My sweet story...

My sweet story...

Thursday, August 26, 2010

Longan kering boleh tambahkan susu badan

Longan kering dikatakan boleh menambah air susu badan. Bulan puasa ni ramai ibu-ibu di luar sana yang BF baby risau susu boleh merundum termasuk saya. Alhamdulillah, sehingga separuh Ramadhan, susu masih maintain. Apa yang penting jangan skip sahur. Bagi saya, sahur banyak membantu memberi tenaga untuk BF baby. Sebelum ni saya pernah ganti puasa tanpa sahur, memang lembik tahap dewa. Pump susu pun sikit je keluar.

Seminggu sekali saya akan minum air longan. Alhamdulillah, memang nampak hasilnya. Longan kering boleh didapati dikebanyakkan kedai ubat cina. Mommies yg menyusukan baby teramat-amatlah digalakkan mengambil minuman lazat ini kerana ianya terbukti dapat meningkatkan production susu badan anda!

Inilah rupa longan kering my MIL yg belikan


Ambil segenggam untuk direbus


Tambahkan gula secukup rasa. Boleh diminum ketika panas atau sejuk, memang sedap..




Happy breastfeeding..moga boleh increase production milk mommies semua...

12 comments:

Ena said...

leh kutip ilmu nie.. utk next time baby.. bila la tu gamaknya.. hheehhe.. InsyaAllah...

~ As ~ said...

rebus ngan kurma merah, x payah letak gula dah manis sangat...

Softtouch [Hanim] said...

muza plak longan xboleh minum sgt..muza batuk..n anak muza pun batuk..so muza minum soya , horlick n oats utk bykkan susu n tanamkan dlm minda muza nk susu byk..he he he..

☆ lieya latif ☆ said...

lieya pun tau petua ni, lagi satu mkn lobak putih pun yeak jugak....

air longan ni mmg peberet lieya...sejuk2 sedapnye minum huhuhuhu

Huda said...

hehe huda x penah wat lg..biasa minum soya :)

wahida said...

nieda..kalau x BF bole minum x longan ni...mcm best je...hehehe...

nieda said...

wahida: mestilah boleh..semua org boleh minum longan

Mrs.Eady said...

salam..kat mane nk cari longan kering nie?
izwa nk try la sbb bile dh ptg sufiya menyusu smbil marah2.kekeke...sbb susu sikit.

~ana~ said...

nieda, 2 hr lepas ana pun ada bel longan kering ni kat kedai ubat cina kat rumah, tp dia bg yg jenis kering warna gold..bila rebus, air dia x pekat kehitaman pun air dia..xtau la jenis apa yg nih..

dulu ana pernah beli kat pasar kat chow kit, sebiji mcm nieda punya tuh...

Farah said...

btul tu! memang susu bertambah dengan minum longan kering.

minum time sejuk memang bes!

aishah said...

nape longan tu nampak moist ye.. saya beli kering & seketul2.. mana lagi bagus? beli kat mana longan ni..

Eda Michio said...

kena minum nie...xpenah try lgi...

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails