My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, November 10, 2010

Hari ini Humaira genap setahun setengah

Diam tak diam dah setahun setengah usia Humaira hari ni. Dah makin petah serba serbi. Dah besar panjang anak mummy. Dah makin independent, pendek kata semuanya nak buat sendiri. Makan nak suap sendiri, minum sendiri, berus gigi sendiri, kalau poo poo cepat2 cari diaper minta tolong tukarkan, ngee...

Semakin rajin meneroka ke serata ceruk rumah. Dari ruang tamu hingga ke dapur. Bila mummy dah pasang safety gate, mulalah membebel dalam bahasa dia minta tolong bukakan. Bila dah meneroka ke serata ceruk rumah, memang kemaslah rumah mummy. Memang rumah kami bagaikan kapal pecah andai dibiarkan si kecil ini mengganas, merata2 ada permainan dia.

Gigi dah ada 16 batang kesemuanya, tinggal 4 batang lagi untuk complete semua gigi susunya. Mummy rasa pertumbuhan gigi Humaira memag cepat. Sebab itu sehingga kini dia paling suka makan benda yang keras2 macam kacang, maruku.

Dah pandai pamerkan perasaan. Kalau mummy atau daddy dia sakit, cepat2 datang and give her big hug. Itu yang paling bestnya. Tapi kalau si kecil ni meradang, siaplah...habis ditumbuknya dinding tu. siapa ajar ni sayang??? Kalau kehendaknya tak dituruti, suka guna word "ANOMA". Mummy pun tak pasti mana dia dapat ilham word anoma tu. hehe..

Boleh faham simple instruction. Contohnya, Humaira kemas balik semua mainan, tolong ambil remote, tolong picit kepala mummy walaupun dia picit tak sampai 5 saat pun. Jadilah...Belajar dari pemerhatian. Mummy kan selalu urut kepala daddy

Dah kenal anggota badan mcm telinga, gigi, kaki, rambut, tangan dll. Mummy tengah gigih mengajar untuk identify semua anggota badan. Bercakap??? Dalam bahasa dia bolehla, sikit2 je yang dia boleh sebut dengan betul.

Dah setahun setengah juga mumy berjaya breastfeed Humaira. Another 6 months to complete my mission. Mummy tak sabar tunggu saat itu!!! Insyaallah, akan sampai juga saat itu. Mummy sangat2 percaya, baik niat kita, baiklah yang kita dapat. Say YES to breastfeeding. Kita mampu breastfeed anak2 kita...

Gambar2 Humaira dengan pelbagai aksi..

Sempat jelir lidah lagi



Tunjuk gigi



Muka banyak akal


Smile...

8 comments:

dieha said...

syikonya dah byk gigi naik..saidatul sebatang pun belum naik..hehe..

Softtouch [Hanim] said...

semakin lama semakin cntik humaira nie..yelah nieda lg 6 bulan je nieda nk complete kan misi bf nie..tahniah yer...

Unknown said...

dah 18mo si kecik ni :) ligat dia yer..bagus tu nieda, same2 kite teruskan bf insyaAllah :)

mummy_ayu said...

happy 1st b'day....sama la ngan bday kak Iris..

Wina Momma S and S said...

makin membesar, makin bijak anak² kite kan??

nape Humaira nangis tu?? tp boleh pulak jelir lidah ye? :-)

[leily.laily] said...

ololo, ciannyer die nanges..
mommie kurung ek..
hihihih.. dh makin ligat ek, jap agi abesla mommie kena simpan barangan antik tinggi2.. hihihihi.. =)

εïзmmyHazaεïз said...

oooo tahniah nieda. BF no 1. Hehehe humaira dah genap 1 1/2 thn, independent, boleh la tambah satu lagi.. hehehe

Ena said...

dah setahun setengah dah humaira ye.. kejap je masa berlalu tu.. mrmm..

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails