My sweet story...

My sweet story...

Thursday, September 25, 2008

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua warga muslim dan muslimat. Andai ada salah dan silap harap dimaafkan. Terkenang zaman kanak2 dulu..Seronoknya menerima duit raya.Tapi sekarang giliran aku plak bagi duit raya dekat kanak2..Banyak atau sikit bukanlah persoalannya asalkan apa yang kita beri adalah ikhlas..

Friday, September 12, 2008

Hari yang melesukan...

12/09/08

Hari ni dh 11 hari umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan..Hopefully semuana ok ye. Aku pun dh semakin menimbun keja tp takder mood nk wat..Bleh macam tu??hehehe..kalau dh sihat sikit akan ku settlekn secepat yang mungkin. Sejak pregnant ni, badan rasa lesu semacam. Kalau balik ofis smpai umah sure aku dh terbongkang atas katil..Penat ooo penangan baby dlm perut ni..hik hik padahal baru 5 minggu jer..
Yang paling kesian kt hubby lah, hari2 terpaksa beli kt luar. Nk wat camner b bkn pintaku jadi mcm ni..Tp serius mmg lesu giler sejak pegnant ni. Yang paling aku suka sejak pegnant ni, hubby aku rajinlah sikit tolong aku wat keja2 umah. Bolehlah diharap untuk kemas umah, basuh pinggan mangkuk. Hopefully biarlah kekal sikap rajin b sampai bila2 yer?hehehe...

Thursday, September 11, 2008

Morning sickness

11/09/08
Petang Isnin, (8 Sept 08) selepas habis ofis hubby telah membawa aku pergi checking di Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) Shah Alam. SO excited betul hubby..Ramai gak org time tu, Doc bertugas cuma 2 org, sabar jerlah..Doc cuma check tekanan darah, jantung dan bagi ubat asid folik dan kalsium..Buat ibu2 mengandung, asid folik baik untuk perkembangan otak baby, kalsium baik untuk pembentukan tulang baby. Kandungan ku baru mencecah 5 minggu. Masih baru lagi.
Pagi tadi aku dah mula rasa loya. Paling ketara kalau aku tengok PC lama sangat mulalah rasa x sedap badan. Malas betul nak masuk ofis hari ni, tapi apakan daya.....Aku gagahkan juga demi baby ni..
Aku amat bersyukur kepada Allah, bulan lepas hubby ku telah dinaikkan pangkat sebagai pensyarah kanan. Inilah rezeki anak namanya, Alhamdulillah...
Doaku, moga Allah mudahkan segalanya...Amin

Wednesday, September 10, 2008

Apabila nieda mula blogging..

8 Sept 2008
Blog ini dibina untuk berkongsi catatan pengalaman hidup ku, berkongsi cerita, pendapat, idea dll. Semua yang aku rasai dan lalui akan ku catatkan dengan kemas untuk simpanan dan kenangan di kemudian hari..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails