My sweet story...

My sweet story...

Thursday, February 28, 2013

JJCM: Restoren Pecel Lele Lela

Dua minggu lepas kiteorang makan di Pecel Lele Lela. Orang Indon dan jawa taulah apa itu LELE. Hehe lele tu keli. Restoren ni dari Indonesia, franchais di Malaysia semakin berkembang. Konsep restoren ni lebih kurang macam  Restoren Wong Solo. Restoren ni terletak di Seksyen 13 Shah Alam, berhadapan dengan Laman Grill. Senang je nak cari:

86, Jalan Renang 13/26,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Husband pernah borak dengan owner restoren ni. Nak buka restoren perlukan modal lebih kurang RM300k. Semua mereka akan uruskan. Pekerja semua dari Indonesia.Trademark mereka, SELAMAT PAGI. So jangan terkejut kalau kita datang tak kiralah tengahari, petang atau malam mereka akan ucap SELAMAT PAGI. 

Apa yang menariknya lagi???
Sesiapa yang sambut birthday bolehla makan free di sini.  Lagi satu sesiapa nama LELA pun boleh dapat percuma. So far baru ada dalam 15 orang yang namanya LELA. Percuma yang set sahaja,

 Inilah set yang ada. Set LELE dan AYAM. Empal Sapi (Daging) tak termasuk dalam set.

Set yang saya ambil. Ayam cabe ijo nama dia. Sedap tapi pedasss. gue dah tak kuat makan pedas. Kalau Wong Solo ada terung berlado tapi di Pecel Lele Lela enggak ada.

Dan sayur ni termasuk dalam set. Ada jagung. Rasa dia agak pelik bagi saya, masam dan manis. Wakaka






Total bil yang kiteorang makan. Ada service charge dan gov tax.



Humaira dapat belon..

Thursday, February 21, 2013

Baucer buku 1Malaysia

Tahun kedua husband dapat baucer buku 1 Malaysia. Dia kan student matang. Bolehla bini dia mengecek sikit nak beli buku. So far baru gunakan RM100 untuk beli buku dan stationery.

Tahun ni kerajaan up lagi RM50 menjadikan baucer buku bernilai RM250. Kepada student janganlah ada yang jual lagi baucer ni. Tahun ni lagi strict untuk dapatkan baucer ni. Last year saya dengar ramai yang jual baucer buku untuk dapatkan cash. Tak baik dikk.. 

Ini buku yang sempat saya beli. Biografi Syed Mokhtar AlBukhary ni husband punya. Dia memang suka membaca biografi mereka yang telah berjaya. Dah banyak biografi yang husband beli sebagai collection. Tarbiah anak2 dengan zikir & doa sangat bagus.
Buku yang saya cari2 selama ini..Diari seorang diplomat. Hikmah yang tersirat. 
Alfatihah buat penulis buku ini Arwah Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 Mac 2011.  Blog arwah DI SINI. Segala penulisan arwah dalam blog ini telah dibukukan dan lahirlah diari seorang diplomat, Hikmah yang Tersirat.. Arwah tidak sempat melihat karyanya dibukukan.

Secara jujurnya, saya memang suka gaya penulisan arwah. Santai dan bersahaja. Saya boleh habiskan dalam masa sehari membaca buku ini. Biografi ringkas arwah..

Wan  Ahmad Fadzil bin Wan Mohd atau nama penanya Nafastari merupakan seorang pegawai diplomatik yang bertugas di kedutaan Malaysia di Pakistan pada 2009. Dilahirkan di Setiu, Terengganu pada 24 Mac 1982  dan meninggal dunia pada 1 Mac 2011 sekembalinya ke tanah air. Berkelulusan dalam bidang undang2 (2000-2001) dari Pusat Matrikulasi UIAM sebelum melanjutkan pengajian di UIAM Gombak (2001-2005). Beliau turut menyertai PTD pada Disember 2005.

Penulis menyingkap satu demi satu, adat, budaya, pemikiran dan amalan beragama di Pakistan. Buku ini adalah buah tangan terakhir penulis. Sesuatu yang ironi, di negara bergolak dan berdarah penulis berada, namun akhirnya beliau kembali ke rahmatullah di bumi sendiri. 

Diari Seorang Diplomat: Hikmah yang tersirat
Menyentuh hati, menyentik emosi..Menginsafkan...

Alfatihah buat Arwah WAN AHMAD FADZIL WAN MOHD. Blog beliau DI SINI. 
Blog isteri arwah DI SINI. Sangat kagum dengan isteri arwah, membesarkan anak2 yang masih kecil tanpa insan bergelar suami dan ayah. Anak sulung mereka sebaya anakanda  saya, Humaira berusia 4 tahun dan anak kedua mereka berusia 2 tahun. Semoga isteri arwah tabah menghadapi dugaan.


Wednesday, February 20, 2013

Home made coklat bar untuk majlis Akikah Firaas

 Lamanya nak up cerita tentang coklat. Kekangan masa nak menghadap lappy. Firaas ni tak bagi chance langsung kat mummy menghadap lappy. Kena menghadap si kenit ni aje, mummy hilang mulalah menangis. Nak update kat tablet sangatlah tidak BEST..

Atas permintaan blogger, saya up cerita step by step nak buat coklat. Mudah aje sebenarnya nak buat. Guna coklat compound, jangan guna coklat masakan, tak sedap. Saya guna jenama Beryl's dan Le Bourne. Saya mix dark and milk choclate. Saya lagi suka gunakan jenama Le Bourne tapi malangnya masa saya beli di kedai bekalan bakery tinggal dark coklat. Le Bourne ni bagi saya coklat ni berkilat dan licin. Senang untuk dicairkan dan tentunya sedap.




Cairkan secara double boiler. Elakkan dari terkena air


Mould coklat bar yang saya gunakan.



Hasilnya...
1. Hasil coklat bar. Setelah tuang dalam mould coklat, sejukkan sekejap dalam fridge sehingga coklat mengeras
2. Wrapping coklat. Saya beli yang dah siap potong. 100pcs RM8.90.

3.  Untuk balut coklat saya guna Laser Rainbow Wrapper.
4. Potong wrapping ikut size coklat
Contoh coklat yang sudah dibalut..

Dah inilah hasilnya...saya buat dalam 250 pcs..


Untuk buat coklat lolihoc pula...

Biskut dibelah dua. Letakkan sedikit coklat dalam coklat mould.  Kemudian tekan sedikit biskut dan letakkan lolihoc.

 Dan tutup biskut.. Tuang coklat sehingga menutupi biskut. Sejukkan dalam fridge


Inilah hasilnya...

Harap dapat membantu. Kalau nak lebih detail step by step coklat oreo, boleh tengok blog kesukaan saya, tentunya Kak Ita di SINI dan DI SINI


Notes:
  1. Saya beli 8kg coklat compound. Boleh menghasilkan lebih kurang 250pcs coklat bar dan 50 pcs coklat lolihoc. 1kg coklat berharga RM14.50 bergantung pada kedai dan jenis coklat.
  2. Mould cokla bar ada macam2 jenis. Ada yang nipis dan tebal. Saya ada beli dua jenis, yang nipis berharga RM2.90, yang tebal RM14.50. Mould coklat lolihoc berharga RM2.90.
  3. Wrapping coklat colourful (Laser rainbow wrapper) saya beli di Mydin USJ dah siap dalam pack (ada 10 keping). Harga RM14.50. Kat Tesco RM20.50. Jauh beza kan.. Huhu

Friday, February 15, 2013

Majlis Akikah Hadif Firaas

Majlis berlangsung sempena cuti Chinese New Year, 10 Feb lepas. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Sayangnya tak banyak gambar dapat ambil masa majlis berlangsung. Masing-masing sibuk, si kenit ni pun mood tak berapa ok, meragam sikit. Penat dan mengantuk.

Cukur rambut telah dilakukan masa Firaas dalam pantang. Lebih afdal kalau dilakukan Akikah pada hari ketujuh selepas kelahiran. 

 

Hukum Aqiqah dalam islam

AQIQAH UNTUK ANAK
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Daging Aqiqah
Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."

(Hadis riwayat al-Hakim)

Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

Waktu Aqiqah

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."

(Hadis riwayat al-Hakim)
Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran

Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja. 

Syarat Sah Aqiqah

Syarat sah aqiqah ialah:
  • Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  • Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  • Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
  • Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
  • Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:
Binatang
         Umur
Biri-biri/
1 tahun atau lebih
Kambing
2 tahun atau lebih
Lembu/kenbau
2 tahun atau lebih
Unta
5 tahun atau lebih

 Sunat-sunat Aqiqah ialah:
  • Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
  • Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
  • Memberi nama yang baik kepada bayi
  • Berdoa ketika hendak menyembelih
  • Daging dimasak manis.
  • Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
  • Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri 
   Hikmah Aqiqah
  • Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
  • Menggalakkan amalan sedekah.
  • melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
  • Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
  • Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  • Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
  • membiasakan berkorban bagi orang tua

Buat majlis akikah di kampung mertua. Terima kasih pada semua yang menjayakan majlis terutama pada emak mertua dan adik beradik MIL yang banyak membantu. Saya ada buat goodies bag seperti dalam entry lepas DI SINI. Berjaya juga siapkan coklat bar dan kerepek untuk diisi dalam goodies bag. Untuk kanak2 saya buat coklat lolihoc. Ada blogger yang minta saya tunjukkan step by step nak buat coklat. Nantilah, kalau ada masa saya upkan entry buat coklat. Sebenarnya saya dah pernah tulis entry coklat Di SINI. Emak mertua saya pun ada buat goodies bag untuk diberi pada tetamu. Bak kata orang jawa banyak dapat bontrot. Hahaha..

Layan gambar ajelah ye.
Paper bag warna maroon tu dari MIL. Sebenarnya paper bag ni masa majlis kawin saya 6 tahun yang lepas sebab tu ada nama kami. Masih banyak lagi paper bag ni, kot2 dapat anak ketiga nanti boleh guna lagi. Hehe. Dalam paper bag maroon ada limau mandarin dan kek dalam botol

haaaa... kek ni letak dalam paper bag.Bertungkus lumus MIL dan Cik Cham menyiapkan kek.  Lepas kukus letak topping coklat ganache,kemudian hias dengan doily paper. Sangat comel.


Coklat oh coklat...Sangat teruja bila ada coklat fountain. Malangnya angin sangat kuat tiup, coklat dip bersepah2 terpaksa off mesin fountain ni.
Mashmallow dan buah-buahan..


Tengah set up untuk letak makanan. Semuanya MIL masak sindiri. Ada nasi beriyani, rendang daging, kambing masak kuzi, sambal ayam, gulai lemak nangka, ulam-ulaman & sambal belacan, rojak buah, kuih muih dan kek. Dessert ada jeli kelapa, bubur dan tapai. Macam2 ada...

Masa marhaban dan selawat, Firaas kena bawa pusing keliling jemaah punyalah mengamuk. Sabar ajelah..


Gambar kami 3 beranak. Ini ajelah satu2nya gambar yang sempat di snap. Masing2 sibuk



Entry akikah Humaira DI SINI.  Cepat masa berlalu, dah besar Humaira...

Thursday, February 7, 2013

Pembelian online..sudah addict pulak

Permulaan tahun baru macam2 saya beli melaui online. Cepat sangat rambang mata, semuanya nak..TAPIKAN saya tak aktif pun maybank2u. Selalunya kalau nak beli online pakai paypal husband. Saya bayar balik la kat dia. Hehe.. Bila dah addict belian online mulalah gatal tangan nak aktifkan maybank2u. Senang nak buat transaksi tapi husband menentang keras. Dia kata habis duit awak nanti. Kalau nak aktifkan juga, adalah padahnya. Mulut abang masin. Hadoii terus tak jadi. One day saya rasa kena aktifkan juga. Mana boleh tahan..

Adalah 2-3 helai pakaian saya beli melalui online. Selebihnya gadget dapur. First sekali saya beli rice dispenser. Dah lama usha rice dispenser tupperware tapi harganya buatkan kena fikir 4-5 kali. Terpandang kt my deal 12kg Capacity Rice Dispenser terus beli DI SINI. Dah selamat guna pun. 


Dah masuk 3 series ni addict pulak dengan pinggan mangkuk. Sejak kahwin tak pernah beli pinggan satu set. Semua guna yang caca marba. Saya jenis suka panaskan makanan guna microwave. Biasalah bila pinggan murah, dah 4 biji pinggan pecah gara2 masuk microwave. On the spot terus buka lappy cari pinggan mangkuk online. Terus sambar 2 set corelle. Huhu berpeluh juga nak bayar. Nasib baiklah baru2 ni gov dapat bonus, husband adalah bagi skit duit bonus. So guna duit tu beli pinggan corelle. Daripada merepek meraban beli benda bukan2, end up habis macam tu, better beli pinggan mangkuk. Haha..


Kegunaan harian saya guna pretty pink square style. Rasanya sama macam lieyalatif punya. Lagi satu saya beli design sakura nak samakan corak  dengan corningware yang saya beli di Langkawi tahun lepas. Owh saya beli pinggan corelle DI SINI. Yang pasti harga lagi murah dari shopping complex.

Dah selamat rasmi pun pinggan corelle. Masak kuewtiaw goreng.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails