My sweet story...

My sweet story...

Monday, August 23, 2010

Sabtu pergi KIKO warehouse sales dan alkisahnya...

Hari Sabtu lepas excited nak pergi warehouse sales kiko di Puchong. Saya suka juga brand kiko, design menarik. Gerak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi, singgah sekejap ofis daddy kemudian zass terus ke warehouse.

Masa on the way nak ke warehouse, kereta kami ditahan dalam satu sekatan jalan raya polis trafik di susur keluar ke kiri persimpangan bertingkat Jalan Puchong iaitu Exit 1114 Puchong Jaya. Seperti biasa polis tu minta lesen dan tengok road tax. Husband bertanya kepada anggota polis tersebut ‘Boleh saya tahu kesalahan saya Encik?’. Tiba-tiba je anggota polis tu marah dan menyindir ‘Boleh tanya lagi ye kesalahan awak? Rupa-rupanya kesalahan husband telah melanggar double line. Secara jujur memang kami tidak nampak kerana jalan yang kami masuk adalah jalan susur keluar (pada pandangan saya jika ada double line bagaimana kenderaan hendak ke kiri dan masuk ke susur keluar). Husband minta maaf dan kalau kena kompaun pun tak mengapalah. Daddy pun senyum untuk meredakan kemarahan polis tu, semakin meradang polis tu.

Bila jadi perkara macam ni, geramnya. Sudahla bulan puasa. Bagi saya, sebagai penjawat awam yang kerjanya berhadapan dengan public, mestilah kena ada etika dan bercakap secara berhemah bila berhadapan dengan orang awam. Kesalahan besar yang polis tu buat, tak pakai nombor badan. Memang husband saya tercari-cari no anggota polis disebalik uniform beliau tapi tak jumpa. Dan polis tu pun tahu husband saya mencari no badan beliau. gelabah juga polis tu Alhamdulillah, tak kena saman pun.

Dalam pukul 11.40 sampailah di warehouse. Frankly speaking, tak menarik pun sales kiko. Untuk pakaian yang berumur 1-2 tahun sangat limited ok. Yang banyak pakaian kanak-kanak 4 tahun ke atas. Sabar ajelah. Dah sampai, takkan nak balik dengan tangan kosong, rembat jugalah skirt dan gaun untuk Humaira.



Humaira dah bersiap2 nak pergi kiko sales


Singgah sekejap ofis daddy. Sukanya dia lepak dekat bilik daddy, banyak benda boleh explore. Ajak balik pun taknak. Sabar ajelah..


20 comments:

Zakilah said...

La yaer ker tak menarik..maybe dah last day..saya pun ada jugak aajak hubby tp dia tak nak gi coz kami dah terjah Pureen sale ari tu...before ni pernah gi KIKO sale 1st day dah gi baju mmg banyak lagi that time..50% off...bnyk beli skirt and suar jeans...

Jasfyra said...

tula,kiko w.sale mmg xbesh wak
lorr, sabarjela insiden ngan polis tu kan.tp sib xkena saman

mamaarifakeemaisy said...

ohho...mmg salah tak pakai no badan tu,,en suami eina lak, bila balik dr apa2 operasi, mesti ada je cerita dia tntg kebiadapan orang awam..huhu..macam2 la kan..seb baik tak kena saman ^_^

tak best eh?..seb baik tak g..hehe..

Softtouch [Hanim] said...

tu sbb muza xsuka pegi warehouse sale..1st time pegi tahun lepas kat subang jaya tu kot..entah apa namanya..itu pun bkn beli baju..beli brg2 bb mcm tilam bb..biasanya warehouse ni bj dia mcm byk pilihan n xbest..

~ana~ said...

x best erk kiko w.house sale ni...erm..

sabo je la polis tuh..nasib baik x kena saman..hu3x..

wahida said...

bukan suma polis cam gitu..ada jugak yg ok...maybe nieda x bernasib baik time tu...gi sale lak x byk choice...sabo je la ye...

Unknown said...

emm polis tu tengah panas kot, tu yg x reti nak senyum.. :D tp rasanye kesalahan tu cam x berapa nak betul je kan? selamat x kene saman!

x de yang utk umur2 anak kite ke? emm.. baru igt nak p terjah kalau still ade!

MamaYatie said...

huhu..sabor jer la jumpa abg polis gitu..

mesti nieda tak sempat baca komen2 kat n3 nieda yg last week..ramai yg suggest jgn pegi kikonya w/house sales

p!nkerton said...

huhu kiko warehousesale mmg tak besh :( ntah stok zaman 80-an kot yg dia jual huhu

rasp said...

sib baik tak kena saman kan sis...
legaaaaaaa.....

oooo tak best ek kiko warehouse sale..i tak pernah lagik pegi for kiko sale...

Farra Dhelina said...

diorg ni kekadang..terkurang bhsa kak..sabar je lah

Mag said...

huhu..bulan puasa ni dia ingat die jer puasa. tapi sabar je lah kan..nanti xpasal2 dapat 2,3 saman pulak. huhu

☆ lieya latif ☆ said...

amboi syoknye budak comey sorang ni pi jalan2.....heeheheheh....

biase la tu nieda...dpt yg cam tu , mmg sakit ati dbuatnye....dah le no polis pun tak pakai...ikutkan kite leh sound die balik tau....tak ikut etika sebab tak pakai no polis tuh

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

tak sangka polis tu cam tu ek? sungguh kurang etika....

tang humairah tu, best la dia mama dah belikan baju utk dia. sonoknya....

Ciklinn said...

tak menarik ker? ciklinn siap majuk2 sbb incik laki tak bawak pergi huhuhuhuh...

adoii incik polis tu garang nyer... dia pose so lapa then hot hahaha

Dee said...

ye ke? kdg2 polis ni jgn tya byk2..diam je kot lebih baik bg dorang..huhuhu..

YanDarwisy said...

Wah...raye ni memang anak le yg utama dulu. kiko kalau buat sale memang tak bleh bla. tapi anak Yan dah masuk 4 tahun. Budak lelaki ni fesyen x byk.

hamzah ian said...

lame tak dengar jenama kiko.. hehe

DYLA said...

kiko memang besar2 skit kan size dia.. even utk 2 years tu mcm besar je..

Ain said...

hubby ain pernah kena tahan kat jalan kampung sbb tak pakai tali pinggang....

paling sakit hati bila dia nak gari tangan hubby ain sbb tak nak sign surat saman tu....

bertekak jugak la kat situ....

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails