My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, November 30, 2011

Pembantu baru di dapur


Gadget baru dapur saya, breadmaker dan oven. Dah lama kepingan nak breadmaker. Dari awal tahun hari tu. Tiap2 hari berzikir kat hubby nak breadmaker. Hehe..Akhirnya tertunai juga harapan ku..Saya survey BM paling murah brand tesco RM249. Search di Internet brand Elba pun ada dalam rm3++ tapi saya tak pernah jumpa lagi di pasaran. Hubby decide nak ambil brand kenwood, BM250.

Dah pun selamat digunakan. Percubaan pertama saya buat loaf bread je. Masuk je semua bahan2 dalam tu lepas tu tidur. Bangun2 dah jadi roti. Suka2.. Nanti saya upload gambar roti. Lepas ni bolehla buat aktiviti meroti.

Tergedik2 juga nak oven dengan alasan ada biskut kena masak guna api bawah je. Hehe..Baru2 kahwin dulu memang kami ada beli microwave oven untuk jimat space dapur. Semua include sekali, microwave, oven, grill dll.

Inilah microwave oven yang banyak berjasa. Dari buat kek, biskut sampailah memanggang semua boleh. I love u lah..Walaupun dah ada yang baru saya tetap gunakan awak ya.

Selamat Pengantin Baru Khairul dan pasangannya

Cuti sekolah sangat sinonim dengan perkahwinan. Setiap minggu penuh dengan menghadiri kenduri kahwin. Minggu ni kami akan menghadiri kenduri kahwin di Perak dan minggu seterusnya di Negeri Sembilan.

Ahad lepas kenduri kahwin sepupu husband di Bangi. Tema perkahwinan warna kuning, so sweet.

Selamat pengantin baru...Semoga gembira melayari hidup berumahtangga




Humaira asyik tengok ikan dalam kolam.

Tuesday, November 29, 2011

Kenduri doa selamat

Gerak balik Muar petang Khamis, sampai sana dekat pukul 8 malam. Jemaah surau tengah baca yassin masa tu. Untuk kenduri doa selamat malam tu, lauk pauk semuanya ditempah, cuma emak masak nasi je.

Hidangan untuk kaum muslimah di dapur. Apam polkadot tu saya buat.Hehe


Bontrot..Orang jawa taulah apa benda tu..hihi..Bungkus kuih dan sedikit buah tangan dari mekah, kurma, tasbih dan keychain.



Emak tengah layan tetamu menikmati manisan dari Mekah dan juga air zam zam



Selingan..Aktiviti wajib Humaira balik kampung..Berendam dalam bathtab


Anak dara mummy kalau suruh posing laju je..Jubah dengan tudung embah Humaira bagi. Labuh, dalam kepenatan sempat lagi embah Humaira repair...Otw balik elok je pakai jubah dan tudung, sampai rumah baru buka..



*Bermalam di Muar sehari je, Jumaat dah balik Shah Alam. Emak dengan Ayah pun tak berapa sihat, tengah batuk. Ahad pula ada kenduri kahwin di Bangi. Musim cuti sekolah ni banyaklah kenduri kahwin.

Thursday, November 24, 2011

Menyambut mertua di KLIA

Malam tadi kami gerak dari rumah pukul 12.50 pagi, sampai ke KLIA dalam pukul 1.30 pagi. Humaira tengah nyenyak tidur, angkut je masuk dalam kereta. Sampai KLIA penerbangan ayah dan emak dah sampai cuma jemaah haji masih belum nampak lagi. Maybe proses pengambilan barang memakan masa. Dalam setengah jam menungggu barulah nampak jemaah haji keluar.

Humaira macam biasalah, nak berdukung. Bad mood kacau tidur dia. See...ramaikan saudara mara menunggu ketibaan jemaah haji


Bersama family Cik Cham (adik emak).


Sudah nampak jemaah haji mula keluar...


Hanya sempat ambil gambar emak di parking lot aje. Ayah dah jalan laju ke depan. Suka betul Humaira, macam2 Embah dia beli ole2 untuk dia.


Emak dengan ayah bermalam di rumah Cik Cham di PJ. Pagi tadi dalam pukul 7.30 pagi mereka dah gerak balik Muar. Tak sabar2 nak tengok rumah katanya. Kami sampai rumah lebih kurang pukul 3.00 pagi.

Pagi tadi husband ada present untuk topik PHD dia. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Risau juga sebab malam tadi husband tak cukup tidur, dia pun nampak nervous masa nak pergi present tadi. Panel tu kata clear topic, almost perfect, and panel tu wish dekat supervisor husband...tahniah juga untuk supervisor u for doing a good job. For husband, congrates..ini baru permulaan..Banyak lagi cabaran, orang kata PHD ni Permanent Head Damage. Harap2 tidaklah sampai macam tu.. Hehe..

Kejap lagi kami akan balik Muar. Malam ni ayah dengan emak nak buat kenduri doa selamat sikit. Bagi husband rest sekejap sebelum gerak balik kampung..

Tuesday, November 22, 2011

Kiriman ketiga dari tanah suci

Kiriman ketiga dari mertua di Mekah. Satu kotak besar berupa kain, dan cenderamata. Kiriman pertama dulu satu kotak besar buah kurma, kemudian sebelum raya Haji lepas 3 botol besar air zam zam.

Dijangka mertua akan sampai Malaysia malam esok (24 Nov) jam 2 pagi. Insyaallah husband dan sepupu dia akan ambil di KLIA. Semoga mereka selamat pulang ke tanah air. Mummy dengan Humaira masih berbelah bahagi nak turut serta atau tidak ke KLIA. Pukul 2 pagi Humaira tengah tidur, kalau bawa stroller nanti tak muat pula beg ayah dengan emak nak letak dalam bonet. Masih samar2 sama ada ayah dan emak akan tidur rumah kami atau rumah adik emak di PJ. Pagi tu husband ada hal yang sangat penting yang tak dapat dielakkan. Dia kena present proposal di IPSIS. So awal2 pagi dah kena gerak ke main campus. Pagi Khamis tu ayah dengan emak memang nak balik Muar, so terpaksa minta tolong sepupu husband hantar balik Muar. . Mummy belum pasti dapat balik Muar atau tidak, bergantung kepada daddy sama ada boleh habis awal atau tidak presenatation tu. Malam tu emak dengan ayah nak buat doa selamat sikit, panggil orang surau je dalam 30 orang.

Isnin lepas sampai..macam2 ada


Terselit juga mainan untuk cucu kesayangan, Unta...Bila on punyalah Humaira takut. Berlari dekat daddy bila unta tu berjalan.


Unta yang berjalan..Humaira penakuttt

Tahniah buat pasukan Malaysia


Malam tadi sangat berdebar2 tengok perlawanan bola sepak antara Malaysia menentang Indonesia walaupun menang tipis Malaysia tetap JUARA melalui sepakan penalti. Tahniah buat pasukan Malaysia yang bermain dengan baik. Khairul Fahmi menjadi hero kerana berjaya mengagalkan 2 sepakan penalti pemain Indonesia.

Humaira lagi bersemangat. Petang tu dah siap pakai jersi Malaysia..Heheh























Tahniah ye Pasukan Malaysia.

Monday, November 21, 2011

sleeping beauty

Sleeping beautylah konon...hehe setelah penat melasak, masa untuk charge batery pula. Kasi full balik tenaga.. Lepas ni boleh melasak balik. Tengok Humaira tidur, rasa macam dialah manusia paling baik dalam donia...Bila dah berjaga hadoiii penat nak melayan. 

Peel terbaru suka sangat sebut AKU..Mana dia belajar entahler. Sama ada tengok dalam Upin & Ipin atau selalu dengar daddy dia cakap di HP. Malam tadi selamba je sebut AKU NAK bila nak ambil bola dari daddy. Lepas tu mummy timbang berat yang dah tersedia berat boleh pula dia sebut AKU PULA TIMBANG... Aishhhh babab nanti baru tau

 Kasi charge energy dulu


Baby Humaira...Paling berbaloi beli anak patung ni. Mummy beli masa first ime cash out cheque dari nuffnang.  Peneman Humaira ke mana saja, tidur malam mesti nak ada baby, pergi jalan2 pun mesti bawa baby. Kadang2 susah betul nak mandikan Humaira, ajak baby mandi sekali, lajulah masuk bilik air. Nasib baiklah baju baby ada 2 pasang, so bolehla selalu tukar2...

Friday, November 18, 2011

Cucur udang dan kuah kacang

Lately ni asyik hujan petang, mulalah teringin nak makan macam2. Ini projek weekend lepas, buat cucur udang. Search resepi di SINI tapi guna je bahan yang ada di dapur, husband tak makan tauge so tak letak pun tauge. Saya copy paste resepi di sini untuk rujukan di kemudian hari.




Resepi:
  • 1 cawan tepung gandum (1 sudu besar tepung diasingkan)
  • Beberapa ekor udang (untuk diletakkan di atas cucur)
  • kucai
  • 1 biji bawang dihiris halus
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil baking powder
  • secubit garam
  • pewarna kuning atau serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN:

1.Masukkan tepung dalam sebuah bekas

2.Masukan Yis kering kedalam Tepung kacau rata.

3.Masukan garam,daun kucai, perwarna kuning ke dalam tepung.

4.Masukan air kedalam adunan tepung. Adunkan semua bahan sehingga sebati.Tentukan adunan tidak cair sangat dan pekat.Sesuaikan kelikatan adunan tepung. Apabila selesai tutup adunan tepung itu dan biarkan selama 1 jam untuk tepung itu bangkit.

5.Panaskan kuali.Tentukkan api dapur untuk mengoreng cucur tidak terlalu keras.Medium memadai.Jangan pula terlalu kecilkan api.Ini akan menjadikan cucur anda akan meresapi terlalu banyak minyak.Hasil Gorengan pertama anda akan memberi keputusan yang anda perlu sesuaikan api dapur anda. Gorengan pertama mula dengan satu atau dua dulu.

6.Tepung yang diasingkan (1 sudu besar) masukan sedikit air supaya menjadi likat.Masukkan udang besar yang dibersihkan supaya belumur dengan tepung likat ini (sebagai gam). Ini menentukan udang yang goreng diatas cucur, tidak mudah bercerai semasa gorengan.

7.Cara goreng cucur mempunyai berbagai cara. Untuk gorengan cara mamak adalah cara yang mudah.Gunakan sudip ambil sebahagian tepung dari bekas tepung dan letakan udang besar (dilumur tepung) diatas tepung yang perlu digoreng. Masukan kedalam kuali.

8.Walau pun masa gorengan tergantung pada size dan kawalan api dapur kebiasaannya sekiranya gorengan cucur sedia masak akan timbul ke atas permukaan minyak gelembong udara akan terhenti. Apabila gorengan bertukar warna kekuningan emas biasanya cucur telah sedia masak. Keluarkan dari kuali dan letakan di atas kertas tisu dapur untuk menyerap minyak yang berlebihan.


Resepi kuah kacang pula saya intai resepi Azlita dari blog masam manis DI SINI. Owner asal resepi ni adalah Dayang Jack di my resepi. Percubaan pertama membuat kuah kacang. Husband kata sedap cuma kurang pedas. Kalau ikutkan resepi asal letak 5 sudu besar cili kisar tapi stok kat dapur boleh dapat 2 sudu je. Memang tak pedas

  • 300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 batang serai*
  • 1/2 inci halia *
  • 3 cm lengkuas*
  • 1/2 inci belacan bakar*
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
  • 2 sudu makan gula merah/gula melaka
  • garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
  • air secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kisar bahan2 bertanda *
  2. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
  4. Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya. Hidangkan setelah masak.
  5. Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jgn memasukkan kesemua kacang tanah pd satu masa.
* untuk mencantikkan kuah, masaklah lama sedikit dgn api perlahan

Untuk Humaira mummy buatkan cucur jagung. Si kenit ni tak makan udang. Kombinasi yis dan baking powder membuatkan cucur naik dengan cantik dan lembut. Serius memang sedapppp...

Thursday, November 17, 2011

Ikan kerisi masak pedas

Menu petang tadi, husband puasa. Ini ajelah semata2 lauk yang saya masak. Dasar PEM_ _ _ _S

Masak pun main campak-campak jer

Wednesday, November 16, 2011

Kuih lopes

Kuih favorite saya zaman kecik2 dulu. Selalu minta emak buatkan. Emak saya buat memang sedap, balut pula pulut dengan daun pisang. Aroma daun pisang tu yang membuatkan kuih lopes yang emak buat sedap dan juga kaler hijau kuih tu dari air pandan yang asli. Kalau saya yang buat dah tentu guna paste pandan je.

Khamis lepas saya puasa sunat, teringin nak makan kuih lopes. Sejak kahwin ini kali kedua saya buat kuih lopes, husband tak berapa gemar makan. Saya sorang je yang makan lebih baik beli. Saya buat pun sikit je, 1 cawan pulut tapi tetap tak habis. Dah selamat masuk cik tong, membazir je kan.

Kali ni saya guna resepi dari sifu chef Hanieliza. Dulu rajin intai-intai fotopages Kak Liza kalau takde idea nak masak. Sekarang Kak Liza aktif menerbitkan koleksi buku masakan. Emak mertua saya ada 15 koleksi buku resepi Kak Liza, dia kata buku ni bagus. Semua yang MIL cuba menjadi. Saya cuma ada satu je, iaitu koleksi kuih kukus.

Kalau ikut step by step gerenti jadi..


I follow the resepi..cuma saya kurangkan separuh dari sukatan. Yang makannya sorang je


Cara Kak Liza, pulut tu diletakkan dalam mangkuk kecil. Saya ikut style emak saya, balut dengan daun pisang. Aroma daun pisang kan wangi.


Taraa...dah siap. Lepas ni kalau teringin nak makan kena beli ajelah. Membazir je kalau tak habis

Tuesday, November 15, 2011

Koleksi fridge magnet

Bertambah koleksi fridge magnet. Baru-baru ni exoffice mate Yus baru pulang dari bercuti di Perth Australia dan dapat satu FM dari Perth. Ramai juga blogger yang kumpul FM kan. Mulanya tak minat pun nak buat koleksi. Dulu bos saya selalu bagi FM setiap kali ke luar negara, bila lekat di fridge macam menarik pula. Start dari tu saya mula menyimpan koleksi FM setiap kali bercuti.

Di Subang Parade ada satu kiosk menjual koleksi FM dari oversea. Saya pernah bersembang dengan owner kiosk tu, dia dapat sebab kawan2 dia ramai pilot. Kualiti FM sangat bagus sebab tu dia jual mahal. Ada yang mencecah RM20-25 bergantung kepada kualiti. Amcorp Mall pun ada jual FM, harga tak pasti. Kalau nak murah di Pasar Tani Shah Alam pun ada...

ole-ole dari Perth


Saya lekat FM di dua bahagian, satu depan fridge, satu lagi di bahagian sisi. Sebabnya fridge saya rendah, so kalau lekat semua di bahagian depan, senanglah cik adik manis nak ambil. Suka curi mummy punya FM.

Ini salah satu kerja cik adik manis dah buat dengan FM mummy. Perasan tak donut tu, dah kena gigit. Geram sangatlah tu, sebab donut tu lembut, cik adik manis ingat boleh makan. Kalau nak minum pula, mummy nak tu, tunjuk pepsi.


Bahagian depan



Bahagian sisi


Cik adik manis yang shantek...

Monday, November 14, 2011

sang kancil masak lemak

Korang pernah makan kancil tak? Bukan kereta kancil hokey..Selalu masa zaman kanak2 selalu dengar cerita sang kancil, tak tau pula boleh makan. Hubby siap cakap lepas makan kancil ni bolehla jadi sebijak kancil.huhu

Kawan hubby bagi kancil hasil dari berburu di kampung masa raya haji lepas. Kancil ni kecil je rupanya, tak banyak pun isi nya. Saya???? minta maaflah memang tak makan. Memang dari dulu makanan pelik2 ni saya tak suka cuba dan takmo cuba. Pelik sangatlah.

Kawan hubby kata sedap kalau buat masak lemak cili api. So hubby minta tolong masakkkan. Inilah rupa kancil sebelum dimasak. Dah siap salai


Inilah rupanya daging kancil masak lemak. Hubby kata terasalah daging kancilnya, dia kata sedap daging ayam lagi. Entahlah, saya tak rasa pun.

Saturday, November 12, 2011

Aiskrim cendol untuk anakanda

Humaira sekarang ni dah pandai buka kabinet dapur. Boleh pula dia nampak acuan ais krim. Setiap hari minta mummy buatkan aiskrim. Kesian pula kat Humaira kalau tak buatkan.

Mummy buatkan aiskrim cendol. Warna gelap sikit sebab mummy gunakan gula merah je dan campur sedikit santan. Jadilah....

Inilah acuan comel tu...


Excitednya si kecil ni


Gerammmm

Friday, November 11, 2011

Dunia si kecil

Gigih mummy update hari ni, sebab apa???tarikhnya sangat cantik...11.11.11 patutlah ramai yang menikah hari ni. Jatuh pula pada hari Jumaat, penghulu segala hari.


Mainan dengan si kecil memang tak dapat dipisahkan. Last week ada warehouse sales di My Dear mummy sempat grab magical ball tent untuk Humaira. Mak Long Humaira pun kirim belikan playground untuk Khaira.

Mainlah Humaira dalam playtent ni.


Penuh dengan bola.


Ini pula sepupu Humaira. Balik raya haji minggu lepas terkurunglah Khaira dalam ni. Mama nya kata Khaira lasak sangat, harus duduk dalam ni.


Mummy belikan juga basikal dan potty train untuk Humaira. Sehingga hari ni masih gagal potty train Humaira lagi. Basikal tu Humaira naik asyik jatuh je, ringan sangat. Kesian dia, kedekutlah mummy ni nak beli jenis berat. Harga basikal tu rm20 je.

Wednesday, November 9, 2011

Selamat tinggal Avanza

Kereta avanza ni sangat berjasa kepada family kecil mummy. Dari Utara hingga Selatan kami telah jelajah dengan Avanza. Daddy beli kereta ni January 2008, dalam 3 tahun lebih daddy pakai kereta ni. Tiba masanya daddy decide nak jual. Mummy lah orang pertama yang sedih. Sepanjang dalam penjagaan kami, belum pernah lagi kereta ni meragam. Semuanya ok je. Daddy decide nak ambil kereta sedan pula. Avanza ni ok cuma daddy kata handling tak berapa bagus. Menurut kata salesman Toyota, tahun depan Avanza akan keluar model baru. Totally different dari yang ada sekarang.

Sebelum pakai Avanza, kami guna kereta Proton Perdana. Lepas tu jual juga bila selalu sangat meragam. Memang desperate nak jual sebab banyak duit habis untuk maintain kereta ni tapi problem tak juga settle. Mungkin usia Perdana ni pun dah lama, tu yang meragam. Tak dinafikan Perdana antara kereta yang selesa bagi saya compare dengan Avanza. Kami beli Avanza ni pun tergesa-gesa.

Yang bagusnya kereta MPV tak payah fikir kalau nak bawa barang banyak mana pun. Semuanya boleh sumbat je, pasti muat. Kelemahannya pula, kalau pergi pasar nak beli barang basah seperti ikan, daging kena sediakan kotak bertutup untuk mengelakkan kereta berbau. Bila pakai kereta sedan, nak balik kampung kena pandai bajet. Tak boleh bawa barang banyak sangat nanti tak muat bonet. Takpelah daddy, nanti kalau kita dah ada anak ramai kita tukar MPV balik yer. Huhu...


Mengemas kereta sebelum bertukar tuan.


Semoga Avanza ni dapat tuan baru yang baik. On the way untuk hantar ke Toyota HQ



Bye bye Avanza. Tinggallah Avanza ni di Toyota HQ Seksyen 15 sebelum TopMark datang ambil. Sob ...sob

Tuesday, November 8, 2011

Apam polkadot

Tayang apam polkadot lagi. Tempahan dari kawan saya untuk majlis hari jadi anak saudaranya. Untuk birthday girl kena buat fancy sikit. Kawan saya request word happy birthday Auni dan Ayra. First time tulis "happy birthday" sekali dah kukus mak aiii tulisan jadi besar gedabak.




Ini juga tempahan dari kawan saya sempena hari raya Aidiladha. Saya buat bancuhan untuk apam ni banyak, konon nak cepat masuk dalam piping bag. Rupa-rupanya jadi tak cantik. Banyak sangat gelembung udara terhasil. Kesimpulannya, kalau nak apam tu cantik, kena sudukan masuk dalam paper cup. Buat dot dot je dengan piping bag.

Thursday, November 3, 2011

Roti jala

Last week punya minum petang, saya buat roti jala. Dah lama tak menjala roti. Hehe. Belek2 buku masakan minuman petang terbitan alaf 21 teringin nak cuba resepi roti jala. Sebelum ni selalu buat letak susu, kali ni tukar kepada santan.

Saya copy paste resepi untuk simpanan di kemudian hari.
Bahan-bahan
  • 150 gram tepung gandum
  • 2 biji telur gred A
  • 200ml air
  • 200ml santan - dari 1/2 biji kelapa (saya guna santan kotak 100ml santan dicampur dengan 100ml air)
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit (saya guna pewarna kuning)
  • 1/2 sudu teh garam
Cara membuat:
  1. Satukan tepung gandum, telur, serbuk kunyit, santan , air dan garam dalam mangkuk adunan. Tapis jika berketul-ketul. Adunan hendaklah sederhana cair. (saya masukkan semua dalam blender dan tapis...huhu senang kerja semua akan sebati)
  2. Gunakan kuali non stick. Dengan menggunakan acuan roti jala, tuangkan adunan dan pusing acuan biar adunan membentuk jala. Setelah garing, angkat dan dilipat empat. Buat proses yang sama hingga adunan habis.
  3. Hidangkan dengan kuah kari

Roti jala..


Inilah bukunya..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails