My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, July 14, 2010

Menziarahi kawan baik, Ida

Hari Ahad sebelum balik Shah Alam sempat jumpa kawan saya yang baru kehilangan anaknya bulan Mei lepas. Akhirnya dapat juga saya jumpa kawan saya, Ida. Memang teringin nak jumpa dia, bagi sokongan. Besar dugaan Ida. Tetapi Tuhan lebih sayangkan arwah Athirah, tiba waktu dan ketikanya kita kena pulangkan kepada penciptaNYA. Sekurang-kurangnya Ida dan suami ada ganjaran yang lebih besar menanti DI SANA, InsyaAllah...

Kalau ikutkan umur arwah anaknya, Athirah sebaya dengan Humaira. Beza sebulan je dengan Humaira. Ini kali ketiga Humaira jumpa kawan mummy. Kali pertama Aunty Ida dtg melawat Humaira yang baru lahir, kali kedua mummy bawa Humaira melawat baby Athirah yang baru lahir. Humaira masa tu sangatlah bam bam. Ida cakap kecik-kecik jumpa cubby sangat, ni comel sangat. hehe, sekarang ni Humaira byk main, kuruslah sikit.

Tersentuh juga naluri saya bila Ida sms 'teringat kt arwah, mesti dah besar sama macam Humaira kan. Rindu plak'..Apa2pun sabar ye Ida. Pasti Allah ada perancangan lebih baik buat arwah dan juga umi dan ayahnya...

Dengan kawan baik mummy, Aunty Ida





Masa Aunty Ida kt dapur, sibuk Humaira main HP aunty..Budak ni pantang nampak HP

13 comments:

Jasfyra said...

miss ida & nida :)

♫♪ Cik Puan Mimi ♫♪ said...

semoga kawan nieda terus tabah.. insyallah ada rezeki lain tu nanti

wahida said...

berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..semoga kwn nieda tabahkan hati...

[-suziey-] said...

erkkkk nape ank dia meninggal nieda? sedih la plak..

Dee said...

oh besar dugaannnya..moga dia tabah..

Softtouch [Hanim] said...

semoga ida terus tabah..

☆ lieya latif ☆ said...

oh yeak...lieya ingat kisah adik athirah ni nieda.....

moga ibunye terus tabah hadapi dugaan besar nie....

mamalieyna said...

yelah..sure kwn nida rindukan anaknya..berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan..

alala gebus pulak tgk humaira ni, geraam..^_^

lily azliyana @ mama zara said...

siannya kawan nieda tuh..baru kehilangan anak rupenyer..besar btol dugaan Allah pada die kan..harap die tros bersabarlah n dpt pengganti secepat mungkin utk mengubat rindu kat hati tu kan..

Fazlinil Irma said...

al-fatihah utk arwah anak kawan nieda.

serius betul humaira main hp. :D

fabulous.farah said...

hehe..memang khusyuk main hphone. macam tgh msg ngan bf.hehe

kakyong said...

semoga kakwan ni tu kuat & tabah hati...

ada tag GA utk nida

http://kakyong-sukasuka.blogspot.com/2010/07/giveaway-sulung-blog-ummi-hanie.html

Ain said...

moga kawan nieda tabah....

insyaallah, ada rezeki lain pulak nanti....

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails