My sweet story...

My sweet story...

Friday, September 27, 2013

sarang tebuan depan rumah

Bulan puasa lepas dah perasan tebuan buat sarang atas pokok depan rumah saya. Haih...byk sgt kisah pokok ni. Dua tahun lepas ada kisah misteri kt pokok ni juga..Entry kisah misteri di SINI..makin lama sarang tebuan makin besar dan tebuan merayau2...tak selesa bila sidai pakaian mesti ada tebuan berkeliaran, kita pula terpaksa mengelak. Nak bawa Humaira main basikal pun risau. So malam rabu lepas call bomba. Tak sampai sejam bomba datang dan hapuskan sarang tu. Terima kasih pasukan bomba...lepas ni saya tak risau lagi..

Atas pokok ni (dlm bulatan) tebuan buang sarang.. Rasanya Bomba gunakan api untuk bunuh tebuan

Dalam bulatan, sarang dah musnah. Yang hitam2 tu, tebuan mati



Monday, September 23, 2013

Basikal baru Humaira

Sebelum puasa Humaira minta nk basikal bila tgk kawan2 nya main basikal. 2 minggu lepas baru belikan basikal di area meru klang. Daddy nk colour yang universal, takmo pinky. Basikal ni nampak to big untuk dia, tapi takpelah boleh pakai lama. Harga rm150 ada warranty 3 bulan.





Tuesday, September 17, 2013

Projek roti

Hasil roti setelah belajar dengan makcik husband...Entry belajar roti DI SINI...seronok hokey bila menjadi. Adunan tu saya guna breadmaker ya..Tak larat nak uli dengan tangan..

Fresh from oven...masih panas lagi



Ada yang nak resepi, so saya share kat sini...

RESEPI ASAS ROTI..
  • 500g tepung roti (kedai bakery ada jual)
  • 1 biji telur gred B
  • Air 175g (depends ya...kalau uli dengan tangan kena lebihkan sikit sehingga adunan tidak melekat di tangan)
  • Marjerin 50gram
  • Lemak sayuran 30gram
  • Susu pekat 1 sudu besar
  • Yis 1 1/2 sudu besar
  • Susu tepung 1 sudu besar
  • Bread improver 1/2 sudu besar
  • Garam 1/2 sudu besar
  • Gula 75gram
Saya guna breadmaker (BM), so campur kan semua dalam tu, biar mesin yang buat kerja.

Tips: Yis tak boleh letak bersama garam. Garam menyebabkan yis tidak mengembang.

Friday, September 13, 2013

Happy 11 months old Firaas..

Terasa cepat masa berlalu, semalam genap usia Firaas 11 bulan. Lagi sebulan nak masuk setahun. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je mengandungkan dia...

11 bulan yang indah...tak banyak ragam jaga adik...Masih breastfeed..Dah mula praktis lepas tangan untuk berdiri. Nak melangkah tu macam takut sikit. 

Semalam masa mummy sibuk di dapur, dengar dua beradik ni ketawa. Rupa2nya tengah main nyorok2 dalam kotak. Si kakak menyorok dalam kotak, adiknya mencari. Sekali jumpa kakak kat dalam kotak, dia punya happy...Apa lagi grab kamera, terus ambik gambar dan rakam. Kenangan bila mereka besar nanti..

 happy main kotak sampai lunyai kotak tu. Adik ni kena sentiasa tgk, kita leka mulalah nk mkn kotak
Video adik mencari kakak

Bila kotak dah lunyai...mummy keluarkan benda ni..apa nama ek???aku panggil khemah je. hahaha




Thursday, September 12, 2013

Buat kek

Resepi ni dapat dari anak buah husband, baru je grad. So buat masa ni anak buah husband jual kek secara online. Yang berada di sekitar Melaka dan Muar bolehla tempat kek dengan Niena di facebook Simply Irresistible. Masa raya hari tu, makan kek ni rasa sedap pula.

Ini hasil air tangan saya. Sedap. Kek yang kaya dengan rasa coklat, ditengahnya dilapisi dengan nutella, ferrero rocher crumber dan juga whipping coklat.

Ini bodak tak sabar2 nak makan kek

Wednesday, September 11, 2013

Belajar buat roti

Aktiviti belajar buat roti ni dalam 2 minggu lepas kot. Dulu rajin buat roti, lepas mengandung anak kedua terus stop. Baru2 ni bila husband perli, bread maker terperap je dalam kabinet, saya cubalah nak meroti balik. Malangnya hampeh...dua kali buat tak jadi. Adunan jadi keras, langsung takde tekstur macam roti. Masuk cik tong semuanya...

Bila MIL saya ajak belajar dengan adiknya di Bangi, excited nak belajar. Pagi2 dah gerak ke Bangi untuk belajar buat roti. Nak buat roti sebenarnya cara uli sangat penting. Permukaan roti mesti kena licin, baru teksturnya cantik..

Jom kita main dengan tepung

Tunggu adunan kembang sebelum dibakar

Yang ini sausage bun

Pattern yang sempat makcik hubby ajar.

Sudah siap dibakar...ada inti kaya, rendang, kelapa, sausage dan juga donut
Donut...Dari dulu mmg suka donut makcik saya ni, lembut dan gebu. Guna tepung roti ni, sebab tu lembut

Sementara mummy buat roti, 2 beradik ni main piano..Humaira kata no...this is a keyboard. Hamik ko...Apa2 lah nak oiii
Anak bujang saya akhirnya lena setelah bergasak dengan kakak main keyboard.

Thursday, September 5, 2013

Kadangkala kita terlupa..

Assalamualaikum...Petikan ini saya dapat dari facebok..


Wednesday, September 4, 2013

Homemade playdough by Humaira

 Dah lama tak buat aktiviti dengan Humaira since beranak dua ni. Kekeke. Macam2 alasan mokcik Nieda ni. She really enjoy buat homemade playdough. Saya memang ada measurement equipment, so bagi arahan je kat Humaira. Dah hasilnya...dia sangat bangga dengan playdough buatan dia sendiri. Mummy  masakkan atas api. Baru 4 tahun, tak boleh lagi guna api.

Dah pernah buat playdough sebelum ni, simpan di tempat yang tertutup boleh tahan hingga 3-4 bulan. Palydough bagus untuk perkembangan motor halus dan kasar anak2. Entry lepas boleh tengok di SINI

Bahan-bahan dough yang selamat :
1- 1 cawan tepung gandum
2- 1 cawan air suam
3- 1 tbsp minyak sayuran
4- 1/3 cawan garam
5- 2 tbsp cream of tartar
6- Pewarna makanan

Dan cara penyediaannya sangat-sangat mudah.
a] gaul tepung,tartar dan garam hingga sebati
b] masukkan air suam sedikit demi sedikit.
c] tambahkan minyak sayuran dan gaul di atas api yang perlahan sehingga kenyal.
d] tutup api dan uli doh tersebut beberapa minit.

Step by step playdough by Humaira..Abaikan pemandangan di belakang itew...hehe. Cantik sungguh cara awak duduk..
1 cawan tepung gandum.
1/3 cawan garam

2 tbsp cream of tartar
 Sukatan untuk minyak dan air suam mummy yang buat, so xde gambar. Anak dara ni bising nanti kalau tangan berminyak2.

Aktiviti menggaul hingga sebati

Masak di atas api perlahan

sudah mula kental
Sangat happy nak pilih colour

She choose pink, green, purple, and brown

Letakkan pewarna dalam playdouh dan gaul. Jika melekat ditangan tambah tepung sehingga apabila diuli tidak lekat ditangan

Taraaa...Hasilnya. 

Dah boleh main. Kalau nak cantik letak pewarna banyak. Humaira punya malas nak letak colour banyak2. Dah tau dah...akhirnya semua colour akan bercampur bila dia mula main dengan playdough. Buat burger lah, roti, flower, macam2...

Monday, September 2, 2013

Supplement shaklee

Pengalaman saya menggunakan Shaklee bermula ketika berpantang anak kedua. Masa tu dah tau kena cser, saya lebih fikirkan untuk berpantang menggunakan supplement daripada jamu. So takyah risau tentang luka pembedahan ataupun anak kena jaundis. Hasil dari pembacaan dan review dari blogger ramai yang kata Shaklee is the best. Yang penting selamat, berasaskan sumber semula jadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, tiruan, pemanis, pewarna dan perisa. Produk Shaklee di Malaysia di sahkan HALAL oleh ISA-Islamic Service of America, badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Entry persediaan berpantang dengan produk Shaklee boleh tengok SINI.

Hasil berpantang dengan produk Shaklee ternyata banyak perbezaan berbanding berpantang anak yang sulung. Luka pembedahan cepat sembuh. Tak sampai seminggu saya dah boleh bangun sendiri tanpa bantuan ataupun sokongan daripada sesiapa. Jika sebelum ni, kalau dari posisi baring dan nak bangun punyalah seksa. DAN selepas seminggu berpantang tugas mandikan baby saya dah boleh buat.

Now, anak kedua saya nak masuk 11 bulan sudah. Dan saya masih setia dengan produk Shaklee. Buat masa ini saya ambil set ibu menyusu untuk memastikan tubuh badan sentiasa sihat dan cergas dalam menjayakan proses penyusuan susu ibu. Dan alhamdulillah sejak lahir sehingga kini anak saya belum pernah demam lagi. Berkat susu ibu kot. Hehe..

Shaklee ada menyediakan set untuk bf moms, set berpantang, kecantikan kulit, period tidak teratur/PCOS/ Kesuburan, resdung, asma, allergi, ekzema, sistem pertahanan badan, set untuk kurus pun ada.

Untuk bf moms, perlulah difahami bahawa supplement bukanlah satu cara membanyakkan susu ibu. Vitamin di ambil demi memastikian tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria, dan bersemangat dan secara tidak langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja. Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan iaitu LEBIH KERAP BAYI DI SUSUKAN ATAU LEBIH KERAP SESI PERAHAN, MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.Yang penting jangan stress.


Meal Shake sangat sesuai untuk anak2 yang kurang selera makan atau mempunyai masalah kurang berat badan.
1 canister = 544gram
1 sudu sahaja sehari (dewasa) & 1 sudu teh (kanak-kanak berusia dua tahun ke atas) . Boleh dicampur dengan minuman kegemaran anak2. 

Jika berminat boleh contact saya untuk dapatkan harga istimewa. Saya adalah pengedar SAH Shaklee di kawasan Shah Alam.

HASNIDA OMAR (ID 912847)
Tel / SMS/ Whatapps : 0133767896
Email: hasnidaomar@gmail.com
COD area: Shah Alam, Puncak Alam, Saujana Utama.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails