My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, August 10, 2010

Selamat berpuasa

Pejam celik dah hampir bulan Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. InsyaAllah kita bakal berpuasa pada esok hari. Semoga dengan kedatangan Ramadhan memberi keberkatan dalam hidup kita semua. Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan, tak lupa juga kepada keluarga di Ipoh dan Muar.

Semalam adik saya di JB call nak sambut awal ramadhan di Ipoh sehingga hari Ahad ni. Memang excited nak join sekali tapi husband kerja. Nak minta permission dari husband untuk balik Ipoh. Antara perbualan suami isteri:

Isteri: Abg, nak ikut fizi balik Ipoh boleh?
Suami: Bila?
Isteri: Hari Rabu sampai Ahad
Suami: Lamanya, siapa nak siapkan juadah berbuka dan sahur untuk abang??

Hehe, dalam erti kata lain, tak payah pergi lah yang. Husband saya nampak je brutal tapi dalam hati ada taman. Lagipun tempat isteri disisi suami. Takpelah, tahun ni raya giliran saya dulu. Sempat jugalah berpuasa di Ipoh nanti.

Kelmarin lama juga saya menyembang through the hp dengan kakak saya, Along. Kesian dia, nampak gayanya tahun ni terpaksa bersahur dan berbuka seorang diri nun di Langkawi. Husband Along kerja di Ipoh. Kerjaya pendidik menuntut pengorbanan yang besar dan pastinya banyak cabaran. Sebenarnya Along saya tengah mengandung, masih dalam trimester 1, dengan alah lagi. Simpati saya keadaanya. Sekuat manapun kita, kadang2 pasti menitis juga air mata bila berjauhan dengan orang tersayang. Apa2pun Along, semoga tabah dan berfikiran positif. Pasti ada manisnya nanti.

Okey, selamat berpuasa. Dengan kedatangan Ramadhan ini, saya dengan rendah diri ingin memohon maaf andai ada coretan di blog ini yang menyinggung perasaan kalian. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk menyakiti sesiapa pun.

Humaira nak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua..


* sahur mummy kena makan berat dan berkhasiat sebab masih breastfeed Humaira. Semoga rezeki untuk Humaira masih ada. Amin..

17 comments:

wan sujaihah said...

he he..manja tu kak..tp klu camtu jawapan dear akak...ader org takleh akak tiada disisi latu :)

rasp said...

dgn sapa lagi somi nak bermanja kalo bukan dgn isterinya kaaannnn...
i pun mohon maaf ya ....
slamat menyambut ramadhan al mubarak...

Momma Mia said...

Selamat berpuasa Nieda. Semoga perjalanan BF utk Humaira dipermudahkan dibulan penuh barakah ini. Amin!!

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

salam
salam ramadhan
dan selamat menunaikan ibadah puasa
comel umairah....

takpe sis...besar pahala kita as ISTERI menyediakan juadah berbuka & bersahur buat suami...

Huda said...

slmt berpuasa utk nieda n famili :) humaira cutenye ala bucuk2 aunty:)

Lelord said...

selamat berpuasa nieda

Dee said...

betullah sis..sian hubby u nanti..dhlah rabu ni baru first day puasa..xpe..nti balik kg awal sket..or ujung minggu..leh buka puasa sama2kan..

selamat berpuasa ye sis..

mamalieyna said...

huhu..siannya Along nieda>kalau eina mau hari2 leleh air mata..huhu..apapun pasti ada manisnya nnti kan..

Selamat berpuasa jgk buat nieda sekeluarga, harus la dismping suami di awal2 puasa ni, sian jika ditinggalkan..hehe..

chugie said...

selamat menyambut ramadhan juga nieda...

kim salam kat si comel humairah ye!

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak nieda..Moga segala ibadah kita diterima olehNYA..

~ana~ said...

selamat berpuasa utk nieda sekeluarga...

p!nkerton said...

selamat berpuasa nieda & family :)

wahida said...

selamat menyambut ramadhan nieda...kesian jugak kat along awak..moga dia tabah...

~~ciklinn~~ said...

sama2 kita yer... selamat berpuasa juga dari ciklinn & co

hhhi dia nak bermanja lah tu..

anie said...

selamat berpuasa nieda n family

Ena said...

Selamat berpuasa buat nieda sekeluarga ye.. sama2 la kita bermaaf2an .. :D

kakyong said...

selamat menjalani Ramadhan

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails