Kuih favorite saya zaman kecik2 dulu. Selalu minta emak buatkan. Emak saya buat memang sedap, balut pula pulut dengan daun pisang. Aroma daun pisang tu yang membuatkan kuih lopes yang emak buat sedap dan juga kaler hijau kuih tu dari air pandan yang asli. Kalau saya yang buat dah tentu guna paste pandan je.
Khamis lepas saya puasa sunat, teringin nak makan kuih lopes. Sejak kahwin ini kali kedua saya buat kuih lopes, husband tak berapa gemar makan. Saya sorang je yang makan lebih baik beli. Saya buat pun sikit je, 1 cawan pulut tapi tetap tak habis. Dah selamat masuk cik tong, membazir je kan.
Kali ni saya guna resepi dari sifu chef Hanieliza. Dulu rajin intai-intai
fotopages Kak Liza kalau takde idea nak masak. Sekarang Kak Liza aktif menerbitkan koleksi buku masakan. Emak mertua saya ada 15 koleksi buku resepi Kak Liza, dia kata buku ni bagus. Semua yang MIL cuba menjadi. Saya cuma ada satu je, iaitu koleksi kuih kukus.
Kalau ikut step by step gerenti jadi..

I follow the resepi..cuma saya kurangkan separuh dari sukatan. Yang makannya sorang je

Cara Kak Liza, pulut tu diletakkan dalam mangkuk kecil. Saya ikut style emak saya, balut dengan daun pisang. Aroma daun pisang kan wangi.

Taraa...dah siap. Lepas ni kalau teringin nak makan kena beli ajelah. Membazir je kalau tak habis