|
|
 |
| Tengah set up untuk letak makanan. Semuanya MIL masak sindiri. Ada nasi beriyani, rendang daging, kambing masak kuzi, sambal ayam, gulai lemak nangka, ulam-ulaman & sambal belacan, rojak buah, kuih muih dan kek. Dessert ada jeli kelapa, bubur dan tapai. Macam2 ada... |
|
|
 |
| Masa marhaban dan selawat, Firaas kena bawa pusing keliling jemaah punyalah mengamuk. Sabar ajelah.. |
|
|
|
 |
| Gambar kami 3 beranak. Ini ajelah satu2nya gambar yang sempat di snap. Masing2 sibuk |
Entry akikah Humaira
DI SINI. Cepat masa berlalu, dah besar Humaira...