My sweet story...

My sweet story...

Friday, November 28, 2014

gambar Firaas

Anak  bujang saya. Adehhh..jarang mummy upload gambar Firaas dalam blog. Firaas tak minat bergambar, tetiba petang semalam mummy cakap nak ambil gambar adik, terus bagi kerjasama..

Adik dah 2 tahun 2 bulan. Sangat berbeza dari segi perangai dengan kakaknya.Almaklumlah anak bujang. Kalau sehari tak kena jerit dengan mummy memang tak sah.  Kawan gaduh kakak, suka sangat usik kakak Humaira. Apa-apa pun mummy tetap sayang kedua2nya..Semoga terus membesar menjadi anak yang sihat dan soleh.

Rambut dah mula panjang. Jangan harapla nak bawa gunting kat luar. Menangis macam kena dera. Dah 2kali trim rambut adik, itupun ketika dia tidur.

Bila adik tersenyum..


Aksi ketuk ketampi..haha kakak yang ajar adik ketuk ketampi

Pipi labuh


With kakak

Kakak jeles bila mummy upload gambar adik jer..ok belanja 2 gambar kakak.

Wednesday, November 26, 2014

Mini konvo tadika suria perdana

Mini konvo ni pada 16 Nov lepas, ini bermakna berakhir sudah seisi pembelajaran untuk tahun 2014. Konvo ni lebih kepada meraikan kanak2 6 tahun yang akan menamatkan alam pra sekolah sebelum melangkah ke alam persekolahan yang lebih formal. Humaira masih ada setahun lagi di tadika. Tahun depan Tadika Suria Perdana akan join tadika ABS. Humaira pun saya akan hantar ke tadika yang sama. Semoga lebih sukses.

Layan gambar-gambar sekitar majlis konvo Humaira. Majlis ni diadakan di dewan Alam Budiman. Semua pelajar dapat hadiah. Tiada no 1,2 atau 3. Bagi saya bagus buat begitu, sebab kanak2 ni baru lagi kenal alam persekolahan, tak perlu beri tekanan kepada mereka. 
 

Persemabahan dari anak2 Suria Perdana.

Persembahan tarian comel dari kanak2 4 tahun
Persembahan choral speaking dari kanak2 5 tahun. Senget benget tudung Humaira
Persembahan tarian kanak2 perempuan 6 tahun
Persembahan hafazan kanak2 lelaki 6 tahun

Humaira dapat hadiah beg frozen..happy kemain

Humaira dapat hadiah untuk peningkatan pembelajaran. Semua dapat hadiah, bergantung kepada potensi masing2..

2 beradik..













Thursday, November 20, 2014

Musim hujan bermula..

Selalunya akhir tahun akan berlakunya musim hujan. Alhamdulillah, hujan rahmat setelah kita di duga dengan musim kemarau yang panjang sehingga berlakunya catuan air di negeri Selangor.  Hujan turun dengan lebat dan kadang-kadang renyai tetapi dalam masa yang lama menyebabkan cuaca dingin dan sejuk, juga menyebabkan selsema semakin meniingkat. Tidak ketinggalan anak sulung saya, Humaira yang diserang demam selsema dan batuk, saya telah ke klinik dan kesusahan kami sekeluarga ialah Kakak susah nak makan ubat. Sebenarnya bukan Kakak sahaja tetapi ramai lagi kanak-kanak lain. Saya juga ketika kecil, susah nak makan ubat.

Hujan lebat dan berterusan ini menyebabkan kekerapan banjir kilat. Waktu-waktu monsun ini seringkali menyebabkan saya dalam kerisauan untuk membawa kereta ke KL kerana sering berlaku banjir kilat. Salah satu sebab yang saya perhatikan ialah pembersihan saluran air dan longkang yang kurang kerap. Apabila hujan turun dengan lebat, air yang sepatutnya mengalir ke saliran, gagal kerana tersumbat atau sempit akibat daun dan sampah. Jadilah banjir kilat. Kadang kala pembinaan berhampiran menyebabkan jadinya saliran tersumbat. 

Ada juga penyebab banjir kilat iaitu saliran tidak dapat menampung air yang terlampau banyak. Solusinya senang, tambah saliran, besarkan saliran. Keadaan hujan ini berlaku tiap-tiap tahun jadi mestilah sudah ada pengalaman. Sama juga solusi saliran tersumbat, bersihkan kerap. Jika disebabkan pembinaan, suruh pembina itu bersihkan saliran. 

Cuaca berat dihadapan. AWAS

Saya cuma rakyat yang risaukan keselamatan apabila berlaku banjir kilat, dan risaukan kenderaan dimasuki air. Saya cuma mahukan penyelesaian. Cuma kes angin kencang, ribut dan puting beliung yang dilihat semakin kerap berlaku memang tiada penyelesaian kecuali doa. Tanda bumi semakin tua. 
 
 

Tuesday, November 11, 2014

Cheap Tote Bag by Zalora

Tote menurut Wiki ialah ‘to carry’ dan bermula sekitar 1940an ianya menjadi kegilaan wanita di USA. Saya secara peribadi mempunyai beg tote berjenama dan saya sukakannya sebab beg tote ni besar, ada anak ini macam-macam boleh disumbat dalam tote. Lagipun tote ni trendy dan menepati gaya wanita urban masa kini, tetap stylo.
Dalam tote saya ada wet tissue, handphone, power bank, semuanya ada. Kalau lelaki mungkin mereka suka pakai beg di belakang macam beg laptop tapi kita kaum hawa ni lebih sesuai dengan tote, nampak lebih feminin.
Korang pernah tonton rancangan siri popular iaitu Sex And The City yang satu ketika dahulu? Jika ya, maka anda pasti kenal dengan karakter empat rakan yang tinggal di bandar New York, menceritakan tentang hidup mereka dalam mencari cinta dan kehidupan.

Daripada empat orang ini antara karakter yang paling disukai ramai ialah Samantha Jones. Seorang wanita yang mempunyai karier yang menarik, personaliti yang hebat dan seksi serta cita rasa yang sangat bagus terhadap fesyen. Samantha adalah contoh jelas wanita
urban masa kini yang begitu hebat dalam bergaya. Beliau sentiasa tampil dengan stail fesyen terkini dengan busana yang anggun dan koleksi tote bag yang paling cantik!

Bagusnya tote ni, kita boleh menggayakannya sambil memakai pelbagai jenis pakaian kerana terdapat pelbagai design tote dari segi material dan warna. Saya kebetulan meninjau-ninjau Zalora untuk melihat design tote dan koleksi cheap tote bag yang mengujakan, bukan sahaja ada design yang cantik-cantik tapi juga menawarkan harga-harga yang menjimatkan, maklumlah dengan keadaan ekonomi sekarang ini, kita sentiasa mencari sesuatu yang value for money.
Dulu masa petrol murah memang seronok lah window shopping kesana kesini mencari bag tote yang kita berkenan dan sesuai, tetapi semua ini memakan masa,tenaga dan wang. Nak bayar petrol lagi, duit parking lagi, nak hadap jem lagi. Bayangkan dah kesana kesini tapi masih juga tak jumpa tote kita. 
Dengan kemudahan online shopping seperti Zalora ni, boleh window shopping dari rumah sahaja, tak payah makeup tebal tebal, rambut macam sarang tebuan pun kita boleh window shopping. Kalau takde connection internet dirumah, boleh je guna mobile internet smartphone. Kalau rasa tak berkenan dengan barang yang telah dibeli di Zalora, jangan risau kerana Zalora mempunyai terms and condition yang melindungi pelanggan.
Oleh itu, apabila, point your browser to cheap tote bag dan terokailah pelbagai design tote dengan harga yang menarik. Selamat membeli belah secara maya. 

Tuesday, November 4, 2014

Gambar kelas

Seronok betul si Kakak Humaira dapat gambar kelas kali pertama dalam hidup dia. Setiap hari ditelek2 gambar sambil senyum sorang2..Saya pun tumpang seronok juga. Kuasa Allah, rasa macam baru sahaja Kakak dilahirkan. 




My hubby ada mencatit pengalaman ketika menunggu saya melahirkan si Kakak di sini. How historical those event to both of us.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails