My sweet story...

My sweet story...

Saturday, March 15, 2014

Sebab air di catu

 Sejak akhir-akhir ini akibat tiada hujan atau jumlah hujan yang turun tidak mencukupi, berlakulah insiden catuan air di banyak kawasan di Lembah Klang. Ternyata ini semua memberi kesusahan kepada penduduk terutama mereka yang tinggal di perumahan seperti flet dan apartmen.

Minggu ini juga kawasan perumahan saya termasuk dalam kawasan catuan air. Walaupun rumah saya mempunyai tangki sendiri namun saya masih perlu berjimat air. Antara langkah utama ialah menghadkan penggunaan air ketika mandi oleh Adik Firaas dan Kakak. Kedua-dua mereka ini merupakan juara berkubang di dalam bath tub lebih-lebih lagi si Adik.

Berbalik kepada kisah catuan air, semoga hujan turun dengan lebat di kawasan tadahan air. Cuaca panas seperti sekarang ini bukan sahaja menjadi penyebab catuan air malah menjadi penyumbang wang kepada TNB hasil bacaan elektrik yang lebih tinggi dari bulan-bulan lain. Aircond dihidupkan lebih lama dari biasa.

Grafik dibawah menunjukkan kenapa air dicatu. Grafik diperolehi dari laman web Harian Metro.

2 beradik ni juara berkubang..


Semoga hujan turun di kawasan tadahan air, semoga air tidak lagi dicatu . Menurut MOSTI kemarau bakal berakhir pertengahan bulan ini. Mudah-mudahan.. Sama2 kita doakan

Friday, March 14, 2014

Bawa 2 beradik ke library PPAS shah alam

Lama betul tak update blog..cerita anak kedua saya pun kurang dalam blog ni. Sorry ye Firaas. Anak bujang saya dh berusia setahun 5 bulan.. Minggu lepas bawa mereka ke library seksyen 13. Untuk si cilik disediakan ruangan zon kreatif. Bagus explore anak2 tempat macam ni, bahagian zon kreatif ini tidaklah seperti tipikal library yang lain yang hanya ada buku semata2.  Di bahagian ini ruangan sangat luas, memang budak2 akan berlari ke sana sini, ada stage, rak buku yang rendah, komputer, tempat yg paling budak2 suka di bahagian pokok besar.  Pokok ni, sedikit curam so ramai budak2 berguling2 si situ termasuk anak bujang saya. Tak padan dgn kecik,  nak juga tiru aksi bdk2 yg lebih besar dari dia. Sudahnya, jatuh mulut tersemban kt lantai. Huwaaa...bibir berdarah habis baju kena darah. Menangis sekejap lepastu boleh plak sambung main. Kids terap kids. Mummy yg risau bila berlari sana sini.

entrance zon kreatif

di bawah pokok. Sgt besar pokok ni

berlari2 atas stage. Firaas ketuanya, habis bdk2 lain semua ikut naik stage

Rak buku yang rendah..comel aje

Khusyuklah tu...

Firaas dgn baby

Nak mengacau daddy sebenarnya...

View dalam library

* Tak sempat nak explore bahagian lain sebab bawa budak2 ni. Kids tak dibenarkan masuk bahagian lain. Yela..nanti bising budak2 ni . Memang best tempat ni, next time kita repeat lagi ye anak2..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails