My sweet story...

My sweet story...
Showing posts with label Biskut raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut raya. Show all posts

Monday, August 5, 2013

Making biskut raya

This year memang nak buat biskut raya sendiri. Tahun ni biskut paling meletop rasanya Florentine Crunch Almond. Rata2 ramai yang kata biskut ni sedap. Patutlah orang jual mahal biskut ni, sebalang kecil dah mencecah RM25. Bahan2 nak buat memang mahal. Masa saya beli bahan di kedai bakery, bahan untuk buat biskut ni saja dah mencecah RM70. Buatnya, sangat mudah. Bagi yang gemar makan kekacang, memang tak berhentilah makan. Sedar2 dah habis sebalang. Kekeke..
 
Bahan yang digunakan..Tepung Bienetta aka florentine 600g Rm26.80 di kedai bakery bagus, almond slice 1kg RM32, baking sheet yang boleh basuh RM9.00

Sebelum di bakar
Hasil..setelah di bakar.
Resepi Crunch Almond..
Rujukan : Kak Patmah Aspar
/ Azlita Masam Manis

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

* Loyang mesti di alas dengan kertas kek sahaja. Kertas kek yang jenis boleh basuh, mahal sedikit harga tapi boleh guna berulang2 kali. Keluar je dari oven, terus potong. Kalau dah sejuk alamatnya memang tak boleh nak potong.

 Biskut kedua cornflakes bersalut coklat.
.Resepi dari buku otai coklat..Chef Amer, terokai rahsia coklat. Cuma saya adjust sikit. Bahan2 saya main agak2 je..
  • coklat susu kompaun - dicairkan
  •  pes kacang hazel
  •  emping jagung - dihancurkan tp jgn terlalu hancur 
  • Kepingan badam
  • dry canberry 
Coklat susu compund dan pes kacang hazel dicairkan. Dah cair masukkan emping jagung, badam dan dry canberry dan dikacau rata. Masukkan dalam paer cup. Sejukkan sekejap dlm fridge. Kombinasi coklat dan hazelnut paste memang sedap. Dah rasa macam ferreo rocher you..Dry canberry saya masukkan supaya ada rasa masam2, so takdelah muak sangat makan.
Anak dara ni tolong masukkan biskut dalam bekas. Rajin sangat nak menolong mummy...


Biskut ketiga Framozen Kenari. Waaa namanya, tergeliat lidah nak sebut. I tergoda bila nampak biskut ni di blog Azlita Masam manis. Food presentation memang superb, memang tergoda nak mencuba..
Inilah hasilnya..kalau sempat nak repeat lagi buat hari ni. Masih tak puas hati dengan topping. Inilah akibatnya tergesa2. Buat biskut ni kena relax. Tgh2 baking husband ajak p shopping raya. So i biarkan je biskut dalam oven, rupa2nya lapisan icing tu belum masak sepenuhnya. Bila kita bakar semuala, hasilnya kurang memuaskan. Biskut ni agak manis.
FRAMBROZEN KENARI


Lapisan Cookies Bawah
240 gm tepung gandum atau tepung redrose
100 gm gula castor

100 gm serbuk badam/ground almond

200 gm butter

1 biji kuning telor

70 gm susu tepung

Toping Tengah
  blueberry filling
   
Pukul butter dgn gula hingga kembang atau putih
Masukkan telur dan pukul lagi
Masukkan tepung gandum  yang telah di ayak bersama serbuk badam dan susu,  gaul hingga adunan menjadi doh 
Lapik loyang bercutter ukuran 12 x 12 x 2 inc dengan baking paper
Tuangkan adunan ke dalam loyang, canai doh  dan tekan padat2.
Masukkan cutternya dan tekan hingga dasar.
Cucuk doh dengan garfu.
Bakar selama 15-20 minit dgn suhu 170'c atau hingga kekuningan
Keluarkan cutter dari loyang setelah masak 
Bila sejuk sikit sapu dgn Strawberry atau blueberry filing


inipun saya dah salah beli..patutnya blueberry filling, saya beli blueberry topping. hamik kau...sebijik2 buahnya..nak cantik kena guna blueberry filing.
 Lapisan Icing Atas
60 gm putih telur - 2 biji putih telur
120 gm gula castor -  kurangkan 100 gm
2 sudu teh tepung jagung -  letak 1 sudu aje
1 sudu teh jus lemon

Hiasan
Kepingan badam atau gajus

Satukan semua bahan untuk toping dan putar dalam mesin pemutar dgn high speed hingga adunan likat.

Kemudian tuangkan bahan topping atas filling tadi dan ratakan
Pasangkan semula cutter dan tekan.
Tabur pula dgn badam keping
Bakar dalam oven di rak tengah dengan suhu 90C selama 1 1/2 jam.
Bila sentuh permukaan dia dah kering tutup oven dan biarkan kek dalam oven yg dah di tutup suiznya itu selama 1 1/2 jam lagi  supaya toping benar2 kering.
Kemudian keluarkan cutter
Bila dah benar2 sejuk baru keluarkan biskut dari loyang
Peringatan - cookies ni sangat rapuh dan mudah patah.

bila dah letak lapisan icing, pasangkan cutter


Sedia untuk dibakar. Ambil masa 1 1/2 jam ya untuk bakar..

 Last sekali coklat chip favorite Humaira..


Monday, August 22, 2011

Biskut raya ketiga..Almond London

Gigih acik nieda buat Almond London cuti weekend lepas. Cukuplah 3 jenis biskut raya dari air tanganku untuk raya tahun ni. Hari Sabtu bakar biskut almond, Ahad baru salut dengan coklat. Sakit pinggang nak buat biskut . Resepi biskut ni saya ambil dari my resepi. kredit to nizamadey

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.
Macam biasa...mesti nak derhaka dengan resepi. Saya tak letak telur dalam adunan biskut ni, lepas tu sukatan serbuk badam saya tambah jadi 100gram. Badam cincang untuk topping atas coklat pun takde, saya ganti dengan kacang tanah (tak plan nak buat biskut ni, bila tgk resepi banyak bahan ada kt dapur terus buat).

Sedikit tips untuk topping coklat, kalau nak sedap guna coklat compound ataupun coklat masakan jenama tulip. Coklat masakan jenis van houtan tidak membantu. Saya pernah buat dulu dengan emak saya guna coklat van houtan..Bila coklat tu dah cair, tak boleh nak mengeras..Memang tak cantik lor biskut almond london tu

Inilah hasil percubaan pertama Almond London. Ada yang terlebih garing..Ishk ishk tak senonoh betul acik nieda ni. Nasib la pasni salut dengan coklat. Comel sangat biskut ni, patutnya bentuk doh besar sikit


Taraa...inilah hasilnya.. Jemputlah wahai kawan2 sekalian alam datang beraya rumah i nanti. Roger i hokey..

Monday, August 15, 2011

Projek biskut raya

Sabtu lepas tiba2 mood rajin baking biskut raya. Tiba2 berkobar2 pula nak buat biskut raya tahun ni. Agak mencabar juga nak buat biskut tahun ni, Humaira asyik kacau je. Kejap2 kena stop layan dia makan, pastu nak susu, nak main mcm2 lah..

Sempat juga buat dua jenis biskut, mama carries dan cornflakes salut coklat. Resepi mama carries ubah sikit, kasi rasa strawbery, resepi saya dapat di SINI.

Mama carries sebelum di bakar. Saya punya mama comot. Hehe topping warna putih tu sememeh, guna tangan je. Kalau guna piping bag mungkin kemas sikit kot.


Sabtu punya projek dapat 3 balang biskut. Kalau rajin nanti nak buat almond london plak. Saya dah elok2 susun biskut dalam balang, sekali Humaira goncang...huhu nasib baiklah biskut tak pecah

nuffnang

Related Posts with Thumbnails