My sweet story...

My sweet story...
Showing posts with label Humaira. Show all posts
Showing posts with label Humaira. Show all posts

Wednesday, May 25, 2016

Celebrate birthdayHumaira

10 May lepas birthday Humaira yang ketujuh. Beriya nak celebrate dengan kawan2. So text guru kelas Humaira tanya boleh ke celebrate birthday. Cikgunya kata ok takde masalah. So saya buat hari selasa minggu lepas, 17 May setelah habis ujian pertengahan tahun. Kek je yang beli, tak sempat mummy nak buat semua. Untuk makan2 mummy buat mini burger dan apam polkadot. Untuk cikgu2 yang mengajar Humaira mummy buat assorted bun. Seharian juga menyiapkan food ni. 

Mini burger tu daging pun saya buat sendiri. Jangan tanya resepi yooo..tak ingat, semua benda main campak2 je. Yang pasti kena letak telur dan breadcrumb sebangai agen untuk memekatkan daging supaya tak berderai. Breadcrumb saya beli di kedai bakery, ada 2 jenis. kaler oren dan putih. Untuk burger saya guna breadcrumb putih. Kalau rajin boleh buat sendiri. Bakar roti sandwich kemudian kisar kering. Humaira tak suka bawang, jadi saya cuma letak separuh je bawang besar yang digoreng supaya wangi, daun sup & bawang, lada sulah dan garam secukup rasa. Kita yang buatkan..sukahati lah nk letak apa.

Apam polkadot dgn 3d wording
Home made daging burger. Sebelum dimasak, adunan ni sedikit lembik.

mini burger untuk kids ni saya tak buat pedas, ada yg tak makan nanti. saya cuma letak cheese, salad, sos mayonis dan thousand island.
saiz yg sgt comel



Gambar di bawah ni dari cikgunya. 

birthday girl with his friends
Makan2
Assorted bun untuk cikgu2

Thursday, December 4, 2014

gigi susu pertama Humaira dah cabut

Gigi susu pertama Humaira dh cabut last week. Mula goyang dlm 2 minggu lepas. Pengalaman pertama nak cabut sendiri gigi anak, mummy terlebih seram. Hahaha...Daddy ajar main2 gigi tu dengan lidah. Kebetulan Selasa minggu lepas mummy ada appointment dengan doc gigi untuk scaling, alang2 gigi Humaira dah goyang minta doc check dan cabut. 

Gigi Humaira masih cantik compare dgn adiknya Firaas. Gigi geraham Firaas ada 2 batang dh kaler kuning kt bhgn tengah. Memang tak boleh nak hilang walaupun dah tonyoh2. Adiknya suka mkn benda manis2. Bersilat  nak menggosok gigi Firaas mcm2 drama..

Anak2...jagalah gigi baik2 k...

Baru lepas cabut gigi
dah rongak. hahaha
Gigi yang dah dicabut

Friday, November 28, 2014

gambar Firaas

Anak  bujang saya. Adehhh..jarang mummy upload gambar Firaas dalam blog. Firaas tak minat bergambar, tetiba petang semalam mummy cakap nak ambil gambar adik, terus bagi kerjasama..

Adik dah 2 tahun 2 bulan. Sangat berbeza dari segi perangai dengan kakaknya.Almaklumlah anak bujang. Kalau sehari tak kena jerit dengan mummy memang tak sah.  Kawan gaduh kakak, suka sangat usik kakak Humaira. Apa-apa pun mummy tetap sayang kedua2nya..Semoga terus membesar menjadi anak yang sihat dan soleh.

Rambut dah mula panjang. Jangan harapla nak bawa gunting kat luar. Menangis macam kena dera. Dah 2kali trim rambut adik, itupun ketika dia tidur.

Bila adik tersenyum..


Aksi ketuk ketampi..haha kakak yang ajar adik ketuk ketampi

Pipi labuh


With kakak

Kakak jeles bila mummy upload gambar adik jer..ok belanja 2 gambar kakak.

Tuesday, November 4, 2014

Gambar kelas

Seronok betul si Kakak Humaira dapat gambar kelas kali pertama dalam hidup dia. Setiap hari ditelek2 gambar sambil senyum sorang2..Saya pun tumpang seronok juga. Kuasa Allah, rasa macam baru sahaja Kakak dilahirkan. 




My hubby ada mencatit pengalaman ketika menunggu saya melahirkan si Kakak di sini. How historical those event to both of us.

Thursday, April 3, 2014

Bento Humaira

 Tahun ni Humaira dah start tadika. Agak mencabar juga mula2 nak hantar ke tadika. Minggu orientasi  masih ok lagi. Masuk minggu kedua, mulalah buat hal.. Menangis taknak pergi tadika. Hampir sebulan juga dia menangis setiap pagi. Cikgu nya pun dah faham. Bila mummy hantar pergi tadika, mulalah buat drama. Cikgu dia terpaksa dukung masuk kelas. Huhu..

Now dah ok dah. Bila dah dapat menyesuaikan diri dan ada kawan baru. Belajar rajin2 yer Humaira.. Lagi satu anak dara ni setiap pagi memang nak bawa bekal pergi tadika. Walaupun cikgu provide makanan, tetap nak air tangan mummy juga. So far belum pernah fail lagi menyediakan bekal untuk Humaira..Kadang2 pening juga fikirkan nak masak apa. Dia tak minat mee, bihun goreng, spagetthi dan seangkatan dengannya..Selalunya sediakan kuih. Terpaksalah mummy belajar buat kuih muih..

Antara menu...
 
Karipap

Waffle. Humaira peminat waffle. Dapat juga beli jenama jenama are kan, best sebab kuali ni masak atas dapur gas,


Roti sosej

Apam beras

Apam cornetto. Favorite dia...

Cream puff
Fruit tart
Home made burfer

Puff pastry

Homemade fish ball..Guna ikan tenggiri

Friday, September 13, 2013

Happy 11 months old Firaas..

Terasa cepat masa berlalu, semalam genap usia Firaas 11 bulan. Lagi sebulan nak masuk setahun. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je mengandungkan dia...

11 bulan yang indah...tak banyak ragam jaga adik...Masih breastfeed..Dah mula praktis lepas tangan untuk berdiri. Nak melangkah tu macam takut sikit. 

Semalam masa mummy sibuk di dapur, dengar dua beradik ni ketawa. Rupa2nya tengah main nyorok2 dalam kotak. Si kakak menyorok dalam kotak, adiknya mencari. Sekali jumpa kakak kat dalam kotak, dia punya happy...Apa lagi grab kamera, terus ambik gambar dan rakam. Kenangan bila mereka besar nanti..

 happy main kotak sampai lunyai kotak tu. Adik ni kena sentiasa tgk, kita leka mulalah nk mkn kotak
Video adik mencari kakak

Bila kotak dah lunyai...mummy keluarkan benda ni..apa nama ek???aku panggil khemah je. hahaha




Wednesday, September 4, 2013

Homemade playdough by Humaira

 Dah lama tak buat aktiviti dengan Humaira since beranak dua ni. Kekeke. Macam2 alasan mokcik Nieda ni. She really enjoy buat homemade playdough. Saya memang ada measurement equipment, so bagi arahan je kat Humaira. Dah hasilnya...dia sangat bangga dengan playdough buatan dia sendiri. Mummy  masakkan atas api. Baru 4 tahun, tak boleh lagi guna api.

Dah pernah buat playdough sebelum ni, simpan di tempat yang tertutup boleh tahan hingga 3-4 bulan. Palydough bagus untuk perkembangan motor halus dan kasar anak2. Entry lepas boleh tengok di SINI

Bahan-bahan dough yang selamat :
1- 1 cawan tepung gandum
2- 1 cawan air suam
3- 1 tbsp minyak sayuran
4- 1/3 cawan garam
5- 2 tbsp cream of tartar
6- Pewarna makanan

Dan cara penyediaannya sangat-sangat mudah.
a] gaul tepung,tartar dan garam hingga sebati
b] masukkan air suam sedikit demi sedikit.
c] tambahkan minyak sayuran dan gaul di atas api yang perlahan sehingga kenyal.
d] tutup api dan uli doh tersebut beberapa minit.

Step by step playdough by Humaira..Abaikan pemandangan di belakang itew...hehe. Cantik sungguh cara awak duduk..
1 cawan tepung gandum.
1/3 cawan garam

2 tbsp cream of tartar
 Sukatan untuk minyak dan air suam mummy yang buat, so xde gambar. Anak dara ni bising nanti kalau tangan berminyak2.

Aktiviti menggaul hingga sebati

Masak di atas api perlahan

sudah mula kental
Sangat happy nak pilih colour

She choose pink, green, purple, and brown

Letakkan pewarna dalam playdouh dan gaul. Jika melekat ditangan tambah tepung sehingga apabila diuli tidak lekat ditangan

Taraaa...Hasilnya. 

Dah boleh main. Kalau nak cantik letak pewarna banyak. Humaira punya malas nak letak colour banyak2. Dah tau dah...akhirnya semua colour akan bercampur bila dia mula main dengan playdough. Buat burger lah, roti, flower, macam2...

Friday, May 10, 2013

Humaira 4 tahun..

10 Mei 2013, genap usia Humaira 4 tahun. Happy birthday sayang. Empat tahun dahulu mummy sambut kelahiran Humaira jatuh pada hari ibu, tahun ini hari ibu jatuh pada 12 Mei. (Hari ibu disambut pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan May).

2 hari lepas semasa berada di kampung, mummy beli kek untuk Humaira. Meriah sikit sebab semua adik beradik mummy ada berkumpul. Malam ini Insyaallah kita ajak daddy berjemaah solat Magrib dan baca Yassin bersama-sama. Itu sudah memadai. Mohon agar anak-anak mummy diberikan kesihatan yang baik dan kami sekeluarga sentiasa berada dalam lindunganNya..

Mummy bangga dapat membesarkan anak-anak mummy dengan tangan mummy sendiri. Dari Humaira baby, tak pandai apa2, sehinggalah Humaira pandai meniarap, merangkak, berjalan, dan petah berkata2 semuanya di depan mata mummy. Syukur atas nikmat yabg dipinjamkan olehNya,

Selamat hari Lahir Nur Alisha Humaira yang keempat. Selagi mummy bernafas di muka bumi ini, usai solat mummy tidak pernah jemu mendoakan kesejahteraan anak-anak mummy. Semoga anak mummy diberikan kesihatan yang baik, cerdik, dipanjangkan umur, menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.

Kek birthday yang dipilih sendiri oleh Humaira.

Potong kek.

Terima Kasih Mak Long bagi hadiah birthday ni untuk Humaira dan juga Opah ada bagi duit untuk Humaira. Opah pesan beli baju untuk Humaira.

Gambar Humaira masa baby..Rindu sangat2 masa ni..

Humaira di usia 6 bulan..


Gambar Humaira dalam setahun usianya. Gambar ni profile blog daddy. Comel bertudung dengan pipi bam bam nyer..


Pengalaman bersalin Humaira DI SINI...

Birthday Humaira yang pertama DI SINI  dan majlis birthday DI SINI

Birthday Humaira yang kedua DI SINI

Birthday Humaira yang ketiga DI SINI

Wednesday, April 24, 2013

Kakak ku idola ku

Firaas punya statement...Kakak ku idola ku. Semua kakak Humaira agah dia ketawa sakan. Kakak Humaira suka melompat atas tilam. Punyalah excited si Firaas ni tengok.





Kesayangan mummy...Kakak yang semakin mengecil, adik yang semakin bam bam. Muka adik lagi besaq dari kakak. Tak nampak leher sudaaa..





Tuesday, April 2, 2013

Baby fair di Space U8

Hari Ahad lepas tengok wayang di Space U8. Dekat ground floor ada baby fair. Habis je tengok wayang jom lah kita cuci wallet tengok benda yang menarik di baby fair. Akhirnya beli juga rocker fisher price ni. Dah lama saya aim nak beli rocker fisher price ni sebab boleh guna dari newborn sehinnga toodler. At least sehingga 4 tahun or max 18kg. Cuma harganya membuatkan tak beli2 sehinggalah terjumpa di baby fair hari tu. Saya survey di Toy r Us, harganya dalam RM300 lebih, online pula paling murah saya jumpa RM180. Baby fair hari tu RM165, tak fikir panjang terus ambik. Hehe..

Inilah rupanya dalam box..dari newborn, infant and todler boleh pakai..Gambar dari internet..
 Yang ini plak untuk toodler. Humaira pun boleh duduk

Yang ni plak prince charming duduk. Hahah...

Nampak mainan 2nd hand mulalah rambang mata. Akhirnya terbeli juga brand fisher price dan ELC dengan harga RM35 sajork. Kalau mainan branded ni saya memang suka cari 2nd hand je. Sebab berkualiti, so far mainan mahal2 susah nak rosak. Kalau beli yang baru mahu ratus2. Bas tu pun saya beli 2nd hand juga tak silap saya tahun lepas. Sebiji bus macam ni kat toy R us RM120, saya beli RM20 hinggit je. Yang mana boleh jimat kita jimat ler..
Firaas dah besar skit nanti boleh main. 

Humaira baru2 ni saya ada beli kitchen set untuk dia, so fair lah. Kakak dengan adik dapat mainan. Hahaha..suka betul dia. Hari pertama dapat, nak bawa masuk bilik tidur

Untung budak2 zaman sekarang, mainan bukan main besar gedabak. Mummy dulu main pondok2 je, guna tanah main masak2. Hehe...

Since Firaas ni, peel dia semua benda nak masuk mulut, mainan haruslah beli yang besar-besar. Mainan yang kecik2 harus kena sorok. Kesian kat Humaira tak boleh main benda kecik2, sebab tu mummy belikan kitchen set ni. Humaira zaman baby, bukan jenis masuk benda dalam mulut, so mummy tak risau sangat. Adik ni, memang kena selalu alert, lantai pun dia suka jilat.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails