My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, November 30, 2010

MAHA 2010

Saya pergi MAHA 2010 hari Isnin lepas dengan keluarga mertua. Memang plan nak pergi hari Isnin sebab kalau weekend dah tentu ramai sangat dengan umat manusia. Sampai di UPM dalam pukul 9.40 pagi, kereta dah banyak. Kami parking di pintu 1, bayaran untuk parking RM3 shj. Untuk ke tapak ekspo tu kena naik tram, kalau nak berjalan memang jauh. Tram tu free je. Dinasihatkan bawalah payung dan kalau ada anak2 kecil bawalah stroller.

Dalam tram menuju ke tapak ekspo. Best juga tengok pemandangan.


Jalan yang penuh sesak dengan kereta


Sebelum masuk dewan pameran, ada nursery pokok tanaman. Macam biasa, lama MIL dekat sini tengok tanaman. Emak mertua memang peminat pokok bunga. Banyak pokok MIL nak beli tapi disebabkan tak larat nak bawa akhirnya beli pokok anggur shj.


Poster besar MAHA2010. KFC, Rasamas, Pizza semua ada dekat sini. Nak menapak masuk dewan jauh juga, dengan keadaan jalan yang berbukit memang menguji kesabaran


First kami masuk dewan C. Sebabnya sepupu husband saya ada buka booth dekat situ. Jom terjah booth Kak Yati dulu. Terserempak dengan Kak Yati tengah berlegar2 dalam dewan. Kak Yati bagitau, hari ni barulah merasa nak berjalan2 dalam dewan, Hari Ahad lepas booth sentiasa penuh dengan pengunjung, tak menang tangan nak melayan. Baja organik semua habis dijual. Yang ada pas pelawat pun pukul 11 pagi dah sampai parking area, pukul 2.00 ptg baru dapat masuk dewan. Bayangkan, itu yang ada pas pelawat. Yang jaga booth, pukul 7 pagi dah kena ada di booth bagi mengelakkan kesesakan.

Stroller Humaira ada Ipin, atuk dia kasi. Gambar Humaira dan Kak Yati


Inilah booth Kak Yati C073, MIMIZU AGROTEK SDN BHD. Website MIMIZU di SINI


Kak Yati jual baja organik. Tengah memberi penerangan pada MIL


Tengok apa tu????


Tengok....cacing. Baja organik daripada cacing. Syarikat ini membiak induk2 cacing, memproses menjadi baja organik. Baja organik yang terhasil dari bahan buangan cacing tanah yang merupakan baja organik semulajadi (vermicast) yang mengandungi pelbagai jenis nutrient yang diperlukan oleh tumbuhan termasuk Nitrogen(N), Kalium(K), dan Fosforus(P).




Bersambung lagi cerita part 2 Maha 2010...

Monday, November 29, 2010

Baru balik dari MAHA 2010

Penat sangat. Gerak dari Shah Alam pukul 9.00 pagi. Sampai di UPM dalam pukul 10 pagi. Ramai sangat umat manusia. Sampai rumah dalam pukul 3.30 petang, itupun hanya hall B dan D je sempat menjejakkan kaki. Yang lain tu nan ado. Sesak dengan umat manusia ditambah pula dengan penat berjalan.

Ok, Humaira lulus bawa pergi MAHA. Tak meragam pun walaupun bepanas. Pasni boleh pergi holiday January tahun depan. Risau juga nanti naik flight meragam. Esok2 baru saya up cerita ya.

Friday, November 26, 2010

Review poney clearance sales

Lepas bawa Humaira cucuk petang tu pergi SACC Mall. Ingat nak cari seluar jeans untuk Humaira since poney ada buat sales. Tapi hampa, untuk budak2 yang umar 3 tahun ke bawah sangat limited tak macam tahun lepas. T Shirt pun sama. Banyak pakaian untuk kanak2 4 tahun ke atas. Last2 kami survey butik poney di tingkat 2 kalau tak silap. Baru ada size Humaira. Diskaun 50%.

Lasaknya Humaira masa dekat SACC. Semua kedai dia redah masuk dan grab apa yg dia nak. Macam mak pak dia punya kedai di buatnya. Tak terkejar daddy. Sampaikan daddy cakap, ingatkan lepas inject dia lemah rupanya makin aktif, virus apalah agaknya nurse tu inject. Hehehe

Sempat grab 2 helai je baju lengan panjang. Murah je RM9.

18 bulan: Humaira kena cucuk

Hari Selasa bawa Humaira pergi cucuk untuk 18 bulan. Yehaaa... suntikan terakhir. Lepas ni kena simpan buku rekod kesihatan baik2, masa umur 7 tahun nanti baru kena cucuk balik. Cucuk 18 bulan ni dos kuat sikit, silap gaya boleh demam.

Berat Humaira hanya 9.5 kg sahaja. Nurse bising juga sebab berat tak naik sangat. Last check up bulan Ogos lepas berat Humaira 8.7. Dalam tempoh 3 bulan hanya naik 800 gram. Budak ni dah pandai memilih makan.

Anak dara mummy memang kuat, langsung tak nangis masa kena inject. Cayalah Humaira. Good girl . Balik rumah terus bagi makan ubat dan alhamdulillah tak demam. Masa umur 2 tahun nanti kena datang untuk check up dan nurse nak bagi ubat cacing.

Bab ubat cacing ni mummy confius sikit. Nurse bgtau 2 tahun baru boleh ambil. Dalam majalah Pa&Ma umur setahun dah boleh ambil. Bulan lepas daddy beli ubat cacing, dekat kotak tu tulis hanya 2 tahun ke atas shj boleh mkn, tak ingat brand apa. Ibu yang breastfeed anak pun tidak digalakkan untuk mkn. Last2 daddy yg mkn ubat cacing tu.


Mummy rindukan Humaira yang bam bam mcm ni. Dulu dia sangat chubby masa umur dalam 3-4 bulan

Thursday, November 25, 2010

MAHA2010

Esok akan bermula MAHA 2010 atau nama penuhnya Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 sehingga 5 Disember 2010.Tema MAHA Antarabangsa 2010 “Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan” memberi tanda permulaan era inovasi pertanian dan industri berasaskan pertanian daripada rantau ini. Untuk maklumat lanjut boleh klik websit MAHA 2010 DISINI

Nenek Muar Humaira memang suka pergi MAHA dari dulu lagi. Kami dalam perancangan nak pergi MAHA hari Isnin. Sebab weekend ni dah tentu ramai orang ditambah pula dengan cuti sekolah. So hari Sabtu nenek Humaira dah ada di KL sebab mengajar kelas menjahit. Mummy juga yang takde minat nak menjahit ni. Hari Ahad baru nenek datang jumpa Humaira. Sah2 malam tu si kenit ni lewat tidur, ajak atuk dgn nenek dia main.

Dunia IT si kecil

Mengikut peel mak pak dia, dalam sehari mesti nak ngadap lappy. Sambil tengok TV sambil online guna Wifi dekat rumah. Bila dah dua orang guna wifi slow sikit connection. Humaira pun taknak kalah, bila nampak mummy dengan daddy buka lappy, mesti minta buka youtube.

Mana satu pilihan Humaira, netbook or notebook. Dua2 screensaver gambar saye..


Ambil notebook la, puas sikit nak layan youtube


Yehaaa, Humaira pun dah ada facebook. Yang ini daddy buat. jom jadi kawan Humaira

Wednesday, November 24, 2010

Tengok layang-layang di Padang Bukit Jelutong

Aktiviti Ahad lepas, ini kali kedua kami pergi Padang Bukit Jelutong. Bawa Humaira tengok layang-layang. Musim cuti sekolah ramai parents beriadah dengan anak2 dekat sini. Sesekali beriadah macam ni lagi best, kalau ke shopping complex dah tentu duit akan keluar. Tak banyak pun sikit. Lagipun tengok air muka Humaira, dia lagi suka pergi tempat macam ni. Luas dan boleh berlari.

Nanti kita ajak daddy main layang2. tgk org naikkan mcm senang je


Terujanya si kecil ini




-)


Apa kes ni???


Ada orang jual layang2 tapi tak tanya pun berapa RM

Tuesday, November 23, 2010

Jalan-jalan di Taman Tasik Shah Alam

Lepas makan ABC jalan2 bawa Humaira di Taman Tasik Shah Alam. Dah lama tak menjejakkan kaki dekat sini. Macam biasa, kalau tempat luas pasti anak2 suka. Penat mummy nak kejar Humaira.

Layan gambar riang ria si Humaira...

Ketika baru sampai di Taman Tasik Shah Alam


Berlatarbelakang Masjid Shah Alam


Lajunya jalan


hi...


Suka Humaira tengok air


Penat mummy nak kejar...ermm mummy tak juga kurus


Give me ten mummy...hehe


Ajak balik, menangis taknak. Terpaksa dukung angkut masuk kereta.. Nanti kita pergi lagi k..

Monday, November 22, 2010

Poney Clearance Sale at SACC Mall (Shah Alam)

Dapat info dari husband tentang poney sales ni. Apa lagi terus cari info dekat internet..Saya suka juga brand poney ni, cantik. Jom kita terjah...Last year punya sale mmg menarik.

ABC paling sedap

Gara2 tengok blog ZUERA pasal ABC best in the town. Sabtu lepas pergi menunaikan hajat pekena ABC ni kat Medan Selera Seksyen 2. Budak UiTM memang tahulah ABC ni yang famous in the world. Hehe...

Dulu masa saya study kt S.Alam, setiap kali emak abah saya datang mesti singgah makan kat Seksyen 2 dan wajib order ABC dan sup cendawan. Sekarang ni tak tahu dah mana satu gerai tu bila semua gerai kena pindah ke tapak sementara sbb tapak lama nak renovate. Dah cantik sekarang cuma tahap kebersihan masih kurang.

Tengah menikmati ABC, tiba2 ada orang tegur. Rupa2nya, kenalan blogger saya iaitu lily azliyana @ mama zara. Dari jauh mama zara ni dah cam Humaira. First time dapat jumpa blogger, next time bolehla together2.

Layan ABC yang kami order. Silalah terliur. Kebanyakkan semua gerai ABC kt Seksyen 2 semuanya sama, ada aiskrim, coklat, biskut dan buah.

ABC yang sedappp....


Close up sikit..





* Malam tadi Humaira meragam. Tangan dia asyik nak masuk dalam mulut je, macam ada something dekat anak tekak dia. Siap ambil tangan mummy masukkan dalam mulut dia. Mummy pun tak tahu kenapa, bila check dalam mulut Humaira tak de apa2. Tiba2 je, mula2 elok je bercakap dengan Opah dia dekat Hp, tak lama lepas tu mulalah meragam. Bagi susu taknak, banyak kali muntah. Dalam pukul 10 lebih bawa pergi klinik. Daddy suspek ulser tapi bila doctor check takde apa2. Harap2 hari ni ok, mummy nak pantau kesihatan Humaira.

Sunday, November 21, 2010

Pengarang jantung saya

Pengarang jantung mummy tengah tidur ketika ini. Sayu je tengok 'si manis' ni tidur setelah penah bereksplorasi satu rumah. Sebelum tidur tadi kena marah dengan mummy bila tangan 'si manis' ni laju nak ambil benda atas meja. Pagi tadi 'si manis' ni dapat peluang explorasi satu dapur bila mummy buang sampah di luar rumah. Sekejap aje, tak sampai 5 minit.

Apa jadi??? Habis separuh kiub ikan bilis knorr dimakannya. Sayup2 dengar suara daddy panggil mummy dalam nada yang panik tunjuk apa yang 'si manis' ni makan. Kena marah lagi dengan mummy. Bila anak dah besar dan makin panjang akal ni, pening juga dibuatnya. Mummy kena banyak sabar dan muhasabah diri. Daddy selalu pesan, jangan marah2 sgt, gunakan cara psikologi.

Tertarik dengan artikel dalam majalah PA & MA keluaran Dec 2010 tentang isu bijak mengasuh.

Tidak ada formula khusus mendidik anak kerana setiap anak adalah makhluk yang luarbiasa dan unik, yakni berbeza-beza di antara satu sama lain. Bagaimanapun, Rasulullah SAW menggariskan 4 tahap mendidik anak:

1. Tahap Pertama – Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak.

2. Tahap Kedua – Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

3. Tahap Ketiga – Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

4. Tahap Keempat – Anak berumur lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibubapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibubapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Banyak juga saya mencari info tentang kaedah asuhan berkesan untuk melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia. Antara yang menarik perhatian saya... (credit to website INI)

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.

'Si manis' saya, Humaira

Friday, November 19, 2010

Si comot Humaira

Budak comot ni tak pandang kiri kanan kalau dapat makan coklat. Mummy letak roti dan sapu dengan coklat nutella. Sudahnya roti entah kemana, coklat yang habis dulu. Takpela, kita kasi chance si kenit ni explore rasa coklat tu.

tak pandang kiri kanan dah...


tangan kiri dan kanan dia belasah


yummy


cantik tak muka saye???



* Have a nice weekend semua...

Thursday, November 18, 2010

Food for love: Popia Crabstick

Ini gara2 tengok blog Huda dan Suziey yang masak popia crabstick. Terus rasa nak cuba buat sendiri. Tengok gambar dekat blog mereka nampak sedap je. Weekend lepas singgah Giant beli crabstick yang panjang sebab dekat rumah ada stok kulit popia yang besar.

Mula2 cuak juga takut jadi kes macam Suziey tengah2 goreng, tetiba popia tu meletup. Tapi nasib baiklah ok, takde meletup crabstick ni. Cuma nervous juga bila crabstick ni mengembang dalam kuali cepat2 tutup api. Resepi ni patut di cuba, memang sedap makan masa panas2... Owh, kalau malas nak buat sendiri, boleh beli je dari Ejan aka MamaLyna, murah je 20 pcs RM3.50.

Sebelum goreng..saya memang fail bab membalut kulit popia ni. BELASAH je...


Masih panas lagi, crabstick mengembang sampai terkeluar dari kulit popia




SELINGAN...Tayang gambar Humaira dengan pakaian yang di beli oleh Mak Long dia. TQ Mak Long, lenkali boleh belanja pakaian untuk Humaira lagi...

Ini kerja terbaru Humaira, tolak kerusi dan biarkan bersepah2...Lepas tu capai segala benda dekat atas meja makan..anak oh anak..


Si comel Humaira...Abaikan keadaan rumah yang bersepah ye..

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua kaum muslimin dan muslimat...

Tuesday, November 16, 2010

Trufel kismis

Aktiviti Ahad lepas, try buat trufel kismis. Ikut dalam buku resepi. Daddy kerja Ahad lepas, jadi haruslah mencuba membuat sesuatu yang berfaedah. Hik hik...

Taraa...


dan ini...


Mummy ikut dalam buku resepi ini, terokai rahsia coklat bersama Chef Amer. Seperti biasa, buku ni mummy pinjam dari emak mertua. MIL banyak koleksi buku resepi tau


Nilah rupa trufel dalam buku tu


Nak resepi??? klik kt gambar bawah..hehe memang dasar PEMALAS nk salin. ngee...

Monday, November 15, 2010

Boutique Upin & Ipin

Hari Sabtu daddy ajak lunch di luar. Kami lunch di Restoren Qaseh Sek 13. Lepas makan ajak daddy singgah boutique Upin & Ipin, sebab dekat je dengan restoren tu. Saja nak bagi Humaira teruja. Sebelum ada anak, sebelah mata pun tak pandang Upin & Ipin ni.Hehe... Bila dah ada anak ni, suka tengok dia teruja. Masa dalam kereta lagi, dia dah nampak signboard Upin & Ipin, siap tunjuk dan sebut PIN lagi.

Mummy nak cari Fridge Magnet Upin & Ipin buat koleksi. Malangnya FM kehabisan stok. Jadi mummy belikan Humaira Upin & Ipin Badge. Kalau ada yang berminat nak buat koleksi barang2 Upin & Ipin bolehla datang ke Boutique ni, bersebelahan dengan pejabat urusan les copaque. Landmark, belakang Tesco Extra Sek 13 Shah Alam. Dalam boutique tu mummy tak snap pun picture, kecil je tempatnya.

Dekat pintu kedai tu ada poster filem Upin & Ipin akan kembali pada tahun 2012. Huhu ada 2 tahun lagi. Tajuknya Laksamana Upin & Ipin.

Di hadapan boutique Upin & Ipin. Terujanya si kecil ni...


Macam2 koleksi ada dijual.


Model cilik


Boutique Upin & Ipin


Taraa...

Saturday, November 13, 2010

Hari mengemas rumah

Hari yang memenatkan. Sakit mata memandang kipas silling yang berhabuk. Seawal pukul 9.00 pagi awallah konon aktiviti mengemas rumah bermula. Penuh habuk satu rumah. So settle vacuum semua, saya pun buang habuk dalam vacuum cleaner. Sekali ada duit RM10 kt dalam vacuum cleaner tu..huhu ntah bila tersedut duit tu masuk dalam vacuum.

Lepas tu seisi mengemop rumah. Si Humaira pula asyik mengekor je ke mana mummy pergi. Akhirnya jatuh juga Humaira disebabkan lantai tengah basah. Hadiahnya, benjol kepala. Bab ini, daddy dia bagus merawat si kecil ni. Letak ubat dan tuam kepala. Nasib baik takde apa2..Memang bab2 kalau Humaira sakit, daddy jaga betul2. Katanya dah biasa, masa kecil2 dulu, emak dia memang jaga betul2 kalau dia sakit.

Sehingga pukul 12 tengahari baru selesai mengemas. Nasib baiklah hubby baik hati, tau bini dia penat dan ajak lunch dekat luar. Huhu..bestnya dapat cuti masak.

Apa agenda esok???duduk rumah je. Daddy keja. Maklumlah sekarang ni musim exam.

Friday, November 12, 2010

Food for love: Fries

Mummy buat home made kentang goreng. Suka tengok Humaira mkn fries, berselera habis sama mcm daddy dia.

Suka guna design mcm bawah ni. Nipis dan rangup bila digoreng


Mummy salut dengan tepung serbaguna dan tepung beras supaya bila dah sejuk tetap rangup


Nilah alat yang mummy guna. Mcm2 design boleh buat. Ini MIL yg bagi.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails