My sweet story...

My sweet story...

Monday, July 26, 2010

Selamat Hari Lahir emak

Selamat Hari Lahir yang ke 63 tahun buat emak mertua saya, Hajah Sapurah Kasimin. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Emak begitu istimewa di mata kami. Jasa emak tidak terbalas sampai bila-bila. Yang menariknya tentang emak mertua saya, setiap tahun beliau tidak pernah gagal untuk berpuasa selama 3 bulan berturut2 dari bulan Syaaban, Rejab dan Ramadhan. Emak saya sangat menjaga kesihatan, jarang tengok emak makan nasi dan minum air sejuk. Kalau berpuasa berbuka dgn buah kurma dan air. Bila sahur baru makan oat. Sebab itu badan dia slim dan sihat walaupun emak suka masak untuk anak menantu dia, jarang tgk emak makan, just rasa sikit2 je.

Di usia 63 tahun, alhamdulillah masih sihat. Suka tanam pokok dan berkebun. Paling suka tanam pokok orkid warna warni, memang cantik. Di usia emas begitu, masih kuat panjat pokok. Masa saya balik kampung tahun lepas, emak sendiri yang panjat pokok cempedak untuk balut buahnya.. Saya sendiri pun tak berani nak panjat..hehe

lagi yang menariknya...gigi masih lagi cantik. Semua masih lagi gigi original tau. Emak sangat menitik beratkan penjagaan gigi sebab dia kata dia takut nak jumpa doktor gigi.

Emak memang expert bab kerja2 rumah, dari memasak sampailah menjahit. Sebab itu kalau raya rumah emak sentiasa menjadi perhatian, macam2 masakan dia masak. Orang ramai datang rumah selain untuk menziarahi keluarga tentunya untuk merasai keenakan masakan emak. Memang superb.

We love u emak



Pokok orkid kesayangan emak

10 comments:

Me_Lina said...

wah... bestnyer dpt mak mertua pandai masak... heheheh happy birthday... Semoga Panjang Umur, Dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah... AMIN...

Ena said...

selamat hari lahir..
moga panjang umur, sentiasa sihat dan beroleh kesejahteraan.. amin.. ;D

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Selamat hari lahir buat Mak mertua NIeda..
Moga pjng umur & sentiasa sihat & dimurahkan rezeki..AMIN..!!

Softtouch [Hanim] said...

happy birthday mak cik..semoga pjg umur n murah rezeki.
kuat yer mak mertua nida..rajin puasa..ingat dulu nenek muza pun mcm tu dulu tp skrg dia xbuat dah..pernah pitam sbb krg gula dlm badan.

Farra Dhelina said...

sama mcm my mil..suka bekebun & tanam pokok..

hpy bday to ur MIL

Dee said...

wah..mak mertua ko mentenlah..cayalah..

selamat hari lahir ye to ur mil..moga diberi kesihatan yg baik, pjg umur n murah rezeki..amin..

mamalieyna said...

selamat hari lahir..waah mmg menjaga kesihatan keseluruhannya! mmg ptt mendpt pujian..^_^

moga mak mertua nieda terus kekal sihat hendaknya dn pnjg umur!

Ju@Lucky^Mummy said...

Tak nampak cam 63 tahon pun.. Awet muda la MIL Nieda. hehehe

Niway.. happy bday to ur MIL ..

Semoga kebahagiaan & rahmat Allah sentiasa ada bersama keluarga & Nieda..

☆ lieya latif ☆ said...

selamat hari lahir buat makcik, moga diberi kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki amin...

betul kate nieda, mmg nampak sgt mertua nieda ni awet mude...umur die ngan rupanye tak nampak cam 63.....

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

salam ziarah
happy birthday to your mak mertua
moga allah memelihara kesihatan dan sentiasa memberkati dan merahmati your MIL...

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails