Hadooo...macamanelah masa transfer gambar dalam lappy boleh hilang..Habis semua gambar kt kebun Kesang hilang. Takpelah, layan gambar hari kedua kami di kampung. Bermalan sehari je kt Muar, petang Jumaat sampai, hari Sabtu balik Shah Alam.
Seawal pukul 7.30 pagi, kami ke Kebun di Kesang tapi malangnya semua gambar sudah hilang. Tension makkk..Kt Kesang banyak buah doyan je, rambutan adalah sikit2.
Seawal pukul 7.30 pagi, kami ke Kebun di Kesang tapi malangnya semua gambar sudah hilang. Tension makkk..Kt Kesang banyak buah doyan je, rambutan adalah sikit2.
Lepas balik dari kebun di Kesang, aktiviti mengambil buah rambutan. Dekat 30 kg kami bawa balik dan selamat disedekahkan kepada kawan2 dan jiran. Gigih mak mertua saya ikat rambutan. Setiap ikatan seberat 2kg. Husband siap cakap, tak payah bagi orang, on the way nak balik nanti kita jual kat tepi jalan gerenti habis...hehehe

Humaira naik kereta sorong...cute aje. Teringat zaman kanak2 dulu, main kereta sorong.
My favorite fruit, kami dua beranak boleh duduk berjam2 kat bawah pokok sambil makan rambutan. Humaira sgt sukaaa
Buah doyan banyak sudah merekah. I tak pandang pun....Rasanya Humaira pun tak makan doyan sama macam mummy dgn daddy dia. Hari tu nenek dia kopek durian, bising mulut dia sambil tutup hidung dan lari jauh2..hehe tak tahan bau kot. Atuk dia bagi pun dia taknak..

Melepak setelah kepenatan...