My sweet story...

My sweet story...

Monday, October 29, 2012

Firaas sudah botak

Hari ni usia Firaas 17 hari, pagi tadi lepas mandikan Firaas mulalah projek membotakkan rambut Firaas. Anak kedua ni jadi berani nak cukur sendiri rambut anak dibantu oleh emak mertua. Masa Humaira dulu 4 bulan baru cukur, itupun minta tolong orang lain. Sunat rambut tu ditimbang dan berat rambut tu dinilai dengan harga emas semasa. Macam Humaira dulu berat rambut dia dalam RM 300++ dan duit tu disedekahkan kepada golongan fakir miskin.

Firaas yang bam bam. Last week nurse dtg rumah, berat sudah 4.1kg, berkat susu ibu. Alhamdulillah, susu makin meriah, rezeki anakanda..jaundis pun takde.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, October 19, 2012

Pengalaman bersalin anak kedua

Alhamdulillah saya telah selamat bersalinkan second junior, baby boy pada hari Jumaat lepas 12 Oct 2012 di Hospital Sungai Buloh secara cser. Hari Khamis pagi 11 Oct saya dah register untuk admit di Hospital. Petang tu dalam pukul 5.00 petang baru boleh masuk ward disebabkan ward penuh. 

Hari Jumaat, 12 Oct lebih kurang pukul 11.00 pagi saya ditolak ke OT untuk prosedur pembedahan. Perasaan berdebar, takut, gembira nak jumpa baby semua ada. Tapi perasaan gementar paling banyak menguasai diri, terpaksa menyerah diri untuk dibedah. Macam kes Humaira dulu, takdelah nervous macam ni, mungkin saya dah menanguung kesakitan terlalu lama, masa tu kalau boleh semuanya nak diselesaikan dengan segera. 

Lagi cuak bila tengok doktor dah stand by 2 pin darah in case kalau ada apa2 berlaku semasa pembedahan. Doktor pakar bius terangkan serba sedikit tentang prosedur bius. Bius separuh badah, cucuk di tulang belakang.  Lepas cucuk bius, tiba2 saya rasa tersangat pening, terasa hearbeat laju sangat..sangat2 tak selesa. Tak silap saya lepas tu doktor bius suntik ubat baru ok. Selepas itu bermulalah prosedur perut dibelah. Tepat pukul 11.50 pagi keluarlah hero saya. Itupun kena forsep sebab susah tul nak keluarkan baby. Saya terasa doktor tekan bahagian bawah dada banyak kali untuk keluarkan baby. 

Bersalin di hospital kerajaan, tak bolehla nak bermanja2. Semuanya kena independent. Petang tu, baby dah diletakkan bersama ibu. Yang bagusnya, kita dah boleh mulakan skin to skin contact dengan baby dan boleh breastfeed baby. Sakit operate tu tolak ke tepi dulu. Apa2 pun terima kasih atas layanan nurse2 di wad 6b. Semuanya baik2..Kesan ubat bius sampai pagi esoknya baru hilang. Minum atau makan semuanya keluar balik.

Hari Selasa, daddy dah register nama baby di JPN Kota Damansara. Kami sebulat suara memilih nama HADIF FIRAAS. Hadif bermaksud yang mempunyai matlamat. Firaas pula bermaksud  kecerdikan. Untuk short nama kami memanggilnya Firaas. Cantik no IC Firaas, 12101210**. Hehe..Daddy pun dah bukakan buku akaun tabung haji untuk Firaas, Embahnya yang suruh buka. Macam biasa buku tabung haji Firaas, Embahnya yang simpan sama macam kakaknya..

Penerimaan Humaira terhadap adik baru?? Alhamdulillah dia sangat sayangkan adiknya. TAPI punyalah sensitif bila mummy tegur kalau ada benda yang salah. Mulalah menangis. Kesian Humaira, sedikit terabai. Sangat nampak, sekarang ni dia mula mencari kasih sayang dari daddy. Pantang daddy balik lambat sikit, mulalah tanya kenapa daddy tak balik2 lagi. 

Untuk Humaira, ketahuilah anakku...mummy sangat2 sayang kedua2 anak mummy. Sekarang ni adik baby masih kecil, semuanya perlukan perhatian dari mummy. Adik baby hanya ingin berkongsi kasih sayang mummy dengan kakak. Kalau boleh diukur dengan graf, kalian berdua sama sahaja dalam carta hati mummy. Semoga kedua2 anak mummy membesar dengan penuh kasih sayang. Hug and kiss dari mummy untuk anak2...Tetiba sebak plak..

Firaas @ 6 days. Dah pandai keluarkan tangan. Sekali tangan tak dapat keluar, mulalah mengamuk. Bila berjaya keluar, tidur lena plak..





* Dapat update sekejap ni sebab Firaas tengah tidur, daddy bawa Humaira jalan2.


Monday, October 15, 2012

introduce our second junior

second junior, baby boy..lahir pada 12oct hospital sungai buloh. berat baby 3.43kg.we will update later..

Wednesday, October 10, 2012

Menghitung hari..

Menghitung hari detik demi detik, cewah...Esok dijadualkan saya akan admit di Hospital Sungoi Buloh. Appointment pukul 9.00 pagi tapi rasa macam nak datang lewat je. Rindu untuk tinggalkan pengarang jantung hati, si Humaira. Malam tadi, mummy belikan surprise present untuk Humaira, Lego dan juga playdough. Nanti nak balut cantik2. Motif...supaya bila mummy masuk hospital nanti takdelah dia sedih sangat. Ke emaknya yang emosi lebih???hehe..

Malam tadi masa belikan present untuk Humaira, mummy sendiri yang cari. Daddy bawa Humaira jalan2 tempat lain. Rupa2nya dia ingat mummy dah masuk hospital. Daddy ajak Humaira makan, sikit je yang dia jamah. Selebihnya daddy kata dia termenung, ulang2 cakap mummy masuk hospital. Bila Humaira nampak je mummy terus berlari datang peluk mummy. So touching. Daddy awal2 dah pesan, esok admit kat hospital, tunjukkan kita kuat. Harap2 takdelah berlaku drama air mata..Sob sob..

Penngarang jantung hati mummy and daddy..



Friday, October 5, 2012

Persediaan berpantang

Ada lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum deliver baby. Masa Humaira dulu saya guna set berpantang mustika ratu, sudahnya banyak jamu dalam tu tak makan. Humaira ada jaundis sikit masa lahir dan disebabkan cser macam takut je nak makan jamu. Memang kurang sangat ilmu masa tu, tak expect pun akan cser. Sekarang ni maklumat di hujung jari, taip je guna pakcik google, semua ada. 

Kali ni saya ambil supplement shaklee ambil full package set berpantang. Rata-rata yang menggunakan shaklee semuanya memberi respons positif. Harga pun takdelah mahal sangat dalam rm260++ termasuk OsteMatrix. Boleh tahan sehingga 4 bulan dan bagus untuk breastfeed moms. Saya beli set shaklee ni dari Alin. Senang bekerjasama dengan Alin, boleh COD.

Set berpantang cuma OSteMatrix takde dalam gambar.

Untuk bengkung pula, saya beli bengkung moden dari Puan Fazidah. Malam kelmarin terus datang rumahnya untuk cuba dulu bengkung moden tu. Banyak kali juga fikir nak beli ke tidak, harganya agak mahal juga. Tapi disebabkan saya pernah pinjam kawan saya punya bengkung moden rasa selesa sangat pakai. Walaupun nanti badan dah slim, masih boleh pakai sebab velcro tu boleh melekat di semua bahagian. Nak beli premium beautiful den tak mampu. Huhu...

Saya ambil bengkung moden 4 panel,  gel sirih slim dan mandian herba


Untuk air gamat, kawan saya Yus cadangkan ambil air gamat jenama bidadari. Based on her experience katanya dalam masa 2 minggu dah ok. Takdelah sakit bila nak batuk dan bersin. Memang hazab setiap kali nak batuk or bersin, sakit sangat kt tempat operation tu. Lagi satu kalau naik kereta terhentak, memang hazab. Beli sebotol je dulu tengok macamane penerimaan tekak. Hehe. Humaira dulu saya guna jelly gamat healin, not bad rasanya. Cumanya hari tu bila pergi kiosk house of healin di Tesco Setia Alam, jelly gamat yang macam saya berpantangkan Humaira dah takde.

Monday, October 1, 2012

Debaran bulan October

Sekejap je masa berlalu, dah masuk bulan October. Berdebar menanti kelahiran second junior. Minggu ni dah masuk 37 minggu. Kaki pun dah mula bengkak, bila buat kerja rumah sekejap je dah penat. Terasa kepala baby dah ke bawah. Dah 2 minggu bila bangun tidur tangan terasa kebas, sampai tak boleh nak genggam. Mula2 dulu cuma jari manis belah kanan je rasa kebas, sekarang ni semua jari belah kanan sukar nak genggam, bangun tidur terpaksa urut dulu baru ok. Sesekali berjangkit juga kebas di bahagian tangan kiri. Masa mengandungkan Humaira tak pernah pula jadi macam ni. Seingat saya masa first pregnant kaki selalu cramp, tapi alhamdulillah yang second ni tak pernah lagi kena. 

Setelah google di internet, terjumpa blog DR Zubaidi mengenai rasa kebas tangan ketika hamil. 
Keadaan ni dinamakan "carpal tunnel syndrome".Syndrome ini selalu dikaitkan dgn mereka yang pekerjaannya byk menggunakan tgn seperti kerani yang menaip tetapi kerap juga berlaku pada ibu mengandung

Simptom2 termasuk kebas, rasa mencucuk2, pedih, sakit di jari, tangan, pergelangan tangan dan lebih teruk hingga boleh menyebabkan tgn lemah, tak mampu nak pegang brg atau brg terlepas dr tgn..

Kebiasaannya kedua2 belah tgn akan mengalami simptom ini dan boleh terjadi pada bila2 masa sepanjang kehamilan tetapi selalunya bermula atau semakin teruk pada separuh kedua kehamilan kerana pada masa itu ibu hamil banyak menampung air dalam badan.

Ibu-ibu yang mengalami simptom di atas jangan risau kerana selalunya ia akan hilang selepas bersalin. Jika simptom berterusan sehingga lepas bersalin, sila dapatkan nasihat pakar orthopaedic.
 
Counting down 11 October, saya akan admit di Hospital Sungai Buloh. Insyaallah 12 October saya akan menjalani pembedahan untuk keluarkan baby. Dijangka saya akan dibedah pada pukul 10 pagi. Doakan  semoga ibu dan baby selamat. Kenapa cser?? dah pernah cerita di SINI.  

Sebenarnya, susah hati juga nak berpisah dengan Humaira. Budak sorang ni sangat manja. Nak tidur mesti cari mummy. Sebelum tidur kena tepuk sampai tidur, lepas ni daddy kena take over, Harap2 Humaira baik2 saja dengan daddy. Nasib baik mertua pun ada datang time tu. 

Gambar mak buyong yang makin lebor..


 
 

nuffnang

Related Posts with Thumbnails