My sweet story...

My sweet story...

Friday, December 31, 2010

gaya Humaira tidur

Si kenit ni suka dengan bear2. Sebelum ni kalau tidur mesti nak peluk mummy. Sejak ada kawan baru ni, tak pandang mummy dah. Peluk bear memanjang. Kalau kt shopping mall nampak bear suka. Mulalah mulut becok tu said TU....TU..TU..Mummy nampak lor.

Comel je mummy tengok..

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Malaysia dan dapat cuti semalaya

Malam tadi semangat anak beranak duduk depan TV tengok bola. Humaira muncung je tak dapat tengok kartun PHDC. Kebetulah malam tadi bibik datang rumah nak mengurut mummy. Sambil kena urut layan bola. Bibik Indon tu cakap dia sokong MALAYSIA. Dalam hati eh, nak jaga hatilah ni. Siap bibik tu kata, di mana bumi di pijak, di situ lagi di junjung. Katanya dia berpijak di Malaysia dan mencari rezeki di sini.. Haha apa2 lah bik..

Bangun Subuh tadi terus daddy kata esok (Jumaat) Datuk Seri Najib bagi cuti sempena meraikan kejayaan pasukan Malaysia.


Sumber dari utusan online

Jumaat cuti umum

29/12/2010 11:38pm
Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

* bila cuti ni, daddy merungut pulak, sebab dia ada benda nak kena settlekan..kena postpone next week la

Wednesday, December 29, 2010

kaki siapakah ini???

Kaki bodak di usia 19 bulan


Kaki bodak 4 bulan


kaki Humaira ler...ngeh ngeh..

Lunch di Restoren Tupai-Tupai

Last week punya cerita, lepas balik dari KLCC daddy tanya nak makan dekat mana?? Terus teringat restoren tupai-tupai. Ini kali pertama mummy pergi sini, selalu dengar pasal restoren ni. Masa tu pun dah petang dalam pukul 3, plan nak makan steamboat. Rupa-rupanya steamboat start pukul 6.00 petang, tak ado rezeki den nak meraso steamboat. So daddy makan nasi campur, mummy makan kuewtiaw goreng, Humaira dengan ais krimnya.

Nice place tempat ni, tengah2 bandar ada pulak restoren dikelilingi hutan.. Rasanya food untuk dinner lagi menarik. Ada steamboat dan seafood. Siang cuma ada nasi campur dan menu ala carte. Paling best layan Humaira makan ais krim, kedekut tau. Tak bagi chance mummy dan daddy nak merasa ais krim.

Khusyuknya dia makan..




Suap daddy pula...


And mummy...


Iguana, Humaira takde perasaan pun tengok sebab iguana ni tak bergerak. Maybe tgh tido


Air kelapa, daddy punya


View dari parking area @ Tupai tupai


Bila nak balik baru perasan, restoren tupai-tupai ada cawangan di Seksyen 13 Shah Alam. hehe

Tuesday, December 28, 2010

Kedai Roti Tun Mahathir

Saya memang peminat roti. Kalau pergi shopping mall nampak kedai roti mesti singgah. Minggu lepas jalan2 di Subang Empire Shopping Mall. Kalau ke sini pasti singgah beli roti di The Loaf atau lebih sinonim dengan nama kedai roti Tun Mahathir. Kalau tak silap saya, dah ada 5 cawangan. Ada di Langkawi, Pavillion dan yang terbaru di Bangsar Village. Chef dari Jepun .

Harga pun boleh tahan, ada satu roti tu mencecah rm32. Bila tengok balik, patutla mahal. Ingredients roti memang dari yang terbaik.

The loaf, cup cakes cheese memang terbaik..


Si kecil ni pun peminat roti.



* Aduss virus kembali menyerang. Malam tadi lama husband repair untuk clean virus. Nampaknya masih tak boleh diselamatkan. Kena format juga. Banyak website nak masuk, entah apa2 URL keluar and then error. Husband kata itu dipanggil google redirect virus, nak search info pasal virus ni pun tak boleh..grrrrrrr...

Monday, December 27, 2010

Bila daddy fanatik bola

Rimas tau dari last week daddy pujuk mummy nak tengok perlawanan akhir Malaysia lawan Indonesia dekat Stadium Bukit Jalil. Mummy awal2 lagi tak bagi. Bukan apa, taknak insiden tak diingini berlaku. Indonesia boleh tahan fanatiknya, lagipun TV ada siarkan secara live.
Balik rumah nampak daddy bawa paper bag sambil tersengih2..Rupa-rupanya lepas sembahyang Jumaat minggu lepas, daddy dgn kawannya pergi juga stadium. Tak dapat tengok bola beli souvenir pun jadilah. Macam2 daddy beli, x sempat snap pula. Yang ada dalam gambar jersi Malaysia untuk Humaira.

Pagi Ahad dah suruh Humaira pakai masa kiteorang pergi Pasar Tani. Sabar ajelah..Bertambah BOY Humaira.

Malang betul nasib daddy, masa nak tengok perlawanan malam tadi berebut TV dengan anak. Seorang nak tgk bola, si kecil ni pulak nak tengok Playhouse disney. Tulah, siapa suruh daddy langgan cerita kartun, apa sudah jadi???? Macam cacing kepanasan daddy siap2 terus tengok kt kedai makan. Haha...gelak jahat

Masam je muka suruh posing


Menangis kena paksa posing. Masa ni tengah ralit tgk TV mummy kacau


Khusyuknya tengok kartun. Seluar Humaira, ARSENAL. Pakcik dia bagi


MALAYSIA...tahniah buat pasukan Malaysia


Yang ini jersi Arsenal Pakcik Humaira bagi. Besar, tahun depan baru boleh pakai. Bertambah boboy anak mummy

Jalan-jalan di Suria KLCC

Jalan2 di KLCC Rabu minggu lepas. Plan asal nak bawa Humaira tengok ikan di Aquria. Punyalah ramai orang. Musim cuti sekolah, dekat mana2 pun ramai orang. Mula2 ok lagi, daddy beratur untuk beli tiket, sekali masuk rombongan sekolah hampir 100 orang, terus cancel. Daddy promise after school holiday nak bawa Humaira ke Aquria. Nasibla Humaira tak faham apa2 lagi, kalau dah besar sikit pasti menangis. Dah sampai Aquria tapi tak masuk. Huhu..

So, jalan2 saja di Suria KLCC. Memang cantiklah hiasan pokok krismas.

Cantikkan...


Ramainya manusia..


Ada santa clause, boleh bergambar dengan santa clause. Tapi idakler mummy pergi


Terlopong si kecil ni tengok santa clause


Jom jalan2


Singgah sekejap di Kinokuniya


Tak dapat tengok ikan di Aquria, dapat tengok di Petrosains pun ok.. Terpegun Humaira tengok ikan


Mummy and Humaira

Friday, December 24, 2010

Hasil deraan mummy???

Aunty2 semua, Humaira nak mengadu perasaan ni..



Minggu lepas kan mummy dera saye..

Mummy pakaikan napkin kt atas kepala saye..

Saye memang tak suka, dah lah nampak macam makcik

TAPI...mummy ugut saye

Dia kata kalau taknak pakai jangan ikut mummy keluar

Saye terpaksa redha je, saye tau mummy taknak kepala saye basah..

Sebab dekat luar hujan, daddy parking kereta dekat luar pagar

Sampai je dalam kereta terus saya buka napkin tu..

hehehe..mummy geleng kepala je tengok reaksi saye..

saye pun BIJAK juga..




habis sudah entry meluahkan perasaan dari Humaira..sayang auntie semua...

Food for love: Sandwich dan kebab

Ahad lepas beli barang dapur di Grocer Village, so this week menu memang western memanjang. Rasanya cukuplah untuk this week masak western, jemu sudah.

Smocked chicken sandwich. Warna-warni sandwich saya, macam2 sayur ada. Last week makan di Subway teringat2 sandwich Subway, itu yang saya buat.


Ini hubby punya. Tak menarik langsung sandwichnya sebab hubby tak makan sayur. Coleslaw makan pula.


Tengah masak kebab. Entry kebab yang lepas ada blogger tanya macamame saya grill.. Haha saya pakai frying pan. Mudah sebab tak melekat dan letak minyak sikit je. Bercinta sikit nak mencuci pan. Don't worry my dear, rendam dalam air lama2 nanti senang kekotoran tu hilang


Inilah hasilnya...Hubby peminat setia kebab. Humaira???erm dia lagi suka ayam goreng. Pengikut Upin Ipin la. Tiap2 hari makan ayam goreng pun takpe.



Resepi kebab..

Lupa nak letak resepi. Saya ambil resepi ni dalam website mat salleh tapi diubahsuai ikut citarasa melayu..hehe

500g ayam bahagian dada dipotong 1 inch cube

3 sudu besar minyak zaitun. Boleh guna vegatable oil. Kalau takde, guna minyak masak

*1 sudu besar kicap

*1 sudu kecil lada sulah/ lada hitam

*4 ulas bawang putih dan 1 inch halia dikisar

Bawang dipotong cube

Green bell peper dipotong cube (Melayunya saya panggil cili benggala)

*¼ biji Perahan lemon

Sedikit garam

Ayam diperap dengan sedikit garam.

Satukan bahan yang bertanda *.

Selepas digaul bahan yang bertanda * baru perap dengan ayam. Marinate at least 1 jam. Sebelum grill letak minyak dekat kebab. Then boleh cucuk dekat lidi ayam, green bell peper dan bawang. Grill hingga masak

Thursday, December 23, 2010

our 4th anniversary

23 Dec genap usia perkahwinan kami yang keempat. Tarikh yang akan sentiasa diingati, bertautnya ukiran cinta yang dibina. Secara peribadi, bagi saya ia patut diraikan oleh setiap pasangan suami isteri. Mengimbas kembali nostalgia hidup bersama dan moga2 ia akan dapat menyemarakkan lagi api CINTA. Hehe... Cuma mungkin cara meraikannnya berbeza, bergantung sejauhmana 'sentimental value' yang dirasakan oleh seseorang.


Dear hubby,
Selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan yang keempat. Semoga kita dapat menempuhi segala susah senang bersama. Ya, tidak ada satu perkahwinan pun yang sempurna, yang boleh memberi jaminan akan sentiasa berada dalam keadaan tenang. Kadang2 berlaku juga perselisihan faham. Bukan mudah sebenarnya membina kehidupan bersama individu yang berbeza segalanya. Namun yang paling penting cara penyelesaian yang positif perlu digunapakai. Dari itu kita akan dapat mempelajari kesilapan dan memperbaiki di masa hadapan. Insyaallah.


Allahumma Ya Allah,
Jadikanlah kami suami isteri yang mencintai di kala dekat dan jauh
yang saling menyayangi di kala senang dan susah,

yang saling mengasihi di dalam sendu dan tawa..

Allahumma Ya Allah,
jadikanlah kami pasangan suami isteri yang bersatu kerana redhaMu
dan jadikanlah baitul muslim kami ini landasan menuju cintaMu..

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
terimalah ibadah kami ini,
satukan kami di taman syurgaMu nanti.

Ya Allah,
tiadalah dua impian kami melainkan izinkanlah kami untuk bertemuMu wahai pemilik cinta yang maha agung
juga kekasihMu khaatimul anbiya Muhammad al mustafa (SAW).

Amin, amin ya robbal 'alamin



Semoga Allah panjangkan usia perkahwinan kita hingga ke akhir hayat. Dan semoga kita dapat mendidik anak2 kita menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat...







* mencari dan terus mencari cinta Ilahi

Wednesday, December 22, 2010

Dunia fantasi Humaira

Apa yang fantasinya? Pantang nampak henfon mummy. Terus letak kat telinga dan membebel sorang2..Mummy memang jarang bagi Humaira main hp, cukuplah Hp Sony Ericsson dulu rosak dikerjakannya. Sesekali bila dapat peluang terus dalam fantasinya.

Cakap dengan siapa tu?


Kasut barney mummy tak tinggal. Dah jadi hak milik dia pun. Jalan macam donald duck...

Jalan-jalan di Sunway Giza

Weekend lepas shoping barang basah di Village Grocer. Plan this week nak masak western so terjahlah Village Grocer, senang semua benda western ada kt situ. Humaira lah paling suka, kawasan luas dan tak ramai sangat orang.

Sebenarnya Humaira takut tengok air kt belakang tu


Berlari je kerjanya


1901 ada buat promotion. Setiap 19hb harga untuk New York Chicken dan Chicago Beef only RM2.99. Harga biasa RM5.99. Haruslah grab. hehe


My food, Chicken New York


Daddy food, Chicago Beef


Humaira tak pandang pun hot dog. Dia tetap dengan buah betiknya


ermmm....yummy

Tuesday, December 21, 2010

Makan ais krim di ICE ROOM Kota Damansara

Petang Sabtu daddy ajak makan ais krim di Ice Room Kota Damansara. Dah lama teringin nak pergi sini. Sana sini blogger banyak up cerita menarik di Ice Room. Sempat search blog wartawan Mazidul Akmal Sidik tentang pertemuan blogger di Ice Room baru-baru ini.

Owner premis tersebut adalah Datuk Razali Mohd Daud yang merupakan bekas Pengarah Luar Negeri Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, dibantu oleh isteri beliau iaitu Datin Faridah Kasim. Dan semestinya menu disediakan HALAL.

Strawbery ais krim. Ada fresh strawberi, jagung dan coco crunch. Harga RM7.90. Sedap dan setanding Baskin Robin. I kan peminat Baskin Robin


Yang ini daddy punya, ais krim durian. Daddy kata memang sedap dan terasa duriannya. Peliknya, buah durian tak makan pula. Harga RM8.90


Cheese cake pun daddy kata sedap. Harga RM7.00


Mushroom soup dan roti bakar untuk mummy dan Humaira. Unik, soup tu letak dalam teapot. Harga RM7.90


View dalam ice room. Kami makan di tingkat 2. Ada kemudahan lif dan juga playground


Humaira yang tak sabar nak makan ais krim.


Inilah restorennya, terletak berhadapan dengan Giant Kota Damansara


Saja saya snap gambar construction area sebelah Giant. Apa yang menariknya??? Pembinaan Floating Restaurant, Hebat tu!!

nuffnang

Related Posts with Thumbnails