My sweet story...

My sweet story...

Friday, April 30, 2010

Aksi gigit si kecil

Lately ni kerap sangat Humaira nak gigit. Malam tadi masa berus gigi nampaklah 2 batang gigi menjelmakan diri. Gusi gatallah tu. Sekarang Humaira dah ada 4 batang gigi atas dan 2 batang gigi bawah. Bakal tumbuh sebatang dekat atas dan bawah. Tajamnya, patutlah sekarang ini semua benda dia nak gigit. Sabar ajelah...

Last week mummy beli biskut teething rusks untuk Humaira.. Biskutnya keras gilos baling dekat dinding belum tentu pecah..


Berusaha untuk gigi lagi kuat


Gambar ini plg comel, sebabnya siap tunjuk dkt mummy biskut sambil membebel bahasa dia..haha sian Humaira x dpt mkn..Mummy gigit pun biskut ni x pecah..


Last dia jumpa benda alah ni...


Habis putus Humaira gigit...bagi teether x nak pula

Thursday, April 29, 2010

Pembantu kecil daddy

Minggu ini daddy bagi task dekat mummy minta tolong kira markah. Daddy yg marking, mummy just kira shj. Daddy Humaira nak submit next week. Bukan mummy seorang pembantu daddy, ada seorang lagi...siapa dia???

haaa..inilah dia pembantu kecil daddy..rampas pen dari mummy yer


Khusyuknya...


Eh pandai ker nak marking, mummy pun tak marking sayang oii


Taknak bagi Humaira kacau, umpan dengan buku..X jalan


Last menangis bila mummy kemas semua..


Nangis sebab apa???tak boleh mengacau mummy lagi..Sabar ajelah

Wednesday, April 28, 2010

Anak siapa tgk TV mcm ni???

Anak mummylah, anak siapa lagi...lagi ditegah lagi suka Humaira buat. Mummy tak suka Humaira tgk TV dekat mcm ni tau..Sekarang ni mummy selalu sorokkan remote astro, sebab nanti mcm2 dia tekan. Rupanya akal Humaira lagi panjang, tekan decoder terus..sabar ajelah..




See, mummy pun x tahu, tetiba jer dah berubah channel..


Yang ini pula peel pelik Humaira, kalau tekan jadi mcm ni ataupun TV off mulalah menangis. Agaknya dia ingat TV dah rosak kot..haha itulah mummy dah kata jgn tekan.


Ini bodak nangis..


Lepas pujuk buat benda lain..Cantiknya Humaira kemas. Sabar ajelah..

Tag Untuk Blogger Award Friendship



Copy Award Ini Macam Terima Grammy Award.
Thank you sangat2..blog ini tak seberapa tapi mummy suka ada juga yg sudi bg award

Beritahu Siapa Dan Link Pemberi Award Ini.
Award ini diterima dari kawan mummy, momma mia

Apa yang perlu dibuat??

1. Tajuk Post Korang Mesti Ada Lima Perkataan. Ada 10 Soalan, Setiap Satu Dengan Lima Jawapan.

2. 5Name That People Call You
  • Hasnida - kalau formal
  • Nieda - nick name
  • Has - ada juga yg panggil nama ni
  • Anyah -family panggil
  • Yang - yg ini husband panggil
3. 5 Important Dates In Your Life
  • 19 June - my birthday
  • 3 April - Hubby birthday
  • 10 Mei - Humaira birthday
  • 23 Dec - Tarikh nikah
  • 24 Dec - Bersanding
4. 5 Things You Done Yesterday
  • Marking paper
  • Tgk TV
  • Masak nasi lemak for our dinner
  • Tidur dengan Humaira
  • Baca majalah
5. 5 Ways To Be Happy
  • Tgk muka Humaira
  • Salam dgn hubby sebelum pergi kerja
  • hug and kiss (dari hubby dan Humaira)
  • Dapat hadiah
  • Berbual dgn hubby sebelum tidur
6. 5 Favourite Movies
  • Narnia
  • sory yg ini dah lama x tgk movies, hampir 2 tahun x masuk wayang mmg agak ketinggalan sikit. mummy x dpt nk jawab soalan ini
7. 5 Favourite Hobbies
  • Jalan-jalan
  • Shopping
  • Tgk CD
  • Layan Humaira main
  • Internet
8. 5 Favourite Places For Vacation
  • New Zealand
  • Australia
  • Sabah
  • Sarawak
  • Terengganu (insyaallah yg ini dlm masa terdekat ni)
9. 5 Reasons You Answer The Survey
  • Hargai friendship, sunyi kalau takde kawan
  • Nak ambil award
  • Persahabatan sesama blogger, seronok tau walaupun tak pernah bersua muka
  • Org dah bagi, kita ambil
  • Boleh kenal dengan lebih rapat lagi
10. 5 Persons To Tag

Gorgeous blog award


Thank you, best dapat award lagi. kali ini dari kawan baru mummy Mama Najla. Terima kasih daun keladi, next time boleh bagi lagi..Rasanya ramai blogger yang dah dpt award ni so takde nak tag sesiapa..kalau ada yg rajin boleh tepek kt blog masing2..

Gambar Humaira lagi..kali ini lepas mandi

Minggu ini memang mummy akan letak semua gambar Humaira. Maklumlah blog ini memang dedikasi khas untuk dia. Cerita mummy dan daddy selingan saje.

Layan gambar Humaira lepas mandi. Selalunya masa nak pakaikan baju mesti bertekak dulu dengan Humaira. Adoila susah betul nak pakaikan pakaian dekat dia. Daddy selalu cakap agaknya sebab itu kalau duduk kampung selalu tengok budak2 x berbaju. Masa zaman mummy kecik2 la sekarang tak taulah...hahaha teringat masa mummy kecik2 dulu duduk kt kampung.

Sikat rambut pun taknak..


Sengih mummy tak layan dia


Lepas mandi kena gosok gigi, ini satu kes lagi habis Humaira gigit jari mummy..sakit tau


Suka main dgn berus gigi dia..

Tuesday, April 27, 2010

Humaira mandi-manda

Aktiviti mandi paling menyeronokkan bagi Humaira dan mummy percaya semua baby sebaya Humaira sukakan air. Seronok jadi kanak-kanak, hidup mereka indah. Penuh warna-warni.

Sejak Humaira dah makin besar, jarang mummy guna baby bathtub ini. Nanti kita ajak daddy beli pool baru best, besar sikit untuk Humaira bereksplorasi. Pantang mummy letak air dalam bathtub ini, cepat ajer dia nak main air. Humaira paling suka kalau mummy mandikan dengan air suam. Demand anak mummy ni.

Tengoklah aksi dia, cepat jer nak masuk dalam bathtub, Buku kt dlm bathtub itu yg mummy beli kt book excess seperti entry INI


Mummy, jom mandi..Ada toy gajah lagi. Humaira dah berani nak pegang


Senyum dapat main air


This is girrafe, Humaira. Sambil mandi-manda boleh mummy bercerita dgn buku tu.


Bestnya mummy, mcm2 ada...


Main ball pula


Auw seksinya dia...


Yang ini gambar Humaira masih dalam hari lebih kurang sebulan usianya. Bam bam. Sekarang dah besar dia, tak muat nak letak dalam bathtub ni..hehe semua itu KENANGAN TERINDAH Humaira..

Monday, April 26, 2010

Book Xcess Amcorp Mall

Sabtu lepas mummy ajak daddy pergi Book Xcess di Amcorp Mall. Mummy teruja nak pergi sebab harga buku semua murah-murah, dan pastinya daddy suka tempat itu. Semua buku di Book Xcess kalau tak silap dari oversea tapi harga sangat berbaloi. Buku yang berkulit tebal harga ratus-ratus boleh dapat dalam rm20-30. Sangat recommended untuk pencinta buku. Dan lepas ini pasti wajib pergi lagi. Kedai ini dibuka setiap hari dari 10pagi hingga 10 malam. Untuk keterangan lebih lanjut boleh tengok website http://www.bookxcess.com/

Inilah kedainya terletak di level 3 Amcorp Mall.



Ramainya pencinta buku..



bargain bin sale paling mahal pun RM3



Kalau beli Rm50 ke atas boleh dapat membership card


Mula-mula mummy nak beli buku ini untuk Humaira tapi toy anjing pula. REJECT. RRP 69.90 tapi hanya RM19.90 shj. I tell u..


Dan semestinya kalau pergi kedai buku tempat toodler/ children area pilihan mummy..


Mummy beli buku kitty the cat untuk Humaira. Yang menariknya buku ini diperbuat dari kain, takdelah koyak. Kalau kotor boleh basuh.


Yang ini buku Jungle fun sesuai untuk bawa mandi. Ada toy gajah lagi tapi Humaira takut dengan gajah itu. Harga RM14.90. Bagi mummy kedua-dua buku ini reasonable.


Ini buku daddy beli. Dia pencinta buku. Setiap buku tu tak sampai RM10.


dapat free gift book thong kalau beli melebihi RM50.

Friday, April 23, 2010

Khasiat kurma

Waktu mengandungkan Humaira dulu mummy suka makan kurma. Beli sekotak tak sampai seminggu boleh habis. Lagi satu lepas balik kerja mesti singgah beli air kelapa. Suka sangat minum sampai dua biji pun boleh sebab tu badan selalu letih..

Banyak khasiat kurma terutama untuk ibu mengandung, ibu yang menyusukan bayi, dan untuk kanak-kanak. Di dalam Al Quran ada dinyatakan mengenai kebaikan memakan kurma bagi ibu mengandung dan bakal melahirkan anak iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 ke 26. Ia mengenai kisah Maryam yang sakit untuk bersalin Nabi Isa a.s. Allah memerintahkan Maryam memakan kurma.


Buah kurma ini penuh dengan khasiat. Mengikut kajian ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohiderat yang tinggi 44 ke 88%, kadar serat 6.4 ke 11.5%, kadar protein 2.3 ke 5.6 %, lemak dan minyak antara 0.2 ke 0.5%. Ia juga kaya dengan kalium dan magnesium serta mengandungi boron, kalsium, kobalt, besi, mengenes, fosforus, natrium dan fluorin. Selain itu kurma juga mengandungi vitamin C, B1, B2, A dan asid nikotinik.

Buah ini juga dibina daripada 23 jenis asid amino yang biasanya tidak terdapat dalam kebanyakan buah-buahan lain. Buah kurma juga mengandungi selenium, bahan yang diperlukan untuk sistem pertahanan badan yang mampu mencegah kanser.

Gula dalam kurma adalah jenis glukosa dan fruktosa yang mudah diserap ke darah dalam badan. Karbohidrat dalam kurma wujud dalam bentuk glukosa dan fruktosa, jadi ia mudah diserap dengan segera.

Semasa sedang dalam proses melahirkan anak, kadar gula dalam darah akan cepat turun dan menyebabkan keletihan pada si ibu. Si ibu memerlukan karbohidrat bagi mengembalikan tenaga dan kalium yang berfungsi menyeimbangkan cecair dalam badan serta dapat memantap fungsi saraf dan otot. Justeru kurma ini sesuai untuk ibu mengandung.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
sumber: internet

Buah kurma Embah Humaira beli sekilo dari Johor dah siap buangkan biji


Embah dan Humaira

Maggi goreng pun sedap

Malam tadi dinner maggi goreng. Daddy request. Ini gara-gara tengok diari AF, mereka masak mee goreng brand MI SEDAP. Daddy suruh masak macam tu. Nasib baiklah iklan fastfood dah tak ada dekat TV, kalau tidak mesti kanak-kanak cepat saja tergoda dengan Mc Donald, KFC, Pizza, dll.. Bukan kanak-kanak saja, orang dewasa pun sama..huhu

Dekat rumah cuma ada maggi perencah ayam, mummy belasah buat maggi goreng. Masak dua paket tapi letak perencah ayam sepaket jer. Goreng bawang sampai garing, letak maggi, perencah dan kicap.

Silalah jamu selera, mesti ada yang tergoda bagi yang tidak bersarapan pagi ini..hahaha...

Thursday, April 22, 2010

Layan gambar bunga

Siapa pandai jaga bunga??? Mummy Humaira kalau tanam bunga mesti mati. Hahaha x pandai nak jaga ok. Kat rumah ni pun ada 4 pokok kaktus, itu pun hidup segan mati tak mau. Beli masa honeymoon dulu dekat Cameron Highland. Eh kira ok juga tak mati dah 3 tahun usia kaktus. Kesian kaktus tu, weekend ni nak belai balik la..

Ini gambar pokok bunga dekat rumah Embah Humaira. Dia pencinta pokok bunga. Kalau datang sini, mesti terjah Jalan Sungai Buloh cari pokok bunga. Sebab itu kalau datang rumah anak dia paling lama 2 hari je, takut pokok tak siram air. Kalau orang dulu-dulu tak nak duduk lama kt rumah anak risau ayam takder org bg makan.

Konon-konon dialog dengan Humaira:

Mummy: Bunga...bunga..
Humaira: Orkid la...


Ini pun pokok orkid


Tak tau nama pokok ni. Tapi masa mummy kecik2 dulu suka ambil bahagian tengah bunga tu kalau kita tarik dekat hujung tu ada air pastu makan, manis rasanya..hahaha x senonoh betul masa kecik2 dulu..

Sarapan pagi tadi..

Mlm tadi daddy request nak breakfast dekat rumah pagi ni. Mummy masak ala kadar saje. Pagi2 susah betul nak dapat mood masak. Buat roti bakar, hashbrowns scrambled eggs dan goreng nuget.

Lepas subuh Humaira dah jaga. Kononnya nak tolong mummy masak. Sebelum daddy makan kena bagi Humaira makan dulu, kalau tidak semua orang dikacaunya. Humaira breakfat apa?


Sekuat hati gigit kurma.


Nyum...


Makan roti...


our breakfast


dan nuget goreng

nuffnang

Related Posts with Thumbnails