My sweet story...

My sweet story...
Showing posts with label Sales. Show all posts
Showing posts with label Sales. Show all posts

Friday, November 26, 2010

Review poney clearance sales

Lepas bawa Humaira cucuk petang tu pergi SACC Mall. Ingat nak cari seluar jeans untuk Humaira since poney ada buat sales. Tapi hampa, untuk budak2 yang umar 3 tahun ke bawah sangat limited tak macam tahun lepas. T Shirt pun sama. Banyak pakaian untuk kanak2 4 tahun ke atas. Last2 kami survey butik poney di tingkat 2 kalau tak silap. Baru ada size Humaira. Diskaun 50%.

Lasaknya Humaira masa dekat SACC. Semua kedai dia redah masuk dan grab apa yg dia nak. Macam mak pak dia punya kedai di buatnya. Tak terkejar daddy. Sampaikan daddy cakap, ingatkan lepas inject dia lemah rupanya makin aktif, virus apalah agaknya nurse tu inject. Hehehe

Sempat grab 2 helai je baju lengan panjang. Murah je RM9.

Monday, November 22, 2010

Poney Clearance Sale at SACC Mall (Shah Alam)

Dapat info dari husband tentang poney sales ni. Apa lagi terus cari info dekat internet..Saya suka juga brand poney ni, cantik. Jom kita terjah...Last year punya sale mmg menarik.

Thursday, November 4, 2010

Ariani members' day 5 hingga 7 Nov 2010

Share info yang saya dapat dalam paper Harian Metro hari ini. Ramai yang masuk blog saya cari info berkaitan ARIANI.

Esklusif hanya untuk pemegang Kad Ariani shj. Diskaun sehingga 50% hampir kesemua produkAriani. Sesiapa peminat Ariani dan ada kad ahli boleh lah terjah dari 5 - 7 Nov ini di kesemua cawangan Ariani.

Wednesday, November 3, 2010

MY DEAR warehouse sales 28 Oct - 7 Nov 2010

Sempat lagi mummy terjah My dear warehouse sales di Puchong. Sesat juga nak mencari tempat ni, nasib baik ada GPS. Tujuan utama pergi warehouse nak cari safety baby gate dan baby chair. Bagi mummy kedua2nya menjadi keperluan buat masa ni. Baby chair, sebab sekarang Humaira suka makan merata2 sampaikan rumah dah jadi penternak semut paling berjaya. Bukan nak duduk diam2 ketika makan. Safety gate pula mummy nak letak jalan nak masuk dapur. Banyak kali dah mummy tengah masak, si kenit ni tutup api dapur gas. Nasib baik dia tak pandai ON lagi dapur gas tu kalau tak lagi haru dibuatnya. Lepas ni pureen warehouse sales pula akan menyusul pada 13-14 Nov. Jom perabih duit.

Detail tentang warehouse seperti kt bawah ni:

Products Offered

High Chair

Bouncer

Stroller

Walker

Carseat

and more

Terms

Cash and Credit Cards

Time: 9am – 7pm

Location (Tel: 603 8060 0093/95)

34 Jalan Meranti Jaya 10

Meranti Jaya Industrial Park

47120 Puchong

Selangor Darul Ehsan Malaysia





Sukanya dia, Humaira tak tahu lagi lepas ni dah tak boleh masuk dapur


Baby chair, RM75 je.


Mummy sempat grab baju I LOVE MOM & I LOVE DAD


Memang menarik perhatian mainan ni, swing tu baru RM75


Humaira aim basikal ni, tahun depan lah mummy belikan ye.

Monday, April 12, 2010

Ariani Sales until 18 April 2010

Jumaat petang, mummy pergi shopping tudung Ariani di Kota Damansara. Rambang mata tengok sales sana sini. Ada less sehingga 50%, buy 1 free 1 etc. Sempat rembat 5 helai tudung Ariani. Sales sehingga Ahad minggu depan, ada masa lagi kalau nak serbu. Kalau tak silap semua cawangan Ariani ada sales. Kalau beli tudung melebihi RM200 tambah RM10 boleh dapat kad keahlian.

Hasil rembatan..


Kad keahlian


Antara tudung yang mummy beli, daddy Humaira kata dah, tak payah beli tudung untuk tempoh 3 tahun ni..Mummy ambil colour yang boleh match dengan semua pakaian, raya nanti baru nak beli yang colourful..



Nak tengok model cilik mengayakan tudung mummy?? Pasni tak payah ambil Ekin jadi model dah..hehehe, marah Mawi nanti.


Amboi nak, duduk dah ayu tapi nampak kaki pula


Pipi Humaira yang gebu, sodap kalau cubit ni


Cubaan nak tarik tudung


Dari dulu mummy mesti nak colour pink or purple..


Anak tudung Ariani

nuffnang

Related Posts with Thumbnails