My sweet story...

My sweet story...

Friday, April 23, 2010

Khasiat kurma

Waktu mengandungkan Humaira dulu mummy suka makan kurma. Beli sekotak tak sampai seminggu boleh habis. Lagi satu lepas balik kerja mesti singgah beli air kelapa. Suka sangat minum sampai dua biji pun boleh sebab tu badan selalu letih..

Banyak khasiat kurma terutama untuk ibu mengandung, ibu yang menyusukan bayi, dan untuk kanak-kanak. Di dalam Al Quran ada dinyatakan mengenai kebaikan memakan kurma bagi ibu mengandung dan bakal melahirkan anak iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 ke 26. Ia mengenai kisah Maryam yang sakit untuk bersalin Nabi Isa a.s. Allah memerintahkan Maryam memakan kurma.


Buah kurma ini penuh dengan khasiat. Mengikut kajian ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohiderat yang tinggi 44 ke 88%, kadar serat 6.4 ke 11.5%, kadar protein 2.3 ke 5.6 %, lemak dan minyak antara 0.2 ke 0.5%. Ia juga kaya dengan kalium dan magnesium serta mengandungi boron, kalsium, kobalt, besi, mengenes, fosforus, natrium dan fluorin. Selain itu kurma juga mengandungi vitamin C, B1, B2, A dan asid nikotinik.

Buah ini juga dibina daripada 23 jenis asid amino yang biasanya tidak terdapat dalam kebanyakan buah-buahan lain. Buah kurma juga mengandungi selenium, bahan yang diperlukan untuk sistem pertahanan badan yang mampu mencegah kanser.

Gula dalam kurma adalah jenis glukosa dan fruktosa yang mudah diserap ke darah dalam badan. Karbohidrat dalam kurma wujud dalam bentuk glukosa dan fruktosa, jadi ia mudah diserap dengan segera.

Semasa sedang dalam proses melahirkan anak, kadar gula dalam darah akan cepat turun dan menyebabkan keletihan pada si ibu. Si ibu memerlukan karbohidrat bagi mengembalikan tenaga dan kalium yang berfungsi menyeimbangkan cecair dalam badan serta dapat memantap fungsi saraf dan otot. Justeru kurma ini sesuai untuk ibu mengandung.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
sumber: internet

Buah kurma Embah Humaira beli sekilo dari Johor dah siap buangkan biji


Embah dan Humaira

9 comments:

mamaarifakeemaisy said...

susah nk jumpa kurma kalo bkn time bulan puasa..huhu..tp bagus eh kurma ni! herm..

Unknown said...

betul tu nieda, memang kurma banyak khasiatnye.. espc for preggy mommy.. kami dulu pun beri fatin rasa kurma masa dalam baby.. + air zamzam..

~ As ~ said...

rupanya blh bunuh cacing eh...tp susah nak cari la klau bkn ramadhan ni..

☆ lieya latif ☆ said...

betul2....mengandung mmg elok makan kusma...byk khasiatnye...selain tu mkn kismis ngan badam....

alinalan said...

Alahai baca n3 nih teringat stok kurma dah abis la smalam... lupa plak nk kirim dgn kakak beli...

Sejak berpantang nih memang amalkan mkn kurma 7 biji everyday... utk kasi ASI kualiti & byk

Mag said...

huhuhu..kurma puasa tahun lepas ade lagi dalam peti=p

OneSue said...

klu selalu amal kan bagus kan....tp naper la aku susah betul nak membeli...epal tukar ke kurma..lagi bagus kan kak?

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

kurma memagn sedap.. tp akak tak suka jenis kurma kering. suka kurma basah, baru la puas nak makan. heheh

Unknown said...

ade 1 produk baru jus kurma+blekkaren,ayh aku minum.dia ade kencing manis,,so bile minum dia dh x kerap buang air.dia ckp jus tu elok bile minum bdn dia xde la letih sgt..must try..mmg byk khosiatnye

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails