My sweet story...

My sweet story...

Friday, August 20, 2010

Rubik's Cube


Sebenarnya dah lama saya nak cari maklumat pasal benda alah kat atas tu. Since benda tu dah ada dekat rumah. Anak saya, Humaira rembat Maksu dia punya..Hehe. Tapi saya tak tahu apa nama benda alah tu sehingga hubby yang bagitau. Korang tau tak nama benda ni??

Benda empat segi di atas ni namanya Rubik’s Cube. Bentuk Rubik’s Cube ini amat mudah dikenalpasti sekaligus menunjukkan ianya telah ‘famous’ di kebanyakan negara, tapi saya tak pasti la pulak kalau orang-orang di gurun Sahara mengenalinya. Kih kih kih... Jika dicedok dari sumber internet iaitu Wikipedia (Ditujukan khas untuk yang merasakan diri mereka terlebih akademik : bukan semua sumber Wiki ni tak sah !) , Rubik’s Cube ini merupakan ‘3D mechanical puzzle’ yang dicipta oleh Erno Rubik. Siapa pula Erno Rubik?

Erno Rubik seorang ahli akademik berjawatan Professor dari Hungary. Dilahirkan pada tahun 1944, Erno Rubik merupakan seorang arkitek dan kemudiannya menjadi seorang Professor bidang Senibina di Budapest College of Applied Arts. Tahun 1983, Erno Rubik meninggalkan profesionnya untuk membuka syarikat sendiri diberi nama Rubik Studio. Erno Rubik mendapat pendidikan di Technical University, Budapest.

Jadi, Rubik’s Cube ini adalah produk asal Hungary dan pada Januari 2009, sejumlah 350 juta Rubik’s Cube telah dijual di seluruh dunia.

Rubik’s Cube ini tidak pernah mendapat tempat di hati saya semenjak saya kecil lagi kecuali keadaannya yang bewarna warni dan boleh dipusing-pusing. Setakat itu sahaja tarikannya, untuk menyelesaikan masalah Rubik’s Cube boleh menghadirkan Migrain dekat saya.hehe...Apabila seseorang yang bermain Rubik’s Cube ini boleh meletakkan kesemua warna seperti gambar diatas, ianya dianggap satu kemenangan, dan teknik untuk menyelesaikannya inilah yang boleh membuatkan jiwa saya kacau.Saya percaya orang yang boleh menyelesaikan masalah Rubik ini seorang yang pandai dalam menyelesaikan masalah matematik. (pendapat aje tau)

Rekod dunia Rubik’s Cube dipegang oleh insan dari Belanda yang bernama Erik Akkersdijk dengan masa 7.08 saat. Bayangkan dalam masa 7.08 saat Brader Erik ni berjaya menyusun kembali warna Rubik’s Cube. Hebatkan!!!

Laporan berita AFP pada Sabtu 14 Ogos 2010 menyiarkan hasil kajian oleh Morley Davidson, John Dethridge, Herbert Kociemba and Tomas Rokicki bahawa setiap kombinasi Rubik’s Cube ini boleh diselesaikan dengan 20 langkah atau kurang. Laporan dari news.com.au berkenaan kajian ini turut memetik bahawa Rubik’s Cube mempunyai 43,252,003,274,489,856,000 kombinasi.

Bagi saya Rubik’s Cube tetap memeningkan cuma dengan adanya internet wujudnya beberapa laman web yang memaparkan teknik mudah untuk menyelesaikan Rubik’s Cube, google sahaja ‘Rubik’s Cube Solution’.

Oh ya sebelum terlupa, kajian berkenaan Rubik’s Cube diatas menggunakan komputer ‘high power’ sumbangan Google.

12 comments:

☆ lieya latif ☆ said...

lieya tak leh main bende ni...cepat bosan...tak dpt nak solve, cepat jek lieya baling keh keh keh ....

Softtouch [Hanim] said...

muza pu pening kalu nk selesaikan dia..xreti..tp adik ipar muza reti buat...jenuh nk pikior lah kalu nk settelekan bnda tu...

MamaYatie said...

huwaa..saya mmg fail kalo main benda alah ni..tak penahnya siap..tngk adik ipar main laju jerk..

Ciklinn said...

ciklinn pun tak pndai main...dlm family adik linn yg bongsu jer tau... sekejap jer siap.. dia kata ada teknik..tapi dia rahsiakan dari kami.. hahahhah

Jasfyra said...

rasanya kita dpt tau nama bendalah ni 2 tahun yg lepas.sebelum tu panggil kotak warna-warni je..haaha.tau pun sbb anak buah hubby very d terror main mendalah ni.sekejapan je dia leh settlekan semua warna..ada org kata kalo sapa terror main benda tu, dia terror math.no wonder la anah buah hubby tu pandai bangat math..

mamaarifakeemaisy said...

failed eina main mende ni..huhu..

thanks for the info! ^_^

Unknown said...

huhu.. sama lah ngn sy.. memang pening dan migrain bila main bende alah ni.. baik x yah main! heheheh

normi said...

anak akak ada satu.. best klu kita pandai susun.. tp tak jd2 jugak.. tah mana p hilang pun tak tahu si kiub tu.. angkara anak la tu..

Farra Dhelina said...

ah tak suka main benda ni hiks..sbb tak penah yg siap..hehehe..tension lah main kiub ni..

Liz said...

suka main rubik cube! xtau la nape tp mmg dah terjebak sejak tingkatan 3. dia ada teknik utk selesaikan sbnrnya. adik saya dah belajar thru YouTube aje. kalau bg kat dia, mmg sekejap je dah selesai. tp xleh lawan rekod dunia tu la. tp mmg geram la tgk dia pusing pusing pusing.. siap!

Dee said...

sy dh main rubik cube ni dh lama..dulu masa kecik2 boleh lak solve..dh tua2 ni xleh lak..hahaha..otak dh malas nk pikir..

YanDarwisy said...

Tergeliat tgn main benda ni...kene tinggi IQ main benda ni.

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails