My sweet story...

My sweet story...

Friday, October 29, 2010

Humaira dengan bola

Rentetan dari kisah bawa Humaira di kiz sports & gym, Humaira yang suka sangat dengan bola, daddy telah belikan 100pcs bola untuk Humaira main. Suka betul dia dapat bola warna-warni. Yang penatnya mummy lah kena kemaskan bola tu bila dia asyik nak baling je. Tak kisahlah janji Humaira happy dengan dunianya.




Ball yang warna-warni seindah dunia mereka yang penuh warna-warni.





* Entry auto publish, kami on the way balik Muar. Dah seminggu Atuk Humaira tak sihat, demam dan cirit birit.

Thursday, October 28, 2010

ayam bakar dan coklat

Dah lama tak cerita aktiviti memasak. Hari tu tengok resepi dekat internet macam sedap je ayam bakar lada hitam mayonis. Belek2 bahan2 senang je, jadi mummy dibantu oleh Humaira telah memulakan operasi membuat ayam bakar. Bakar dalam oven je.

yummy..


Tangan si kecik ni tak sabar nak makan



Kemudian mummy buat home made coklat. Dah lama nak buat oreo coklat baru minggu ni berkesempatan. Humaira plg suka, sebab dia peminat coklat.

Bulat besar dalam tu ada biskut oreo, yang kecil tu mummy letak badam. wording tu tinggal perkataan HUMAR je, huruf A dan I selamat masuk mulut Humaira dah..hehe. Pasni kalau ada masa teringin nak design coklat cantik2.

Wednesday, October 27, 2010

Peminat betik

Favorite fruit Humaira adalah BETIK. Kalau beli sepotong dia boleh habiskan seorang. Mummy minta sikit, cepat2 dia sorokkan. Kedekut si sikecil ni. Selalunya apa2 food dia akan share dgn mummy, tetapi BETIK memang tak nak share dengan sesiapa. Tak kisah lah Humaira, yang penting Humaira suka makan.

Minggu lepas mummy beli sebiji betik, hampir separuh Humaira makan.



Khusyuknya menikmati buah


yummy

Tuesday, October 26, 2010

Percubaan memaikan CD utk Humaira

CD atau nama penuhnya cloth diaper ataupun lampin kain moden. Orang lain lama dah pakai, mummy baru kecoh nak pakaikan dekat Humaira. Baru beli satu je dulu brand lunatots, masa tu ada diskaun 25%. Harga sekeping CD berbeza-beza, average dalam RM35 - 50 sekeping. . Ada warranty untuk 6 bulan. Saja test dekat Humaira bila vontot dia ada ruam. Second junior nanti mungkin boleh dipertimbangkan untuk pakai CD.

CD ini diperbuat daripada fabrik yang lembut, mudah digunakan, mudah dibasuh, mudah dijaga dan tahan lasak. CD tidak seperti Lampin Kain Tradisional yang perlu dipakai dengan ‘diaper cover’ dan di pin. CD ini dilengkapi dengan lapisan kalis air (outer) dan insert (inner) yang berfungsi untuk menyerap cecair jauh dari kulit bayi.






Monday, October 25, 2010

Humaira yang tak sihat

Budak comel sorang ni tak berapa sihat. Semalam dia start demam dan selsema. Geng Humaira kt kampung, Atuk Muar pun tengah demam. Dah bawa pergi klinik, alhamdulillah demam dah ok, cuma selsema je masih ada. Nasib baik sehari je Humaira demam. Bukan senang nak bagi makan ubat, dah macam askar Jepun. Mummy kena pegang Humaira, daddy akan bagi makan ubat. Kuat betul dia meronta, baru setahun 5 bulan.

Hopefully cepat sembuh ye sayang. Mummy pun kena jaga makan dan kerap breastfeed Humaira. Moga cepat recover ye laling Humaira

Bila tak sihat, meragam je. Malam tadi tak berapa lena tidur, maybe hidung sumbat.

Sunday, October 24, 2010

Ikan Toman

Dah lama ikan ni terperap dalam freezer. Actually kawan hubby bagi masa dia pergi mancing. Kononnya nak masak la hari ni (Ahad). Sekali ikan tu berlendir, mak geli lor. Saya memang tak makan ikan air tawar (orang panggil ikan darat). Kadang2 tengok org makan ikan keli macam sedap je, tapi saya memang takde keinginan pun nak cuba. Lepas bersalin kan Humaira, husband beli ikan haruan, katanya elok untuk sembuhkan luka. Emak mertua saya masak, memang tak hanyir tapi tekak ni tak lalu nak makan. Adalah secubit je, pastu tobat takmo makan dah... hik hik...

Apa nak buat yer dengan ikan ni???dah lah gedabak besar, bau pun hanyir. Tak reti nak siang ikan gedabak macam ni, nak harapkan husband saya siang ikan, lagi dia tak pandai. Kita bagi kucing makan je lah cik abang, kenyang seminggu kucing tu. Dapat pahala..

Ikan toman gedabak, melingkar dalam sinki.

Friday, October 22, 2010

Kiz sports & Gym One Utama

Bawa Humaira riadah di Kiz Sports & Gym di One Utama. Teruja betul anak dara mummy ni bila bawa masuk sini. Nak masuk sini untuk umur Humaira RM10 for unlimited time. Ibu bapa percuma. Untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas bayaran adalah RM25 DAN jangan lupa untuk bawa sock. Kawasan ini wajib pakai stokin. Boleh lihat website di SINI

What is Kizsports & Gym?

Kizsports & Gym is a one stop total child development centre. At Kizsports & Gym, children play to learn and learn to play in a safe and friendly environment.

Our Philosophy

Kizsports & Gym believes that children learn best through combining education with fun and fitness. We believe in providing learning opportunities in a safe, fun-filled and carefree environment to maximise children's learning potential to grow into happy, healthy adults.

Macam-macam aktiviti ada di sini. Ada kelas dance, ballet, taekwando, art & craft dan banyak lagi. Kalau ada yang berminat nak jadi member bayaran adalah RM40 per annum, deposit RM160 dan Fee RM160 per month. Kalau involve semua aktiviti yang ada memang berbaloi jadi member. Tapi umur 2 tahun ke bawah tak sesuai lagi.

Asyik main ball je walaupun banyak lagi permainan lain.


Budak yang teruja


Nak naik swing pula


Dekat dalam KIZ sport ada cafe. Setelah penat bermain, kita minum dulu


Yang ini memang adventure sikit, sesuai untuk kanak2 3 tahun ke atas





Main entrance




* pasni kita pergi MEGAKIDZ Mid Valley pula kalau ada masa...

Sambungan gambar sekitar zoo negara

Okey, sambung gambar2 sekitar zoo negara. Sebenarnya tak tawaf keliling zoo pun, penat gile. Humaira pula, sekejap je nak duduk dalam stroller, berjalan pun sekejap, berdukung yang lama. 3/4 je kawasan zoo tu sempat diterjah. Walaupun kawasan redup, tapi sekarang ni musim panas, tetap terasa bahangnya.

Di taman rama-rama


Suka Humaira benda berjuntai2


Unta


Monyet


Mummy yang kepenatan. Pelik Humaira tengok


Zirafah


???


Badak sumbu


Budak comel


Paling suka dukung style mcm ni..


Muka mummy dan Humaira yang kepenatan

Thursday, October 21, 2010

Cerita zoo negara

Minggu ini adalah minggu berjalan2. Daddy cuti untuk minggu ini, jadi mummy pun cuti jugalah. Memang kami plan minggu ini untuk kenalkan Humaira dengan alam sekeliling. Selain dari pergi shopping complex, mummy bawa Humaira mengenali haiwan di Zoo Negara.

Zoo Negara dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Kadar bayaran untuk seorang dewasa adalah RM25 termasuk Zoo Serangga dan Taman rama-rama. Untuk kanak-kanak yang berumur 3 hingga 12 tahun kadar bayaran adalah RM 9 seorang. Humaira free sebab umur dia baru setahun 5 bulan. Bayaran tersebut adalah untuk warganegara shj, yg bukan warganegara kadar bayaran adalah berbeza. Kadar bayaran lebih detail boleh klik SINI

Jom mengenali haiwan..

Sampai dekat entrance zoo, si kenit ni sibuk ajak pergi kedai souvenier. Ada benda yang menarik perhatian dia. Let's my lead mummy ya!!!


Zirafah tengah kencing, kalau tadah dalam besen besar confirm full. Memang banyak air kencing zirafah


Tak ingat nama..dalam spesis burung juga





Kanak2 tadika. Mummy suka tgk muka si cilik, wajah mereka nampak natural. Sejuk mata memandang


Humaira yang kehausan




Harimau tengah melepaskan hajat..Hehe


Mengaum, ternganga mulut Humaira tengok harimau mengaum


Humaira tengok haiwan ni, terus bibir mungil sebut 'Eoow". Ini bukan kucing sayang, inilah PUMA. Tengah mencari ikan


Di taman rama-rama. Cantik


Breastaurant....di mana2 pun boleh...


* nanti mummy upload lagi gambar haiwan. Ada banyak lagi. Tungguuuu

Wednesday, October 20, 2010

Zoo negara

Membawa Humaira menerokai dunia baru, mengenali haiwan. Terlalu banyak gambar untuk dikongsi, ada masa nanti akan upload kemudian.

Selamat datang ke Zoo Negara


Zirafah, terpegun seketika Humaira

Tuesday, October 19, 2010

Playground time..

Aktiviti riadah bersama Humaira. Dah lama tak pergi playground semenjak puasa lepas. Sejak dah dapat kaki ni, makin laju berjalan. Setiap kali nampak playground, tangan mesti tunjuk ke arah tu. Dah taknak orang pegang tangan dia. Semua benda nak buat sendiri.



Sempat lagi nak main cak cak dgn mummy

Monday, October 18, 2010

Upin Humaira

Weekend lepas nenek dgn atuk Humaira dari Muar datang, nak hantar adiknya ke Tabung Haji Kelana Jaya. Mummy dengan Humaira tak join sekali sebab mereka hantar pun dah malam lebih kurang pukul 9.00 malam gerak ke Kelana Jaya. Sampai rumah pun dalam pukul 2.30 pagi. Balik dari Kelana Jaya, nenek Humaira belikan Upin untuk cucu kesayangan dia.

Pagi2 bangun tidur, tersenyum je Humaira nampak Upin. Siap sebut PIN. Kemana pergi mesti nak bawa PIN dia.

Sambil tengok TV, PIN tetap di tangan.


Marah kalau mummy sayang PIN dia


Botol air kat tepi PIN Humaira. Dia baru bagi PIN dia minum air. hehe...


Bercakap dengan PIN dia. Entah apalah dia sembangnya

nuffnang

Related Posts with Thumbnails