My sweet story...

My sweet story...

Thursday, August 26, 2010

Takziah buat Hanis sekeluarga atas pemergian kedua ibu bapanya

Updated: boleh tengok di SINI

Hanis merupakan kawan sepejabat husband saya. Walaupun saya tidak mengenali beliau secara dekat tapi berita kematian kedua ibu bapanya membuatkan saya sedih ditambah pula kita bakal menyambut hari raya tidak lama lagi. Saya pernah order biskut strawberi dan kek coklat moist dengan emak Hanis masa tinggal di Ipoh dulu. Memang sedap biskut tu..

Ketika entry ini ditulis husband saya telah berada di Hospital Sungai Buloh untuk menziarahi jenazah. Husband saya sempat hantar SMS:

Hanis dan tunang dia dtg ke tempat kejadian tgk mayat ayah dan ibu dia. Ibu dia yang call Hanis sendiri. Tapi bila sampai dah meninggal.

Semoga hanis tabah menghadapi dugaan yang maha berat ini. Janji Allah tentang kematian amat pasti, tidak pernah terlewat walau sesaat pun. Tiba waktu dan ketikanya kita harus pulangkan kepada penciptaNYA. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman.. Al fatihah untuk Arwah Kamarudin Awang Teh, 62 tahun dan isterinya Nariah Abd Malik, 54 tahun.

Bila dapat tau je berita tu saya terus online untuk tengok blog ondscence. Saya copy paste berita dari ondscence

KM448-8

Lebuhraya Plus arah Selatan

Rawang, Selangor

26 Ogos, 2010

6-30 pagi

foto-foto dan berita lanjut menyusul.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 6 pagi, membabitkan kereta dinaiki mangsa merempuh belakang sebuah treler di laluan paling kiri lebuhraya.

Mangsa dikenali sebagai :

Kamarudin Awang Teh, 62 tahun dan isterinya Nariah Abd Malik, 54 tahun.

Nariah merupakan Pengurus Pos Malaysia PPL (Pos Laju)cawangan Sitiawan, Perak.

mereka dalam perjalanan dari rumah di Jalan Pantai Remis, Ayer Tawar , Perak menuju ibunegara.

Mayat kini berada di Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.

16 comments:

~ana~ said...

takziah...

sedih nya...

Softtouch [Hanim] said...

takziah utk hanis..alfatihah utk arwah...sedihnya...

wahida said...

alfatihah utk Hanis sekeluarga...semoga mereka tenang di sana..amin...

Ena said...

Al-fatihah buat kelurga hanis... moga roh arwah dicucuri Rahmat..

☆ lieya latif ☆ said...

alfatihah buat arwah...ya Allah ..besar sungguh dugaan buat hanis kan nieda.....berbaur2 perasaan die agaknye...kirim salam pada die yeak nieda...moga beliau tabah...

Dee said...

takziah buat hanis dan al-fatihah utk yg kedua ibu bapanya..moga roh2 mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..amin..

sedih..x dpt bygkan kehilangan kedua-dua org tua..;(

MamaYatie said...

salam takziah tuk hanis sekeluarga..sedihnya hilang serentak..nak raya plak tur..

pagi td ada dngr kat hot fm..tak sangka plak nieda kenal dia...

yatie chomeyl said...

takziah utk ur friend tu.

Ciklinn said...

takziahh buat hanis...alfatihah utk arwah..

Suziey Ahmad said...

br tadi announcement pasal staff ni meninggal sbb eksiden..kesiannya..oo anak dia kwn uols ye..takziah utk dia..haih ...dh la nk raya..

rasp said...

takziah buat hanis...
semoga tabah menghadapi dugaanNya...
Al-Fatihah...

Farra Dhelina said...

salam takziah..

sedinhya klu berlaku mcm ni time bulan puasa kan..sayu je hati

normi said...

al fatihah buat kedua ibubapa hanis.. ini adalah dugaan yg begitu besar d bulan ramadan ini.. semoga roh ibu dan bapanya aman di sana..amin..

Unknown said...

astaghfirullahalazim.. sy ade terdengar berita psl accident ni kat radio pg td, tak sangka pulak nieda kenal.. takziah buat keluarga arwah..

Mag said...

sedihnya hilang orang tersayang masa bulan ramadah. alfatihah untuk parents hanis. tak ziah untuk family hanis

HaniFadil said...

takziah untuk hanis. semoga tabah menerima ketentuan ini.

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails