My sweet story...

My sweet story...

Friday, December 24, 2010

Food for love: Sandwich dan kebab

Ahad lepas beli barang dapur di Grocer Village, so this week menu memang western memanjang. Rasanya cukuplah untuk this week masak western, jemu sudah.

Smocked chicken sandwich. Warna-warni sandwich saya, macam2 sayur ada. Last week makan di Subway teringat2 sandwich Subway, itu yang saya buat.


Ini hubby punya. Tak menarik langsung sandwichnya sebab hubby tak makan sayur. Coleslaw makan pula.


Tengah masak kebab. Entry kebab yang lepas ada blogger tanya macamame saya grill.. Haha saya pakai frying pan. Mudah sebab tak melekat dan letak minyak sikit je. Bercinta sikit nak mencuci pan. Don't worry my dear, rendam dalam air lama2 nanti senang kekotoran tu hilang


Inilah hasilnya...Hubby peminat setia kebab. Humaira???erm dia lagi suka ayam goreng. Pengikut Upin Ipin la. Tiap2 hari makan ayam goreng pun takpe.



Resepi kebab..

Lupa nak letak resepi. Saya ambil resepi ni dalam website mat salleh tapi diubahsuai ikut citarasa melayu..hehe

500g ayam bahagian dada dipotong 1 inch cube

3 sudu besar minyak zaitun. Boleh guna vegatable oil. Kalau takde, guna minyak masak

*1 sudu besar kicap

*1 sudu kecil lada sulah/ lada hitam

*4 ulas bawang putih dan 1 inch halia dikisar

Bawang dipotong cube

Green bell peper dipotong cube (Melayunya saya panggil cili benggala)

*¼ biji Perahan lemon

Sedikit garam

Ayam diperap dengan sedikit garam.

Satukan bahan yang bertanda *.

Selepas digaul bahan yang bertanda * baru perap dengan ayam. Marinate at least 1 jam. Sebelum grill letak minyak dekat kebab. Then boleh cucuk dekat lidi ayam, green bell peper dan bawang. Grill hingga masak

12 comments:

☆ lieya latif ☆ said...

wah....menariks nieda.....terliur lieya tgk...sesekali tukar menu mmg syok...ye laa balik2 mkn nasi jek, boring laaa..sesekali bagi perut yg light2 jek okey gak kan....

hushuss said...

Oh. ni pun nampak sodap! Nieda, huspa dah try grilled chicken chop Nieda. Sedap bangett...hubby pun cakap sedap. Nanti nak buat lagi, siap dah ada entry kat blog. Nanti nak try kebab pulak, ada recipe Nieda dah post eh?

Thanks Nieda sbb sudi kongsi recipe, bila kawan buat, kita pun kobar-kobar nak buat. Dapat pahala Nieda sbb macam huspa amik recipe masak utk family. hehe..

~ana~ said...

nieda, resepi kebab plssss.....:)

ana kalau weekdays mmg masak western je..senang dan cepat...kadang2 je la weekday masak nasi...:)

Ena said...

rajin sungguh kan nieda nie..
masak macam2.. ena gak yg rasa mcm dah lama je tak masak beria cam tu.. alahai..

Farra Dhelina said...

pandainya masak western!!

NzA said...

tiba2 rasa lapar......sedap!!!!

normi said...

boleh tahan nieda ni pandai masak rupanya.. ok gak skali skala makan mcm ni.. bole cuba hujung miggu ni.... walahh..

rasp said...

smoked chicken sandwich tu slalunya w'ouls makan time dinner...
senang nak sediakan..
jimat masa i :D

Dee said...

menariknya..western ni hari2 mmg jemu..tp nak buat dia simple kan..

Softtouch [Hanim] said...

sedapnya kebab tu...boleh cube

humaira boleh kwn ngan untie muza sbb sama2 peminat ayam ...

Unknown said...

sedapnye tengok sandwich nieda tu.. x mcm sandwich sy yang sempoi tu.. :D

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

wah pandai nyer nieda masak western. dah ala2 tengok yang cucuk2 tu macam kat nandos pulak.. sedapnya, caranya penyediaan pulak tak la susah sangatkan

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails