My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, November 30, 2010

MAHA 2010

Saya pergi MAHA 2010 hari Isnin lepas dengan keluarga mertua. Memang plan nak pergi hari Isnin sebab kalau weekend dah tentu ramai sangat dengan umat manusia. Sampai di UPM dalam pukul 9.40 pagi, kereta dah banyak. Kami parking di pintu 1, bayaran untuk parking RM3 shj. Untuk ke tapak ekspo tu kena naik tram, kalau nak berjalan memang jauh. Tram tu free je. Dinasihatkan bawalah payung dan kalau ada anak2 kecil bawalah stroller.

Dalam tram menuju ke tapak ekspo. Best juga tengok pemandangan.


Jalan yang penuh sesak dengan kereta


Sebelum masuk dewan pameran, ada nursery pokok tanaman. Macam biasa, lama MIL dekat sini tengok tanaman. Emak mertua memang peminat pokok bunga. Banyak pokok MIL nak beli tapi disebabkan tak larat nak bawa akhirnya beli pokok anggur shj.


Poster besar MAHA2010. KFC, Rasamas, Pizza semua ada dekat sini. Nak menapak masuk dewan jauh juga, dengan keadaan jalan yang berbukit memang menguji kesabaran


First kami masuk dewan C. Sebabnya sepupu husband saya ada buka booth dekat situ. Jom terjah booth Kak Yati dulu. Terserempak dengan Kak Yati tengah berlegar2 dalam dewan. Kak Yati bagitau, hari ni barulah merasa nak berjalan2 dalam dewan, Hari Ahad lepas booth sentiasa penuh dengan pengunjung, tak menang tangan nak melayan. Baja organik semua habis dijual. Yang ada pas pelawat pun pukul 11 pagi dah sampai parking area, pukul 2.00 ptg baru dapat masuk dewan. Bayangkan, itu yang ada pas pelawat. Yang jaga booth, pukul 7 pagi dah kena ada di booth bagi mengelakkan kesesakan.

Stroller Humaira ada Ipin, atuk dia kasi. Gambar Humaira dan Kak Yati


Inilah booth Kak Yati C073, MIMIZU AGROTEK SDN BHD. Website MIMIZU di SINI


Kak Yati jual baja organik. Tengah memberi penerangan pada MIL


Tengok apa tu????


Tengok....cacing. Baja organik daripada cacing. Syarikat ini membiak induk2 cacing, memproses menjadi baja organik. Baja organik yang terhasil dari bahan buangan cacing tanah yang merupakan baja organik semulajadi (vermicast) yang mengandungi pelbagai jenis nutrient yang diperlukan oleh tumbuhan termasuk Nitrogen(N), Kalium(K), dan Fosforus(P).




Bersambung lagi cerita part 2 Maha 2010...

11 comments:

chugie said...

meriahnye kat sana kan.. sy hanya tengok kat tv je.. nak pegi x berkesempatan and x free.

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

syokkan pi Maha, tp letih la kan..
kena menapak naik bukit..
mmg tak abes nk tawaf sume skali.
thn 08 sy pi, ngan jabatan leh la masuk rapat sket ngan tempat, kalo tak jauh seh parking.
thn ni kansel la, mak tak sihat. spttnya pi arini, tapi takpe la.. tgk gambo2 Nida kira terubat sket gundah nk pi.. hihihi..

Mrs.Eady said...

alamak teringin plak nk pg biler dh tgk semua blog citer psl MAHA nie..huhuhu...

Softtouch [Hanim] said...

pegi dah yer nieda n humaira pg maha..isnin pun ramai jgk rog yer..apatah lagi weeken...Alhamdulillah lah humaira sgt baik kelaku nya...Humaira sgt gud girl

Jasfyra said...

wah...best2..akhirnya kita akan p ke MAHA ari khamis ni ngan geng2 library.wat lawatan la konon..wakakakaka

☆ lieya latif ☆ said...

tu le, ramai yg ckp better bawak payung n ade anak kecik bawak sroller...yg mengandung plak tak digalakkanpergi sebab kene jalan jauh heheeheheh.....

ape pun, yg penting sonok dpt jalan2 kan nieda.....

~ana~ said...

mcm best je g maha ni kan..tp ana x pernah pun pergi even dekat je dgn rumah...hu3x..

Ciklinn said...

ya allah nieda hari ahad tukan Ciklinn nak ke kajang.. jalan jem tuhan jer yg tahu.. huhuhuhu ingat balik nak singgah tapi tgok kereta yg menjalar2 paking terus cancel... lagipun hujan lebat ptg tu.. huhuuu

Huda said...

tula gambarannye masa huda pergi 2008..time tu preggy 2mo Husna. ikut gak dah hubby minat kan:)

NM02 said...

dengar kata mmg penuh kan. uishhh.. hasrat mmg nak pegi, tapi keluarga metua plak dtg ziarah kami. hehehe

Anonymous said...

Sounds good, I like to read your blog, just added to my favorites ;)

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails