My sweet story...

My sweet story...
Showing posts with label Coklat. Show all posts
Showing posts with label Coklat. Show all posts

Monday, January 13, 2014

Muzium coklat Kota Damansara

Entry pertama di tahun 2014...fuhhh lap habuk, bersawang sudah blog. Hehe..
Baru2 ni  pergi muzium coklat. kali kedua saya datang sini. Selain ada info tentang coklat terdapat juga kedai yang menjual pelbagai jenis coklat seperti di Langkawi. Harga???tak boleh beat dgn Langkawi, yang pasti lagi murah dari harga pasaran.

2 beradik 

Adik nak melepaskan diri


R
2beradik sibuk memilih coklat

Lowest price in town katanya...



Kalau nak tgk chef di sini buat demo bolehla datang pukul 12pm dan 3pm setiap hari

Ini adalah replika coklat. Diperbuat dari coklat compound. Suhu kt sini mmg sejuk supaya replika di sini x cair

Last but not least..jom ramai2 kita g warehouse sales pd17-19 jan..

Thursday, June 20, 2013

Muzium coklat Kota Damansara


Kepada pencinta coklat, nak habaq ni, dekat Kota Damansara ada muzium coklat. Selama ni kita tau makan je, apa kata sesekali kita tambah ilmu mengenai asal usul atau sejarah pembuatan coklat.

Muzium Coklat ditubuhkan oleh syarikat pengeluar coklat tempatan, DR Group Holdings Sdn Bhd. DR Group merupakan syarikat tempatan yang terkenal dengan jenama Danson, Fidani dan produk terbaru, Farell’s yang telah diperkenalkan sejak lima tahun lalu. Muzium ni kecil je, dekat dalam tu ada kedai coklat. Pelbagai jenama dan yang penting harga murah sedikit dari harga pasaran. Beza dalam RM1 - 2 dari harga pasaran. Saya banyak borang coklat jenama loacker. Memang dari dulu suka coklat loacker.

Di muzium ini juga kita dapat tengok chef membuat demonstrasi cara penyediaan coklat menggunakan mesin salut coklat, mesin percetakan dan teknik pencairan coklat. Malangnya masa kami sampai takde demonstrasi. 

Muzium ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Alamat Muzium coklat:

DR Group Holdings Sdn Bhd
MSB 2, Jalan Teknologi 3/4
Seksyen 3 Kota Damansara,
Selangor




Main entrance

2 beradik bergambar di dalam muzium. Kualiti gambar sangat teruk. Guna hp cap ayam je. Huhu

Pokok apa ni?? inilah buah koko untuk menghasilkan coklat

Chocolate history.

Salute pada pengasasnya, Dato' Dahlan Rashid

Replika coklat. Chef di sini sedia menrima tempahan untuk menghasilkan personal coklat untuk sebarang event.

Dah habis melawat muzium, jom kita tabur duit di kedai coklat., Macam2 jenis coklat ada dijual.

Wednesday, February 20, 2013

Home made coklat bar untuk majlis Akikah Firaas

 Lamanya nak up cerita tentang coklat. Kekangan masa nak menghadap lappy. Firaas ni tak bagi chance langsung kat mummy menghadap lappy. Kena menghadap si kenit ni aje, mummy hilang mulalah menangis. Nak update kat tablet sangatlah tidak BEST..

Atas permintaan blogger, saya up cerita step by step nak buat coklat. Mudah aje sebenarnya nak buat. Guna coklat compound, jangan guna coklat masakan, tak sedap. Saya guna jenama Beryl's dan Le Bourne. Saya mix dark and milk choclate. Saya lagi suka gunakan jenama Le Bourne tapi malangnya masa saya beli di kedai bekalan bakery tinggal dark coklat. Le Bourne ni bagi saya coklat ni berkilat dan licin. Senang untuk dicairkan dan tentunya sedap.




Cairkan secara double boiler. Elakkan dari terkena air


Mould coklat bar yang saya gunakan.



Hasilnya...
1. Hasil coklat bar. Setelah tuang dalam mould coklat, sejukkan sekejap dalam fridge sehingga coklat mengeras
2. Wrapping coklat. Saya beli yang dah siap potong. 100pcs RM8.90.

3.  Untuk balut coklat saya guna Laser Rainbow Wrapper.
4. Potong wrapping ikut size coklat
Contoh coklat yang sudah dibalut..

Dah inilah hasilnya...saya buat dalam 250 pcs..


Untuk buat coklat lolihoc pula...

Biskut dibelah dua. Letakkan sedikit coklat dalam coklat mould.  Kemudian tekan sedikit biskut dan letakkan lolihoc.

 Dan tutup biskut.. Tuang coklat sehingga menutupi biskut. Sejukkan dalam fridge


Inilah hasilnya...

Harap dapat membantu. Kalau nak lebih detail step by step coklat oreo, boleh tengok blog kesukaan saya, tentunya Kak Ita di SINI dan DI SINI


Notes:
  1. Saya beli 8kg coklat compound. Boleh menghasilkan lebih kurang 250pcs coklat bar dan 50 pcs coklat lolihoc. 1kg coklat berharga RM14.50 bergantung pada kedai dan jenis coklat.
  2. Mould cokla bar ada macam2 jenis. Ada yang nipis dan tebal. Saya ada beli dua jenis, yang nipis berharga RM2.90, yang tebal RM14.50. Mould coklat lolihoc berharga RM2.90.
  3. Wrapping coklat colourful (Laser rainbow wrapper) saya beli di Mydin USJ dah siap dalam pack (ada 10 keping). Harga RM14.50. Kat Tesco RM20.50. Jauh beza kan.. Huhu

nuffnang

Related Posts with Thumbnails