My sweet story...

My sweet story...
Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Sunday, October 12, 2014

Happy 2nd birthday Firaas

121012 hari Jumaat dua tahun yang lepas, Firaas selamat dilahirkan secara cser. Pengalaman mengandungkan adik, mummy diuji dengan masalah bleeding bila masuk trimister kedua sehingga trimister ketiga baru bleeding stop. Alhamdulillah, adik selamat lahir. 

Berjaya breastfeed adik untuk tempoh dua tahun ini. nampak gayanya kena extend bf, xde tanda2 nk berhenti. takpela...selagi ada rezeki adik, mummy akan usaha ke arah itu. 

Memandangkan dekat rumah ni, takde siapa peminat kek, jadi untuk birthday adik mummy beli fresh fruit. kita hias bentuk ala2 kek..mummy tak kreatif, tapi untuk anak, mummy cuba sehabis baik. Bagus juga beli buah2..berkhasiat dan macam2 boleh buat dari buah ni. Masa Firaas setahun pun mummy buat kek buah. Buah2 yang masam boleh buat aiskrim dan dip coklat. Buah tembikai kalau tak habis boleh buat jus.

Happy 2nd birthday Hadif Firaas. Semoga  adik menjadi anak yg soleh, berjaya dunia akhirat. ketahuilah dik...mummy halalkan setiap susu yang mengalir dalam darah adik sehingga titisan terakhir. Daddy, mummy dan kakak sayang adik...

 
Kek birthday Firaas..


Bukan senang nak ambil gambar hero sorang ni..


Kakak Humaira pun nak jugak..layannn
Budak comot makan roti dgn nutella. pakaian kalau tak salin 4 kali sehari memang tak sah dengan ini bodakk..
Gambar tahun lepas..Plannya nanti kalau buah2 tak habis, kita buat aiskrim. Entry DI SINI.. Selalunya buah yang masam memang lambat habis. Rasberry kita try buat jem nanti.


Friday, November 22, 2013

musim orang kawen

Asal hujung tahun je mesti ramai yang naik pelamin. Teringat masa kat hospital dulu, ada nurse tu cakap hujung tahun ni musim orang mengawan. Kekeke...

Sabtu lepas ada 2-3 jemputan. Yang sempat pergi 2 je di Bukit Jelutong dan Puncak Alam. Kedua-duanya kenalan husband dalam vios club. First kiteorang pergi Bukit Jelutong dulu. Kedua mempelai adalah tentera. Adat istiadat perkahwinan penuh dgn ketenteraan, smart je tgk.

Geng vzs mr and mrs

Istiadat ketenteraan...best tgk main pedang

Selamat pengantin baru Reza dan Fiza
Lepas tu kami pergi Puncak Alam pula. Selamat pengantin baru Lan dan pasangannya. Masa ni hujan dan mula turun
Semoga berkekalan hingga akhir hayat

Wednesday, November 20, 2013

Selamat Bertunang Hanif

Sekitar majlis pertunangan adik lelaki saya Hanif. Insyaallah, kalau takde aral bulan May tahun depan majlis perkahwinannya.
Antara hantaran dari pihak lelaki..Ramai yang sponser, Alhamdulillah. Moga murah rezeki



Emak saya menyarungkan cincin
Adik saya bersama tunangnya...
Selamat bertunang Anip...

Monday, July 1, 2013

Trip ke Felda Residence Tanjung Leman

Jom kita mulakan jelajah ke selatan tanah air. Trip ni adalah acara tahunan kelab kereta vios 07. Tahun ni buat Annual Dinner di Selatan. Ada yang konvoi Jumaat malam Sabtu yang berada di KL/ Selangor. Macam kiteorang ikut konvoi pagi. Pukul 8.30 pagi dah gerak dari rumah mertua di Muar. Berkumpul di RnR Pagoh. Konvoi pagi tu adalah dalam 7 biji kereta.

Berbelah bagi sebenarnya masa nak join trip ni. Annual ni pada 22 June, time tu dekat Selatan jerebu sangatlah teruk. Tapi memandangkan trip ni dah lama plan, kita teruskan juga.  Asalnya pada 5 Mei tapi time tu pula ada pilihanraya so postpone pada 22 June. Ramai juga yang join, semua sekali ada dalam 85 biji kereta termasuk bahagian central, selatan dan timur. Cuma bahagian utara je yang tak follow, maybe faktor jarak yang sangat jauh. 

Kami check in dalam pukul 2.00 pm. Felda Residence ni lokasi agak ke dalam juga. Dari jalan besar adalah dalam 30km nak masuk ke dalam. Kena lalu Felda Tenggaroh. Anak dara saya si Humaira ni excited bila dah sampai hotel nampak pool betul2 depan bilik. Rehat2 sekejap, petang tu Humaira dah ajak mandi pool. Firaas pun kemain excited lagi. Takde gambar 2 beradik ni mandi pool sebab petang tu daddy ada aktiviti bersama kelab kereta.

Banner annual dinner kelab vios 07

Kami dapat katil single 2 buah. No hal, kita rapatkan.

View dari depan bilik               

Malam tu daddy ada dinner bersama kelab kereta. Saya dan anak2 tak join pun. Anak2 dah tidur. Kesian dorang penat. Esoknya memang akan banyak berjalan. So kita bagi diaorang charge battery dulu. Nak travel ni mood anak2 kena jaga skit, nanti emaknya yang hot kalau anak2 meragam. Hehehe..

Lepas breakfast esoknya, jalan2 sekeliling hotel, bawa dorang tengok pantai. Ini bodak belum mandi lagi. 



Daddy dan Firaas melihat keindahan pantai. Ecece skemanya ayat
Matahari yang tak berapa kelihatan disebabkan oleh jerebu oh jerebu..
Deretan kereta vios. Baru perasan kebanyakannya warna putih.


Pukul 12 tghari esoknya kami check out. Acara tangkap gambar semua dalam pukul 2 ptg baru gerak. Bye2 Felda Residence Tanjung Leman. Insyaallah ada rezeki kami datang lagi. Trip seterusnya ke JPO..

Tuesday, June 11, 2013

Majlis perkahwinan di Sumera Place, Titiwangsa

Awal bulan lepas dapat jemputan dari ex student hubby di Titiwangsa. Selamat Pengantin Baru Akmal dan Athirah yang berlangsung di Sumera Place, Titiwangsa pada 1 Jun lepas. Sumera Place merupakan sebuah banglo yang disewa khas untuk event seperti majlis perkahwinan. Cantik tempat ni, berkonsepkan ala-Garden Banglo. Sesiapa berminat boleh tengok di Facebook Pengantin Eksklusif.  Tempat menjamu selera di sekeliling swimming pool. 

Banner dari facebook mereka Di SINI


Tempat menjamu selera di sekeliling swimming pool




Monday, April 15, 2013

Selamat Pengantin Baru Nuar dan Nurul Naqibah

Majlis perkahwinan sepupu husband pada 7 April lepas di Crystal Crown Hotel. Ada dua dewan yang disewa. Satu untuk tetamu, dan satu lagi untuk saudara mara terdekat. Dewan untuk saudara mara hidangan disediakan secara buffet. Ramai yang serbu bahagian ni, so dewan untuk tetamu banyak meja kosong. Menu semua sedap2.. Nasi beriani, ayam masak tomato, kambing kuzi, sotong masala, ikan masak masam manis, daging kurma, sayur campur, dessert longan dan jelly. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan meriah. 

Selamat Pengantin Baru ye Nuar. Semoga gembira melayari hidup berumah tangga.

Ibu bapa pengantin lelaki sedang memberi ucapan


Atucara majlis.

Family sebelah lelaki.

Humaira teringin juga nak bergambar dengan pengantin TAPI shy shy cat. Tak perasan mummy Humaira pakai selipar jepun aje. Hahah

Tuesday, April 9, 2013

Majlis pernikahan sepupu hubby

Jumaat lepas ada majlis pernikahan sepupu husband di masjid Damansara. Selamat Pengantin Baru kepada Nuar dan pasangannya. Majlis sebelah lelaki diadakan di dua buah tempat. Hari Ahad lepas di Crsytal Crown hotel PJ untuk saudara mara dan kawan2 yang berada di KL. 20 hb nanti di kampung dekat Johor. Meriah sampai dua kali majlis. Yang dekat hotel nanti saya buat entry lain, tak pasti lagi nak pergi or not 20hb ni.

Selamat Pengantin Baru Nuar...

Humaira bersama Embah Cham aka emak pengantin lelaki.

Firaas bersama acik Nisa dan Ira. Disebabkan awak comel semua orang nak dukung awak. Yang susahnya mummy, dekat rumah nak berdukung je,

Friday, February 3, 2012

Konvoi ke Pantai Remis Kuala Selangor


Aktiviti Sabtu lepas konvoi ke Pantai Remis. Actually ni adalah agenda vios07 club bahagian central. Sejak husband jadi fulltime student ni rajin pula dia join kelab kereta. Mengisi masa lapang katanya, nanti dah masuk kerja balik takde masa dah nak join macam2 aktiviti.

Semua kelab vios berkumpul di Sungai Buloh sebelum bergerak, disebabkan kiteorang lambat gerak so husband decide tunggu je di Ijok. Masuk highway Puncak Alam dekat aje rupanya dah sampai Ijok compare dengan ikut jalan lama yang bersimpang siur. Berbelas buah kereta juga yang join aktiviti kali ni. Hujung March ni kelab vios akan buat annual dinner di Kuantan Pahang. Annual dinner ni mungkin ramai akan join.

Aktiviti di Pantai Remis bebas, lepas Magrib baru gerak ke Kampung Kuantan tengok kelip2. Husband jangan harapler dia nak join. Takuttt nak naik sampan. Hahah. Dia memang seorang yang gayat. Ajak macamane pun tetap taknak walaupun ada life jacket.

Deretan vios di Ijok          



Daddy Humaira cuba untuk naikkan layang2. Angin kuat senang je nak naikkan.
 
Zaman kecik2 dulu  dekat kg main layang2 guna suratkhabar. Susah betul nak naikkan. Itu yang teruja bila layang2 terbang tinggi.
 
Layang2 Humaira terbang tinggi. Harga layang2 ni RM5.
Macamanelah mummy tak muk muk semuanya Humaira nak suap kan mummy


Sepanjang deretan pantai ni, banyak orang menjual. Bagi pendapat sayalah, harga yang ditawarkan murah. Burger ada yang jual RM1, beg angry bird RM5. Mummy belikan selipar angry bird untuk Humaira RM6.

Si muncung....

Lepas solat Asar, semua ahli melantak seafood..Tak ingat nama restoren tu. Tak best sangatlah, semua seafood hanya bakar je. Awal2 lagi husband dah pesan, ambil sikit je seafood sebab minggu sebelumnya kiteroang dah makan seafood di Bagan Lalang. Kena jaga kesihatan. So saya cuma ambil sotong dan ikan pari bakar.
Suka betul Humaira dengan adik ni. Aunty lupa betul nama adik ni. Ish ish nampak benor dah tua.



Monday, December 19, 2011

Kenduri kahwin

Malam minggu lepas menghadiri kenduri kahwin anak kawan daddy di Dato keramat. Majlis diadakan di dewan berhadapan dengan stesen LRT Jelatek, tak ingat pula nama dewan tu.

Husband yang excited nak jumpa kawan lama katanya. Kawan dia merupakan seorang komposer lagu iaitu Wan Zul. Husband kenal masa dia buat praktikal di TV3, masa tu Wan Zul kerja dengan Ambang Klasik. Sekarang ni Wan Zul menetap di Terengganu. Dulu, husband kata, selalu dia melepak rumah Wan Zul di Wangsa Maju, itu yang member excited nak jumpa balik tu.. Layan kan ajelah...

Selamat Pengantin Baru Syikin dan Alfian. Tak silap saya kedua2 pengantin ni sedang belajar jurusan perubatan di India. Anak perempuan Wan Zul, Syikin ambil medic, pasangannya pula doktor gigi. 





Antara artis yang membuat persembahan..Ayati Tasrip dan Abu Bakar Ellah. Anak didik Wan Zul kata mereka..Itu je yang saya sempat tengok. Lepas tu kiteorang balik. Husband kata Kumpulan Iklim dan Senario antara lagu yang popular ciptaan Wan Zul. Tak pasti pula lagu apa, sebab saya membesar dengan lagu KRU. Maklumah perbezaan umur saya agak ketara juga dengan my hubby, kalau ikutkan dia dah masuk darjah satu, saya baru lahir. Huhu...


Comotnya Humaira baru lepas makan nasi minyak..



Daddy Humaira with Uncle Wan Zul. Malu2 pulak si kenit ni..

Wednesday, November 30, 2011

Selamat Pengantin Baru Khairul dan pasangannya

Cuti sekolah sangat sinonim dengan perkahwinan. Setiap minggu penuh dengan menghadiri kenduri kahwin. Minggu ni kami akan menghadiri kenduri kahwin di Perak dan minggu seterusnya di Negeri Sembilan.

Ahad lepas kenduri kahwin sepupu husband di Bangi. Tema perkahwinan warna kuning, so sweet.

Selamat pengantin baru...Semoga gembira melayari hidup berumahtangga




Humaira asyik tengok ikan dalam kolam.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails