Untuk puasa kali ini saya lebih menumpukan perhatian kepada masakan sendiri (ala kadar) selepas mendapati bahawa kualiti makanan di bazar ramadan semakin kurang menepati piawaian ditambah pula harga makanan yang semakin mahal. Membeli di bazar ramadan pasti sekurang-kurangnya berbelanja melebihi RM10. Semakin kecil nilai wang masa kini. Masak sendiri dapat jimat duit lebih-lebih lagi negara di ambang kemelesetan ekonomi, tak perlu masak hebat-hebat, memadai nasi putih sepinggan, lauk sardin atau ayam goreng, telur goreng, sedikit sayur dan air panas seperti Kopi atau Vico.
Walaupun dah masak sendiri dan kurang membeli di bazar ramadan, saya tetap ingin mengunjungi at least once, DUA bazar ramadan yang saya rasa piawaian makanannya masih lagi menepati anak tekak iaitu :-
1. Bazar Ramadan Pinggiran Subang – ada gerai jual ikan-ikan seperti Siakap Masak Tiga Rasa, Kerapu Sambal dan lain-lain lauk melayu eksotik. Kalau tahun lepas harganya RM 10 untuk lauk-lauk eksotik ini (which is sangat berpatutan), tahun ini selepas kenaikan petrol dan gula tak dapat dipastikan berapa pula harganya.
2. Bazar Ramadan Subang Perdana – ada kerabu mangga yang sedap. Dulu harga RM 3.
Kedua-dua bazar ramadhan ini masih belum sempat dikunjungi. Insyaallah akan sampai jua kesana.
Don’t miss the SAHUR.
14 comments:
saya pulak mmg tiap2 ari wajib kunjung bazar ramadhan, coz x sempat masak, sampai umah lewat..
salam Nieda..Sorry lama X menjenguk kesini..
Kita pon jarang membeli kat Bazar.. p pon ujung minggu jer..lg jimat kan klu masak sendiri..klu p bazar..mesti rambang mata..rasanye cam semua nk di beli.. :)
nieda, masak sendiri lg bagus..jimat pun jimat..bersih pun bersih..kadang2 mknan yg di jual kat bazar ramadhan ni rs ntah apa2..tahap kebersihan pun kita x tau camna...
lieya pun walau pun kerja, tetap gigih masak tiap2 ari.....bazar hubby jek yg pergi tuk beli kuih......
muza pun belum pegi bazar ramandhan..yg pegi pun suami muza jer..Itu pun beli air soya tepung pelita n ikan bakar...
samalah kita, masak sendiri utk juadah berbuka. nak beli amatlah masal nak berkunjung ke bazar. selalunya masak apa yg ada kat rumah...walaupun simple, tapi bermakna dan kenyang...tak membazir pun iyer jugak!
betul tu nieda..semlm beli mee goreng, dah ala2 nak basi..terus terbantut selera makn, sian hubby..huhu..
saya pun masih x berkesempatan nak ke bazaar ramadhan tahun ni nieda..
sama2 lah kite beramal di dalam bulan mulia ni..
rasanya kalu gi PARAM, RM10 x cukup.huhuh
i pun harus masak utk berbuka sis..
sib baik ofis hour dicepatkan pulang...
mmg sempat lah untuk i masak..
i slalu gi PARAM kat area rumah i...
beli kuah 1 or 2 jenis je...
tak beli byk...
tapi tul laaa...
harga dah naik, rasa lum tau sedap...
betul2..tapi kalo wiken pergi jugak bazar beli kuih seketul dua..masak sendiri lagi nikmat..dan jimat. hehe
sy dh hr ke-9 ni tk penah lagi jejak kaki ke bazaar..ntah knp tah..mcm takde selera je..mmg mkn lauk masakan MIL hiks
saya pun x sempat nak masak, sampai rumah dah jam 7...sempat masak air jer. tapi weekand memang masak sendiri.
alhamdulillah so far sepanjang ramadhan thn ni hari2 masak except smlm..rasa lebih bersih, selamat & memenuhi kehendak tekak
lama tak gi bazar ramadhan sbg perdana..dah malas nak redah jem kat sana.lgpun kalo nak beli kuih singgah bazar ramadhan @ rumah jer (saujana putra)
Post a Comment