My sweet story...

My sweet story...

Saturday, October 31, 2009

Humaira

Wajah inilah pengubat rindu mummy...
Wajah inilah setiap pagi mummy ingin lihat..
Wajah inilah penyejuk hati dikala kesunyian..
Wajah inilah segala-galanya bagi mummy..
Sayang dia...

Wednesday, October 28, 2009

Selamat Pengantin baru Miza dan Rafie..

In advance, Selamat Pengantin Baru buat ex ofismate saya, Miza dan Rafie..Yang menariknya diaorang ni, kenal masa kami sama2 bekerja di Shamawar dan Maxlane..Itulah namanya jodoh....Semalam dapat kad wedding, majlis akan berlangsung di Kedah dan Pahang...Cuti sekolah bakal menjelma, byklah undangan perkahwinan..

To Miza dan Rafie: Selamat Pengantin baru, Moga gembira selalu dan berkekalan hingga akhir hayat..

Miza, yang bertudung merah...


Kad undangan perkahwinan..

Monday, October 26, 2009

Humaira in action...

Wajah2 kesayangan mummy and daddy...

Bila Humaira ketawa...


Bila Humaira suka...


Bila Humaira menangis....


Bila Humaira tidur...

Wednesday, October 21, 2009

Perjalanan sebuah kehidupan...

Dua tiga hari ini, saya asyik terkenangkan seseorang yang telah pergi buat selama-lamanya..Pemergian Opah tersayang, 23 October ini genaplah 9 bulan pemergian opah ke Rahmatullah...Moga arwah opah tenang di SANA. AL fatihah...


Banyak kenangan kami 5 beradik dengan opah, kerana sejak kecil kami dijaga oleh opah. Emak dan abah saya bekerja..Kadang2 bila kami kena marah dgn emak dan abah, opahlah tempat kami mengadu, penyelamat kami..Biasalah zaman kanak-kanak, ada kenakalannya. Indahnya kenangan itu..

Semakin umur kita meningkat, bermakna sisa-sisa hidup kita semakin ke penghujung. Jadi gunakanlah masa yang ada ini untuk kembali ke jalan yang benar supaya kehidupan kita ini lebih diberkati dan mendapat keberkatan di Sisi-Nya. Janji Allah tentang kematian itu amat benar, tidak lewat walau sesaat pun. sama2lah kita mengingati antara satu sama lain.

Semasa hayat opah, dia suka merenung keluar rumah, melihat orang lalu lalang..


Dalam kenangan..raya tahun lepas


Kami 5 beradik yang dijaga oleh opah...Humaira dalam perut mummy masa ni.





Menitis air mata saya melihat video klip di bawah...Betapa indahnya ciptaan Allah itu..Teringat kepada emak saya, Puan Zaharah dan anakanda saya, Humaira.I luv u.Bila melihat video ini, terfikir saya sejenak, bagaimanalah seorang ibu sanggup buang anak yang dikandung 9 bulan tanpa belas kasihan...Tidakkah ada rasa kasih sayang???



Touching kan kalian??? Inilah gambar saat Humaira lahir...I luv u..

Saturday, October 17, 2009

Many faces of Humaira....

Wajah kesayangan mummy and daddy...
We love u Humaira...

Umur Humaira dalam 3 bulan..sangat bolat skrg ni dah susut sikit..


Tinyhands....


Tinyfeet

Thursday, October 15, 2009

Susu ibu

Salam,
Ada kawan saya bertanya mampukah baby survive tanpa memberi air masak??
Saya bukanlah arif untuk menjawab pertanyaan ini tetapi berdasarkan pembacaan saya dan dari kaunselor laktasi, bayi yang berumur 6 bulan ke bawah hanya perlu minum susu ibu sahaja kerana 88% kandungan susu ibu terdiri daripada air. Tetapi bagi bayi yang minum susu formula mmg perlu diberi air kosong setiap kali selepas habis penyusuan untuk mengelakkan karies gigi..

Susu ibu terbahagi kepada dua jenis iaitu 'Foremilk dah Hindmilk".



Foremilk dikenali sebagai susu awal (kalau yang biasa pump susu mesti perasan perahan mula2 akan bewarna putih cair seperti gambar di atas). Foremilk mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat untuk menghilangkan dahaga bayi.



Di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air dan lemak yang tinggi. Hindmilk berperanan untuk tumbesaran bayi..Bayi yang lahir kurang berat badan perlukan susu ibu yang kerap supaya mendapat hindmilk yang membantu meningkatkan berat badan.

Masa saya dalam pantang dahulu, ada bidan bagitau sebelah kanan adalah makanan dan kiri adalah air. Teori tersebut tidak benar sama sekali kerana kedua2 tetap mengandungi foremilk dan hindmilk. Ibu yang menyusu digalakkan memberi sebelah payudara dahulu sehingga kosong dan sekiranya bayi mahu menyusu lagi barulah diberikan sebelah lagi supaya bayi mendapat foremilk dan hindmilk.

Note: sekadar berkongsi ilmu....
sumber: dari internet

Tuesday, October 13, 2009

Humaira check up untuk 5 bulan

Hari ni mummy bawa Humaira pergi check up dan suntikan imunisasi untuk 5 bulan.. Sebelum2 ni bawa klinik panel husband untuk suntikan, since hari ni mummy dgn daddy free kami bawa Humaira p check up dkt klinik desa Kg Budiman Meru.. Alhamdulillah tak ramai orang, kami sampai dalam pukul 11.00 pagi dalam pukul 11.45 dah selesai semua. Balik rumah terus bagi Humaira ubat demam, dah terlelap dah si kenit tu. Good girl jerit sikit jer dia tadi masa kena inject...

Detail check up:
Berat : 6.95kg (naik 350g compare last month)
Panjang: 66cm
Lilitan kepala: 40cm

So far alhamdulillah semua ok. Hopefully x demam anak mummy kena cucuk. So nurse bagitau next month Humaira enam bulan boleh bagi solid food. Tidak digalakkan untuk bagi nestum kerana kandungan gula yang tinggi.
Sebenarnya baby seawal 4 bulan boleh dipekernalkan dengan solid food tapi mummy menyokong sepenuhnya polisi penyusuan susu ibu Malaysia iaitu:

"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.

Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan.

Ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan bayi:
- Diberi susu ibu sahaja
- Tidak perlu air atau susu tambahan
-Tidak perlu makanan pelengkap


Humaira disebalik mainan...

Saturday, October 10, 2009

Happy 5 months Humaira...

Betapa cepatnya masa berlalu, pejam celik sudah 5 bulan umur Humaira....Sudah besar anak mummy dan mummy gembira dapat tgk perkembangan Humaira depan mata...Saat Humaira baru lahir rasa mcm fragile sangat anak mummy, sekarang ni makin melasak..I luv u baby...

Milestones Humaira...
  1. Dah tau kalau org panggil nama dia Humaira, kalau panggil Alisha tak layan..
  2. Dah kenal orang, kalau org yang tak kenal agah dia mulalah nangis..Jgn mcm tu sayang...
  3. Paling suka minum susu posisi baring (lying down) compare dgn posisi mendukung (craddle hold)...
  4. Kaki sangatlah kuat menendang dan tangan suka mencakar..
  5. Dah pandai bergolek...tidur makin lasak...malam2 mummy kerap terjaga bila Humaira menyondol2 kat mummy...
  6. Kuat menyembur air liur, mana tak gugur rambut mummy..
  7. Semua benda nak masuk mulut.
  8. Sangat suka tgk tv dan hand phone...
  9. Ketawa mengekeh kalau tiup perut dia..geli lah tu...daddy suka tiup perut Humaira..
Hai mummy...


Merenung masa depan ke sayang??


Hobi masuk tangan dalam mulut..kdg2 sampai muntah


Ralit tgk TV...


Luv u baby...


Sukat wat kaki cam gitu...Gelang kaki pemberian opah tu..


Dari tapak kaki Humaira sebesar ini...mummy akan didik sepenuh kasih sayang agar suatu hari nanti menjadi anak kebanggaan mummy and daddy..

Thursday, October 8, 2009

Pertunjukan udara di TUDM Subang

Sabtu lepas en hubby dgn kwn2 dia pergi tgk pertunjukan udara di TUDM Subang..Humaira dgn mummy terpaksalah duduk dekat rumah jer..Sebabnya cuaca tidak mengizinkan ditambah pula dgn Humaira tersangatlah takut dgn bunyi pesawat thunderbirds tu. 2-3 hari sebelum pertunjukan berlangsung, dorang ni wat training. Oleh kerana rumah saya dekat dgn TUDM Subang, so bunyi pesawat tersebut sangatlah kuat bunyinyer.. Mengagau Humaira cari mummy dia, takut...

Inilah photo yg sempat hubby saya snap masa pertunjukan, taken by DSLR..mummy yg duk kt umah terpaksalah berkepit dgn si tenit ni..takut yer sayang..









Humaira jgn takut tau sayang...


With mummy, masa dkt Perak tempoh hari..


Mummy akan jaga dengan penuh kasih sayang dari tapak kaki Humaira sekecil ini hingga dewasa, insyaALLAH..

Saturday, October 3, 2009

coklat oh coklat...

Kami telah borong coklat masa dekat2 nak raya hari tu...Coklat cadbury hubby saya beli dari ex student dia yang bekerja di Cadbury...So dapatlah murah compare dgn harga pasaran..Kami beli sekotak coklat roasted almond, ni peberet saya dan cookies. Saya order cookies double choc tapi ex student husband tersalah order, fruit and nut..

Sebut sahaja pasal coklat, sudah ramai yang beranggapan ia adalah gizi yang tidak sihat dan menggemukkan.Tanpa anda sedari, fakta itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, coklat juga mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Malah, dalam menu diet, ia turut di sarankan sebagai salah satu makanan yang baik kerana mengandungi:
15 peratus lemak, 6 peratus protein, 17 peratus karbohidrat, 15 peratus tenaga, vitamin dan mineral diperlukan. Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol bahan kimia yang di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

Antara zat-zat penghasil rasa coklat terdapat lemak. Takat lebur lemak koko ini hanya sedikit bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dalam mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan dari jenis yang menggemukkan tubuh.
(sumber: dari internet)

Jom makan coklat...Apapun makanan kalau makan berlebihan pasti ada mudaratnyer. So berpada2lah ketika makan..Jangan sampai hilang nikmat makan sudah...hehe

Coklat cadbury sekotak, ni pun dah bawa balik kampung sikit..


Ni pula, student husben bagi,dia kerja di Lembaga Koko Malaysia..Memang sedap coklat ni compare dgn cardbury, cuma takde jual di pasaran...

Humaira sayang, nanti dah besar boleh makan coklat yer..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails