Ramai blogger dah up cerita raya, saya yang baru terkial-kial nak mulakan. Banyak sangat gambar yang nak dikongsi dalam blog ini, so kita buat part by part. Kenangan untuk kemudian hari. Sepanjang raya ni sempat lagi pergi dua kenduri kahwin. Meriah juga walaupun dalam mood raya.
Tahun ni giliran beraya di Muar, kami balik hari Sabtu. Perjalanan pun lancar, maybe ramai warga kota dah balik awal. Aktiviti wajib malam raya adalah takbir dari rumah ke rumah. Selalunya rumah mertua saya merupakan kunjungan pertama orang datang bertakbir...
Emak tengah sibuk menyediakan makanan untuk tetamu..

Biskut raya..Ini je yang sempat saya bantu emak. Masukkan biskut dalam balang..Hehe

Menu...macam biasa nasi impit, kari ayam, kuah lemak, sambal kacang, rendang daging, serunding daging. Berbeza sedikit menu dengan Perak...Rindu mahu makan lemang dan rendang ayam emak saya..Tahun depanlah baru merasa..Hehe. Sepanjang raya di Johor susah nak jumpa rendang ayam atau daging macam negeri Perak punya..

Tengok budak ni asyik nak berdukung je..Macamane saya nak tolong emak mertua...

Takbir raya...Sayu je nak tinggalkan Ramadhan. Bulan penuh keberkatan

Tetamu sedang memilih makanan...

Cik adik manis ni masam je muka..Pertama kali bawa pergi masjid untuk solat sunat Aidilfitri..Alhamdulillah, LULUS..Bangga mummy dengan Humaira

* Raya ketiga saya dah ada di Ipoh. Hari Sabtu balik Shah Alam untuk elakkan jammed. TAPI memang jammend pun. Adik saya yang di Skudai Johor pun balik hari Sabtu. Dapat panggilan telefon dari adik dekat2 Magrib. Rupa-rupanya dia accident di Sedenak, Johor. 6 biji kereta terlibat. Apa nak dikata...Sebelum ni pun dia dah pernah accident motor. Teruk juga sampai dapat MC sebulan. Tulang pinggul retak. Nak dijadikan cerita masa tengah cuti sakit dia dapat offer Pegawai Maritim, terpaksa tolak. So lepas accident motor tu beli kereta, yelah motor risiko lagi tinggi. Accident juga di Sedenak. Kes accident motor tu 3 Octber depan baru naik court, dah accident kereta pula. Apa2 pun syukur Alhamdulillah, adik saya takde apa2 cuma kereta kena hentam depan belakang. Takpelah duit boleh cari, yang penting dia selamat