Comel je mummy tengok..
iklan nuffnang
My sweet story...
Friday, December 31, 2010
gaya Humaira tidur
Comel je mummy tengok..
Thursday, December 30, 2010
Tahniah Malaysia dan dapat cuti semalaya
Bangun Subuh tadi terus daddy kata esok (Jumaat) Datuk Seri Najib bagi cuti sempena meraikan kejayaan pasukan Malaysia.
Sumber dari utusan online
Jumaat cuti umum
* bila cuti ni, daddy merungut pulak, sebab dia ada benda nak kena settlekan..kena postpone next week la
Wednesday, December 29, 2010
Lunch di Restoren Tupai-Tupai
Nice place tempat ni, tengah2 bandar ada pulak restoren dikelilingi hutan.. Rasanya food untuk dinner lagi menarik. Ada steamboat dan seafood. Siang cuma ada nasi campur dan menu ala carte. Paling best layan Humaira makan ais krim, kedekut tau. Tak bagi chance mummy dan daddy nak merasa ais krim.
Khusyuknya dia makan..
Suap daddy pula...
And mummy...
Iguana, Humaira takde perasaan pun tengok sebab iguana ni tak bergerak. Maybe tgh tido
Air kelapa, daddy punya
View dari parking area @ Tupai tupai
Bila nak balik baru perasan, restoren tupai-tupai ada cawangan di Seksyen 13 Shah Alam. hehe
Tuesday, December 28, 2010
Kedai Roti Tun Mahathir
Harga pun boleh tahan, ada satu roti tu mencecah rm32. Bila tengok balik, patutla mahal. Ingredients roti memang dari yang terbaik.
The loaf, cup cakes cheese memang terbaik..
Si kecil ni pun peminat roti.
Monday, December 27, 2010
Bila daddy fanatik bola
Pagi Ahad dah suruh Humaira pakai masa kiteorang pergi Pasar Tani. Sabar ajelah..Bertambah BOY Humaira.
Malang betul nasib daddy, masa nak tengok perlawanan malam tadi berebut TV dengan anak. Seorang nak tgk bola, si kecil ni pulak nak tengok Playhouse disney. Tulah, siapa suruh daddy langgan cerita kartun, apa sudah jadi???? Macam cacing kepanasan daddy siap2 terus tengok kt kedai makan. Haha...gelak jahat
Masam je muka suruh posing
Khusyuknya tengok kartun. Seluar Humaira, ARSENAL. Pakcik dia bagi
MALAYSIA...tahniah buat pasukan Malaysia
Yang ini jersi Arsenal Pakcik Humaira bagi. Besar, tahun depan baru boleh pakai. Bertambah boboy anak mummy
Jalan-jalan di Suria KLCC
So, jalan2 saja di Suria KLCC. Memang cantiklah hiasan pokok krismas.
Cantikkan...
Ramainya manusia..
Ada santa clause, boleh bergambar dengan santa clause. Tapi idakler mummy pergi
Terlopong si kecil ni tengok santa clause
Jom jalan2
Singgah sekejap di Kinokuniya
Tak dapat tengok ikan di Aquria, dapat tengok di Petrosains pun ok.. Terpegun Humaira tengok ikan
Mummy and Humaira
Friday, December 24, 2010
Hasil deraan mummy???
Minggu lepas kan mummy dera saye..
Mummy pakaikan napkin kt atas kepala saye..
Saye memang tak suka, dah lah nampak macam makcik
TAPI...mummy ugut saye
Dia kata kalau taknak pakai jangan ikut mummy keluar
Saye terpaksa redha je, saye tau mummy taknak kepala saye basah..
Sebab dekat luar hujan, daddy parking kereta dekat luar pagar
Sampai je dalam kereta terus saya buka napkin tu..
hehehe..mummy geleng kepala je tengok reaksi saye..
saye pun BIJAK juga..
Food for love: Sandwich dan kebab
Smocked chicken sandwich. Warna-warni sandwich saya, macam2 sayur ada. Last week makan di Subway teringat2 sandwich Subway, itu yang saya buat.
Resepi kebab..
Lupa nak letak resepi. Saya ambil resepi ni dalam website mat salleh tapi diubahsuai ikut citarasa melayu..hehe
500g ayam bahagian dada dipotong 1 inch cube
3 sudu besar minyak zaitun. Boleh guna vegatable oil. Kalau takde, guna minyak masak
*1 sudu besar kicap
*1 sudu kecil lada sulah/ lada hitam
*4 ulas bawang putih dan 1 inch halia dikisar
Bawang dipotong cube
Green bell peper dipotong cube (Melayunya saya panggil cili benggala)
*¼ biji Perahan lemon
Sedikit garam
Ayam diperap dengan sedikit garam.
Satukan bahan yang bertanda *.
Selepas digaul bahan yang bertanda * baru perap dengan ayam. Marinate at least 1 jam. Sebelum grill letak minyak dekat kebab. Then boleh cucuk dekat lidi ayam, green bell peper dan bawang. Grill hingga masak
Thursday, December 23, 2010
our 4th anniversary
Dear hubby,
Selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan yang keempat. Semoga kita dapat menempuhi segala susah senang bersama. Ya, tidak ada satu perkahwinan pun yang sempurna, yang boleh memberi jaminan akan sentiasa berada dalam keadaan tenang. Kadang2 berlaku juga perselisihan faham. Bukan mudah sebenarnya membina kehidupan bersama individu yang berbeza segalanya. Namun yang paling penting cara penyelesaian yang positif perlu digunapakai. Dari itu kita akan dapat mempelajari kesilapan dan memperbaiki di masa hadapan. Insyaallah.
Jadikanlah kami suami isteri yang mencintai di kala dekat dan jauh
yang saling menyayangi di kala senang dan susah,
yang saling mengasihi di dalam sendu dan tawa..
Allahumma Ya Allah,
jadikanlah kami pasangan suami isteri yang bersatu kerana redhaMu
dan jadikanlah baitul muslim kami ini landasan menuju cintaMu..
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
terimalah ibadah kami ini,
satukan kami di taman syurgaMu nanti.
Ya Allah,
tiadalah dua impian kami melainkan izinkanlah kami untuk bertemuMu wahai pemilik cinta yang maha agung
juga kekasihMu khaatimul anbiya Muhammad al mustafa (SAW).
Amin, amin ya robbal 'alamin
Wednesday, December 22, 2010
Dunia fantasi Humaira
Cakap dengan siapa tu?
Kasut barney mummy tak tinggal. Dah jadi hak milik dia pun. Jalan macam donald duck...
Jalan-jalan di Sunway Giza
Sebenarnya Humaira takut tengok air kt belakang tu
Berlari je kerjanya
My food, Chicken New York
Daddy food, Chicago Beef
Humaira tak pandang pun hot dog. Dia tetap dengan buah betiknya
ermmm....yummy
Tuesday, December 21, 2010
Makan ais krim di ICE ROOM Kota Damansara
Owner premis tersebut adalah Datuk Razali Mohd Daud yang merupakan bekas Pengarah Luar Negeri Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, dibantu oleh isteri beliau iaitu Datin Faridah Kasim. Dan semestinya menu disediakan HALAL.
Cheese cake pun daddy kata sedap. Harga RM7.00
View dalam ice room. Kami makan di tingkat 2. Ada kemudahan lif dan juga playground
Humaira yang tak sabar nak makan ais krim.
Inilah restorennya, terletak berhadapan dengan Giant Kota Damansara