Bertambah koleksi fridge magnet. Baru-baru ni exoffice mate Yus baru pulang dari bercuti di Perth Australia dan dapat satu FM dari Perth. Ramai juga blogger yang kumpul FM kan. Mulanya tak minat pun nak buat koleksi. Dulu bos saya selalu bagi FM setiap kali ke luar negara, bila lekat di fridge macam menarik pula. Start dari tu saya mula menyimpan koleksi FM setiap kali bercuti.
Di Subang Parade ada satu kiosk menjual koleksi FM dari oversea. Saya pernah bersembang dengan owner kiosk tu, dia dapat sebab kawan2 dia ramai pilot. Kualiti FM sangat bagus sebab tu dia jual mahal. Ada yang mencecah RM20-25 bergantung kepada kualiti. Amcorp Mall pun ada jual FM, harga tak pasti. Kalau nak murah di Pasar Tani Shah Alam pun ada...
ole-ole dari Perth

Saya lekat FM di dua bahagian, satu depan fridge, satu lagi di bahagian sisi. Sebabnya fridge saya rendah, so kalau lekat semua di bahagian depan, senanglah cik adik manis nak ambil. Suka curi mummy punya FM.
Ini salah satu kerja cik adik manis dah buat dengan FM mummy. Perasan tak donut tu, dah kena gigit. Geram sangatlah tu, sebab donut tu lembut, cik adik manis ingat boleh makan. Kalau nak minum pula, mummy nak tu, tunjuk pepsi.

Bahagian depan

Bahagian sisi

Cik adik manis yang shantek...