Happy birthday to me...Esok 19 June menginjak setahun lagi usia saya..Sebelum ni sibuk karang entry pasal birthday anakanda Humaira, tup tup esok birthday mummy..Huhu semakin menghampiri ke angka 3 series..Genap usia saya 28 tahun, semoga pertambahan usia ini akan mematangkan diri sendiri dan rumah tangga yang dibina bahagia dan berkekalan hendakNYA. Tak lupa juga terima kasih emak, kerana bertarung nyawa melahirkan saya 28 tahun yang lepas.
(emak saya merupakan pembaca setia blog ini, kan mak???tgk gelagat cucu Humaira kesayangannya,hehe) Moga mummy dapat mendidik anak mummy dengan sempurna, bukan setakat Humaira seorang shj, Insyaallah adik-adik Humaira yang akan datang juga...
Semakin menginjak usia ini, bermakna kita semakin menghampiri kematian..Setuju statement saya???? Harapan saya moga dimurahkan rezeki dalam apa jua bidang. Insyaallah..
Have a nice weekend pada semua blogger. Hari Isnin jalan akan jammed kembali setelah tamatnya cuti sekolah. Inilah kehidupan...