My sweet story...

My sweet story...

Thursday, January 31, 2013

Aktiviti art dan homeschooling

Since this year Humaira dah masuk umur 4 tahun tapi mummy tak hantar lagi pergi preschool so perancangan nak buat banyak aktiviti homeschool. Bukan mudah nak mengajar kanak2 ni, fokus mereka sekejap aje. Tapi kalau bagi layan youtube boleh plak brjam jam. Respect betul dengan teacher preschool.
Dah kenal ABC cuma ada beberapa huruf yang dia confuse macam M dan W, O dan Q. Now tengah train aktiviti susun huruf A - Z menggunakan kad imbasan.

Budak2 memang suka aktiviti art. Kalau ajak buat art laju aje. 

Antara aktiviti minggu lepas..

Menggunakan plasticine. Macam2 bentuk ada. Tapi saya lagi suka guna playdough. Cuma playdough ni cepat keras bila terdedah lama2. Nanti mummy buat home made playdough yer Humaira..

Resepi play dough dan kebaikannya 
saya ambil dari blog Teacher Munira. Humaira dulu pernah join aktiviti playgroup yang dianjurkan oleh Munira Di SINI.

'Playdough play" adalah sangat-sangat baik untuk perkembangan fine motor skill kanak-kanak.
Bermain dengan dough ini boleh bermula seawal kanak-kanak berusia setahun. 
Aktiviti menggolek,mengepal dan menekan dough dengan kuat *atau perlahan* merangsang motor-motor halus mereka bekerja.
Dan kerana usia kanak-kanak yang masih kecil,penyediaan dough yang selamat harus di utamakan!
Superduper easy peasy homemade playdough recipe.
ia mudah,murah dan selamat!*weee*

Bahan-bahan dough yang selamat :
1- 1 cawan tepung gandum
2- 1 cawan air suam
3- 1 tbsp minyak sayuran
4- 1/3 cawan garam
5- 2 tbsp cream of tartar
6- Pewarna makanan

Dan cara penyediaannya sangat-sangat mudah.
a] gaul tepung,tartar dan garam hingga sebati 
b] masukkan air suam sedikit demi sedikit.
c] tambahkan minyak sayuran dan gaul di atas api yang perlahan sehingga kenyal.
ohhh,ia mengambil masa yang pendek untuk menjadi kenyal 
dan gaulan itu harus dengan tekun dan sabar *wink*
d] masukkan pewarna makanan, 
e] tutup api dan uli doh tersebut beberapa minit.
dan..taraaaa,ia nya sempurna untuk di mainkan!


nota kaki kecil dari guru kanak-kanak kecil *gheeee*

1- Rangsangan otak
Penglibatkan kanak-kanak dalam penyediaan doh ini merangsang otak mereka bekerja.
rangsangan ini akan menggalakkan mereka berfikir.dan berfikir menjadikan kanak-kanak itu bijak.*that's true*

2- Pembelajaran Matematik yang mudah
aktiviti sukatan dan timbangan ini melibatkan aktiviti matematik yang mudah.
biarkan kanak-kanak kecil memasukkan bahan-bahan tersebut
dan start 'learn while they are playing!'
mereka akan belajar makna 'satu pertiga' 'setengah' dan sebagainya!

3- Self-esteem
cara mudah untuk meningkatkan self-esteem kanak-kanak..
biarkan mereka memilih warna kegemaran mereka di dalam penyediaan doh ini.
melihat doh di perbuat dengan hasil pilihan warna mereka akan meningkatkan self-esteem anak-anak ke tahap tertinggi * wah,tertinggi*
tidakkah sesuatu yg membanggakan apabila mereka menyebut ' warna ini kita pilih tau!' hehehehe

4- Perkembangan Bahasa 
Mereka akan banyak belajar bahasa yang baru.
perkatan uli,kepal dan picit dan sebagainya adalah sesuatu yang baru bagi mereka.

 Jom buat puppet..DAN inilah hasilnya...Taraa
 
Hasil kerja Humaira. Jahit jelujur tu Embah Humaira yang ajar. Dari mula sampai habis Humaira jahit. Proud of u lah sayang.

Wednesday, January 30, 2013

Milestone Firaas: Meniarap

27 January lepas aksi pertama Firaas meniarap setelah lama praktis mengiring. Angkat bont*t tak lepas2..Akhirnya Ahad lepas berjaya juga Firaas meniarap di usia 3 bulan setengah.  Kakak Humaira dulu meniarap di usia 2 bulan setengah. Lain baby lain perkembangannya. Sebenarnya dah lama dia mengiring, percubaan nak meniarap. Mummy aje terlepas pandang. Siang, banyak masanya diletakkan dalam rocker, sebab takut  Humaira terlanggar adik. Kakak suka main basikal dalam rumah. Sampailah kakak saya kata jangan letakkan Firaas selalu sangat dalam rocker, nanti dia tak praktis meniarap. Memang betul pun, lepas 2 hari kakak saya cakap macam tu, terus Firaas boleh meniarap setelah mummy letakkan Firaas kat tilam baby. Sorry sayang..

Berat Firaas di usia 3 bulan ialah 7kg..Fuh memang semangat hokey...Tak larat dah mummy nak pegang lama-lama. Menyusu kuat tapi tak juga mummy kurus. Apa kes ni..

Yeah..mummy dah tak letak dalam rocker..

Mengiring..Praktis & praktis..

Akhirnya berjaya juga adik meniarap..

Dah pandai meniarap ni, bersepah2 kedudukan  Firaas. Elok je mummy baringkan atas tilam, tak lama lepas tu tengok kedudukan dah lain. Paling jauh dia pergi sampai kat pintu utama. Adik owh adik..

Suka sangat buat aktiviti menyembur. Basah baju, terpaksalah pakai bib..
Suka sangat angkat tinggi2. Mulalah gelak mengekek. Cute sangat adik gelak.



Wednesday, January 23, 2013

DIY projek paper bag akikah

Tengah busy menyiapkan paper bag akikah untuk Firaas, plan nak buat majlis masa raya cina nanti di rumah mertua. Paper bag ready made di pasaran boleh tahan mahal juga. Timbullah idea nak buat paper bag sendiri. Banyak woo boleh save budget. Hasil carian di internet, semakin polular paper bag yang orang buat goreng pisang tu. Hias sikit2 mesti cantik. End up, orang akan buang juga paper bag tu, so takyah beli mahal2.

Discuss dengan husband, nak beli paper bag ni untuk bagi doorgift. Dia cakap biar betul, buruknya. Haha I jawab, takpe kita hias kasi cantik. Last2 dia kata sukahati awaklah.


Banyak design cantik2 hasil carian di Internet...
Mula2 plan nak print je macam gambar kat atas ni, sama ada print colour ataupun black and white. Aduss printer saya tak cukup power, kena print satu2, kalau masuk banyak sekali dia akan sangkut. So reject.. Pastu timbul idea nak letak sticker je macam gambar kat atas tu, untuk satu kertas A4 kedai charge RM6.50. Mahal..so cancel. Banyak songeh betul mokcik ni..hahah

Fikir punya fikir...akhirnya inilah hasil paper bag untuk Majlis Akikah Firaas. Buat lebih kurang dalam 250 keping je, progress sekarang ni nak kena lekatkan tq tag..Kelemahan guna white paper bag ni, kertasnya nipis compare dgn brown. Lagi satu takde base (tapak) kat bawah. Memang kena buat tapak sendiri. Tapi mokcik suka warna putih lagi. Haha..

Tq tag plan asal nak letak gambar Firaas instead of stroller. Tapi bila fikir balik orang akan buang juga tag tu, mokcik tak rela gambar Firaas masuk tong sampah macam tu jer.
Lagi cantik kalau lekatkan ribbon warna biru atas doily paper tu, TAPI saya tak rajin. Nak menyiapkan 250 keping pun bercinta, ada anak kecil ni tak boleh nak fokus lama2. Kejap2 nanti si Firaas ni nak breastfeed

Letak ribbon macam ni, cantik sangat...


Kira budget untuk paper bag:
  • White paper bag saya beli di Kedai menjual peralatan bakery BAGUS seksyen 13... 100 keping RM6.90 (kalau guna brown paper bag lagi murah, 100 keping dlm RM3.20 di Mydin USJ)
  • Doily paper (selalu org buat lapik untuk biskut raya) BAGUS seksyen 13.. 200-250psc RM5.90
  • Crepe paper warna biru beli di Kedai Stationery sekeping RM0.80 sen. Saya beli 10 keping boleh dapat untuk + - 250 keping. 
  • TQ tag guna kertas A4 120gm beli di Kedai Stationery untuk 100ps RM7.90. Satu kertas A4 boleh muat dalam 12 tag. Lebih kurang 21 keping kena print.
  • Stick glue untuk lekatkan crepe paper lebih kurang RM8.00
  • Double sided tape untuk lekatkan TQ tag RM2.50.

Dalam perancangan nak letak homemade coklat dan juga kerepek dalam paper bag. Weekend lepas saja buat projek coklat. Buat sikit je dulu, saya beli coklat compound 250 gram. Hopefully projek buat coklat ni menjadilah..Macam biasa sebab si Firaas ni, mana boleh tengok mummy dia bersilat kat dapur. Kalau boleh duaplohempatjam nak mummy depan mata diaaa..Firaas oh Firaas kasi chance kat mummylah nak buat coklat. Kalau menjadi projek buat coklat ni akan update kat blog...

Personalized coklat bar untuk org dewasa

Untuk kanak2 ribena nak bagi coklat lolihoc. Dalam tu ada letak biskut oreo. Kalau tempah kat luar RM2.50 sekeping..Mahalnya, sebab tu timbul untuk buat projek DIY

Anakanda Humaira sedang menikmati coklat lolihoc. cantiknya mulut..

Thursday, January 17, 2013

Kakak Humaira vs Adik Firaas

Gambar Humaira dan Firaas masa baby. Sesekali sekarang ni Firaas dah ada iras2 kakak Humaira. Yang pasti hidung dua2 sama besar. hahaha..



Wednesday, January 16, 2013

Aksi Firaas nak tidur

Tipikal budak kecik, nak tido mesti nak merengek atau menangis dulu. Kadang2 mummy layan juga, tapi kalau busy buat kerja rumah, self  independent lah Firaas. Merengek, lama2 tidur sendiri. Hehe..Macam mulut burung, asyik nak hisap candu mummy dia je. Sudahnya muntah..Habit terbaru hisap jari. Kalau boleh sepuluh jari mau masuk mulut.

Budak bam bam ni mata dah kuyu
Antara aksi Firaas sebelum tidur. Muka rimas, hisap jari, menguap dan akhirnya baru tidur.

Akhirnya lena juga

Kakak Humaira dan adik Firaas





* semangat tahun baru kononnya nak rajin update blog, nampak gayanya belum tercapai lagi. Saya tengah busy prepare paper bag untuk Majlis Akikah Firaas bulan Feb nanti. Disebabkan budget kurang, so terpaksalah DIY (do it yourself) paper bag. Nanti dah siap, saya upload kat blog.

Tuesday, January 8, 2013

Jatuh cinta dengan jenama scotch brite

Dari dulu memang suka jenama scotch brite. Walaupun harga agak mahal dari jenama yang lain tapi memang puas hati pakai. Mula2 dulu beli sponge basuh pinggan. Sponge ni memang heavy duty, pakailah lasak pun, sponge hijau dengan kuning tu tak akan tertanggal. Kalau kat supermarket brand  yang murah2 tu kejap je dah tertanggal. 

Sejak akhir-akhir ni rambut saya dah mula gugur dengan banyaknya. Tension tengok lantai bersepah2 dengan rambut. Belum sempat potong rambut lagi. Penat mokcik pagi petang kena vacum, pakai penyapu biasa tak bersih. Sehinggalah terjumpa high performance micro fiber mop. Mop ni boleh guna kering dan basah. Semua kekotoran akan melekat dekat micro fiber tu. Mudah keja mokcik.so far memang puas hatilah..Yang ada anak kecik suka tumpahkan makanan, ambik je mop ni basahkan kain dan terus mop. Kalau mop biasa kena ambil baldi, kena bilas lagi. Leceh..leceh. nampak sgt mokcik ni pemalas


Kain fiber tu dah kotor boleh basuh. Agak2 dah teruk boleh je ganti baru. Kat hypermarket ada je jual kain fiber tu. Batang mop tu boleh adjust.
Bibik kecik alaf baru tengah mengemas rumah
  
Batang mop tu pun tahan lasak, so far saya juga ada guna mop biasa jenama scotch brite ni tak pernah patah lagi. Material memang bagus. So far dah dua kali ganti strip mop. 




Friday, January 4, 2013

Welcome to the world Meor Muhammad Amzar Iman


Inilah anak my BFF, Yanie yang lahir pada 28 Dec 2012 di Hospital Putrajaya. Baby hujung tahun ni. Comel sangat, geram tengok, macam muka kakak dia juga, Insyirah.

Firaas dan baby Iman. Beza 2 bulan lebih je tapi anak mummy bam bam.

Thursday, January 3, 2013

Dunia si kecil

Playgym ni mummy beli masa Humaira baby lagi. Sebab itu warna pink. Bila Humaira dah besar bagi pinjam dekat sepupu dia pula, then pass kat Firaas pula. Playgym ni baru je Mak Long pulangkan masa new year tempohari. Ini namanya mainan turun temurun. Baju bajan Humaira masa baby pun semua dah bagi dekat sepupunya, Khaira. Kot2 lepas ni mummy ada baby girl lagi, haruslah pass balik. Hehe..Yelah daripada tersimpan je, baiklah bagi dekat anak buah.


Mummy upload video Firaas ye.

Wednesday, January 2, 2013

Wordless wednesday..

Entry tanpa kata2..Entry pertama untuk tahun 2013. Warming up dulu

Gambar dua beradik. Makin bam bam Firaas

nuffnang

Related Posts with Thumbnails