My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, June 30, 2010

Melawat muzium polis

Hari Ahad lepas bawa Humaira jalan-jalan sekitar KL di kawasan masjid negara. Hajat di hati nak bawa pergi taman burung, tapi bila sampai cuaca sangat mendung. Jadinya terpaksa cancel memandangkan taman burung kawasan terbuka, kalau hujan haru biru nanti. Sudahnya bawalah si kenit ni ke Muzium Polis. Apa yang menariknya tentang muzium ini???

Muzium ini mempamerkan beribu-ribu barangan menarik berkait dengan jenayah dan menghalang jenayah. Terdapat himpunan menarik semua perkara berkenaan kerja polis, dari zaman kesultanan sehingga hari ini, menggambarkan kejadian dan mempamerkan memorabilia.

Koleksi senjata mempamerkan senjata-senjata yang pernah digunakan oleh Polis Diraja Malaysia dan juga yang dirampas. Selain itu terdapat juga koleksi anugerah yang diperolehi oleh anggota polis turut dipamerkan. Pingat-pingat seperti Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa, Pingat Gagah Berani, Service Medal dan King's Police Medal turut dipamerkan.

Perjuangan dan pengorbanan anggota polis dan kerjasama masyarakat tempatan turut diberikan perhatian dalam Era Darurat dan Tragedi Bukit Kepong.

Galeri Muzium Polis DiRaja Malaysia terbahagi kepada 3 galeri iaitu galeri A, B dan C. Terdapat juga pameran di sekitar bahagian luar muzium. Pameran Kereta Perisai (GMC), Ferret Scout Car, Sankey, Kapal terbang CESSNA, Meriam-meriam dan bot marin PA4. Turut terdapat pameran kenderaan yang digunakan oleh tokoh-tokoh PDRM. Dataran perwira mempamerkan nama-nama anggota PDRM yang telah terkorban sewaktu menjalankan tugas. (sumber: internet)

Antara gambar yg sempat di snap..ini bodak buat perangai takmo pakai kasut. Sabar ajelah..

Humaira tgk meriam


Disebalik tiang keretapi


Di hadapat pintu masuk muzium


Depan keretapi


Dalam muzium..tak banyak snap picture dlm muzium..CCTV byk sangat tak pasal2 nanti masuk lokap..hehehe,


Kuala Lumpur yang mendung...





7 comments:

Jasfyra said...

teringat zaman dulu kita p muzium ni ramai2 naik kancilku..sempit bangat..haahaha

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Syioklah Humairah dpt melawat muzium polis..mmg bagus bawa anak jenjalan tmpt2 mcm ni kan.. :)

Yan said...

klu dia dah besar sok.. bawala lagi.. cam skang ni dia blum paham sangat.. sok dah besar.. biar dia kenal betul2

Unknown said...

nampak menarik je ni.. sy x pernah terfikir nak ke tempat macam ni kat KL tu tau..

☆ lieya latif ☆ said...

best nie...leiya nak gak bawak...tapi tunggu laa mia mija besar ..dah masuk sek rendah...baru dieorg paham.....

ape pun...humaira comey!

nieda said...

jasfyra: mana boleh lupa pengalaman tu..

lily: yup, tapi humaira kecik sgt..dia x faham apa2 pun..

yan: setuju..

chungie: sesekali boleh try bawa fatin, tapi tunggu dia besar sikit.

lieya: tunggu dorang sek rendah, pasti dorang appreciate khazanah negara

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

hati2 humaira, kang kete api tu langgar...hehe...bestnyer humaira. mama bawa gi jalan2 yer...nape tak ajak aunty fiza. boleh kita gi jln2 sesama....

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails