Assalamualaikum.. dan salam Jumaat, penghulu segala hari. Nak share artikel yang saya dapat dari kawan di FB.
SURAH AL-KHAUSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di
Makkah. Al Khausar bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini
diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih
manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih
wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang
yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu
Talib.
Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-
♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.
♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga
♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata
♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan
allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu
♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah
♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat
♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah
s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi
dizalimi
iklan nuffnang
My sweet story...
Friday, August 30, 2013
Wednesday, August 28, 2013
Wordless Wednesday..Cucu Opah
Wordless wednesday..Entry kurang kata2. Layan gambar ajelah..
Gambar-gambar cucu emak saya aka opah budak2 ni. So far baru 3 orang je cucu belah Ipoh.
Gambar-gambar cucu emak saya aka opah budak2 ni. So far baru 3 orang je cucu belah Ipoh.
Firaas, Humaira dan Khaira |
Budak 2 orang ni kalau dah jumpa kemain happy. Bahasa dorang, kakak bella dan adik la. hahaha |
Adik je takde geng lagi. |
Labels:
Aktiviti keluarga
Monday, August 26, 2013
raya di muar
Blogger lain dah habis update citer raya kat kampung, aku baru terhegeh2 nak update..Takpelah, yang penting ada dari langsung takde. Sedih mokcik banyak gambar hilang....Gambar mummy dan dadddy langsung takde. Gara-gara anak dara saya main hp.
Tahun ni beraya di muar dulu then raya keempat baru balik Ipoh.. Gerak balik kg lepas subuh. Highway smooth walaupun banyak kereta tapi takdelah jammed.
Malam raya aktiviti takbir dari rumah ke rumah. Selalunya rumah mertua merupakan kunjungan pertama orang surau untuk takbir.
Hari raya ketiga ada buat open house dan doa selamat. Buffet style, macam2 mertua saya masak sampai tak tidur malam. Menunya nasi beriyani, daging beriani, acar buah, rojak buah, mee kari.
Tahun ni beraya di muar dulu then raya keempat baru balik Ipoh.. Gerak balik kg lepas subuh. Highway smooth walaupun banyak kereta tapi takdelah jammed.
Malam raya aktiviti takbir dari rumah ke rumah. Selalunya rumah mertua merupakan kunjungan pertama orang surau untuk takbir.
Juadah untuk orang surau..Ada lepat, nasi impit, kuah kacang, rendang daging, kari ayam, serunding.
|
Raya pertama..Dua beradik dengan mbah mereka |
Hari raya ketiga ada buat open house dan doa selamat. Buffet style, macam2 mertua saya masak sampai tak tidur malam. Menunya nasi beriyani, daging beriani, acar buah, rojak buah, mee kari.
Labels:
Raya
Tuesday, August 6, 2013
salam aidilfitri
Dikesempatan ini nieda and family ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua. Bagi yg blk kampung tu, hati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi. Insyaallah esok pagi kami akan balik muar. Raya keempat balik ipoh...
Monday, August 5, 2013
Making biskut raya
This year memang nak buat biskut raya sendiri. Tahun ni biskut paling meletop rasanya Florentine Crunch Almond. Rata2 ramai yang kata biskut ni sedap. Patutlah orang jual mahal biskut ni, sebalang kecil dah mencecah RM25. Bahan2 nak buat memang mahal. Masa saya beli bahan di kedai bakery, bahan untuk buat biskut ni saja dah mencecah RM70. Buatnya, sangat mudah. Bagi yang gemar makan kekacang, memang tak berhentilah makan. Sedar2 dah habis sebalang. Kekeke..
Bahan yang digunakan..Tepung Bienetta aka florentine 600g Rm26.80 di kedai bakery bagus, almond slice 1kg RM32, baking sheet yang boleh basuh RM9.00 |
Sebelum di bakar |
Hasil..setelah di bakar. |
Resepi Crunch Almond..
Rujukan : Kak Patmah Aspar / Azlita Masam Manis
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
Rujukan : Kak Patmah Aspar / Azlita Masam Manis
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
* Loyang mesti di alas dengan kertas kek sahaja. Kertas kek yang jenis boleh basuh, mahal sedikit harga tapi boleh guna berulang2 kali. Keluar je dari oven, terus potong. Kalau dah sejuk alamatnya memang tak boleh nak potong.
Biskut kedua cornflakes bersalut coklat.
.Resepi dari buku otai coklat..Chef Amer, terokai rahsia coklat. Cuma saya adjust sikit. Bahan2 saya main agak2 je..
- coklat susu kompaun - dicairkan
- pes kacang hazel
- emping jagung - dihancurkan tp jgn terlalu hancur
- Kepingan badam
- dry canberry
Anak dara ni tolong masukkan biskut dalam bekas. Rajin sangat nak menolong mummy... |
FRAMBROZEN KENARI
By: Kak Zuraini /
Lapisan Cookies Bawah
240 gm tepung gandum atau tepung redrose
100 gm gula castor
100 gm serbuk badam/ground almond
200 gm butter
1 biji kuning telor
70 gm susu tepung
100 gm gula castor
100 gm serbuk badam/ground almond
200 gm butter
1 biji kuning telor
70 gm susu tepung
Toping Tengah
blueberry filling
Pukul butter dgn gula hingga kembang atau putih
Masukkan telur dan pukul lagi
Masukkan tepung gandum yang telah di ayak bersama serbuk badam dan susu, gaul hingga adunan menjadi doh
Lapik loyang bercutter ukuran 12 x 12 x 2 inc dengan baking paper
Tuangkan adunan ke dalam loyang, canai doh dan tekan padat2.
Masukkan cutternya dan tekan hingga dasar.
Cucuk doh dengan garfu.
Bakar selama 15-20 minit dgn suhu 170'c atau hingga kekuningan
Keluarkan cutter dari loyang setelah masak
Bila sejuk sikit sapu dgn Strawberry atau blueberry filing
inipun saya dah salah beli..patutnya blueberry filling, saya beli blueberry topping. hamik kau...sebijik2 buahnya..nak cantik kena guna blueberry filing. |
60 gm putih telur - 2 biji putih telur
120 gm gula castor - kurangkan 100 gm
2 sudu teh tepung jagung - letak 1 sudu aje
1 sudu teh jus lemon
Hiasan
Kepingan badam atau gajus
Satukan semua bahan untuk toping dan putar dalam mesin pemutar dgn high speed hingga adunan likat.
Kemudian tuangkan bahan topping atas filling tadi dan ratakan
Pasangkan semula cutter dan tekan.
Tabur pula dgn badam keping
Bakar dalam oven di rak tengah dengan suhu 90C selama 1 1/2 jam.
Bila sentuh permukaan dia dah kering tutup oven dan biarkan kek dalam
oven yg dah di tutup suiznya itu selama 1 1/2 jam lagi supaya toping
benar2 kering.
Kemudian keluarkan cutter
Bila dah benar2 sejuk baru keluarkan biskut dari loyang
Peringatan - cookies ni sangat rapuh dan mudah patah.
bila dah letak lapisan icing, pasangkan cutter
Sedia untuk dibakar. Ambil masa 1 1/2 jam ya untuk bakar.. |
Last sekali coklat chip favorite Humaira..
Labels:
Biskut raya
Friday, August 2, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)