My sweet story...

My sweet story...
Showing posts with label second pregnancy. Show all posts
Showing posts with label second pregnancy. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Berpantang di kampung

Selepas seminggu bersalin, baru balik kampung mertua di Muar. Seisi berurut pun dah selesai. Saya ambil 3 hari plus mandikan baby. Tali pusat Firaas dah tanggal pada hari ketujuh. Saya simpan tali pusat 2 beradik ni satu tempat, petua orang tua2 supaya mereka sentiasa akrab dan tidak bergaduh. 

Bengkung masih belum sepenuhnya pakai lagi. Setiap minggu cuba pakai bengkung tapi masih terasa sakit kt tempat operation. Belum baik lagi luka bahagian dalaman, luar dah kering. Setakat pakai 5-6jam boleh la, bila terasa sakit kena buka. 

Masih breastfeed baby secara esklusif, dan mula train guna botol. Taknak jadi macam kakak  Humaira, sampai sekarang fail guna botol. Hari ketiga Firaas lahir cik b dah mula bengkak. Balik je dari hospital terus keluarkan pump spectra 3 yang banyak berjasa. Tersenyum saya dan syukur kerana susu yang keluar masih bewarna kuning lagi. Masih ada lagi kolustrum di hari ketiga kelahiran. Kolostrum atau ada yang panggil titisan emas hadir sekali setiap kelahiran. Titisan emas ini kaya dengan antibodi, sangat sesuai untuk bayi baru lahir yang masih lemah. Hari kelima kelahiran barulah susu matang keluar.  Alhamdulillah susu makin meriah. 

Masih ada kolostrum lagi

 Firaas pun kurang ragam. Asalkan perut kenyang, lampin kering tidurlah kerjanya. Time berjaga dari Magrib sampailah kul 11malam.  Time tidur 2 jam sekali akan bangun minta susu. Humaira pula setiap jam datang cium adik, naik rimas adik. Kakak sayang adik katanya. Bila ada tetamu datang nak pinjam adik, tak bagi. Katanta nanti kakak tinggal sorang. 

Cser kali ni tidaklah seteruk kelahiran yang pertama dulu. Mungkin masa lahirkan Humaira dulu ada komplikasi menyebabkan berlakunya 'extended tear' yang menyebabkan kelahiran kedua pun kena cser. Ingat lagi seminggu lepas bersalinkan Humaira, nak balik kampung sakit sangat bila husband terlanggar bonggol. Tempoh sebulan pun masih terasa sakit. Berlainan dengan kelahiran Firaas, Alhamdulillah xde komplikasi berlaku. Hari ketiga dah boleh mandikan Firaas dan uruskan anak2. 

Last but not least, terima kasih pada  kawan2 yang datang visit baby samaada di hospital atau rumah. Minggu ni saya akan balik Shah Alam dan bermulalah seisi berpantang sendiri di Shah Alam. Semoga semuanya dipermudahkan. Takdelah risau sangat nak berpantang sendiri sebab husband tengah cuti belajar. 

Sebelum rambut dibotakkan
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, October 10, 2012

Menghitung hari..

Menghitung hari detik demi detik, cewah...Esok dijadualkan saya akan admit di Hospital Sungoi Buloh. Appointment pukul 9.00 pagi tapi rasa macam nak datang lewat je. Rindu untuk tinggalkan pengarang jantung hati, si Humaira. Malam tadi, mummy belikan surprise present untuk Humaira, Lego dan juga playdough. Nanti nak balut cantik2. Motif...supaya bila mummy masuk hospital nanti takdelah dia sedih sangat. Ke emaknya yang emosi lebih???hehe..

Malam tadi masa belikan present untuk Humaira, mummy sendiri yang cari. Daddy bawa Humaira jalan2 tempat lain. Rupa2nya dia ingat mummy dah masuk hospital. Daddy ajak Humaira makan, sikit je yang dia jamah. Selebihnya daddy kata dia termenung, ulang2 cakap mummy masuk hospital. Bila Humaira nampak je mummy terus berlari datang peluk mummy. So touching. Daddy awal2 dah pesan, esok admit kat hospital, tunjukkan kita kuat. Harap2 takdelah berlaku drama air mata..Sob sob..

Penngarang jantung hati mummy and daddy..



Friday, October 5, 2012

Persediaan berpantang

Ada lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum deliver baby. Masa Humaira dulu saya guna set berpantang mustika ratu, sudahnya banyak jamu dalam tu tak makan. Humaira ada jaundis sikit masa lahir dan disebabkan cser macam takut je nak makan jamu. Memang kurang sangat ilmu masa tu, tak expect pun akan cser. Sekarang ni maklumat di hujung jari, taip je guna pakcik google, semua ada. 

Kali ni saya ambil supplement shaklee ambil full package set berpantang. Rata-rata yang menggunakan shaklee semuanya memberi respons positif. Harga pun takdelah mahal sangat dalam rm260++ termasuk OsteMatrix. Boleh tahan sehingga 4 bulan dan bagus untuk breastfeed moms. Saya beli set shaklee ni dari Alin. Senang bekerjasama dengan Alin, boleh COD.

Set berpantang cuma OSteMatrix takde dalam gambar.

Untuk bengkung pula, saya beli bengkung moden dari Puan Fazidah. Malam kelmarin terus datang rumahnya untuk cuba dulu bengkung moden tu. Banyak kali juga fikir nak beli ke tidak, harganya agak mahal juga. Tapi disebabkan saya pernah pinjam kawan saya punya bengkung moden rasa selesa sangat pakai. Walaupun nanti badan dah slim, masih boleh pakai sebab velcro tu boleh melekat di semua bahagian. Nak beli premium beautiful den tak mampu. Huhu...

Saya ambil bengkung moden 4 panel,  gel sirih slim dan mandian herba


Untuk air gamat, kawan saya Yus cadangkan ambil air gamat jenama bidadari. Based on her experience katanya dalam masa 2 minggu dah ok. Takdelah sakit bila nak batuk dan bersin. Memang hazab setiap kali nak batuk or bersin, sakit sangat kt tempat operation tu. Lagi satu kalau naik kereta terhentak, memang hazab. Beli sebotol je dulu tengok macamane penerimaan tekak. Hehe. Humaira dulu saya guna jelly gamat healin, not bad rasanya. Cumanya hari tu bila pergi kiosk house of healin di Tesco Setia Alam, jelly gamat yang macam saya berpantangkan Humaira dah takde.

Monday, October 1, 2012

Debaran bulan October

Sekejap je masa berlalu, dah masuk bulan October. Berdebar menanti kelahiran second junior. Minggu ni dah masuk 37 minggu. Kaki pun dah mula bengkak, bila buat kerja rumah sekejap je dah penat. Terasa kepala baby dah ke bawah. Dah 2 minggu bila bangun tidur tangan terasa kebas, sampai tak boleh nak genggam. Mula2 dulu cuma jari manis belah kanan je rasa kebas, sekarang ni semua jari belah kanan sukar nak genggam, bangun tidur terpaksa urut dulu baru ok. Sesekali berjangkit juga kebas di bahagian tangan kiri. Masa mengandungkan Humaira tak pernah pula jadi macam ni. Seingat saya masa first pregnant kaki selalu cramp, tapi alhamdulillah yang second ni tak pernah lagi kena. 

Setelah google di internet, terjumpa blog DR Zubaidi mengenai rasa kebas tangan ketika hamil. 
Keadaan ni dinamakan "carpal tunnel syndrome".Syndrome ini selalu dikaitkan dgn mereka yang pekerjaannya byk menggunakan tgn seperti kerani yang menaip tetapi kerap juga berlaku pada ibu mengandung

Simptom2 termasuk kebas, rasa mencucuk2, pedih, sakit di jari, tangan, pergelangan tangan dan lebih teruk hingga boleh menyebabkan tgn lemah, tak mampu nak pegang brg atau brg terlepas dr tgn..

Kebiasaannya kedua2 belah tgn akan mengalami simptom ini dan boleh terjadi pada bila2 masa sepanjang kehamilan tetapi selalunya bermula atau semakin teruk pada separuh kedua kehamilan kerana pada masa itu ibu hamil banyak menampung air dalam badan.

Ibu-ibu yang mengalami simptom di atas jangan risau kerana selalunya ia akan hilang selepas bersalin. Jika simptom berterusan sehingga lepas bersalin, sila dapatkan nasihat pakar orthopaedic.
 
Counting down 11 October, saya akan admit di Hospital Sungai Buloh. Insyaallah 12 October saya akan menjalani pembedahan untuk keluarkan baby. Dijangka saya akan dibedah pada pukul 10 pagi. Doakan  semoga ibu dan baby selamat. Kenapa cser?? dah pernah cerita di SINI.  

Sebenarnya, susah hati juga nak berpisah dengan Humaira. Budak sorang ni sangat manja. Nak tidur mesti cari mummy. Sebelum tidur kena tepuk sampai tidur, lepas ni daddy kena take over, Harap2 Humaira baik2 saja dengan daddy. Nasib baik mertua pun ada datang time tu. 

Gambar mak buyong yang makin lebor..


 
 

Monday, August 13, 2012

Check up 28 weeks

Dua minggu lepas check up adik di usia 28weeks dalam tummy. Minggu ni dah nak masuk 30 weeks. Semakin terasa debarannya. Nak bawa perut pun tak berapa nak larat. Kedudukan kepala adik baby dah di bawah. Yang tak bestnya urine test ada detect glukose. Oh my god.. Ini gara2 buka puasa asyik minum air manis, kuih muih yang manis. Risau plak kalau terkena diabetis ketika mengandung. Harap2 tidaklah, saya nak kurangkan minuman dan makanan manis2. Disebabkan ini first time detect glukose dalam urine, next check up 30 August, kalau ada detect juga kena buat MGTT.  Harap2 next check up normal. 

Regular check up saya buat di klinik panel, disebakan pregnancy kali ni pun kena cser doktor dah buat refer letter. Saya pilih Hospital Sungai Buloh, senang sebab rekod dah ada dekat situ. Belum decide sepenuhnya lagi nak bersalin di mana. Kalau jadi lepas raya baru nak booking hospital. Minggu ni nak cuba survey di Pusat Perubatan UMRA dulu.

History medical record masa bersalinkan Humaira. Rekod ni sangat penting bagi saya. Sebab apa kena cser?? Saya bersalinkan Humaira secara emergency cser. 12 jam dalam labour room tapi bukaan lambat buka. Humaira dah lemas. So masa cser dokter terpaksa koyakkan rahim dalam 4cm di bahagian kiri dan 2cm di bahagian kanan. So action, LSCS at next pregnant. Saya pun dah minta second opinion dari doktor pakar. Dr pun kata once bila rahim dah koyak, memang kena cser. Taknak bagi tekanan bahagian rahim masa push nanti. Risiko rahim pecah. Minta dijauhkan lah..


Wednesday, July 18, 2012

Detail scan di usia 25 minggu

Minggu ni nak masuk 26 minggu sudah usia kandungan. Isnin lepas saya ada appointment dengan pakar sonografi untuk buat detail scan adik. Dokter pakar O&G sarankan agar saya buat detail scan disebabkan masalah bleeding. So melalui detail scan kita boleh mengetahui perkembangan baby secara 'mendalam' bukan setakat luaran sahaja tetapi ianya meliputi organ2 dan bahagian2 dalaman baby seperti otak, jantung, paru2, buah pinggang, tulang hidung, tulang belakang, mulut, genitalia dan sebagainya..so dari situ boleh dikesan samada normal atau tidak perkembangan baby kita..semuanya diambil ukuran untuk mengetahui status perkembangan baby kita..

Detail scan ni saya buat di UMRA Medical centre, memang dah biasa check up masa pregnant Humaira lagi. Harga pun reasonable. Untuk detailed scan ni  harga adalah RM120. Tempat lain saya survey kebanyakkannya RM200 dan ke atas. Kita akan dapat gambar dan cd semasa proses detail scan dan selepas itu baru jumpa pakar O&G. Alhamdulillah, dokter kata perkembangan adik semuanya nampak normal. Harap2 adik akan terus sihat dalam tummy. Kedudukan uri pun sudah jauh ke atas. 

Mummy letak gambar adik sebagai kenangan di masa akan datang. Ada banyak gambar adik tapi mummy letak 5 keping je. Kalau ikutkan detail scan adik besar seminggu dari usia kandungan. Masih normal. Ikut tarikh period adik bakal lahir pada 25 Oct ni tapi melalui detail scan tarikhnya 14 Oct. Kedudukan adik masih songsang, kaki di bawah dan kepala di atas. Dokter kata jangan risau, adik masih kecil lagi, ada banyak masa untuk adik pusing. Berat adik dalam 950gram

Ukuran kepala dan juga otak

Kalau tak silap mummy, yang warma merah tu aliran darah ke jantung. Doc kata jantung adik nampak normal

Tulang belakang           
Muka adik..Tangan adik dua2 kt kepala.. Tunjuk peace kt mummy ke dik?? Hehe  





 LAST BUT NOT LEAST JOM TENGOK GENDER ADIK.. HEHE..


 *



*



*



*



*




Nampak tak anak panah tu??? Its a boy. Hehe sorry dik, nanti mummy delete gambar ni. Ramai sangat request nak tau gender adik.

Apa itu detailed scan? (sumber di SINI)

Kebanyakkan wanita akan ditawarkan 'detailed scan' pada usia kandungan 20-24 minggu untuk memastikan samada bayi membesar secara normal atau tidak. Ia dipanggil detailed scan atau anomaly scan. Ia dibuat untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bentuk fizikal bayi dan tumbesaran. Semasa lawatan peringkat awal kehamilan, doktor selalunya akan memberikan penerangan tentang tujuan dan faedah detailed scan ini, walaubagaimanapun, ia cuma satu pilihan dan bergantung kepada anda untuk menjalani ujian ini atau tidak.

Apakah kebaikan ‘detailed scan’ ini?

Detailed scan selalunya akan di buat oleh Pakar sonografi bertauliah dan mengambil masa 30-40 min. Dia akan menentukan usia kandungan dan membandingkan dengan usia bayi yang diukur. Jantung, tangan dan muka akan diimbas dan seterusnya organ-organ yang lebih kompleks seperti otak, buah pinggang , degup aliran jantung, lengan,jari, tulang belakang, perut, tali pusat, muka dan sebagainya akan dianalisa secara terperinci untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik.
Pakar sonografi juga akan membuat ukuran kepala, tulang paha dan ukur lilit perut untuk memastikan tumbesaran bayi berada dalam kadar memuaskan.Keadaan dan lokasi uri juga akan ditentukan untuk mempastikan ia dalam kedudukan normal. Secara ringkasnya, detailed scan dibuat untuk mengesan sebarang kecacatan fizikal yang mungkin dialami oleh bayi yang dikandung.


Apakah ketidaknormalan yang boleh dikesan oleh 'detailed scan' ini?

Ketidaknormalan yang boleh kerap dikesan melalui detailed scan termasuklah:
  • Anencephaly ( tiada otak )
  • Exomphalos/gastroscisis – masalah perut
  • Spina bifida- masalah saraf tunjang
  • Diaphragmatic hernia
  • Hydrocephalus- air berlebihan dalam otak
  • Masalah buah pinggang
Dan lain-lain
Walaubagaimanapun, masih terdapat sedikit peluang yang bayi anda mungkin mengalami masalah walaupun semua nampak normal kerana ultrasounds juga mempunyai limitasinya yang tersendiri. Sebagainya contohnya, detailed scan sukar mengesan bayi ‘ Syndrome Down’ kerana ia melibatkan kecacatan kromosom bukannya fizikal bayi.

Bolehkan scan menentukan jantina anak saya?

Sepatutnya pada masa ini jantina bayi sudah dapat ditentukan dengan jelas.

Tuesday, May 15, 2012

check up adik Humaira

Lama tak cerita pasal adik dalam tummy mummy. Bulan Mei ni sampai 3x check up adik. Semuanya disebabkan mummy bleeding. First time bleeding masa awal Mei, masa tu mummy pergi holiday ke Langkawi. Hari ketiga di Langkawi, pagi2 nak mandi ada kesan darah. Oh my god, cuak sangat masa tu. Bagitau husband. So kiteorang decide untuk pendekkan holiday dan terus balik Shah Alam. Keesokkan harinya walaupun dah takde bleeding tapi terus jumpa pakar O&G. Doc scan dan bagitau semuanya ok. Alhamdulillah..Rasa nak nangis je bila doc scan nampak baby tengah aktif.

8 Mei sekali lagi bleeding, sehari selepas balik kampung di Muar. Terus jumpa doc. Doc scan dan bagitau semuanya ok. Uri, air ketuban, baby semaunya ok. Cuma dia kata kena ambil perhatian sekiranya bleeding terlalu banyak disertai dengan rasa sakit. So far alhamdulillah saya langsung tak rasa sakit dan pendarahan cuma sedikit. 

Ini gambar terbaru adik usia dalam 15 minggu. Masa scan nampak baby menendang tapi mummy belum boleh rasa lagi.

Thursday, March 22, 2012

Check up second junior (SEJU)


Semalam untuk pertama kalinya check up di usia 8 minggu usia kandungan. Kecil sangat lagi, dalam garisan X tu. Alhamdulillah semuanya OK, fetus pun dah ada heart beat. Dokter kata satu sahaja, hehe bukan kembar ye. Masih dalam fasa alahan lagi, cuma tidak seteruk minggu lepas. Harap2 beransur baik.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails