My sweet story...

My sweet story...

Friday, January 30, 2015

Mixer pinky idaman kalbu

Mixer pinky in the house..Dah lama mencari mixer yang boleh uli roti sekali. Terbekenan dengan colour pink. Saya beli online di facebook Bakers Favourite. Masa saya beli harga promosi RM499 termasuk postage. Mixer ni semi heavy duty. Servis memang cepat. Hari Rabu saya bank in, Khamis dah ada depan mata.

Si Pinky idaman kalbu
Hari jumaat kita test si pinky ni..
Uli menggunakan tepung roti. Adunan berat dan hasil donut mmg cantik


Didatangkan dengan 3 jenis pengadun yang mempunyai fungsi yg berbeza. Gambar di ambil dari website
 INI
(a) spiral : Mengadun adunan tepung . jenis bahan makanan yang sangat kental seperti roti
(b) beater : Mengadun keju, adunan pastry dan croissant, aneka tepung, mentega
(c) whip : Mengadun bahan makanan seperti cream, telur, susu segar




Percubaan pertama adalah membuat macaroon. Untuk buat macaroon saya guna seperti gambar c di atas. Bahan utama macaroon adalah putih telur
Dan juga donut. Uli menggunakkan pengadun a

Thursday, January 29, 2015

random photo


Teringin nak makan chicken chop.,jadi jom kita buat sendiri.. Sebenarnya sos brown dah mashed potato beli instant je kat kedai jual barang bakery. Saya beli di 2ply Klang. Tambah air panas dah jadi.
Kids punya menu nasi ayam tp ganti nuget..Sebabnya stok brg dapur dah habis masa tu..

Panas2 dapat pekena ABC or Cendol memang layan..Cantik presentation..Rasa pn sedap. Beli di Tesco Setia Alam


 My daughter memulakan seisi persekolahan. Dah hujung bulan Jan baru nak upload..Tadika yang sama cuma tahun ni tadika ni join Tadika ABS. Belajar rajin2 ye anak..

Time baik bolehla main sama2..cuba kalau bergaduh, mummy yang pening 

Monday, January 12, 2015

Bila Humaira batuk2

Al kisah Humaira yang batuk dah hampir sebulan. Setiap kali bila dia kena attack dengan batuk mummy memang risau. Sekali kena attack memang lambat nak baik. Doc kata dia ada mild asma. Kawan2 mummy...Ada petua tak nak hilangkan batuk dan asma? So far memang konsisten dengan ubat, madu dan juga vitamin c. Ada juga pakai inhaler. Sesekali mummy letakkan kunyit hidup kat bahagian dada, hidung dan ubun2..Nafas dia memang ada bunyi wheez terutama waktu malam. 


Hari Sabtu lepas kena ambil neb

Mummy tak pernah share kat blog cerita Humaira kena admit. Dah lama sebenarnya. Bulan July lepas.  Time tu lagi 4 hari nak raya. Masa specialist kata kena admit..mummy dah sebak. Tunggu masa je air mata nak gugur. Ikutkan perancangan keesokan nak balik kampung untuk beraya tapi bila anak dah sakit terpaksa redha, dah bersedia untuk beraya di hospital. Yang penting masa tu kesihatan Humaira baik. Dari bulan May hingga July batuk dia on off. Masa tempoh tu juga dia akan demam on off. Dah bawa klinik biasa, pakar kanak2 tapi tak ok juga. last2 kena admit disebabkan pneumonia. 

Nak admit pun satu hal juga. Humaira memang tak boleh berenggan dengan mummy. Adik dia masih fully breastfeed masa tu. Terpaksa cari bilik seorang. Bila call semua hospital area Shah Alam yang ada cover insurance, semua full. Kelana Jaya Medical Centre je ada kekosongan untuk bilik seorang. Time kena admit, bilik seorang ada promosi RM120 semalam, Kira oklah masih lagi dalam insurance cover.


Setiap 4 jam kena neb, 6 jam sekali masuk antibiotik
Bermalamlah kami anak beranak di hospital
Time discharge..Muka dah ceria. Ingat lagi... kita akan sambut raya hari Isnin, Humaira dicharge hari Ahad pukul 6 ptg baru sampai rumah. Kawasan rumah masa tu dah sunyi, semua orang balik kampung. Kiteorang pagi raya baru gerak balik kampung...

Thursday, January 8, 2015

mood pinky

Peminat pink!!hihi..Suka2 buat baju dengan wording daddy, mummy, kakak dan adik. Tapi dalam gambar ni tak nampak lah pulak words tu.

My family selfie...



hero kecik, Firaas
Ramai yang kata muka fotostat..yaker??

Wednesday, January 7, 2015

Aktiviti di kampung

Sesekali balik kampung bersama anak2. Daddy tak join sebab dah mula bekerja. Saya balik Khamis last week sampai Isnin.  Anak sulung saya, Humaira bising nak jumpa cousin. Cuti sekolah ni bolehla bawa anak2 balik kg. Buat masa ni cucu opah dan atuk ada 4 orang. 2 orang lagi anak kakak saya. Insyaallah coming soon bulan July akan dapat sorang lagi geng dari adik saya yang berkahwin bulan May lepas. Entry majlis perkahwinan adik di SINI


Benda pertama bila sampai rumah Mak Long habis kena punggah mainan. Nak lalu kawasan ni kena berjaga2...banyak sangat jerangkap samar. Terpijak mainan kecik2 memang sakittt.
Khusyuk dengan mainan...Rocker tu dari Firaas, kemudian pass kat kakak saya. Lepas ni akan bertukar tangan kat adik saya pula. Hehe. Sama juga dengan baju preggy dan baju baby. Barang2 macam ni pakai sekejap je
Celebrate birthday Abah 4 Jan. Happy birthday yang ke 66 Abah. Semoga diberikan kesihatan yang baik. Amin..

Bersama cucu gegirl. Budak berdua ni yang excited nak tiup lilin.
Geng boboi. Sepupu Firaas baru 4 bulan.
Berjalan2 di AEON station 18. Baby tua pun nak naik stroller
Khaira dan Firaas duk dalam troley
Sempat bawa mereka indoor plyaground di kidszoona aeon. Mahal dah fees nak masuk, weekend RM15 seorang.
Firaas dah pengsann. Kakak2 dia still main lagi
Di rumah adik saya

nuffnang

Related Posts with Thumbnails