My sweet story...

My sweet story...
Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

Friday, January 30, 2015

Mixer pinky idaman kalbu

Mixer pinky in the house..Dah lama mencari mixer yang boleh uli roti sekali. Terbekenan dengan colour pink. Saya beli online di facebook Bakers Favourite. Masa saya beli harga promosi RM499 termasuk postage. Mixer ni semi heavy duty. Servis memang cepat. Hari Rabu saya bank in, Khamis dah ada depan mata.

Si Pinky idaman kalbu
Hari jumaat kita test si pinky ni..
Uli menggunakan tepung roti. Adunan berat dan hasil donut mmg cantik


Didatangkan dengan 3 jenis pengadun yang mempunyai fungsi yg berbeza. Gambar di ambil dari website
 INI
(a) spiral : Mengadun adunan tepung . jenis bahan makanan yang sangat kental seperti roti
(b) beater : Mengadun keju, adunan pastry dan croissant, aneka tepung, mentega
(c) whip : Mengadun bahan makanan seperti cream, telur, susu segar




Percubaan pertama adalah membuat macaroon. Untuk buat macaroon saya guna seperti gambar c di atas. Bahan utama macaroon adalah putih telur
Dan juga donut. Uli menggunakkan pengadun a

Friday, September 26, 2014

Kisah smartphone

Hampir 2 bulan lebih blog tidak berupdate..rindu...Kisah smartphone ni pun berlaku masa hari raya. Baru sekarang nak update.  



 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjF0Aw2H_qS_gF6KdJsXPq37zp1umXKAye7PPLzgWyiKacU3SBgFVbxDQqEui_SblBiGpXy8_1wG19zSBrwIJR-tqRzXCA-4jf0GrH5r3PCDi34xVLlLWn1SCfJIS2GetDXlzNJpRjIWdr5/s640/20140804_233512.jpg

Kisah bermula selepas pulang sebentar ke rumah ketika minggu cuti hari raya.Hubby menawarkan diri untuk membasuh segala cadar, selimut dan sarung bantal. Maka berlakulah proses menarik keluar cadar dan sarung sarung bantal untuk dimuatkan ke dalam mesin basuh yang berusia 5 tahun. 

Sejam kemudian apabila selesai proses, hubby pun ke mesin basuh untuk mengambil kembali cadar, selimut dan sarung bantal. Tiba2 terdengar suara hubby seperti marah2. Rupa-rupanya smartphone saya sudah dimandikan dalam washing machine. Nak harapkan lelaki basuh cadar, lain jadinya. Selalunya kalau saya yang basuh, saya akan masuk satu persatu ke dalam washing machine, untuk mengelakkan benda2 x diingini masuk sekali dalam mesin. Tapi bila hubby yang buat, semua dia masukkan dalam mesin. Adehh..

Smartphone tu saya sentiasa on dan apabila saya lihat ianya dah off, fahamlah akan musibah yang telah menimpa smartphone tersebut. Hubby yang belikan pada tahun 2011 dan kondisi sangat okey. 

Mula-mula saya cabut bateri, jemur di kawasan redup kemudiannya apabila saya Google mengenai smartphone terendam dalam mesin basuh menggunakan keyword 'Samsung s2 washing machine', banyak pula entri menceritakan pengalaman S2 mereka terendam dalam washing machine. 

Hasil bacaan entri-entri nampak positif kerana rata-rata memuji S2 yang kembali beroperasi setelah dikeringkan. Metodologi pengeringan yang sering diamalkan ialah meletakkan s2 di dalam beras kerana bagi mereka beras merupakan penyerap kelembapan. Maka kaedah ini saya cuba. Kebetulan esoknya saya ke kampung dan S2 ditinggalkan dalam beras selama 3 hari 2 malam. Bateri pula dijemur berasingan. 

Balik dari kampung, dengan 1000 doa dan harapan, s2 dihidupkan. Debaran mengiringi penantian untuk melihat sesuatu di skrin S2 dan Alhamdulillah ianya beroperasi seperti biasa setelah digantikan dengan bateri spare Samsung Original yang memang telah lama disimpan. Terus hubby transfer semua gambar-gambar yang ada dalam smartphone, prosedur backup harus dilakukan segera kerana maklumlah smartphone dah pernah dibasuh, mungkin akan menjadi senget. 

Selepas backup, alhamdulillah masih boleh digunakan seperti biasa. Saya pun update FB bagitau pasal kondisi smartphone kembali beroperasi seperti biasa.

Seharian guna, tiba masa untuk charge. Segalanya normal sehinggala keesokan hari apabila nak on tak boleh. Sudah ku duga begini jadinya lagipun what do you expect from an electrical device yang sudah dibasuh oleh washing machine termasuk dibilas dan di spin dry. Nasib baik tak sempat di masukkan ke dalam drying machine.

Otak pantas berfikir, charger dimasukkan kembali dan cubaan untuk hidupkan S2 kali ini berjaya cuma aneh melihatkan bateri percentage adalah 0% dan berwarna kelabu. Tidak naik-naik pun percentage walaupun telah 1/2 jam charge. Terus terfikir, masalah ini mungkin berpunca dari tragedi mesin basuh kerana sebelum ini tidak pernah wujud masalah ini. Saya kemudian cabut bateri dan pasang kembali barulah indicator menunjukkan bateri 100%. Permulaan S2 untuk menjadi senget. 

Fikir-fikir teleng-teleng geleng-geleng, keputusan dicapai, S2 perlu di trade in sebelum menjadi masalah lebih besar. Setelah dibuat ujikaji pelbagai dari segi speaker, volume, kamera segalanya okey, maka sedikit research dilakukan untuk mencari device yang sama power dengan S2 dengan budget yang ciput, maka Zenfone 5 dipilih. kopak duit laki aku..kekeke..

Sedikit comparison between both S2 and Zenfone 5. S2 processor ialah 1.2 Ghz Dual Core sementara Zenfone 5 Intel Atom 1.6 Ghz Dual Core. S2 1GB RAM sementar Zenfone 5 2GB RAM. S2 internal memory 16GB, sama dengan Zenfone 5 16GB, kamera 8MP sama dengan Zenfone 8MP.Skrin Zenfone lebih besar dari S2. Yang lain-lain keupayaan lebih kurang sama. Speed mobile data S2 ialah 21MBps maksimum sementara Zenfone 5 ialah 42.2 MBps maksimum jika diizinkan oleh telco. (cuma saya rasa gambar dari s2 lagi cantik dari zenfone)

Secara ringkas, Zenfone 5 boleh menyerupai S2 malah lebih tinggi dari certain aspect. Harga Rm 599 tak masuk trade in. Selepas trade in, harga yang dibeli adalah mampu milik untuk sebuah Asus Zenfone 5 berwarranty Malaysia Authorized Distributor. Dan hubby juga trade in Asha 210 kepunyaan untuk merendahkan lagi harga Asus Zenfone 5. 

Moral of the story...Jangan Basuh Handphone Anda.



Wednesday, November 30, 2011

Pembantu baru di dapur


Gadget baru dapur saya, breadmaker dan oven. Dah lama kepingan nak breadmaker. Dari awal tahun hari tu. Tiap2 hari berzikir kat hubby nak breadmaker. Hehe..Akhirnya tertunai juga harapan ku..Saya survey BM paling murah brand tesco RM249. Search di Internet brand Elba pun ada dalam rm3++ tapi saya tak pernah jumpa lagi di pasaran. Hubby decide nak ambil brand kenwood, BM250.

Dah pun selamat digunakan. Percubaan pertama saya buat loaf bread je. Masuk je semua bahan2 dalam tu lepas tu tidur. Bangun2 dah jadi roti. Suka2.. Nanti saya upload gambar roti. Lepas ni bolehla buat aktiviti meroti.

Tergedik2 juga nak oven dengan alasan ada biskut kena masak guna api bawah je. Hehe..Baru2 kahwin dulu memang kami ada beli microwave oven untuk jimat space dapur. Semua include sekali, microwave, oven, grill dll.

Inilah microwave oven yang banyak berjasa. Dari buat kek, biskut sampailah memanggang semua boleh. I love u lah..Walaupun dah ada yang baru saya tetap gunakan awak ya.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails