My sweet story...

My sweet story...

Thursday, November 12, 2015

kuih nona manis

Nona manis, kuih yang mula popular sekarang di media sosial. Kalau tak silap kuih ini berasal dari Indonesia. Rasanya lemak2 manis, seperti kuih tepung pelita. Cumanya tepung pelita sedikit lembik dibandingkan dengan nona yang manis sedikit pejal sbb ada tambahan tepung jagung. Tak rugi mencuba resepi ini. Kuih ini saya buat untuk potluck ofis husband.  Resepi saya ambil dari blog Azlita Masam Manis..

Sumber: Azlita
Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan  (saya guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan)
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang (saya guna whisk)
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B

1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan ~ (saya tak ada daun pandan, saya campurkan 1/2 cawan air dan 1 sudu kecil perisa pandan emulco)
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple


Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam,  dan sedikit pewarna hijau apple
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

* Satukan adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. (guna whisk)
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C

1 cawan santan pekat 
 1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat
Tunggu adunan suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan

hasilnya..



Adunan
Masukkan dalam acuan sehingga 3/4
Kemudian pipekan adunan putih sehingga penuh
Sedia untuk dikukus
Nona manis dan congo bar untuk potluck ofice husband.

Wednesday, October 28, 2015

Persembahan tadika Humaira

Ahad lepas bersamaan 25 Okt berlangsung majlis Gala Hi Tea Tadika ABS Zon Shah Alam termasuk tadika anak saya. Ada 6 buah tadika bergabung untuk majlis ni, Tadika ABS Denai Alam, Tadika ABS Bukit Rahman Putra, Tadika ABS Puncak Perdana, Tadika ABS Batu Belah, Tadika ABS Taman Bunga Raya, dan Pusat Perkembangan ABS Potensi Millenia. Majlis ni buat di Dewan Yayasan Restu, bersebelahan dengan Masjid Shah Alam.

Tahun ni Humaira dipilih oleh cikgunya untuk masuk persembahan pidato bersama 3 lagi rakan2nya. Tajuk pidatonya sebarkan salam. Kalau tahun lepas Humaira sangatla pemalu untuk berhadapan dengan public, this year byk improvement. Terima kasih pada cikgu2 yang mendidik dan tahu potensi anak2 didiknya. Lagi satu tadika ABS ada gelaran untuk anak2 didiknya, yang lelaki akan dipangggil Tuan Muda, yang perempuan Cik Puan Muda. Saya sangat admire dengan CEO ABS Holding iaitu Puan Ainon. Penuh dengan kata2 hikmah dan tidak lokek ilmu bagi sesiapa yang selalu follow status beliau di facebook.

Tadika Humaira ada buat 3 persembahan iaitu dikir puteri, lakonan kepentingan duit dan juga pidato. seronok tengok keletah anak2 ni beraksi...mmg comel. Terpegun tengok pengacara cilik yang berani.

MC pada hari itu, berani terutama yang bertudung pink. Baru berusia 5 tahun. Habis semua kawan2 buat persembahan, Cik Puan Muda ni nak join. Cikgunya bagitau, mmg cik puan muda ni berminat nak buat persembahan, setelah dipujuk untuk jadi mc barulah ok.




Gaya Cik Puan Muda Humaira berpidato

Gaya 4 anak2 berpidato  Sebarkan salam
Persembahan pidato ni terpilih untuk sambutan Festival Sastera kanak-kanak Jumaat ini yang akan berlangsung di Dataran Merdeka.
 
Menyanyi ramai2 makna surah al fatihah dan anak soleh
Lakonan tentang pentingnya duit
Persembahan dikir puteri. Sangat hebat. Persembahan ni terpilih untuk dipersembahkan di Festivl filem kanak-kanak pada hari Jumaat ni dan juga Hari Tadika Selangor Ahad ini. Tahniah cikgu2 Tadika ABS Suria Perdana.
Acara penutup adalah seisi mohon restu. Sebak rasanya time ni, bila habis persembahan nyanyian anak soleh, anak2 ni akan berjumpa dengan ibu bapa untuk bersalam dan memohon maaf. Rasa macam nak menitis air mata time tu. hihi..Diam tak diam, dah 6 tahun usia anak dara saya. Tahun depan masuk darjah satu. Semoga Allah memelihara anak2 kita...

Monday, October 19, 2015

Belajar buat roti

Belajar buat roti dalam 2 bulan lepas rasanya. Kenalan saya yang ajar. Terima kasih Afif dan Lin. Afif memang banyak pengalaman dalam bidang bakery. Sebelum ni saya memang ada ambil order roti secara kecil-kecilan. Bolehla menambah ilmu dan skill meroti lagi

Buat roti ni tidakla susah sebenarnya kalau kita tau basic. Resepi di internet pun lebih kurang je semuanya. Bagi saya roti yang baik mesti lembut dan gebu. Dekat sinilah teknik uli dan kuantiti bahan2 untuk membuat roti memainkan peranan. Saya pernah share resepi asas buat roti DI SINI. 

Humaira dengan roti wholemeal loaf
Red bean dan kaya
Sifu roti, Afif and wife, Lin.


Friday, October 16, 2015

Happy belated birthday Firaas

12 Oct lepas birthday anak bujang saya yang ketiga. Selamat hari ulangtahun yang ketiga Hadif Firaas. Doa mummy tak pernah putus semoga anak2 mummy berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di Akhirat. Jadilah anak yang berguna , berusaha sehingga berjaya dalam apa jua bidang pun kelak, sampai bila2 walau di mana pun dan yang paling penting taat perintah Allah.

3 tahun yang indah, banyak mengajar mummy menjadi ibu yang tabah. Bukan mudah sebenarnya mendidik anak2. 3 tahun juga dia masih breastfeed. Cuba untuk bercerai susu tetapi masih tidak berjaya..

Birthday kali ni mummy buat coklat chip walnut cupcakes . Masa umur setahun dan 2 tahun mummy buatkan fresh fruit cake.   

HAPPY BIRTHDAY FIRAAS

cupcakes..muka serius sbb baru lepas nangis. makin manja

Kakak dan adik

Hadiah dari daddy. Aikkk kakak pun dapat

Kenangan masa  1st and 2nd birthday Firaas



Tuesday, September 1, 2015

Mitsui Outlet Park Sepang






 

Lamanya blog ini bersawang. Permulaan September semoga mood rajin update blog..Visit a Mitsui dalam bulan Syawal, baru hari ni nak update. 
 
Lokasinya ialah kira-kira beberapa kilometer sahaja sebelum KLIA dan KLIA2. Kedudukan yang berhampiran dengan kedua-dua KLIA ini meriangkan hati anak-anak saya kerana mereka seronok tengok kapalterbang terbang rendah.

Sebenarnya sebelum Ramadan lagi hajat nak ke Mitsui tetapi masa tidak mengizinkan. Berbekalkan kisah-kisah dari rakan-rakan tentang Mitsui seperti kedai tak banyak buka lagi, parking tak bagus, orang ramai sangat, saya gamble ke Mitsui. Lagipun, kalau orang ramai sangat, saya plan nak terus ke KLIA2 melihat-lihat shopping complex disitu. 

Apabila kami sampai di Mitsui yang berlokasi berhampiran masjid KLIA, saya dapati masih banyak lagi parking. Orang pun tidak terlalu ramai di Mitsui dan pada pandangan saya, Antara yang saya tinjau ialah kedai perfume dan sudah tentunya outlet seperti Puma, Nike, Adidas, New Balance, Timberland, Hush Puppies, Clark dan banyak lagi.

Hasil tinjauan saya mendapati bahawa :-

1. Perfume CH 212 VIP yang husband baru beli sebelum raya di sebuah pusat membeli belah dengan harga RM 214, di Mitsui harganya RM 160.

2. Beberapa perfume 50ml seperti CH, Bvlgari dan beberapa jenama lagi boleh didapati dengan harga bawah RM 150. 

3. Hush Puppies, kasut open shoes, saya tinjau di sebuah pusat membeli belah, seminggu sebelum hari raya, harganya rata-rata RM 3xx. Di Mitsui, selepas diskaun, harganya RM 139.

4. Saya beli kasut Nike, harganya bawah RM100 iaitu Rm 80. Harga sebenar katanya RM 200.

5. Banyak juga pilihan barang-barang di Mitsui, itupun kalau kita tidak cerewet memilih. Tidak semua perfume ada di Mitsui, saya difahamkan bahawa ia bergantung pada stok yang sampai. Stok berubah-ubah. Barang-barang lain juga begitu, bagi saya yang tidak berapa cerewet ini, no problem. Browse sahaja apa yang ada, itupun sudah cukup banyak untuk dipilih.

6. Seorang rakan yang kerap ke Mitsui memberitahu bahawa harga boleh berubah-ubah. Yang ini saya tidak pasti kebenarannya kerana ini kali pertama saya ke Mitsui.

7. Parking luas.

8. Ketika saya sampai di kedai Nike pada tengahari, kami bebas keluar masuk. Pada sebelah petangnya apabila kami ingin masuk kembali ke kedai tersebut untuk membeli kasut, terpaksa beratur panjang, hanya dibenarkan sejumlah customer yang berada di dalam kedai pada sesuatu masa.

9. Terdapat customer yang membeli beberapa pasang kasut Nike sekaligus, mungkin untuk dijual kembali atau memang gemarkan kasut Nike.

10.  Menemani husband membeli backpack di kedai Adidas, ada kira-kira 6-7 pilihan beg, agak lama husband di sini kerana memikirkan beg yang cantik, size kecil, yang size besar dan cantik, warna cerah pula dan tiada tempat simpanan laptop. Akhirnya beli beg adidas F50 warna hitam.

11. Beg adidas yang husband saya beli, setelah check di internet, harga jualan ialah RM 229 di luar negara (setelah diconvert ke RM). Di Mitsui, saya beli dengan harga RM 160, harga asal RM 220.

12. Mesin parking tak banyak, saya parking di satu lokasi berhadapan dengan pintu masuk Mitsui (Mitsui ada beberapa pintu masuk), tak banyak kenderaan di sini dan saya sangka saya dapat tempat yang bagus, rupanya terpaksa berjalan jauh untuk bayar tiket parking di mesin.

13. Foodcourt harga seperti di kopitiam, a bit expensive but its okay. Belikan anak dara saya fish and chips, harga RM 18. Fast food kegemaran anak-anak saya iaitu KFC dan McD tiada di Mitsui.

14. Kalau berkenan dengan satu kasut tu, nasib-nasib lah kalau ada size. Warna kasut pun tidak banyak pilihan. 

15. First time di Mitsui saya diperkenalkan dengan kasut Skechers. Size kasut besar memang banyak di Skechers. Bakal  dikunjungi lagi untuk pembelian kasut akan datang. Kasut Skechers dari USA ini amat sesuai untuk orang yang bersaiz kaki besar kerana di outlet ini ada simpan stok size besar, ringan dan lembut serta sesetengah kasut yang tapaknya akan adjust sendiri mengikut kesesuaian tapak kaki kita, cuma harga Skechers sedikit mahal, namun Clark lebih mahal lagi dan kedua-dua jenama ini sudah pun dijual di Mitsui dengan harga DISKAUN. Skechers untuk kids pun sangat cantik hingga anak dara saya pun teruja nak.
16. Parking 1 jam Rm2. Tiket parking saya berharga RM 12 sebab saya spent 6 hours di Mitsui.
17. Surau disediakan.

18. I will be back kalau duit poket kembali cukup.
 
Hasil dari Mitsui

 
 
Budak-budak seronok main di Mitsui

Apa-apa pun, perkara yang paling wajib setelah ke Mitsui ini ialah, poket rabak. Apabila poket rabak, kena lah bekerja keras kembali untuk menjahit poket tersebut.

Thursday, May 14, 2015

Celebrate birthday Humaira di tadika

Birthday Humaira Ahad lepas, 10 Mei. Semalam (Rabu) baru sempat nak celebrate birthday girl di tadika. Beriya2 dari last week nak kek rainbow. Huwaa, mummy awak bukannya pandai buat kek tapi demi anak ku gagahkan juga. Dah pesan dengan husband, kalau kek tak jadi malam tu kita pergi cari kek kat kedai. Haha..Sib baik jadi walaupun rupa nan hado.Selain kek, mumy buat apam polkadot dan juga roti sosej untuk di bawa ke tadika. Tak lupa juga goodies bag

Ahad tu kebetulan Opah Humaira datang. Sorry yer opah takde apa2 celebrate hari tu. Opah siap bagi present cincin emas untuk anak dara..Anyway, terima kasih Opah.  


Bangga anak dara tgk kek dia yang warna warni.
Lets play the colour. Prepare untuk rainbow kek


food yang sempat saya buat
Dalam box
Roti sosej dgn breadcrumbs
Apam polkadot permukaan yang menggerutu. Walaupun dah selalu buat, kadang2 dia buat juga perangai. Banyak songeh betul lah..
Goodies bag. Kali ni simple je goodies bag.
Ready to deliver
 Dah pesan kat cikgu tadika, nanti ambil gambar masa potong kek bersama kawan2nya.
 
Malu2 bila cikgu nak ambil gambar potong kek
Dengan kawan2 girl di tadika
and the boys..
Dengan cikgu
Cincin pemberian opah..
Humaira...
Selamat Hari Lahir yang ke 6. Jadi anak yang solehah, taat perintah Allah. Mummy, daddy dan adik sayang kakak. Be a good girl ok. Pengalaman melahirkan Humaira ada mummy tulis di SINI . Tahun lepas pun celebrate birthday di tadika. Entry DI SINI

Wednesday, March 25, 2015

lepak bersama bff

Jumaat last week bff datang rumah. Memang dah plan untuk buat potluck di rumah saya. Kebetulan time cuti sekolah, dah tentu kanak2 riang ni sentiasa lapar. Time cuti sekolah je boleh lepak lama2 sebab masing2 dah ada anak yang bersekolah.Yanie buat nasi lemak, saya buat donut dan apam polkadot. Dulu2 lepak mesti keluar shopping mall tapi tidak sekarang. Dengan anak2 dah besar susah nanti nk control kalau outing di luar. Lagi pun lepak di rumah banyak boleh jimat. Masak sendiri. Hihi

Gambar bff. Meriah rumah.
Nasi lemak bersama lauk pauk. Yani buat sambal tumis udang, saya top up dengan sambal bilis.
Kuih yang saya buat khas untuk budak2
Aik..anak bujang saya main doll.

Monday, March 23, 2015

Tempahan roti

Tempahan minggu lepas. Macam2 jenis roti ada. Roti bun kacang merah, chicken floss, bun kari kentang, roti sosej dan macam2 lagi. Dalam banyak2 roti, roti sarang lebah paling tinggi permintaan. Boleh katakan setiap hari ada permintaan. Saya jual satu bekas macam dalam gambar RM6. Lokasi di Seksyen U10 Shah Alam. Boleh juga delivery selected area di Shah Alam. Kalau berminat boleh wasap or message di 013-3767896.
Roti sarang lebah bersama sos butterscootch. Yang membuat roti ni sedap adalah sosnya.
Bun kentang, kacang merah dan chicken floss baru keluar dari oven. tak sempat letak chicken floss lagi tu
close up sikit


 
Yang ini tempahan malam tadi. Apam pokladot. order dari officemate husband untuk birthday anaknya di tadika hari ni. Filing strawbery dan bluebery/

Jika berminat boleh pm  ataupun wasap/ sms 0133767896 

nuffnang

Related Posts with Thumbnails