My sweet story...

My sweet story...
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

Gambar Humaira di softboard Sarakids

2 minggu lepas mummy pergi butik sarakids di TTDI Shah Alam nak beli nipple cream. Terpandang softboard Sarakids di bahagian SARAKIDS BREASTFEEDING CORNER, ada gambar Humaira tengah breastfeed dan stok ebm.



Yang mummy bulatkan gambar Humaira tgh breastfeed dan stok ebm



Owner Sarakids iaitu Puan Farah Farhan mummy kenal semasa menghadiri kelas penyusuan susu ibu sewaktu mengandungkan Humaira. Puan Farah merupakan seorang pakar laktasi. So sesiapa yang ada masalah berkaitan dengan penyusuan boleh berhubung dengan beliau DI SINI.Mummy banyak berguru dengan Puan Farah berkaitan breastfeeding dan dialah yang meyakinkan mummy bahawa susu ibu cukup untuk anak2 kita. Dan atas keyakinan itulah mummy berjaya breastfeed Humaira sehingga kini (setahun 10 bulan). Ingat lagi mummy pernah buat appointment dengan Puan Farah masa dalam pantang semata-mata nak tahu tentang cara lekapan dan posisi yang betul semasa breastfeed. Ada lebih kurang 2 bulan to complete my mission, mudah-mudahan mummy berjaya, Amin...

Bulan July nanti beliau akan ambil exam untuk International Lactation Counselor. Semoga berjaya. Insyaallah, baik niat kita baiklah yang kita dapat.

Thursday, August 26, 2010

Longan kering boleh tambahkan susu badan

Longan kering dikatakan boleh menambah air susu badan. Bulan puasa ni ramai ibu-ibu di luar sana yang BF baby risau susu boleh merundum termasuk saya. Alhamdulillah, sehingga separuh Ramadhan, susu masih maintain. Apa yang penting jangan skip sahur. Bagi saya, sahur banyak membantu memberi tenaga untuk BF baby. Sebelum ni saya pernah ganti puasa tanpa sahur, memang lembik tahap dewa. Pump susu pun sikit je keluar.

Seminggu sekali saya akan minum air longan. Alhamdulillah, memang nampak hasilnya. Longan kering boleh didapati dikebanyakkan kedai ubat cina. Mommies yg menyusukan baby teramat-amatlah digalakkan mengambil minuman lazat ini kerana ianya terbukti dapat meningkatkan production susu badan anda!

Inilah rupa longan kering my MIL yg belikan


Ambil segenggam untuk direbus


Tambahkan gula secukup rasa. Boleh diminum ketika panas atau sejuk, memang sedap..




Happy breastfeeding..moga boleh increase production milk mommies semua...

Thursday, July 1, 2010

Pengalaman breastfeed buah hati, Humaira

Mummy menulis pengalaman menyusukan Humaira sekadar coretan untuk kenang-kenangan dan juga berkongsi pengalaman dgn kawan-kawan. Maybe satu hari nanti Humaira boleh baca coretan mummy ni..

Mummy mula mencari maklumat tentang penyusuan susu ibu di Internet sewaktu mengandungkan Humaira. Rupa-rupanya banyak khasiat susu ibu yang tiada tandingan dengan susu lain di dunia ini. Sejak hari itu mummy nekad untuk menyusukan Humaira dgn SUSU IBU shj. Setiap hari mummy mencari dan terus mencari tanpa jemu apa2 maklumat tentang SUSU IBU sehinggalah mummy terjumpa satu blog yang akan mengadakan KELAS ASAS PENYUSUAN BAGI IBU MENGANDUNG.Mummy minta sokongan daddy dan atas kesedaran itu kami telah mengikuti kelas tersebut di SARAKIDS. Entry kelas tersebut klik SINI.

Mummy banyak membaca blog yang menceritakan pengalaman menyusukan anak dan secara jujurnya sangat tertarik dan bangga dgn ibu2 yg BF anak mereka. Sehinggalah wujudnya blog ini untuk berkongsi pengalaman yg sama menyusukan anak di samping berkongsi cerita perihal anak-anak. Sokongan dari kawan-kawan semua menyebakan saya berjaya BF Humaira sehingga kini. Masih belum berjaya lagi ya, ada lagi 10 bulan untuk menjayakan misi ini.

Bila Humaira dilahirkan, sayang sekali susu pertama yang masuk ke tekak dia adalah susu formula. Sorry my dear..mummy lahirkan humaira secara caesar. Selepas sahaja humaira dilahirkan, mummy hanya sempat kiss Humaira dan seterusnya nurse terus bawa Humaira ke NICU setelah Humaira berak dalam perut. Doc nak monitor Humaira.Mummy di bawa ke ward dan disebabkan jarak yg jauh ditambah pula keadaan mummy yg tidak mengizinkan, Humaira tidak dapat cecair yg sangat berharga itu pada hari pertama dilahirkan. Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.(sumber: internet).

Mummy sangat gelisah bila tak dapat menyusukan Humaira mlm itu. Sebabnya mummy sangat-sangat ingin menyusukan Humaira dengan cecair emas yg sangat berharga itu sebelum susu matang keluar. Kolustrum hanya hadir sekali dalam setiap kelahiran. Bila daddy datang melawat mummy keesokkan harinya, barulah berkesempatan untuk melawat Humaira di NICU. Waktu itu baru mummy berpeluang menyusukan Humaira. Bukan mudah untuk pertama kalinya menyusukan anak. Berkat tunjuk ajar dari nurse Hospital Sg Buloh mummy berjaya susukan Humaira. Hospital Sg Buloh merupakan hospital rakan bayi. Masa mengandungkan Humaira, mummy selalu usap perut mummy bgtau mummy akan berusaha untuk bf Humaira, mungkin sebab itu kot dia tetap tunggu susu mummy. Nurse bgtau bila bg Humaira susu formula, mulalah dia main2,taknak hisap betul2..

Hari kedua mummy dah dibenarkan keluar dari hospital tetapi Humaira masih ditahan di NICU. Jadi mummy request untuk jaga Humaira. Malam itu dia hanya ingin melekap di breast mummy, rindu yer sayang??..memang kolustrum sedikit jer, dalam hati risau takut Humaira tak cukup susu. Ditambah pula semua ibu-ibu di NICU beri anak mereka dgn susu formula menyebabkan mummy berbelah bahagi. Ibu-ibu itu memberitahu susu mereka tak keluar lagi, sama mcm mummy. Dalam hati terfikir, cukup ke susu aku ni, Humaira pula asyik menangis?? Lantas mummy teringat masa join kelas di SARAKIDS, farah ada bgtau..jgn risau baby hanya perlukan sedikit shj susu sewaktu awal kelahiran. Perut bayi masih kecil dia hanya perlukan sedikit shj susu. Yang penting kena kerap bagi baby susu sekurang-kurangnya 2jam sekali. Bayi menangis disebabkan persekitaran yang baru, beri bayi masa untuk menyesuaikan diri. Bayi yg cukup susu akan buang air besar dan kecil dgn kerap. Itu shj kata-kata yg menguatkan semangat mummy sebab Humaira tiada masalah untuk buang air

Hari keempat Humaira dibenarkan keluar wad. Best dan senang untuk menyusukan Humaira sebab daddy ada untuk membantu. Daddy mmg dh stand by susu formula takut mummy tak larat nak bf Humaira. Ada jugalah Humaira teguk susu formula bila mummy tak larat untuk bangun..Sakit wei luka caeser ni, alasan... (hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih betul tak???) . Masa tu mummy tak tau pun kewujudan pillow untuk membantu ibu caesar menyusukan anak mereka. Bila susu matang dah keluar mummy semangat untuk bf Humaira ditambah pula breast semakin membengkak. Conclusionnya, kalau betul2 nak bf anak, tak payah beli susu formula, tangan gatai nak bancuh juga susu formula takut anak tak cukup susu.

Bila susu matang sudah keluar memang mummy 100% menyusukan Humaira dgn susu ibu. Asyik direct breastfeed, mummy terlupa untuk train Humaira guna botol. Sehingga bila nak masuk kerja setelah habis cuti berpantang, terhegeh-hegeh nak train Humaira guna botol. Sudahnya mmg dia reject ok. Bab beli botol dan puting jgn cakaplah, mcm2 dari yang mahal sehingga yang murah semua dia reject.Ya sehingga sekarang mummy GAGAL train Humaira guna botol. Tak apalah itulah pengajaran paling bermakna dalam hidup. Esok2 kalau ada rezeki for 2nd junior , Insyaallah mummy belajar dari kesilapan.Tapi Humaira terror minum guna cawan kecil dan straw.


Mummy banyak melabur beli botol susu dan puting. Dari yang mahal sampailah yang murah semua Humaira reject..


Beg ini mummy usung kehulu hilir untuk pump susu. Banyak jasa beg ini pada mummy. Mummy guna pump spectra 3



Dalam beg ini semua lengkap, pump, botol, cooler bag, ice pack. Jadinya tak ada masalah kalau takde peti ais, sebab cooler bag boleh tahan sehingga 12 jam. Memang susu sejuk. Yang penting ice pack kena betul-betul keras. Mummy letak gambar Humaira. Bila kita pandang sesuatu yang menyejukkan minda secara tidak langsung apabila pump, susu akan keluar dgn banyak.

Antara stok susu mummy yang mencecah 100 paket lebih. Rezeki Humaira, alhamdulillah.. Untuk ibu-ibu yang nak bf baby, mummy nasihatkan kumpul stok masa dalam pantang. Sebab masa tu susu sangat meriah.

Mummy percaya semua ibu mahu menyusukan anak masing-masing tetapi atas faktor persekitaran menyebabkan GAGAL seperti kurangnya ilmu BF, tiada sokongan dari keluarga dll. Untuk BF anak, yg paling utama semangat kena kuat, pekakkan shj telinga bila org sekeliling berkata. Itulah kunci kejayaan. Breastpump sekarang canggih, walaupun mahal tetapi berbaloi. Bg mummy itu pelaburan jangka panjang..Buat ibu-ibu di luar sana, kita mampu menyusukan anak kita dgn susu ibu.

Nak masuk 14 bulan dah dia minum susu mummy, moga ada rezeki Humaira sehingga dua tahun nak..Amin..


* Saya menulis atas permintaan seorang rakan, LIN. Semoga berjaya BF baby yang bakal lahir ok.Sekadar berkongsi pengalaman, tidak ada niat nak menyakiti hati sesiapa. Kalau ada coretan ini mengguris perasaan kalian, saya minta maaf.

Wednesday, May 5, 2010

Susu ibu tetap no 1, kata Humaira

Ini kes Humaira yang taknak minum air masak. Lepas makan atau dahaga pasti susu mummy yg dicarinya. Sebagai ibu pasti isu seperti ini merisaukan kita. Ada kawan mummy Mardziah yang berkesempatan menghadiri program Malaysian breastfeeding Peer Counselor Training Program (MBfpc) di Kuantan. Jadi mummy minta jasa baik Mardziah untuk bertanyakan kemusykilan ini. Terima kasih Mardziah atas jawapam yang diberikan. Secara peribadi mummy memang suka baca blog beliau, banyak info dan pengalaman dalam penyusuan yang dikongsi bersama. Walaupun kita tidak pernah bersua muka, tetapi dgn blog ini rasa dekat antara satu lain. Banyak faedahnya berblogging ni. Sharing is caring..

Ini soalan mummy:
  1. Nieda - Humaira dah nak masuk setahun. Dia langsung tak nak minum air masak atau apa-apa air. Mesti dia luakkan balik. Kalau lepas makan mesti dia menyusu untuk hilangkan haus. Sepatutnya baya Humaira perlukan air yg banyak since dia sangat aktif. JAWAPAN - Humaira boleh menyusu dan makan makanan pepejal tanpa minum air masak atau apa-apa air lain kerana Humaira tahu apa yang dia perlukan dan komposisi susu ibu itu sendiri sudah membekalkan air pada Humaira. Apa yang Nieda boleh buat adalah cuba beri air masak atau air-air lain pada Humaira secara beransur-ansur (tidak memaksa).
Mummy jadi breastaurant pada Humaira, di mana2 pun boleh. Alhamdulillah.


(ada masa nanti mummy nak abadikan coretan pengalaman menyusukan Humaira sebagai kenangan di kemudian hari)

Thursday, October 15, 2009

Susu ibu

Salam,
Ada kawan saya bertanya mampukah baby survive tanpa memberi air masak??
Saya bukanlah arif untuk menjawab pertanyaan ini tetapi berdasarkan pembacaan saya dan dari kaunselor laktasi, bayi yang berumur 6 bulan ke bawah hanya perlu minum susu ibu sahaja kerana 88% kandungan susu ibu terdiri daripada air. Tetapi bagi bayi yang minum susu formula mmg perlu diberi air kosong setiap kali selepas habis penyusuan untuk mengelakkan karies gigi..

Susu ibu terbahagi kepada dua jenis iaitu 'Foremilk dah Hindmilk".



Foremilk dikenali sebagai susu awal (kalau yang biasa pump susu mesti perasan perahan mula2 akan bewarna putih cair seperti gambar di atas). Foremilk mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat untuk menghilangkan dahaga bayi.



Di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air dan lemak yang tinggi. Hindmilk berperanan untuk tumbesaran bayi..Bayi yang lahir kurang berat badan perlukan susu ibu yang kerap supaya mendapat hindmilk yang membantu meningkatkan berat badan.

Masa saya dalam pantang dahulu, ada bidan bagitau sebelah kanan adalah makanan dan kiri adalah air. Teori tersebut tidak benar sama sekali kerana kedua2 tetap mengandungi foremilk dan hindmilk. Ibu yang menyusu digalakkan memberi sebelah payudara dahulu sehingga kosong dan sekiranya bayi mahu menyusu lagi barulah diberikan sebelah lagi supaya bayi mendapat foremilk dan hindmilk.

Note: sekadar berkongsi ilmu....
sumber: dari internet

Friday, July 17, 2009

kerja vs breast pump????

Hari ni dah 5 hari saya start bekerja..Serba serbi baru, maklumlah start masuk kerja selepas bercuti maternity leave ofis saya sudah berpindah di Kota Damansara. Masa preggy dulu ofis di Kg Melayu Subang. Environment happening dan menarik kt Kota Damansara. Walaupun bekerja, hati masih teringat2 kt my lovely Humaira kat taska..beratnyer hati mummy masa nak tinggalkan Humaira kat taska..Sebab???si kenit takmo minum EBM mummy dalam botol.

Nak cerita pasal puteri kesayangan mummy masa hantar ke taska...
Sabtu lepas mummy hantar Humaira kt Taska sbb mummy nak pegi hospital, so mummy ambil Humaira kul 2 ptg. Bayangkan Humaira langsung tak minum susu dari pukul 8-30am until 2.00pm..Betapa susah hati mummy ni. Hari Ahad mummy train guna botol masih gagal apabila Humaira sanggup tidor dalam kelaparan dan menangis minta simpati. Sungguh, mummy kalah melayan karenah dia dan akhirnya bagi direct BF. Bkn niat mummy tak nak bagi direct BF, cuma mummy kena train Humaira sbb mummy kerja sayang.

Hari Isnin mummy kerja, dalam sehari adalah 4-5 kali mummy call taska tanya Humaira minum ke tak..Jawapannyer tetap sama tidak walaupun mummy bekalkan injection, cawan kecil in case kalau dia tolak botol..Adui anak mummy ni nak bergayut dgn mummy jer. Hati mummy mmg betul2 tak tenang bekerja fikir Humaira, hubby pun byk kali call mummy tanya mcmane Humaira. Masa ambil Humaira, alhamdulillah habis juga 4 aunz Humaira minum dalam pukul 4.00 pm. Maybe lapar sgt masa tu. Bayangkan dari pukul 7.30am - 4.00pm baru nak minum susu......Mogok betul si kenit ni.

Hari Selasa pun sama, 4 aunz jer Humaira minum. Itupun waktu petang, lapar sangat kot masa tu. Pengasuh bgtau bila nak bagi botol terus dia tidur taknak menyusu..Tiap2 hari mummy berdoa dan cakap kt Humaira pujuk supaya minum botol.

Hari Rabu ada improvement.Mummy happy sangat masa ni bila Humaira berjaya habiskan 2 botol susu lbh kurang dlm 8 aunz. At least ada peningkatan.

Hari Khamis masa ambil Humaira, pengasuh bgtau, kak hari ni Humaira minum byk. Stok EBM dah habis. Sukanyer hati mummy, at least Humaira dah boleh terima botol. Dan untuk malam tadi, mummy bersemangat bangun tgh malam untuk pump susu. Humairalah kekuatan dan semangat mummy.

Untuk minggu ini, mummy langsung tak pump waktu malam kecuali mlm tadi mummy gigih 2 kali bgn mlm untuk pump bila anak mummy dah boleh terima botol. Sebabnyer???dalam freezer stock EBM Humaira berlambak sampai dh x muat nak letak dalam peti ais. Alhamdulillah rezeki.

Hari ni bersemangat mummy pergi kerja. Harapan mummy moga Humaira akan minum susu seperti sedia kala dan mummy takkan susah hati lagi. Mummy tekad untuk pump sekerap mungkin untuk anak mummy..Cuma Humaira tetap takmo kalau mummy and daddy yang bagi EBM dalam botol. Bijakkan anak zaman sekarang???

Sempena minggu penyusuan susu ibu sedunia, mummy berharap dapat beri esklusif BF pada Humaira sehingga 6 bulan dan seterusnya 2 tahun. Mummy sentiasa berfikiran positif, baik niat kita baiklah yang kita dapat. Masa preggy mmg mummy bertekad untuk BF Humaira selagi terdaya. Melalui internetlah mummy byk dapat info berkaitan kebaikan susu ibu, dapat berkenalan dgn blogger yg memberi esklusif BF pada anak mereka, melalui forum susu ibu, berjumpa sendiri kaunselor laktasi dan kawan2. Ya, mereka inilah kekuatan saya sehinggalah Humaira lahir. Sharing is caring kan?? Cuma agak terkilan 1 jam pertama selepas Humaira dilahirkan mummy x dpt bagi BF sbb Humaira kt NICU dan mummy kad ward bersalin.

Doa mummy moga diberi kekuatan untuk membesarkan anak mummy dgn susu ibu dan menjadi anak yang solehah. Mummy and daddy akan cuba untuk jadi yang terbaik buat Humaira. Susu mummy adalah hak Humaira, mummy tidak akan sekali2 menidakkan hak Humaira because you are my lovely daughter. Lahir sahaja Humaira, terus Allah kurniakan susu untuk diberikan kepada anak kita. Jadi kenapa kita perlu menidakkan hak anak kita kalau kita punya kekuatan dan keupayaan ke arah itu??

Nilah gambar ofis terbaru saya...


Sunday, April 12, 2009

Breastfeeding class

Sabtu lepas, 4 April saya dan hubby telah menghadiri kelas breastfeeding yang diadakan di TTDI Jaya Shah Alam. Banyak info yang menarik kami perolehi sebagai persediaan untuk bergelar mummy and daddy. Kami memang berazam untuk memberi exclusive breastfeed untuk anak kami..

Sebelum gerak harus tangkap gambar dahulu



34 weeks pregnant...bam bam


Sara Kids, TTDI Jaya Shah Alam




Breastfeeding class telah disampaikan oleh Puan Farah, pakar Laktasi merangkap owner Sara Kids..Kagum dgn dia..hehe


Antara peserta yang datang...




Last but not least, kami sepakat untuk membeli set breatfeeding spectra 3..Taraa


Dgn buku panduan penyusuan ibu berkerjaya


Bagi pendapat saya, tak rugi pegi kelas ni...Selamat berhujung minggu..


nuffnang

Related Posts with Thumbnails