My sweet story...

My sweet story...
Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Daddy dah keluar wad

Alhamdulillah, baru sampai rumah dalam beberapa jam tadi. Daddy Humaira dah keluar dari hospital. Daddy masuk Selangor Medical Centre (SMC) dari Khamis minggu lepas dan keluar pagi Isnin tadi. Hari Khamis ni kena datang lagi nak check darah. So far pletlet daddy sekarang dalam 80.

Hari pertama daddy masuk hospital, tinggalllah berdua dengan Humaira di rumah. Rasa janggal je bila ketua kami tak ada. Pagi Jumaat baru mertua saya dari Muar datang sehingga hari ini. Kesian juga, kursus haji dengan kelas agama mereka tak dapat pergi.

Paling kesian dekat Humaira, rasa macam terabai je sejak mummy demam Jumaat minggu lepas. Masa tu daddy yang banyak siapkan keperluan Humaira. Belum pun mummy pulih sepenuhnya daddy pula demam. Dalam minggu lepas memang kesabaran mummy sedikit teruji bila Humaira nak perhatian lebih. Dengan mummy yang sakit2 sendi dan badan, daddy pula demam, memang cepat je naik angin. Maafkan mummy sayang, mummy tau Humaira risau tengok mummy dan daddy yang asyik terbaring je.

Terima kasih kepada keluarga saya. Di saat saya rasa sangat tertekan mereka sentiasa ada membantu saya. Sepanjang daddy sakit, mertua saya sentiasa ada menemani saya, melayan karenah cucu. Terima kasih juga pada sahabat baik saya Yanie, di waktu2 kritikal dia sentiasa ada membantu saya.

Daddy yang sakit..Kenangan di hospital


Dua beradik yang nak pakai baju sedondon


Peace...Humaira sekarang ni ke mana pergi mesti nak bawa baby dia


Humaira dengan uncle Jeff..Thanx Jeff bawa kami ke SMC



* Alhamdulillah cinta hati saya dah balik rumah. Rindu bila malam dia takde di sisi..hehehe..Esok pula genap Humaira 2 tahun. Plan nak bawa dia main air di Sunway Lagoon nampak gayanya kena postponed. Daddy tak sihat sepenuhnya. Nanti bila daddy dah sihat kita pergi main air ye sayang..

Tuesday, September 28, 2010

Rumah Taman Melati

Opah dan Tok Humaira tidur di Shah Alam sehari je kemudian bermalam di Taman Melati. Sebenarnya Tok Humaira ada beli rumah di Taman Melati masa menetap dan bekerja di KL dulu. Kemudian Tok dgn Opah pindah sebab dapat tukar di Ipoh, jadinya rumah Taman Melati disewakan.

Lepas Tok pencen, rumah tu rennovate dan sehingga kini taknak sewakan dekat orang. Sayang sebenarnya, bila dah rennovate nak sewakan dekat orang, macam2 masalah nanti. Lagipun rumah tu dah lengkap, ada peti ais, dapur masak, TV, perabot. Sekarang ni rumah Taman Melati tu jadi tempat persinggahan. Masa daddy dtg nak merisik mummy buat dekat Taman Melati. Kebetulan masa tu mummy baru habis konvo. ngeh...

Banyak kenangan dekat rumah tu. Masa study dulu, every weekend kalau mummy tak balik kampung mesti lepak dengan Mak Long Humaira dekat situ. Masa tu Mak Long pun masih study di UM. Sejak mummy ada Humaira langsung tak pernah jejakkan kaki lagi dekat situ sehinggalah hari Ahad lepas. Sekarang ni rumah ni tidak berpenghuni. Opah kata nanti bila dah pencen nak ulang alik menetap di Ipoh dan KL. 4-5 tahun lagilah baru Opah pencen. Sayang biarkan rumah tu kosong

Ada perancangan nak bawa Humaira pergi Zoo since dia dah dapat kaki (berjalan). Bolehla bermalam di Taman Melati. Rumah tu mmg dekat dgn Zoo dan juga kawasan KL.

Sukanya dia lepak atas katil. Ada bear lagi. Dulu bilik ni mak Long Humaira yang punya. Bilik ni mmg lengkap dengan perabot


Ruang tamu yang sangat comel. Walaupun rumah ni kecil tapi bg mummy oklah ada 3 bilik


Katil bujang, selalunya weekend dulu mummy lepak kt bilik ni. Kenangan


Ruang dapur


Tempat untuk memasak. Dah lama dapur ni tak berasap


haa...akhirnya Humaira nak juga dukung dengan Opah.

Wednesday, July 7, 2010

Mengimbas zaman kanak-kanak 80 an

Sudah lama email ini duduk dalam inbox email saya. Sengaja saya panjangkan di blog ini sekadar mengimbas kenangan lalu. Tersenyum baca sorang2..Beza sungguh zaman kanak2 dulu dan kini..

Kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to
forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang
cawan warna-warni kan. Mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
sebelah...



Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu
bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

Ni sure korang ingat...program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak2
time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
Pukul tapak tangan...kan?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa
dgn family. ni for those yg dok KL laa

Time skolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...Ada yang suka
stoking tebal laaa...

Internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna
warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum, Tora. Tak dilupakan, 'Ti Kam'.
Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.


Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan
apek kat luar skola tuh...Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggalkan
keje skolah, jom kita pegi makan. Budak2 yg dpt Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. Main bola laa,
rounders laa...Permainan kegemaran, main guli, batu seremban,
penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police &
Sentry', kejar2 duduk...

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2
color tu. Kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

Hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88.
skarang digelar 'remaja'. Bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are
the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,
yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

Bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti
nak switch on TV kalau xde remote control.

Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone...

Hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korag paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. Korang geleng kepala bila tengok budak sekolah menengah guna handphone macam baca buku
5. Korang dah tak banyak sembang dgn member melalui telefon lagi setiap hari seperti dulu
6. Apabila jumpa member lama dari semasa ke semasa, seronok bila bersembang pasal cerita lama, cerita kelakar yang kita alami masa nakal dulu...

Friday, June 25, 2010

kenanganku...

Belek-belek album lama, terjumpa gambar masa zaman kanak-kanak dulu..Snap guna kamera hp je..Kualiti memang kurang memuaskan, gambar yg disnap pun memang dalam cover plastik. Nanti ada masa saya nak scan gambar lama..

Kawan2ku, manalah korang sekarang ni?? Cari dekat facebook seorang je yg jumpa.Mana satu nieda???


Gambar saya dan kakak..Baju pasti sama. Beratur nak ambil hadiah rasanya masa hari terbuka di pejabat emak.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails