My sweet story...

My sweet story...

Monday, February 28, 2011

Melawat rumah baru Yanie

Last week punya cerita melawat rumah baru kawan saya, Yanie di Sri Pristana Sungai Buloh. Overall semua kerja2 penyelenggaraan dah settle cuma kena minor touch up sedikit lagi. Semalam (Ahad) Yanie dah pindah ke kediaman baru. Awal pagi Sabtu Yanie baru balik dari bercuti di Sabah, Ahad terus pindah. Memang bergandalah kepenatan.

Layan gambar rumah baru Yanie...

Ruang tamu, kaler merah memang cantik..


Plaster ceiling Yanie buat di bahagian tepi je, nice...


Anak Yanie, Insyirah dan Humaira


Master bedroom


ishk...gambar toilet pun ada


Saya paling suka tengok kitchen kabinet. Orang perempuan dah tentu suka kalau ruang memasak cantik. Betul tak??

Untuk kitchen kabinet dalam Rm16k. Bagi saya oklah sebab plan Yanie nak buat bisnes tart nenas. MIL yanie dari dulu memang dah berkecimpung dalam bisnes tart nenas sampai tak menang tangan nak settlekan tempahan. Ilmu membuat tart nenas dah diperturunkan dekat Yanie.

Bahagian masak memasak


Tall unit untuk letak oven dan microwave


Kabinet atas mencecah ceiling. Senang yanie kata tak perangkap habuk


Inilah tart nenas yang menjadi pujaan ramai. Ada sape2 nak order? boleh inform saya...Masa raya banyak terima tempahan inti jem nenas diganti dengan coklat. Belum pernah cuba lagi tart coklat

Friday, February 25, 2011

Bihun sup untuk orang sakit

Mummy buat bihun sup ini untuk daddy yang sakit, food poisoning dua hari lepas. Kesian daddy dua hari tak bangun dan tak lalu makan. Sampai demam rasanya sebab dehydrate. Daddy jarang sakit tapi sekali sakit memang teruk. Humaira pun terkena tempiasnya, siang tu dalam 8 kali si kecil ni muntah. Tapi she is strong girl, tak merengek. Selera pun ok. Cuma daddy je takde selera, langsung daddy tak jamah bihun sup. Kalau tidak, daddy lah orang no 1 yang akan makan. Kesian daddy..Hopefully hari ni daddy dah sihat. Malam tadi panggil orang datang mengurut baru daddy kata ok sikit.

Namanya bihun sup sempoi sebab tak ada daun sup & bawang, rempah sup pun takde. Untuk sup tu mummy just letak bawang putih, halia, bawang, bunga lawang, stok ayam dan lada sulah.
Bawang goreng pun buat sendiri, Untuk mummy mesti ada sambal kicap baru best.


Humaira juga yang beria makan. Cayalah sayang...

Thursday, February 24, 2011

1st Give-away by Deekuntum


Jom ramai-ramai kita join, mana tau ada rezeki dapat FM. Kalau nak join klik banner di atas

Syarat-syaratnya pun simple:
  1. Mesti menjadi follower blog saya. Siapa bukan follower, x layak menang okey..kejamnya.
  2. Mestilah warga Malaysia..patriotik sungguh dan mempunyai alamat tetap di Malaysia.
  3. Buat 1 entry mengenai GA ini ye...simple pun takpe, nak buat susah2 pun okey juga.
  4. Letakkan BANNER di sidebar blog anda dan backlink ke entry ni.
  5. TAG 2 rakan anda.
  6. Akhir sekali jangan lupa tinggalkan url 'contest' dan alamat emel di bahagian komen entry ini.
  7. Tarikh tutup 28hb Februari 2011 tepat jam 12 malam.
  8. Undian akan dibuat melalui random.org, cabutan pertama dpt hadiah no 1 dan seterusnya sehingga 3 pemenang dipilih.
  9. Keputusan adalah muktamad. Segala bantahan tidak akan dilayan.

Saya tag Jasfyra dan Mumy Haza

Gambar Humaira di softboard Sarakids

2 minggu lepas mummy pergi butik sarakids di TTDI Shah Alam nak beli nipple cream. Terpandang softboard Sarakids di bahagian SARAKIDS BREASTFEEDING CORNER, ada gambar Humaira tengah breastfeed dan stok ebm.



Yang mummy bulatkan gambar Humaira tgh breastfeed dan stok ebm



Owner Sarakids iaitu Puan Farah Farhan mummy kenal semasa menghadiri kelas penyusuan susu ibu sewaktu mengandungkan Humaira. Puan Farah merupakan seorang pakar laktasi. So sesiapa yang ada masalah berkaitan dengan penyusuan boleh berhubung dengan beliau DI SINI.Mummy banyak berguru dengan Puan Farah berkaitan breastfeeding dan dialah yang meyakinkan mummy bahawa susu ibu cukup untuk anak2 kita. Dan atas keyakinan itulah mummy berjaya breastfeed Humaira sehingga kini (setahun 10 bulan). Ingat lagi mummy pernah buat appointment dengan Puan Farah masa dalam pantang semata-mata nak tahu tentang cara lekapan dan posisi yang betul semasa breastfeed. Ada lebih kurang 2 bulan to complete my mission, mudah-mudahan mummy berjaya, Amin...

Bulan July nanti beliau akan ambil exam untuk International Lactation Counselor. Semoga berjaya. Insyaallah, baik niat kita baiklah yang kita dapat.

burung apa???

Tak pasti nama burung ni, mata sangat merah ok. Actually burung ni selalu je ada di belakang rumah saya disebabkan ada pokok besar dan pokok tu dah pun masuk kawasan rumah saya. Dah bagitau jiran minta tebangkan pokok tu tapi nampaknya sampai sekarang still ada lagi pokok tu. Malaslah nak bising2 sangat sebab duduk berjiran. Yang jadi masalahnya pokok tu menjadi port untuk burung. Tiap2 hari kena cuci tahi burung di balkoni dapur.





Mata sangat merah...

Wednesday, February 23, 2011

Photography with my darling Humaira

Dah lama tak photoshoot gambar Humaira di luar. Sabtu lepas bawa Humaira jalan-jalan di bandar Nusharu, ada playground di situ. Bagi dia bergerak bebas dan lensa daddy terus menembak gambar our darling Humaira. Kesian anak mummy, lama dah tak bawa pergi playground. Sekali dapat main suke dia!!

Biarkan saja gambar di bawah ini berbicara momen-moment terindah itu...


Hold my hand darling...


Khusyuknya si kecil ni tengok layang-layang


Panjat sana sini..


your smiles makes me happy


ishk ishk apsal terlopong ni???


Mummy & daddy sayang Humaira


Last but not least, mummy Humaira pun nak inteprem jugak

Tuesday, February 22, 2011

Le Tour de Langkawi 2011

Dah lama terperap dalam draft, rasanya dalam awal Feb lepas, baiklah saya publish sebelum jadi pekasam..Hehe

Daddy Humaira sanggup tunggu di jalan utama di Puncak Perdana semata-mata nak ambil gambar pelumba basikal. Hampir 2 jam juga laluan utama ke Puncak Perdana ditutup bagi memberi laluan kepada pelumba basikal. Ramai juga orang awan yang menunggu di sepanjang jalan.


Polis membuat pemeriksaan di laluan utama bagi memastikan tiada kenderaan yang lalu lalang di sini








No 2 yang berbasikal itu dari Malaysia


Close up please...





Monday, February 21, 2011

Keputusan giveaway dari Sarawak

Pertama sekali minta maaf, agak terlewat nak umumkan pemenang bagi keputusan giveaway dari Sarawak. Sebenarnya nak umumkan last week tetapi kekangan masa ditambah pula minggu lepas tuan blog tak berapa sihat. Disebabkan ramai yang sudi join giveaway dari Sarawak, iaitu seramai 99 orang peserta, tuan punya blog bermurah hati untuk menambah hadiah daripada 3 hadiah yang berupa fridge magnet bertambah menjadi 7 kesemuanya. Cuma 3 pemenang utama akan dapat fridge magnet dan key chain. Apa-apapun terima kasih kerana sudi join dan tahniah kepada pemenang. Yang kurang bernasib baik boleh cuba lagi.

Dalam box ini Humaira akan cabut undi. Berkobar2 nak cabut undi



Pemenang saguhati pertama adalah....
no 51 - Chungie


Pemenang saguhati kedua adalah:
88 - Mrs Asida



Pemenang saguhati ketiga adalah:
55 - Ummi Hana



Pemenang saguhati keempat adalah:
50 - Nadratul



3 pemenang utama akan dapat fridge magnet dan key chain. Jom tengok siapa yang kena....


69 - Kak Ngah


83 - Izancute


Grand winner adalah:
8 - Wahida


Sila bagi nama dan alamat penuh untuk penghantaran di emel saya hasnidaomar at gmail.com. Terima kasih

Friday, February 18, 2011

Review unifi

Saya mulakan dengan proses urusan memohon talian Unifi. Husband saya membuat permohonan di TM Shah Alam, tidak menggunakan sebarang ejen ataupun tidak ke mana-mana TM Point, sebaliknya terus TM Shah Alam. Kenapa saya berbuat demikian? Kerana teringat pengalaman memohon talian Streamyx pada tahun 2007 di salah sebuah kedai TM Point dimana akhirnya permohonan Streamyx kami dilontar seperti bola ke sana dan ke sini. Dalam erti kata lain, kalau direct terus ke TM Shah Alam proses lagi cepat.

Di TM Shah Alam seksyen 11, selain dari mengisi borang permohonan Unifi, saya juga mengisi borang permohonan memotong talian Streamyx dan talian telefon. Borang permohonan pemotongan saya serahkan kepada seorang pegawai bertugas di bahagian pemotongan sementera borang Unifi saya serahkan di kaunter Unifi TM Shah Alam. Ini kisah hari Selasa.

Kakitangan TM mengatakan bahawa beliau tidak mahu menjanjikan apa-apa kerana permohonan Unifi terlalu banyak. Saya anggarkan dalam masa sebulan barulah mereka akan memasang Unifi saya, paling cepat pun dua minggu dan saya juga menjangkakan pemotongan Streamyx akan dibuat secepat mungkin, tapi tak apa sebab saya masih ada Maxis Wireless Broad Band. Owh sebelum ini bil streamyx atas nama saya, kali ni unifi atas nama husband saya. Walaupun dulu bil streamyx atas nama saya, yang membayarnya husband la. Kenapa tiba-tiba ramai orang mohon Unifi? Sebab sekarang ada promosi percuma yuran pemasangan (RM 200)

Itu kisah hari Selasa dan apabila saya pulang ke rumah, Streamyx masih boleh berfungsi jadi saya menggunakan Streamyx saya seperti biasa malah terasa semakin laju pula, cuma kalau tengok Youtube masih perlu tekan pause sehinggalah data telah hampir separuh streaming baru tekan play kembali.

Hari Jumaat panggilan telefon diterima mengatakan bahawa TM akan datang memasang Unifi pada Jumaat hadapan. Bermulalah episod kelam kabut mengemas bilik belakang untuk dijadikan tempat ber Unifi. Memang plan asal bilik belakang nak buat bilik study memandangkan husband saya tengah buat PHD, so biarlah dia ada tempat untuk belajar dengan selesa.

Hari Rabu dapat panggilan telefon dari TM. ‘Saya dari TM, nak tanya ada apply Unifi kan? Pemasangan hari Jumaat kan? Kalau kitorang nak cepatkan hari Khamis boleh tak? Kalau tak boleh tak apa, kita boleh ikut schedule asal’. Jawapannya, okey sahaja. Sebenarnya hari Rabu ni kami dah mula gunakan Maxis Wireless Broadband sebab Streamyx dan talian telefon sudah dipotong.

Khamis 2.30 petang. Dua pasukan yang turun, satu pasukan ada dua orang. Satu pasukan kontraktor luaran, dia yang akan pasang wayar fibre dari kotak hijau ke rumah. Satu lagi technician dalam, dia akan setup connection Unifi.

Pasukan Unifi ni datang sharp jam 2.30, sebenarnya saya dah kesan diorang berada di belakang rumah saya dari jam 2.15 lagi tapi agaknya SOP diorang ni akan muncul bagi salam tepat jam 2.30 petang.

Proses pemasangan wayar luar ke dalam rumah dalam 30 minit. Kemudian juruteknik dalam rumah akan mengemaskan lagi wayar tersebut secantik yang boleh dan seselamat yang boleh sambil setup unifi (masukkan username,password etc).

Kenapa wayar dalam rumah perlu selamat? Sebab takut ada anak kecik dan dia patahkan wayar tersebut menyebabkan fibre optic dalam tu akan turut terpatah, habislah connection Unifi. Terpaksalah panggil orang tu balik ganti, mahal wooo RM 200 sekali panggil. Percuma 15 meter wayar fibre optic.

Semua habis jam 3.30 petang dan bermulalah sesi tutorial yang sepatutnya memakan masa hampir sejam tetapi menjadi 20 minit sahaja kerana husband saya dah tahu tentang Unifi. Bak kata husband saya, benda baru dalam hidup dia pun hanya lah IPTV dan VoIP.

Jadi apa yang kita dapat? Selain internet connection menggunakan High Speed Broadband, kita juga dapat set telefon wireless percuma dimana talian telefon kita (nombor telefon pun dapat nombor baru) akan menggunakan line Unifi. Panggilan percuma ke semua nombor Fixed Line TM tanpa had masa. Tapi awas, ada nombor Fixed Line yang kita sangka menggunakan line TM tapi sebenarnya Maxis. Tak pasal-pasal kena bayar. Kalau kena bayar tak silap 13 sen seminit termasuk panggilan ke mobile phone.

Satu benda lagi yang kita dapat ialah satu alat untuk kita sambungkan ke TV kita, tak kisah samada TV biasa atau TV LCD dimana kita boleh tengok TV menggunakan Unifi, dipanggil IPTV. Kalau hujan lebat, ASTRO tak dapat siaran, boleh lah layan TV menggunakan Unifi. Siaran yang diberi tak lah sehebat ASTRO, tapi semua TY Free di Malaysia ni boleh ditonton. Ada juga channel interaktif dan juga boleh BELI movie dan siaran-siaran lain. Pengguna boleh juga melanggan channel berbayar, tambah je la duit dalam bayaran bulanan. Tapi ASTRO lagi syok.

Tahap kepuasan menggunakan Unifi? Tengok Youtube tak perlu kita tekan pause dulu nak tunggu data tu download, terus je tekan play dan layan macam TV. No more waiting. Buka blog terus muncul selepas mata berkelip (kalau sebelum mata berkelip tu kat Jepun boleh lah, tapi kadang-kadang sebelum mata berkelip juga). Saya ada buka satu website yang agak berat, dia diam kejap selama not more than five seconds and tiba-tiba sekelip mata semuanya terbentang di browser, kalau guna streamyx dia akan keluar sedikit demi sedikit.

Payment :- Rm 149, saya ambil ViP 5. Bulan pertama kena bayar RM 149 + RM 149 bayaran cagaran. Pemasangan RM 200 (dipecahkan kepada 4 bulan iaitu Rm 50 sebulan sehingga habis rm 200)) adalah percuma untuk mereka yang mendaftar dari 15 Jan 2011 hingga 15 Februari 2011. Sesiapa yang mendaftar selepas 15 Februari 2011 akan bayar RM 149 + RM 149 + RM 50 untuk first bill.

Sesiapa yang mendaftar secara online di Unifi.my pada 15 Jan 2011 – 15 Feb 2011 akan hanya membayar RM 149 + rm 50 kerana first month fee being waived. Kalau daftar secara online boleh pilih phone number lagi.

Maklumat promosi dan benda-benda Free ni please update di website TM dan Unifi sebab ianya boleh berubah samada menjadi lebih baik atau menjadi lebih tak baik.

Box dekat atas TV tu adalah IPTV. Sesiapa yang nak register unifi kena ada extension plug, rasanya 4 dan juga TV. Sengaja saya pasang TV kedua yang tidak ada connection dengan astro. Kalau hujan lebat tak dapat siaran astro bolehla layan TV kedua ini. hehe


Ini paling saya suka VOIP. Lepas ni memang selalu call kampung sebab free.


INFO...

Untuk makluman semua dalam BBC Knowledge Vol2 Issue 2 menyebut bahawa rumah kediaman yang mempunyai internet paling laju ialah di Karlstad. Sweden, kepunyaan Sigbritt Lothberg. Kelajuannya ialah 40GBps, Unifi pula paling rendah 5MBps dan paling laju 20 MBps. Anak Sigbritt ialah Peter Lothberg, seorang pakar internet dan IT. Peter memberikan ibunya yang berusia 75 tahun kelajuan internet 40GBps agar ibunya boleh download HD Movie dalam masa 2 SAAT sahaja. Sigbritt boleh melihat 1,500 HD Channel serentak. Cisco yang merupakan majikan Peter membiayai kos pemasangan internet ini Peter menggunakan satu teknik dimana 2 router yang berjarak 2000 KM antara satu sama lain berhubung tanpa menggunakan apa-apa intermediary transponder. Secara ringkasnya, tiada data loss berlaku. Ini kisah tahun 2007.

Wednesday, February 16, 2011

Bila dia tersenyum...

Susah nak capture gambar Humaira tengah tersenyum. Gambar ni pun Achue dia yang snap masa kenduri dekat Ipoh. Senang pula senyum bila Achue dia agah.

Gigi dah penuh. Bulan lepas demam rupa-rupanya geraham nak tumbuh


Buat muka noti




Psst: Lucky draw Insyallah dalam minggu ni saya umumkan. Streamyx sudah terminate, maxis broadband malam2 mcm siput je.hehe

Monday, February 14, 2011

Senarai peserta giveaway dari Kuching Sarawak

Terima kasih yang sudi join giveaway dari Kuching Sarawak. Tak sangka ramai juga yang join. Kesemuanya ada 99 perserta. Di bawah ni senarai nama peserta. Ada yang tidak tinggalkan nama di bahagian komen giveaway dari Kuching Sarawak, so saya guna ID. Kalau ada yang tertinggal nama let me know k sehingga hari Selasa 15 Feb 2011 .. Bila dah ramai, mungkin ada yang terlepas pandang.

  1. Izwa http://www.nurul-izwa.blogspot.com/
  2. Huda http://lovecontestverymuch.blogspot.com/
  3. Nur http://ceritadanishdanumi.blogspot.com/
  4. Lieya http://lieyalatif.blogspot.com
  5. Myra Jay http://normj1001.blogspot.com/
  6. Ibu Ayra http://rosrusli-contest.blogspot.com
  7. Zaikulim http://zaiikulim.blogspot.com/
  8. Wahida http://wahidayatulaswa.blogspot.com
  9. Fiza http://sweetnyer.blogspot.com/
  10. Fadzly http://mnfaj.blogspot.com
  11. Mumy Haza http://mummyhazasukacontest.blogspot.com
  12. Era http://erawatie18.blogspot.com/
  13. Taufid http://taufidris.blogspot.com
  14. AkmaFaizal http://akmafaizal.blogspot.com
  15. Sakinah http://segalanyerkuterima.blogspot.com/
  16. Nanakimie http://nanakimie.blogspot.com
  17. Farah http://heavilyspiced.blogspot.com/
  18. Qard http://qard91.blogspot.com/
  19. Rafolian http://rafoliancontest.blogspot.com
  20. m@m@ T0meLL http://belogmamatomel.blogspot.com
  21. Mama zakuan http://mamazakuan.blogspot.com
  22. Jieda http://jieda79.blogspot.com
  23. Muzalifah Hanim http://softtouch82.blogspot.com/
  24. mama rayyan http://pelangichenta-fieda.blogspot.com/
  25. Ctnurkhijah http://thecolourfulisland.blogspot.com
  26. miza yusof http://haycontest.blogspot.com
  27. Nana http://nanamrul-contest.blogspot.com/
  28. Cute Mum http://mamiuyuncontest.blogspot.com
  29. AROL DSHW http://arolgiveaway.blogspot.com
  30. Izzatul Iman http://whatrudoin-gaentries.blogspot.com
  31. Syakila http://nurnuha-syakila.blogspot.com/
  32. my shaizhar blog http://myshaizharblogcontest.blogspot.com
  33. ogy http://ogy2112.blogspot.com/
  34. amy http://amieranorizan.blogpsot.com
  35. Riefda http://athirahnatasya.blogspot.com
  36. Ju http://blogjuniza.blogspot.com/
  37. Inasepi http://inasepi.blogspot.com
  38. Kehelan http://kehelan-contest.blogspot.com
  39. ummi raisha http://enaekk.blogspot.com/
  40. Eb http://mamaaerishtwo.blogspot.com
  41. Sofiah http://sofiah-andaikutahu.blogspot.com/
  42. Inahasan http://inahasan.blogspot.com/
  43. mama zharfan http://suzie284.blogspot.com
  44. sari http://saricorner.blogspot.com
  45. sarah http://sarah-rinduselalu.blogspot.com/
  46. kopoklekor http://yeedizaty.blogspot.com
  47. leen http://emmileen.blogspot.com/
  48. shera http://kontestaje.blogspot.com
  49. Eily http://violetgloves.blogspot.com
  50. Nadratul http://contestcontestcontest.blogspot.com
  51. Chugie http://iezmierah.blogspot.com
  52. XI da ya http://aboutcontest.blogspot.com
  53. Putera2puteri http://putera2puteri.blogspot.com/
  54. yatie chomeyl http://yatiechomeyl.blogspot.com/
  55. ummi hana http://hassanizzatul.blogspot.com/
  56. alycia http://myalycia.blogspot.com
  57. suziey www.suziey.com
  58. cempaka kuning http://cempakakuningku.blogspot.com
  59. azie azian http://inspirasiazie.blogspot.com
  60. BSB http://threeq-threeq.blogspot.com/
  61. Mimie Adnin http://chinky-winky.blogspot.com
  62. Atie http://azatiesayang-contest.blogspot.com
  63. kak iedaimmi http://iedaimmi.blogspot.com/
  64. eina http://mamalieyna.blogspot.com
  65. cutemummy http://rinna57.blogspot.com/
  66. muslimah vogue http://norazwa50.blogspot.com/
  67. Zalina http://usharapa.blogspot.com/
  68. Jasfyra http://jasfyra.blogspot.com
  69. Kakngah http://gengggkapak.blogspot.com/
  70. Fadzillah Kamarudin http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com
  71. Ayu http://ayuayu101.blogspot.com/
  72. Sweetmama http://sweetmamaconway.blogspot.com
  73. siti_syhd http://syu90contest.blogspot.com
  74. aanie http://aanie.blogspot.com/
  75. Hani syahida http://hanisyahida.blogspot.com/
  76. Aisha http://ady-shariz.blogspot.com
  77. Cikpuanhady http://myapeapeaje.blogspot.com/
  78. Tiefazatie http://tiefazatie.blogspot.com/
  79. mommaMia http://alinalan.blogspot.com/
  80. mama AminAzim http://mamaaminazim.blogspot.com
  81. Mrs K http://ibuhadif.blogspot.com/
  82. MamaAiman http://aimanhakimdiary.blogspot.com
  83. Izancute http://izancute.blogspot.com
  84. zura_habib http://shahzurahabibcontest.blogspot.com
  85. Hunny Kitty http://contestsukaaku.blogspot.com
  86. intan yus http://intanyus.blogspot.com
  87. Mama Yatie http://dis-mysimpleworld.blogspot.com/
  88. Mrs. Asida http://ilovecontestblog.com
  89. Imanmom http://tungkukayu.blogspot.com
  90. Cikanna http://seindahfarhana.blogspot.com
  91. Nadiah http://nettskerepek.blogspot.com
  92. Cik Zai Penang http://storymoryluahanku.blogspot.com
  93. cikNuurul http://lamanhatyku.blogspot.com
  94. ekinashikin http://ekinashikin.blogspot.com/
  95. miera http://mieramomochan.blogspot.com
  96. puannina http://puannina.blogspot.com
  97. mrs_fiza http://fizalovecontest.blogspot.com
  98. ibuayu http://ibuayu.blogspot.com
  99. qieranna http://qieranna.blogspot.com

Saturday, February 12, 2011

Selamat tinggal streamyx

Banyak jasa streamyx kepada saya. Mula guna streamyx since 2007. Minggu lepas saya sudah isi form untuk terminate perkhidmatan streamyx. Ambil masa 7 hingga 14 hari untuk tamatkan talian streamyx. So far sehingga hari ini masih ada lagi connection. Kalau tetiba putus terpaksalah guna maxis broadband. Saya agak kurang gemar menggunakan maxis broadband sebab slow terutama waktu malam. Jumaat minggu depan Insyaallah saya akan pasang unifi. Hopefully unifi much much more better than streamyx. Memandangkan husband saya tengah sambung study, dia memerlukan connection internet yang agak laju.

Bye bye streamyx, jasamu akan dikenang. So far saya cukup berpuas hati dengan perkhidmatan streamyx..

Friday, February 11, 2011

Giveaway dari Kuching Sarawak

*STICKY POST UNTIL 11 FEB 2011*
NEW ENTRY PLEASE SCROLL DOWN



Giveaway berupa fridge magnet dari Kuching Sarawak. Syarat, sangat mudah:
  1. Terbuka kepada yang ada blog sahaja
  2. Tinggalkan nama dan url blog anda. Tak perlu buat entry. Kalau nak buat dialu2kan.hehe..
  3. Terbuka kepada mereka yang beralamat di Malaysia shj. Yang duduk oversea kalau menang silalah bagi address di Malaysia. Orang Sarawak tak payah join. Boleh beli je dekat sana. Kasi peluang pada yang lain.
Mudah kan!! Tempoh dari sekarang sehingga Jumaat, 11 Feb 2011 jam 5.00 petang. Cabutan bertuah akan di cabut oleh si manis Humaira.

Hobi mengumpul duit lama

Saya tertarik melihat koleksi duit lama kawan kepada adik saya, Fazly namanya. Kebetulan masa kenduri di Ipoh Fazli turut serta. So sempatlah tengok koleksi peribadi duit lama dia. Start mengumpul duit lama sejak dari darjah dua. Jom terjah blog Fazly DI SINI, dan Fazly tengah buat contest. Hadiah sangat menarik.

Duit syiling RM0.50sen tahun 1969 untuk dijual

Bagi orang macam saya yang bukan pengumpul duit lama memang tidak tahu apa2.. Meh saya share sedikit info yang saya dapat dari MR google
  • Duit 50 sen tahun 1967, 1968 dan 1969 menjadi rebutan kerana diperbuat daripada Cooper-Nickel dengan seakan terbelah di bahagian tepi sama dengan duit 50sen Queen Elizabeth yang diguna pakai oleh Malaya sebelum ini. Duit ini memang amat jarang kita jumpa.
  • Duit 50 sen tahun 1969 keluarannya paling sedikit iaitu sebanyak 2,000,000 unit sahaja. (credit to radzami,blogspot)
  • Harga pasaran untuk duit 50 sen tahun 1969 boleh mencecahRM150.

Setiap koleksi duit syiling ini ada cerita tersendiri



Antara koleksi duit kertas



Koleksi duit RM50. Sekali tengok macam sama je, sebenarnya berbeza. Tandatangan gabenor bank ada yang di tepi dan tengah. rugi tak bawa SLR that why kualiti gambar kurang memuaskan


Duit kertas RM500 dan RM1k. Jarang jumpa


Duit rm50 no siri bermula dengan ZA. Jarang kita jumpa duit kertas yang bermula dengan huruf Z. No siri yang bermula dengan Z adalah replacement notes. Mr google sila beri jawapan apa itu replacement notes??. Hehe..

“Replacement Notes” atau “Wang Kertas Gantian”, Jawapannya adalah Wang kertas yang dkeluarkan untuk menggantikan wang kertas yang rosak atau tersalah cetak. Contoh kerosakan yang biasa berlaku diantaranya lebihan warna, kesilapan semasa memotong (potong senget atau terlebih potong), tiada siri nombor dan cetakan pada sebelah bahagian sahaja. Wang kertas yang rosak dan salah cetak tersebut akan dimusnahkan oleh bank pusat (Bank Negara Malaysia) dan akan digantikan dengan note/wang kertas baru yang diwakili oleh prefix atau siri nombor khas untuk menandakan ianya Wang Kertas Gantian. nilai Wang Kertas Gantian adalah tinggi bergantung kepada jumlah pengeluarannya. Seandainya semua Wang Kertas Gantian dapat dikumpul dengan lengkap bersama-sama dengan siri wang kertas biasa, ianya boleh dijual dengan harga yang begitu tinggi
(Credit to http://my-koleksi.blogspot.com/2008/11/replacement-notes.html)


Inilah tuan punya koleksi duit lama, Fazly

nuffnang

Related Posts with Thumbnails